Sebelum ini hanya membaca kisah mereka yang positif dijangkiti virus Covid-19 di paparan media sosial.
Sesekali terfikir kesakitan yang dialami sementelah seseorang itu mengalami tanda seperti demam berpanjangan, selesema serta batuk berkahak.
Walaupun mengamalkan SOP dan sangat berhati-hati, namun siapa sangka akhirnya diri sendiri menjadi mangsa jangkitan virus yang sangat merbahaya ini.
Demam On Off & Sesak Nafas
Bagi Elly Jalil, dia mula mengalami demam secara on off dan keadaan ketika itu memang badan rasa sejuk menggigil.
Bukan itu saja, dia juga turut mengalami rasa sesak nafas yang menyebabkan dirinya terbayang mati disebabkan virus ini.
“Rasanya ini disebabkan masalah batuk dan kahak yang banyak dalam tekak. Saya juga turut merasakan susah untuk tidur malam. Sebelum ini bila saya tengok orang lain yang disahkan positif seperti demam dan batuk nampak macam biasa saja.
“Tetapi rupanya bila dah mengalami sendiri, masya-Allah betapa deritanya saat itu. Bagi saya, saya masih lagi sanggup sakit beranak daripada menjadi mangsa virus Covid-19 ini,” ujar Elly, salah seorang team Web Digital di Ideaktiv.
Menurut Elly lagi rasa sesak nafas seperti merasakan nafas kita pendek, mengah dan penatnya seperti baru berlari. Padahal baru saja jalan beberapa langkah.
Ads
Hanya Duduk Rumah Tapi…
Tambahnya, seperti orang lain dia juga sangat menjaga SOP dan hanya duduk rumah bagi mengelak jangkitan.
“Kalau ikutkan kami suami isteri memang tak ada pergi kemana-mana. Lagi-lagi dengan perlaksanaan PKP dan hanya ‘work form home’ dan duduk rumah saja. Cuma kami ada keluar beli barang keperluan harian.
“Tetapi sudah ditakdirkan saya dan suami turut dijangkiti virus ini. Mula-mula suami yang alami muntah dan cirit serta hilang selera makan. Jadi pada 16/6 dia buat swab test dan keputusan positif. Selepas suami dah buat swab test memang saya dan anak asingkan diri terus.
Terus asingkan diri dengan anak.
“Suami duduk bilik dekat atas. Masa ini memang saya dah start pakai mask 24 jam dalam rumah, sarung tangan, kerap sanitize rumah dan tak peluk atau cium anak.
“Waktu ini saya hanya mengalami simptom yang ringan seperti batuk dan selsema je. Masih larat nak jaga anak kami,” ceritanya yang turut mendapat panggilan untuk melakukan swab test pada 18/6 bersama dengan anak yang berusia 1 tahun 10 bulan di Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat.
“Pada 20/6, saya juga telah disahkan result positif. Alhamdulillah anak kami negatif. Bila dapat tahu saya positif 20/6, masa inilah simptom saya pula mula teruk. Batuk sesak nafas demam semua. Jadi saya dan suami membuat keputusan untuk duduk sekali jaga anak.
Ads
“Oleh sebab masing-masing tak larat jadi kena gilir-gilir jaga anak. Memang penat dan sakit tapi nasib baik anak macam memahami. Main sendiri, tidur sendiri dan dia juga dah tak menyusu badan,” kata Elly yang sepatutnya menerima suntikan sehari selepas suami disahkan positif.
Syukur Akhirnya Bebas Jangkitan
Setelah hampir 10 hari kuarantin di rumah, dia dan suami akhirnya bersyukur bebas dari virus Covid-19. Namun saat berdepan situasi dijangkiti virus ini memberi pengalaman sangat berharga buat dirinya sekeluarga.
Pengalaman yang sangat berharga dan berguna.
“Memang kena kuat fizikal and mental untuk hadapi sakit akibat virus Covid 19 ni. Macam saya alhamdulillah ada suami yang boleh bantu sama-sama jaga anak. Ada keluarga dan jiran-jiran yang baik hantarkan makanan dan bekalan ubat.
“Waktu ini memang kami sangat mementingkan keselamatan anak. Walaupun positif, tetapi saya sentiasa memakai mask di rumah, mandi dan cuci tangan sekerap mungkin bagi mengelak anak dijangkiti. Alhamdulillah anak tidak dijangkiti virus yang saya kira sangat-sangat merbahaya dan boleh bawa maut.
“Oleh itu saya nak pesan jika tiada urusan duduk saja di rumah. Kalau boleh beli barang secara online. Ini bag mengelak diri dijangkiti virus yang boleh ada di mana-mana.
