Sesiapa yang menonton filem Pitch Perfect pasti akan mengenali pelakonnya Rebel Wilson yang memegang watak Fat Amy.
Dengan saiz berat badan yang montel menyebabkan beliau terus dipanggil dengan nama Fat Amy walaupu selepas sekuel filem berkenaan tamat.
Namun begitu, kini mungkin kita tidak akan memanggil dengan Fat Amy kerana Rebel Wilson telah mengubah penampilannya.
Pada akhir 2016, Wilson berkata beliau mahu komited dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat yang mana pada Mei 2020, beliau hilang hampir 14kg dan ia mencecah hampir 30kg menjelang suku pertama tahun 2021.
Menukar diet kepada diet berprotein tinggi, Wilson mendedahkan selepas berjaya menurunkan berat badannya, perubahan yang paling ketara adalah bagaimana orang lain melayan dirinya.
“Saya fikir, apa yang paling menarik ialah bagaimana orang lain mula melayani anda secara berbeza.
Kadang-kadang, orang tidak akan menoleh dua kali kerana anda bersaiz besar. Dan sekarang saya dalam keadaan yang baik, ada yang menawarkan diri untuk membawa barangan saya ke kereta dan memegang pintu untuk saya.
Saya terfikir, adakah ini yang orang lain rasai selama ini?”
– Tukar sebanyak 80% diet hariannya mengikut jenis bentuk badan. Kebanyakkan makanan yang diambil adalah makanan yang kaya dengan protein seperti vegan protein smoothies, dada ayam dan salmon.
Ads
– Masih ambil gula tetapi kurangkan pengambilannya sekali dalam satu atau dua minggu.
– Jika mahu makan makanan bergula, akan gantikan dengan mandi buih pada waktu malam untuk rasa segar.
– Lakukan rutin kecergasan dengan berjalan kaki. Selamat untuk semua orang dan ia percuma. Lakukan satu jam sehari.
– Turut amalkan kadeah MYAR. Kaedah ini hanya fokuskan kepada kesihatan usus seorang individu semasa penurunan berat badan.
Ads
– Pada permulaannya, dia akan diajar dengan tabiat kunyah makanan sebanyak 40 sehingga 60 kali kunyahan. Ini kerana ia dapat menghilangkan rasa craving terhadap gula, kafein, makanan ringan dan juga tenusu.
– Sehingga sekarang, dia masih lagi menggunakan kaedah ini dan makan makanan yang kaya dengan protein, minum air dalam kuantiti yang banyak dan paling penting cuba untuk makan bawah 1500 kalori sehari.
– Dalam seminggu, akan menghabiskan masanya sebanyak 6 hari di gim. Tidak ekstrem, setiap individu yang melakukan latihan kecergasan di gim perlu mengambil masa sehari untuk berehat.
Nak tahu tak apa punca jerawat? Jerawat bukan hanya menjadi golongan remaja. Kadangkala ia juga kerap ‘menyerang’ wanita yang berusia.
Pernahkah anda mengalami masalah jerawat tumbuh pada bahagian paling menonjol pada wajah? Pasti pelbagai cara yang anda lakukan untuk menghilangkannya.
Punca Jerawat Tumbuh
– Pengambilan makanan berminyak dan makanan ringan memudahkan kulit ditumbuhi jerawat.
– Keturunan dan faktor kotoran boleh menyebabkan wajah ditumbuhi jerawat, baik pada wanita ataupun lelaki.
– Penggunaan produk kosmetik secara berlebihan dan cucian wajah yang tidak teratur boleh menyebabkan jerawat tumbuh pada bahagian wajah dan leher.
– Jerawat kecil yang tumbuh di sekeliling wajah terutamanya pada bahagian yang dilitupi hijab boleh menyebabkan jerawat sekiranya tidak dibersihkan dengan betul. Selain pilihan fabrik sesuai kunci utama penjagaannya.
Masalah jerawat boleh dirawat di rumah menggunakan bahan yang ada di dapur antaranya:
1. Bawang putih
Rawatan semula jadi untuk merawat jerawat. Ia mengandungi antikulat, antivius dan antiseptik. Sulfur yang terkandung dalam bawang putih membantu memulihkan jerawat dengan berkesan.
Caranya, belah bawang putih menjadi dua bahagian. Gunakan bahagian bucu untuk disapukan pada jerawat. Biarkan seketika dan cuci wajah dengan air suam.
2. Pes serbuk kunyit
Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang akan melawan bakteria penyebab jerawat serta mengurangkan pengeluaran jerawat pada kulit.
Caranya, ambil satu sudu besar serbuk kunyit dan campurkan dengan beberapa titisan air untuk menjadikan pes pekat. Kemudian, sapu pada jerawat dan leher, biarkan beberapa minit. Bilas dengan menggunakan air sejuk. Ulangi proses ini selama lima hingga enam hari agar ia dapat mengurangkan jerawat.
