Kurma selelaunya jadi hidangan untuk berbuka atau sahur. Boleh dimakan begitu saja atau campurkan dengan bahan lain seperti susu.
Susu kurma ini menjadi hidangan alternatif terutama bagi mereka yang tidak mahu makan nasi. Malah manfaatnya kita akan kekal bertenaga sepanjang hari.
Terutama bagi mereka yang tinggal di luar negara perlu berpuasa sehingga 19 jam melayan lapar dan dahaga.
Perkongsian Nana Ruzana yang pernah ada pengalaman tinggal di luar negara membuat susu kurma home made ini.
Menurutnya walaupun tidak makan nasi waktu sahur, tapi amalan makan makanan sunnah membuatkan perut kenyang sepanjang hari dan tidak letih.
Dia turut berkongsi langkah membuat susu kurma homemade yang jadi amalannya sejak 3 hari berpuasa. Menurutnya minuman ini juga elok diminum bagi anak-anak yang baru belajar berpuasa.
Ini adalah perkongsian beliau yang tentunya berguna sebagai persediaan puasa nanti.
19 jam puasa, pregnant pula tapi tiada masalah
Ads
Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, kat sini saya nak share apa yang saya amalkan sepanjang saya puasa.
Saya start amalkan puasa hari ketiga sebab baru tau tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yg terdahulu. Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi,(memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja)
InsyaAllah perut rasa kenyang je sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam. Moga bermanfaat buat semua.
Kita cuma perlukan 3 bahan saja
5 buji kurma
Air masak setengah cawan
Susu segar satu cawan
Ads
Jumlah kurma ikut citasa tapi digalakkan dalam bilangan ganjil untuk ikut sunnah nabi.
Cara membuat susu kurma homemade
1. Kurma dibuang biji dan isinya dicarik-carik.
Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Biasa saya akan rendam dalam pukul 7 pm dan makan masa sahur dalam pukul 2.30. Buat yang di Malaysia sebelum tidur boleh rendam untuk minum ketika sahur esoknya. Kalau rendam sekejab pun takpe asalkan kurma itu kembang.
2. Bila kurma dah kembang, kisar dengan secawan susu segar.
Ads
Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak baru minum. Jangan lupa selawat ke atas nabi dan mohon Allah permudahkan puasa kita.
Insya-Allah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Untuk anak-anak yang baru belajar nak puasa pun boleh amalkan.
Setiap tahun usia kita akan bertambah. Biarpun kata orang apa ada pada usia, tetapi menjengah ke angka 30-an, banyak perkara termasuk ujian kesihatan perlu diambil kira.
Ketika usia beginilah, kita perlu menitik beratkan soal kesihatan kerana pencegahan awal itu penting bagi mengelakkan berlakunya masalah nanti.
Jadi anda sangat digalakkan untuk melakukan ujian saringan secara berkala di klinik atau hospital bagi memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan terkawal.
Terdapat banyak ujian perubatan yang disyorkan untuk dilakukan pada usia awal 30-an. Biasanya merangkumi segalanya daripada tekanan darah sehingga pemeriksaan pergigian.
1. Pemeriksaan tekanan darah dan kolesterol
Kesihatan jantung amatlah penting dan usia 30-an adalah masa yang tepat untuk kita memastikan sistem kardiovaskular berada dalam keadaan baik.
Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan agar semua orang dewasa berusia lebih daripada 20 tahun memeriksa tekanan darah mereka setiap 2 tahun dan tahap kolesterol setiap 4 sehingga 6 tahun.
2. Pemeriksaan kulit
Ahli dermatologi mengesyorkan agar setiap orang menjalani pemeriksaan kanser kulit tahunan bermula pada usia 18 tahun.
Kebanyakan individu menunggu sehingga mereka berusia lebih tua untuk mendapatkan pemeriksaan kanser kulit, tetapi barah ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.
Ini kerana melanoma adalah barah kedua yang paling kerap didiagnosis dalam lingkungan usia 15 sehingga 19 tahun dan merupakan kanser yang paling kerap berlaku kepada pesakit berusia 25 sehingga 29 tahun.
