Roti putih karbohidrat sihat. Tapi makan lebih akibatkan risiko gemuk, kencing manis & jantung! Selama ini kita menjangkakan memilih karbohidrat dengan makan roti putih itu lebih sesuai bagi yang mengamalkan diet sihat.
Tetapi rupa-rupanya pengambilan roti putih yang tinggi akan mengakibatkan risiko kegemukan, kencing manis dan sakit jantung.
Roti Putih Karbohidrat Sihat
Ini kerana Roti putih merupakan Highly Processed food yang di proses dari gandum. Untuk menghasilkan tepung atau roti yang putih, pengilang perlu membuang bahagian Bran dan Germ gandung, meninggalkan bahagian Endosperm sahaja.
Proses tersebut menyebabkan kehilangan khasiat penting dari gandum termasuk serat, mineral dan vitamin.
Ads
Gemuk, Kencing Manis & Jantung!
Ia merupakan sumber karbohidrat yang ringkas. Selepas makan, gula dalam darah akan meningkat dengan pantas. Situasi ini jika berlaku terlalu kerap menyebabkan risiko penyakit diabetes.
Kerana jumlah fiber yang rendah, menyebabkan seseorang individu CEPAT LAPAR selepas paras gula berkurangan. Ini menyebabkan kita mengambil lebih banyak makanan dan menyebabkan risiko obesiti.
Pilihan alternatif yang lebih baik adalah roti jenis Wholemeal atau Whole wheat. Roti jenis ini masih ada kandungan serat, vitamin dan mineral.
Ads
Justeru Public Health Malaysia memberikan pilihan untuk memilih roti jenis Whole Wheat bread untuk kesihatan.
Ini kerana ia lebih berkhasiat dan gula dalam darah tidak meningkat dengan mendadak. Jadi untuk membuat apa juga makanan dari roti seperti sandwich atau roti telur, boleh memilih jenis ini untuk diet lebih sihat.
Memakai wangian di badan memberi pengertan tersendiri buat setiap individu. Malah selain barangan kosmetik lain, minyak wangi juga wajib ada dalam beg.
Selain menambah rasa yakin dengan penampilan, ia juga mencerminkan personaliti sebenarnya diri kita.
Walau bagaimanapun, minyak wangi yang berjenama popular dijual pada harga yang mahal menyebabkan kita berfikir banyak kali untuk nembeli dan menjadikannya sebagai koleksi kesayangan.
Perkongsian dari seorang pengguna twitter ini @AusMeshi yang memberitahu wangian yang boleh dibeli dari brand Zara dan baunya setanding dengan jenama minyak wangi mewah dan popular masa kini.
Jenama ini juga sangat terkenal di seluruh dunia, jadi anda tidak akan rugi membeli kerana kualiti tidak mengecewakan. Jadi bagi pengumpul minyak wangi boleh cuba wangian disyorkan.
Siapa sangka percubaan dua sahabat untuk memastikan perubahan pada payudara masing-masing menjadi lebih besar tidak menjadi, sebaliknya telah mendatangkan masalah lain.
Daripada perasaan ingin mencuba akhirnya mereka terkena sawan tidak henti menyebabkan kesihatan perlu dirujuk kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.
Perkara ini dikongsi oleh seoran doktor perubatan, Doktor Ahmad Zakimi Abdullah di laman sosial Facebook yang memberitahu perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku.
Malah menjadi pengajaran untuk wanita di luar sana agar berhati-hati membeli ubatan secara online kerana ia boleh membahayakan nyawa.
“Doktor! Ada pesakit wanita berumur 30an, sawan, baru masuk redzone,” ujar seorang penolong pegawai perubatan bertugas di zon merah.
“Baik-baik!” Jawabku ringkas.
Tanpa berlengah, aku terus berlari pantas ke Zon Merah. Kelihatan pesakit itu masih lagi sawan.
“Dah bagi valium?” Soalku.