3. Lidah buaya
Kandungan polifenol berperanan untuk menghilangkan jerawat.
Caranya ambil gel lidah buaya jadikan sebagai masker, biar selama 30 minit kemudian bilas dengan air bersih.
4. Putih telur
Bahan enzim lysonzim yang terkandung dalam putih telur mampu untuk menghilangkan jerawat.
Caranya ambil putih telur dan tambah dengan perahan lemon, kemudian sapu secara rata pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air bersih.
5. Jus lemon
Cara paling mudah dan cepat untuk menyembuhkan jerawat adalah dengan menggunakan jus perahan lemon. Ia kaya dengan vitamin C dan membantu mengeringkan jerawat.
Caranya, ambil ekstrak dua sudu besar jus lemon dan serapkan pada kapas, kemudian sapu bahagian wajah. Biarkan selama 20 minit dan cuci wajah. Ulangi proses itu dua atau tiga kali sehari sehingga anda boleh melihat kesannya.
Ikut masalah kulit anda, lepas ini boleh buat dan amalkan petua-petua ini ya. Jangan buat sekali saja, pastikan konsisten!
Bermula esok akan dilakukan pemberian vaksin menggunakan pendekatan ‘walk in’ atau secara terus di Lembah Klang.
Sebelum itu Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata, suntikan inokulasi bagi tujuan berkenaan akan dimulakan secara berperingkat.
Mulai 2 Ogos, katanya keutamaan pemberian vaksin akan diberikan kepada individu berusia 40 tahun ke atas dan yang mempunyai komorbiditi.
“Kita akan buka (pemberian vaksin secara terus) mengikut kategori dahulu, justeru pada 2 Ogos, kita akan menerima ‘walk in’ untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan golongan komorbidi.
Kredit Foto: JKJAV
“Pada 5 Ogos, kita akan buka kepada semua, 18 tahun ke atas. Kaedah pelaksanaan ‘walk in’ akan kita akan umumkan menerusi siaran media daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam tempoh terdekat.
“Untuk kita elak daripada masalah berita palsu, bukan semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terima ‘walk in’, kita akan maklumkan senarai PPV mana yang terima dalam tempoh beberapa jam nanti.
“Yang tular baru-baru ini, mengenai senarai PPV dengan jenis vaksin tertentu, itu tidak betul. CITF akan tentukan dan keluarkan senarai PPV, hari ini,” katanya dalam satu sidang media.
Jadi kepada mana-mana individu yang belum mendapat suntikan vaksin boleh hadir di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin seperti ti bawah ini.
Walau bagaimanapun, anda diingatkan untuk hadir pada masa ditetapkan untuk mengelak kesesakan di tempat PPV ini nanti. Jangan lupa bawa kad pengenalan dan sentiasa update aplikasi MySejahtera.
Sejuk mata memandang pelakon wanita, Zara Zya dengan penampilannya bertudung dan berpakaian sopan.
Namun menyentuh isu curang yang hangat diperkatakan dalam media sosial, pelakon Zara Zya berpesan agar golongan wanita dan lelaki menjaga batas pergaulan bagi mengelak terjebak hubungan terlarang.
Pesan Zara Zya
Menerusi satu portal hiburan, tanpa menyebut mana-mana nama, wanita berumur 38 tahun ini berkata, batas pergaulan sangat penting kerana jika tidak dijaga mampu menggugat kesetiaan dan timbul perasaan suka terhadap individu lain.
“Sebab itu pentingnya untuk kita menjaga ikhtilat. Kalau tidak, kau akan jatuh cinta dengan berlainan orang setiap hari.
“Jangan terlalu buka ruang bermesra atas niat sekadar berkawan dengan berlainan jantina,” tulisnya dalam InstaStory.
Jangan Sampai Muncul Makhluk Ketiga
Tambah pelakon drama Risik Pada Hati itu, menjaga pergaulan juga penting bagi mengelakkan ‘makhluk’ ketiga iaitu syaitan menghasut melakukan perkara tidak sepatutnya.
Zara bagaimanapun berpendapat setiap individu bebas untuk menjadikan curang sebagai ketentuan Tuhan mahupun pilihan sendiri.
“Bila tidak jaga batas pergaulan, mudah syaitan datang buat kerja.
“Jadipilihan di tangan sama ada jadikan curang itu takdir atau pilihan,” jelasnya.
Begitulah pandangan Zara Zya tentang hubungan dengan seseorang, berkawan dengan sesiapa pun, jaga ikhtilat. Insya-Allah akan selamat daripada fitnah dan hubungan ‘mengarut’ dengan pasangan orang.