Dengan melakukan diagnosis awal, ia mampu membawa kepada hasil rawatan yang lebih baik dan bekas luka yang lebih mudah dihilangkan.
3. Pemeriksaan HIV dan STI
Centers for Disease Control and Prevention mengesyorkan agar semua individu yang aktif secara seksual antara usia 13 sehingga 64 tahun harus diuji dengan ujian HIV sekurang-kurangnya sekali setahun tanpa mengira faktor risiko.
Bagi individu yang mempunyai aktiviti seksual berisiko lebih tinggi pula, mereka disyorkan untuk melakukan ujian setiap 3 sehingga 6 tahun.
Sekiranya anda aktif secara seksual dengan sering bertukar-tukar pasangan, dinasihatkan juga untuk melakukan ujian jangkitan kelamin seperti klamidia dan gonorhea setiap tahun, terutama bagi para wanita di bawah usia 25 tahun.
Jika dibiarkan, klamidia dan gonorhea yang tidak dirawat dapat merebak ke bahagian pelvis dan menjangkiti rahim, tiub fallopio, dan ovari, yang mampu menyebabkan kemandulan.
4. Pemeriksaan kanser kolorektal
Pemeriksaan kolorektal mampu menjadi pengalaman yang agak kurang menyelesakan bagi segelintir individu.
Walau bagaimanapun, kolonoskopi boleh menjadi ujian yang sangat penting untuk dilakukan oleh lelaki dan wanita kerana para doktor akan merujuk pemeriksaan ini sebagai pengesanan awal kanser usus.
Antara faktor risiko termasuk sejarah keluarga yang mempunyai kanser kolon, masalah kronik seperti sindrom iritasi usus (IBS), atau tabiat merokok.
5. Ujian pelvis (untuk wanita)
Bertemu pakar sakit puan adalah penting untuk kesihatan seseorang wanita, terutama pada usia remaja dan awal dewasa.
Untuk mengekalkan kehidupan yang sihat, amat penting bagi wanita berusia 21 tahun ke atas untuk menjalani ujian pelvis dan pap smear setiap 3 tahun untuk mengesan kehadiran kanser.
Tidak kira sejarah seksual, wanita berusia 21 tahun ke atas harus menjalani pap smear setiap 3 tahun. Ia membantu dalam mencari tanda-tanda kanser serviks.
Di samping itu, para wanita turut harus melakukan pemeriksaan kanser payudara dengan menjalani pemeriksaan klinikal dan pemeriksaan mamogram.
Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap barah payudara, doktor akan memeriksa untuk mengetahui sama ada anda berisiko untuk menghidap jenis barah yang lebih berbahaya berkaitan dengan gen tertentu (BRCA1 atau BRCA 2).
6. Pemeriksaan mata
Walaupun anda masih muda dan tidak mempunyai faktor risiko penyakit mata, namun anda perlu menjalani pemeriksaan mata.
Persatuan Optometri Amerika mengesyorkan untuk melakukan pemeriksaan mata dan penglihatan yang komprehensif setiap 2 tahun sekali antara usia 18 dan 39 tahun.
Sekiranya anda belum pernah melakukannya, usia 30-an adalah masa yang tepat untuk membuat janji temu dengan pakar oftalmologi atau pakar mata.
Mata juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan di bahagian lain badan anda.
Pemeriksaan ini juga mampu mengenal pasti masalah kesihatan lain yang tidak berkaitan dengan mata seperti diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, atau kanser.
7. Pembersihan gigi
Senyuman menawan dilengkapi dengan susunan gigi dan kesihatan mulut yang baik. Jadi, cara terbaik untuk mengekalkannya adalah melalui lawatan ke klinik gigi secara konsisten.
Persatuan Pergigian Amerika mengesyorkan agar orang dewasa menjalani ujian sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Tambahan itu, pemeriksaan gigi pada usia 30-an adalah sangat penting kerana doktor gigi akan dapat mengenal pasti sebarang kerosakan atau penyakit gusi yang boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut yang teruk pada kemudian hari.