“Dah bagi 5 minit lepas, Dr!” Ujar pegawai perubatan yang menjaga zon merah, Dr Faizal (bukan nama sebenar).
Pesakit itu diberikan oksigen ‘high flow mask’ dalam keadaan mengiring. Masih lagi sawan tanpa henti dari rumah sehingga ke zon merah.
“Bagi sekali lagi IV valium 5mg” arahan aku kepada tim kami.
“Baik!” Jawab Dr Faizal.
Pesakit masih lagi sawan walaupun dos Kedua Valium diberikan. Maka kami ambil keputusan untuk lakukan intubasi ke atas pesakit. Pesakit ini perlu bantuan mesin pernafasan akibat sawan terlalu lama. Keadaan ini dipanggil ‘Status Epilepticus’.
Setelah siap semua proses intubasi dan keadaan pesakit sudah stabil, sawan pun berenti. Sejarah Perubatan tentang pesakit diberitahu oleh suami pesakit. Beberapa penyiasatan darah dari makmal semuanya normal. Kami masih belum dapat punca pesakit ini sawan.
Aku merancang untuk lakukan imbasan CT otak untuk pesakit ini.
Setelah beberapa minit kemudian, seorang lagi pesakit tiba di zon merah. Pesakit itu berumur dalam pertengahan 20-an. Pesakit itu juga mengalami sawan.
“Adoi! Seorang lagi sawan!” – bermonolog.
Pesakit ini juga mengalami ‘status epilepticus’. Sawan sudah hampir 1 jam tanpa henti.
Satu lagi kes intubasi dan memerlukan mesin bantuan pernafasan. “Eh! Doktor! Pesakit yang kedua ni adalah kawan kepada pesakit yang first status epilepticus tadi” ujar Dr Faizal.
“Laaa ye ke? Apa masalah sebenarnya ni? Mereka buat apa eik, Dr Faizal?” Soalku. “Ah ha… Dr. Mereka kena sawan masa kat tempat yang sama. Di rumah pesakit yang first tadi.”
Kami rasa pelik kerana kedua-dua mereka mengalami masalah yang sama. Adakah mengalami ketoksikan? Atau apa? Tapi tak semua penghuni rumah tu yang kena. Hmmm.
“Panggil husband pesakit tu balik. Saya nak tanya beberapa soalan lagi,” permintaan aku. Banyak juga soalan tambahan yang aku tanya pada suami dia.
Aku ada tanya apa kaitan antara isteri dia dengan kawan isteri dia tu. apa yang mereka sama-sama lakukan di rumah mereka.
“Sebenarnya tadi isteri saya dan kawan dia ni tengah buat sesuatu, doktor” ujar si suami.
“Buat apa tu encik?” Soalku ringkas.
“Mereka tengah buat breast filler. Mereka buat sendiri-sendiri. Pakai injek-injek.”
“Apa?! Boleh tunjukan saya dorang injek apa?” Terkejut juga aku.
Maka si suami tunjukan aku gambar suntikan ‘breast filler kit’. Ada 4 picagari yang berlabel Hyaluronic Acid gel, dikatakan untuk membesarkan payudara dan 4 vial injeksi lignocaine 2% untuk ubat kebas (bias). 10 mls lignocaine 2% setiap vial.
Mengikut cerita dari si suami, isteri dia mengadu kebas dibahagian lidah dan bibir selepas beberapa minit kawan dia suntik di payudara sebelah kanan. Kemudian mengadu pening dan berdebar-debar selepas itu.
Si suami mengatakan isteri dia guna 2 vial lignocaine 2% bagi sebelah payudara. 2 belah bermakna dia menyuntik 4 vial lignocaine bersamaan dengan 40mls untuk ubat kebas sebelum suntik Hyalurolic acid sebagai filler.
Mereka beli dalam talian saja dan dipelajari dari YouTube katanya.