“Apatah lagi bagi yang belum menerima apa-apa suntikan vaksin sebagai perlindungan, jadi sentiasalah jaga SOP kendiri,” tambah Elly sebelum mengakhiri perbualan
Dagu berlapis sering dikaitkan dengan badan yang berisi tetapi sebenarnya tak kira badan kurus atau tidak, kalau postur rahang tak betul, ini boleh jadi penyebabnya.
Sebab diet tinggi lemak. Pun sama. Jadi macam mana nak atasi?
Hilangkan Dagu Berlapis
Tak perlu buat pembedahan plastik, anda boleh amalkan dua petua mudah ini, guna putih telur atau cocoa butter.
1) Putih Telur
Ini petua rare punya. Ramai tak tahu putih telur ni boleh kurangkan dagu berlapis. Kalau malas boleh buat seminggu 2 kali. Kalau rajin, amalkan setiap hari.
Yang penting, bebas bahan kimia.
Bahan-bahan:
Putih telur (2 atau 3 biji)
1 sudu makan susu
1 sudu makan madu
1 sudu makan jus lemon
Peppermint essential oil
1) Campurkan bahan 1-4.
2) Masukkan 2 atau 3 titis peppermint oil.
3) Kacau dan sapu pada bahagian dagu, rahang sehingga tengkuk.
4) Biarkan selama 30-40 minit.
Putih telur, susu dengan madu ni ada sifat ‘skin-tightening’.
Bantu ketatkan balik bahagian dagu.
Lemon dan peppermint untuk bakar lemak.
Peppermint ada menthol – ejen cooling serta lancarkan aliran darah pada muka.
2) Cocoa Butter
Cocoa butter juga elok untuk dagu berlapis.
Panaskan dalam microwave sampai cair.
Urut pada dagu dan tengkuk selama 10 minit.
Amal 2 kali sehari.
Tidak memerlukan bahan yang mahal, selepas ini anda boleh pilih antara dua cara di atas untuk kurangkan masalah dagu berlapis.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun berada dalam bulan puasa tidak membataskan untuk kita melakukan rutin harian seperti bekerja.
Jadi perlu kekal sihat dan bertenaga untuk mengelak rasa letih sepanjang hari berpuasa. Coach Fadillah dari Go Fit With Me memberi tip untuk tidak rasa letih kekal cergas di bulan ramadan.
Tip pertama bersahur dan berbuka dengan makanan berkualiti. Kualiti bermaksud, pengambilan makanan yang cukup lengkap dari sumber protein dan karbohidrat dan fiber. Kena pastikan juga makan cukup portion.
Jangan jadikan alasan sebab berpuasa lebih 12 jam kita mengambil makanan secara berlebihan.
Jadi pastikan portion yang sesuai ialah pastikan dengan sepenumbuk karborhidrat, protein sepenampar dan sayuran pula sedoa tangan.
Menurutnya lagi cara memasak juga penting, iaitu dengan cara solehah, rebus, kukus, gril dan elakkan makanan bergpreng.
“Tip berikutnya ialah minum cukup air mengikut berat badan masing-masing. Contohnya kalau berat badan 60 KG, perlu minum tiga liter air. Minum ketika waktu sahur dan berbuka.
“Tetapi air dimaksudkan bukan minum air kopi, teh tarik tetapi sebaliknya adalah air kosong.
“Kita juga perlu tidur dan rehat yang mencukupi. Walaupun ada aktiviti terawih dan moreh, tetapi pastikan jangan tidur melebihi jam 12 malam. Ini adalah untuk memastikan kita mendapat tidur yang berkualiti.
“Kalau untuk tidur sebentar, boleh lakukan sebelum Zuhur. Tak perlu lama, 15 -20 minit sajaka untuk bantu tidak terlalu letih di bulan ramadan.
“Jangan lupa juga untuk lakukan senaman ringan ringan. Jika sebelum itu memang aktif lakukan ativiti, teruskan seperti biasa.
“Ini untuk mengekalkan stamina dan terpulang bila akan melakukannya sama ada selepas berbuka atau terawih.
“Tip terakhir pula, banyak lakukan aktiviti bersama keluarga. Contohnya masak sama-sama, kemas rumah atau berkebun bersama-sama. Jadi kita akan kekal cergas sepanjang masa,” katanya lagi.
Neelofa selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan, di sini , jam 3.44 petang, kelmarin.
Suaminya yang juga pelakon, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz meluahkan rasa syukur apabila segala urusan bersalin berjalan lancar.
Katanya, bayi sulung mereka diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.
“Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Riz, mereka merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan mereka.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya lagi.
Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun lalu. Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamata sulung Neelofa dan Riz.