Berdepan dengan dugaan cukup besar dalam hidupnya menjadikan diri wanita ini cukup tabah.
Biarpun sedang diuji menderita kanser usus tahap akhir, namun jiwa Noor Hafizahani Mohamad Yusof cukup kuat dan kental.
Menerima dugaan demi dugaan yang dilalui dengan tenang sememtelah dia juga kini sedang menjalani rawatan paliatif untuk mengurangkan kesakitan dialami.
Dalam satu temubual oleh Sinar Plus, dia yang juga seorang suri rumah memberitahu kisahnya bermula selepas dijangkiti kuman pada bahagian betis Ogos 2018.
Jalani Ujian Pap Smear
“Disebabkan semakin membengkak, saya terus mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah Perlis.
“Pada masa itu, doktor pakar minta saya jalani ujian pap smear memandangkan kitaran haid saya tidak teratur. Saya juga sering sakit kepala, tumit kaki sentiasa berdenyut dan rasa nyeri pada bahagian abdomen,” katanya yang menetap di Felda Chuping, Kangar, Perlis.
Namun begitu, tatkala menerima satu panggilan dari klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi membuatkan kehidupan wanita ini berubah 360 darjah.
Masakan tidak, ketika itu pakar mengesahkan dirinya mengalami kanser pada dinding rahim tahap satu.
“Sebaik mendengar laporan kesihatan, saya terkedu dan tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Ketika doktor menyarankan untuk membuang rahim, saya merasakan dunia menjadi gelap gelita.
Ads
“Bagaimana saya tak sedih, bayangkan masa itu saya baru saja mendirikan rumah tangga, usia perkahwinan tak sampai setahun lagi. Memikirkan impian untuk memiliki zuriat punah, membuatkan jiwa saya kacau-bilau,” katanya penuh sebak.
Namun, atas nasihat doktor dan pujukan suami, suri hati kepada Mohd Shahriman Anuar, 41, itu akur dengan prosedur yang disarankan.
Jalani 4 Kali Rawatan Kimoterapi & 25 Kali Radioretapi
“Dalam tempoh dua tahun, saya sudah jalani empat prosedur rawatan kemoterapi dan 25 kali kitaran radioterapi yang memeritkan. Selain itu, saya juga sudah empat kali dibedah. Akhirnya pada awal Januari lalu, saya disahkan bebas kanser,” tambahnya yang mesra dipanggil Hani.
Namun begitu, kegembiraan itu hanya sementara apabila selepas dua minggu, muncul simptom baharu seperti kurang selera makan, sering muntah dan perut membuncit pula.
Keadaan tersebut membuatkan anak kelima daripada 10 beradik itu tidak tenang. Apatah lagi badannya semakin lemah dan mudah pitam. Adakalanya diserang cirit-birit dan sakit perut yang menyakitkan.
Ads
“Sekali lagi saya dapatkan rawatan di hospital. Selepas pemeriksaan endoskopi pada saluran usus, doktor mengesyaki saya ada kanser usus pula. Sakit yang datang berulang kali membuatkan saya tidak bermaya sehingga terpaksa bergantung kepada tongkat empat kaki.
“Kemudian ujian imbasan Computed Tomography ketiga pula dilakukan. Kali ini, pakar maklumkan sel kanser datang semula, namun kali ini dikesan pada rongga tisu di antara perut dan usus,” katanya sambil memberitahu, tahap barahnya sudah berada dalam kategori empat.
Perkhabaran itu nyata memberi tamparan pada Hani. Lebih mendukacitakan apabila doktor berterus-terang bahawa peluang untuknya sembuh tipis. Tambahan pula, tiada perubatan khusus yang dapat merawat kanser yang dideritainya.
Diberi Kekuatan Meneruskan Kehidupan
“Saya berkurung lebih tiga minggu selepas mendengar itu semua. Saya menangis hampir setiap hari dan terbaring sahaja. Namun, secara tiba-tiba pada satu hari, hati saya bagai dijentik.