Mari sini aku tunjukkan bagaimana kira dos lignocaine yang disuntik;
Untuk maksimum dos lignocaine adalah 4.5mg/kg (tanpa epinephrine), jika lignocaine dengan epinephrine maksimum dos adalah 7mg/kg. Total maksimum dos adalah 300mg.
Maka, maksimum dos dalam mililiter sepatutnya disuntik oleh pesakit berat badan 58kg adalah; Formula = max dose (mg) x berat (kg)/10 x concentration (%)
Maka, lignocaine dos dalam mililiter tanpa epinephrine = (4.5mg x 58kg)/(10 x 2) = 13.05 mls. Namun pesakit ini telah suntik lignocaine sebanyak 40 mililiter yang sepatutnya hanya 13 mililiter sahaja.
Sah, kedua-dua pesakit ini mengalami ‘lignocaine toxicity’.
Sejurus prosedur suntikan itu dilakukan, kedua-dua pesakit mengalami gejala seperti kebas bahagian lidah dan bibir, kemudian pening dan berdebar-debar. Lebih serius kedua-dua pesakit itu mengalami sawan akibat dari lebihan dos lignocaine.
Cara atau teknik pemberian pun aku tak pasti bagaimana. Betul atau tidak. Tak kena cara memang suntikan tersebut terus ke salur darah pun kita tak tahu. Sangat-sangat berbahaya. Prosedur ini sepatutnya dilakukan oleh doktor yang bertauliah dan terlatih sahaja.
“Faizal, bagi kedua-dua pesakit ni Intravenous lipid emulsion 1.5 ml/kg of 20% lipid. Then followed by infusion 0.25 ml/kg/min, ya. Lekas sikit,” ujarku.
“Baik, Dr!”
Kita boleh dapat pengajaran dari kisah ini. Nak cantik boleh tapi jumpa dengan doktor yang terlatih. Nak cantik boleh tapi jangan binasakan diri sendiri. Itulah. Hmmm.
Telur merupakan sumber protein yang tinggi khasiat dan menjadi hidangan paling pantas disediakan bersahur.
Malah telur juga mengandungi protein lengkap dan menu terbaik untuk bersahur. Kira-kira 97 peratus daripadanya boleh diserap oleh badan.
Ia juga mengandungi kolin yang membantu metabolism dan pusat sistem saraf berfungsi.
Namun untuk makan telur begitu saja pasti tidak berselera. Apa kata anda sediakan resipi sahur kilat dengan menyediakan telur dadar gebu berkeju yang hanya mengambil masa 10 minit disediakan.
Bahan-bahan
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar susu segar
1/2 biji bawang besar yang dihiris
2 cendawan butang yang dihiris
1 keping roti Gardenia Original Classic dipotong dadu
1 tangkai daun sup, dihiris
1/4 cawan keju ceddar
1/4 kawan keju mozzarella (pilihan)
Cara penyediaan
1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada sulah
2. Panaskan kuali dan cairkan mentega di atas api sederhana kecil
3. Kemudian tumiskan hirisan bawang dan cendawan sehingga layu
4. Masukkan roti Gardenia Original Classic yang dipotong dadu ke dalam bancuhan telur dan gaul seketika
5. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan tumisan. Kacau seketika dan biarkan telur dadar masak sepenuhnya
6. Taburkan dengan daun sup dan parutan keju ceddar
7. Lipatkan telur dadar gebu berkeju dan terus hidangkan
8. Untuk mendapatkan hidangan yang seimbang, Telur Dadar Gebu Berkeju boleh dinikmati bersama ulam-ulaman dan disertakan dengan taburan roti rangup
Tips masakan
Pukul telur sehingga berbuih untuk mendapatkan telur dadar yang gebu.
Senangkan sangat untuk menyediakannya waktu bersahur. Dan hidangan ini juga boleh mengenyangkan dan membuat kita bertahan sehingga waktu berbuka nanti.