Tidak dinafikan, ramai yang gemarkan aktiviti berbasikal. Sama ada berbasikal secara individu atau berkumpulan, aktiviti ini makin popular hari ini.
Banyak manfaat diperoleh bagi yang mahu mencuba aktiviti lasak ini. Namun bagi yang baru mula-mula menceburinya perlu persediaan awal agar tidak mendatangkan masalah kelak.
Ini antara kenaikan aktiviti berbasikal yang perlu anda tahu.
1. Mengurangkan risiko sakit kronik
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat.
Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
Ads
2. Merawat artritis
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan.
Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
3. Memperbaiki mood
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
4. Menurunkan kadar kolestrol
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
5. Menguatkan tulang
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.
Ads
Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
6. Merehatkan minda
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
Panduan Ketika Latihan
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
Ads
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
Jenuh juga nak hilangkan whitehead dan pudarkan jeragat yang sudah mula membiak, tetapi kalau anda langsung tak ambil peduli, nanti masalah kulit akan makin teruk dan hilang seri.
Bagi selesaikan masalah ini, anda boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Iryani Zaki, jom amalkan petua cantik yang ini.
Wanita Ini Kongsi Dua Bahan Hilangkan Whitehead Dan Pudarkan Jeragat
Kalau konsisten amalkan, inshaa Allah kulit cerah berseri dan bersih dari jeragat serta whitehead.
Bahan-bahan:
Tepung beras ( atau tepung pulut)
Lemon
Cara- cara:
1. Bersihkan muka dulu.
2. 1 sudu tepung campur dengan air perahan lemon. Gaul sebati.
3. Sapu dimuka sehingga rata atau sapu pada kawasan jeragat atau whitehead.
4. Biarkan 30 minit atau sehingga kering.
5. Bilas dengan air bersih dan lap.
Dah siap, nampak gaya senang sahaja nak hilangkan whitehead dan pudarkan jeragat, lagi pun jimat kos. Buat tiga kali seminggu sahaja, kulit rasa lembut dan cerah berseri.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Eh, betul ke milia seed ni? Haaa… pernah tak anda mengalami masalah timbul bintik-bintik biji kecil dekat bawah mata.
Jangan picit dulu, ini sebenarnya bukanlah jerawat dan tidak boleh dipicit begitu saja!
Kalau berani picit, kena lah tanggung rasa sakit tu. Dan sila ambil tahu ya, biji kecil ini sebenarnya adalah Milia Seed ataupun biji kolesterol.
Tetapi, jangan risau jika ada masalah ini kerana anda boleh hilangkan terus dari kulit wajah. Syaratnya kena rajin dan berdisiplin kerana nak rawat akan mengambil masa juga. Mana ada buat sekali, esok dah hilang!
Jom, Hilangkan Milia Seed Di Muka
1. Pilih Oil Cleanser
Rajinkan diri anda untuk mencuci makeup menggunakan oil cleanser. Nanti masalah ini akan perlahan-lahan hilang.
2. Rajin Exfoliate
Kulit di kawasan mata ini sangat delicate tau. Jadi anda kena rajin exfoliate dengan lembut dan hasilnya biji kolestrol akan beransur hilang.
3. Pakai Sunscreen
Ini antara rutin yang wajib kita pakai tak kira ketika berada dalam atau luar rumah. Jadi setiap kali pakai skincare, jangan lupa untuk apply pakai sunscreen sekali.
4. Kena Guna AHA
Kalau basic skincare yang dipakai sudah kukuh, anda boleh start exfoliate guna AHA. Bukan saja boleh kurangkan whiteheads, milia seeds pun boleh hilang!
5.Gunakan Juga Eye Cream
Kadang-kadang milia seeds ini boleh jadi disebabkan penggunaan eye cream dipakai. Jadi periksa bahan produk, takut tidak sesuai dengan kulit korang.
6. Sentiasa Cuci Bersih Muka
Pastikan anda remove makeup betul-betul. Ini adalah untuk pastikan pori-pori tidak tersumbat. Kalau pori tersumbat inilah yang akan buatkan bintik kolestrol terjadi.
Produk-produk muka yang boleh membantu sebagai cara hilangkan milia seed:
Asid alpha hidroksi topikal, seperti asid glikolat dan asid laktik, boleh digunakan untuk mendapat kulit yang sihat.
Bahan-bahan ini sering terkandung di dalam:
Astringen
Penyegar muka
Mask muka
Produk skin peels
1.Cuci, skrub, dan lembapkan kulit secara berkala
Pengelupasan secara lembut di bawah mata akan mendorong sel-sel kulit baru dan menyingkirkan keratin yang tersumbat.
2.Cara hilangkan milia seed dengan penggunaan serum
Pertimbangkan untuk membeli serum malam yang mengandungi vitamin E atau vitamin A topikal (retinal).
Apa pun, kalau anda tengok teruk sangat, sila berjumpa doktor pakar kulit ya. Jangan dibiar masalah milia seed begitu saja. Semoga bermanfaat!