Ads
“Secara automatik, fikiran saya mengenangkan pengorbanan suami yang banyak bersusah payah sehingga sanggup berhutang sepanjang rawatan kanser saya. Hal itu membuatkan saya belajar untuk bersyukur,” katanya yang bangkit dengan membantu suaminya yang juga kurang upaya penglihatan menjalankan bisnes menjual nasi lemak dan kuih-muih.
“Jika ditanya, saya sekarang hanya bergantung dengan ubat tahan sakit, namun saya tidak putus-putus berdoa kepada YANG MAHA ESA supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup.
“Kadang-kadang rasa down juga kerana sakit ini bukan biasa-biasa. Namun, saya sentiasa berdoa dan mengharapkan keajaiban untuk kembali sihat seperti dahulu,” jelasnya dengan tenang.
Dia juga menerima ujian menimpanya dengan reda dan selagi berpeluang bernafas di muka bumi, akan dicekalkan hati kerana mungkin terdapat ganjaran bermakna yang menanti di alam abadi.
Kopi sebenarnya mempunyai tahap antioksidan yang sangat baik yang boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu (termasuk beberapa penyakit seperti penyakit jantung dan barah). Namun, untuk PCOS, kopi antara minuman yang kurang baik untuk dijadikan minuman harian kerana: ⠀
Pengambilan yang berlebihan mungkin dikaitkan dengan risiko keguguran – Sekiranya anda hamil, anda harus mengehadkan pengambilan kafein hingga 200 mg sahaja sehari bersamaan dengan 2 cawan sehari.
Boleh memburukkan masalah adrenal- Pengambilan kafein boleh meningkatkan hormon kortisol serta boleh memburukkan lagi rintangan insulin dan meningkatkan gula dalam darah. Ia juga dapat meningkatkan masalah ‘anxiety’ anda.
Dapat meningkatkan kadar estrogen dalam badan dan menjadi dominan – Hormon estrogen yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan anda mengalami pendarahan haid yang berlebihan, mood yang tidak stabil dan sakit kepala.
Boleh mengganggu tidur anda – PCOS memang mudah mengalami masalah kesukaran untuk tidur, ditambah pula dengan minuman berkafein, ianya lagi boleh menyukarkan anda untuk tidur kerana minuman berkafein boleh mengurangkan hormon melatonin anda iaitu hormon tidur!
Boleh memburukkan lagi masalah pedih ulu hati (atau GERD) kerana kafein boleh meningkatkan acid perut anda.
Kesimpulannya, pengambilan kopi untuk PCOS banyak buruknya dari baik. Jadi, saya mengesyorkan satu cawan sehari sebanyak 50mg, atau kurang atau lebih baik tinggalkan kopi dan gantikan dengan teh herba.
Saya tahu ia agak mengecewakan bagi penggemar kopi, tetapi korbankanlah sedikit kesukaan anda untuk mendapat hormon yang lebih stabil dan badan yang lebih sihat!
Cuci wajah guna tomato, rahsia cantik Mas Idayu walau usia dah cecah 50 tahun. Minggu lepas berlangsung penuh meriah majlis perkahwinan Ratu Dangdut, Mas Idayu dengan pasangannya Muhammad Suffian Che Isa, yang turut dihadiri rakan selebriti kedua-dua pasangan berkenaan.
Setelah 16 tahun hidup sendiri, Mas Idayu atau mesra dipanggil Mummy bersedia untuk menerima insan lain dalam hidupnya.
Terpancar kegembiraan dan kejelitaan di wajah Mas Idayu yang memilih persalinan rona merah jambu untuk akad nikah dan rona putih untuk majlis resepsi bertema fairytale.
Walaupun usia sudah mencecah 50 tahun, tetapi Mas Idayu tetap kelihatan menawan dan tampil berseri-seri dengan persalinan pengantin.
Bergelar selebriti lebih dua dekad, penyanyi yang popular dengan lagu Senggol-Senggolan ini rupanya sangat menjaga kecantikan wajah sejak dari muda lagi.
Dalam satu perkongsian dengan Nona di TV3 dulu, Mas Idayu berkongsi petua lama menjaga kecantikan wajah.