Semakin meningkat usia kita, semakin banyak perhatian yang harus ditumpukan terhadap kesihatan.
Dengan melakukan ujian saringan kesihatan secara konsisten dan berkala, sebarang komplikasi kesihatan yang serius pasti akan dapat ditangani dengan lebih baik.
Mencegah lebih baik daripada mengubati, sudah tiba masanya kita menjadi lebih proaktif untuk mengambil cakna dan menjaga kesihatan demi kesejahteraan hidup pada masa hadapan.
Sudah masuk level ‘nenek-nenek’, namun kulit tangan wanita ini tetap terjaga elok. Nampak fresh dan cerah dengan amalan skrub yang dibuat sendiri.
Kongsi Puan Hasnah Hussiin, dia sudah biasa buat skrub daripada bahan yang ada di rumahnya. Jom gali, bahan apa yang dia selalu masukkan ke dalam skrub.
Skrub Untuk Kulit Tangan
Di kesempatan ini kak nak share petua cerahkan kulit, muluskan kulit, haluskan kulit seluruh badan.
Anda boleh lakukan scrub ini 2 kali seminggu.
4 sudu besar susu tepung apa brand tak kisah
1 sudu kecil serbuk kopi yang halus
1 biji telur putih
1/2 biji perahan lemon/limau
2 sudu besar aloevera (option kalau tak nak tak apa)
Kacau hingga sebati simpan dalam bekas. Jumlah ini hanya untuk sekali mandi saja. Nak buat banyak boleh simpan dalam peti ais.
Caranya basahkan badan, selepas itu ambil adunan ini buat scrub badan gosok perlahan seluruh badan dari leher, tangan, badan dan kaki hingga keluar semua daki-daki.
Biar dalam 2 minit selepas itu cuci. Anda boleh tengok kesan cerah on the spot. Haaa… itu baru sekali buat, kalau banyak kali?
Okay dah siap mandi, maka sapulah losyen Nivea kuning tu baru elok hasilnya.
Di bawah disertakan tangan akak yg rajin buat scrub ni dan sapu losyen tu. Rasa ramai yang kenal akak umur 50 kan? Jom cantik berjemaah!
Sudah jumpa formula cerahkan kulit tangan, selepas ini barulah kulit muka dan tangan cerah selari. Jangan lupa buat dan cuba ya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cukup dengan sebiji tomato yang dibelah dua, anda dapat kulit yang sihat tanpa cela. Mungkin anda rasa kurang yakin dengan cara ini tetapi realitinya sudah ramai wanita yang mencuba dan dapat kesannya.
Bukan sahaja jimat poket, malah selamat daripada bahan merkuri yang biasanya buat kulit rosak secara tiba-tiba.
Kali ini petua cantik dikongsikan oleh Puan Ria Asfarina Aco Asri, dengan menyapukan tomato yang beku pada wajah.
Sebiji Tomato Dibelah Dua, Kulit Jadi Cerah Dan Parut Terus Pudar!
Bahan-bahan: Tomato
Cara nak buat:
Sebiji tomato dibelah dua.
Kemudian masukkan tomato yg sudah dibelah dua tadi ke dalam peti, letakkan tomato di bahagian freezer (sejuk beku) dan biarkan semalaman.
Kemudian sapu tomato yang sudah semalaman di freezer ke muka.
Biarkan dalam 30-40 minit.
Bilas muka dengan air bersih.
Kelebihan Pakai Buah Tomato
Apa manfaatnya? Okay baca dibawah ni:
Mencerahkan kulit muka
Pudarkan parut perlahan lahan
Jadikan kulit lebih lembut , licin dan glowing
Menyerap lebihan minyak
Menyejukkan kulit
Jadi jika anda suka dan selesa dengan petua tradisional seperti ini, anda boleh beli tomato sesiap dan simpan dalam peti. Amalkan setiap hari selepas cuci muka untuk kesan terbaik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!