Menurutnya sebaik saja habis sesuatu pertunjukan pentas, dia akan segera mencuci wajah daripada solekan yang dipakai sebelum itu.
Jika dia terlepas pandang perkara ini yang akan menyebabkan kulitnya menjadi bermasalah.Dan Mas Idayu juga lebih gemar kulit wajahnya sentiasa free dari mekap jika tidak ada sebarang kerja-kerja seni.
Untuk menjaga kecantikan wajah pula, dia sangat gemar makan tomato mentah yang akan diratah begitu saja tidak kira tomato muda atau yang tidak berapa masak.
Selain itu dia juga turut manfaatkan tomato yang sudah masak dengan ramas dan menghancurkannya, kemudian disapu ke seluruh wajah. Amalan tradisional ini dilakukan setiap pagi dan telah dibuat sejak dia berusia belasan tahun lagi.
Mas Idayu lebih gemar menggunakan cara tradisional ini untuk merawat wajah tanpa menggunakan produk rawatan lain seperti suntikan botox atau vitamin C.
Walau Usia Dah Cecah 50 Tahun
Dalam perkongsian berkenaan, Mas Idayu turut berkongsi senaman dilakukan sebelum masuk tidur.
Senaman ini adalah dengan cara baring dahulu kemudian angkat kaki ke bawah punggung sedalam mungkin. kemudian tarik kaki kita ke bawah punggung sampai badan terangkat. Buat beberapa kali untuk hasil lebih efektif.
Sebelum majlis perkahwinannya juga, mas Idayu turut mengadakan majlis adat bersiram dan berinai di sebuah hotel sebagai persiapan sebelum menjelangnya hari bahagia Jumaat lalu.
Tidak lama saja lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadan. Kata orang pada bulan puasa inilah kaedah terbaik untuk kita turunkan berat badan lebih sihat.
Maklumlah sepanjang hari kita berpuasa menahan diri dari makan minum sebelum tibanya waktu berbuka.
Bagi memastika kita kekal bertenaga sepanjang berpuasa, ada beberapa tip boleh diamalkan dan dalam masa sama boleh menurunkan berat badan.
Perkongsian dari Mohd Shahfazreen memberitahu tip sesuai untuk kita amalkan nanti. Menurutnya jangan skip bersahur, sebaliknya pengambila portion yang betul boleh memberikan kita tenaga sepanjang hari.
Tip Turunkan Berat Badan Di Bulan Puasa
Tips bersahur untuk kekal atau turunkan berat badan di bulan Ramadan.
1. Makan sahur sekurang-kurangnya 500 kalori atau 1/3 dari keperluan kalori diri sendiri.
2. Sebaiknya makan karbohidrat kompleks untuk tenaga dan kenyang lebih lama.
3. Protein seperti ayam, ikan, daging, telur, cheese dan lain-lain beri tenaga berpanjangan.
4. Sediakan bahan masakan atau makanan sebelum tidur. Bangun nanti tak kalut.
5. Masuk tidur lebih awal agar mudah bangun sahur dan elak makan waktu tengah malam.
6. Mula awal dan lewatkan habis sahur. Dapat makan dengan cukup dan tak pedih ulu hati.
7. Minum air kosong secukupnya. 3-4 gelas okay dah. Cabaran puasa lebih pada dahaga.
8. Kurangkan kuantiti minuman berkafein. Ia bersifat dieuretik. Cepat singkir air daribadan.
9. Elak makanan masin dan tinggi sodium. Ia cepatkan dehidrasi dan mudah rasa haus.
10. Elak fast food & dessert yang manis. Paras gula dan insulin jadi tinggi punca cepat lapar.
Info Ekstra: – Oats, beras perang, roti gandum dan sumber wholegrain lain karbo kompleks baik. Jika makan nasi berlauk, ambil sayur sekali.
– Rancang awal nak makan apa untuk sahur lebih mudah. Dapat tentukan kalori sekali. Cukup makan dan minum waktu sahur, jadi mudah nak kawal nafsu makan.
– Tak terlalu lapar, makan itu ini dan terlajak kalori setiap kali waktu berbuka nanti. Begitulah.