Meneruskan kesinambungan #RapiWerk it sebelum ini, bertempat di Reborn Fitness Studio, Bandar Putera 2 sekali lagi Team Rapi memberi peluang kepada hampir 30 peserta yang berminat untuk melakukan aktiviti senaman sihat.
Kali ini, Rapi melakukan aktiviti Tabata Madness yang diketua oleh Coach Nana untuk tempoh sejam bermula dari warm up dengan 8 pusingan muzik Tabata berbeza.
Sebelum itu, seawal jam 7.30 pagi, sudah ada peserta yang datang untuk mendaftarkan diri. Sebaik semua peserta yang telah mendaftar ada, maka bermulakan Tabata Madness dengan iringan muzik rancak.
Bermula dari cycle pertama Coach Nana memberikan arahan yang sangat jelas dan tepat pada ke semua peserta untuk tempoh 4 minit. Seterusnya muzik dimainkan untuk cycle kedua dan seterusnya hingga selesai 8 cycle.
Ads
Biarpun bermandi peluh, tetapi kesemua peserta begtu enjoy melakukan aktiviti ini yang hanya berlangsung selama hampir sejam. Malah rata-rata tidak sabar untuk menyertai aktiviti sebegini jika dianjurkan oleh team Rapi lagi.
Menurut Coach Nana, antara kelebihan Tabata ini adalah mampu membakar lemak dengan lebih efektif kerana kita akan melakukan gerakan tanpa henti dari cycle pertama hingga ke lapan. Walaupun hanya untuk tempoh sejam tetapi boleh membakar beratus kalori dalam badan.
Aktiviti kali ini turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah untuk tiga peserta. Masing-masing teruja untuk terus menyertai aktiviti sebegini dan mahukan ia dilakukan dalam skala besar.
Ads
Tabata Madness kali ini mendapat tajaan Reborn Fitness Studio, Bliese, Dermeden, Yatt Beauty, Mysterious Hand Sanitizer dan Faery Beauty.
Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah. Sebelum ini tidak pernah diuji dengan dugaan yang tidak pernah disangka-sangka. Apatah lagi membabitkan masalah kesihatan yang serius.
Namun kejadian awal Oktober lalu menjadi pengajaran sangat berguna pada wanita ini. Daripada tidak tahu mengenai penyakit Thrombotic Thrombocytopenic Purpura (TTP) , akhirnya terpaksa membuat kajian bagaimana masalah gangguan pada darah ini boleh terjadi.
Perkongsian Puan Mini Fadzil di laman sosial Facebook mengenai masalah dialami diharap dapat membuka mata ramai orang diluar sana betapa bahaya jika tidak dirawat dengan sebaiknya.
Tragedi Oktober bermula pada tengah hari 8 Oktober 2022. Petangnya dihantar ke Hospital Selayang dan pada 9 Oktober dipindahkan ke Wad Hematologi Hospital Ampang. Saya deep sleep dari 8 Okt dan hanya tersedar sepenuhnya pada 10 Okt. Itupun tak boleh jawab bila nurse tanya nama dan berada di mana, jadi bengong dan tak boleh nk bercakap.
Bermula saat itulah saya jadi penghuni wad darah sehingga 8 November 2022. Ada yg bertanya selama sebulan di Hospital Ampang, apa rawatan yg saya jalani? Panjang sikit, kalau nak baca silakan. Kalau tak mo baca swipe jerrr.
Rutin harian kat hospital lebih kurang sama, seawal 5 pagi nurse pasang lampu, nak ambik bp, ambik darah, cek gula. Disebabkan kita dah biasa bangun awal, jadi kita tunggu nurse datang ke katil. Selesai tugas nurse baru pi mandi.
Lepas sarapan, nurse dah hantar segenggam ‘gula-gula’ utk ditelan. Selalunya saya akan padankan utk telan 2-3 biji sekali. Antaranya pil-pil utk kuatkan tulang, elak gastrik dan vitamin untuk elak kesan sampingan ubat utama. Cuma yg tak boleh dielak ialah gula naik dan kena cucuk insulin setiap mlm sedangkan saya memang tak ada diabetis.
Paling last ubat yg amat tidak disukai tapi amat penting kalau nak baik – Pred – awal2 kena telan 60mg, lps tu dikurangkan kpd 50mg, 40mg, 30mg sekarang 25mg. Pahitnya melekat dalam mulut, apa dimakan semua jadi pahit.
Untuk info…Pred atau nama penuhnya Prednisolone atau Prednisone adalah steroid anti keradangan yang berkesan. Namun di sebalik kebaikan, ada kesan sampingan yang buruk jika diambil dalam jangka masa lama. Peringkat awal Dr akan beri dose yang tinggi dan akan dikurangkan selepas itu.
Kalau dah telan Pred, kesan paling ketara ialah moon face…ni memang tak boleh elak. Jantung akan laju sehingga boleh dengar degupan jantung sendiri dan satu lagi jadi kerap lapar.
Ingat lagi 4-5 tahun lalu ketika masuk wad akibat asthma, Pred adalah ubat utama yg diberikan utk atasi keradangan paru2. Punyalah kuat sampai saya minta Dr stopkan dulu sebab tak boleh tidur, bunyi degupan jantung yg kuat mcm jantung dok ada kat sebelah telinga.
Rutin seterusnya seperti biasa lawatan Dr2 terdiri daripada Konsultan, Dr. Pakar, Ketua Jabatan dan Dr2 lain, kadang2 sampai 5-6 orang. Dorang akan update laporan depan pesakit, apa rawatan seterusnya, apa cadangan Dr dan apa pula cadangan Konsultan. Masa ini juga kadang2 Konsultan akan test pengetahuan Dr2 lain. Tanyalah apa juga mereka akan jawab sebaiknya. Selalunya saya akan terus google nama ubat atau istilah2 yg Dr sebut untuk tambah ilmu tentang penyakit yg rare ni.
Seterusnya bergantung kpd keputusan Dr samada tambah darah merah dulu (4 paket ditambah), antibiotik dulu atau tunggu dibawa untuk proses 4 jam Plasma Exchange (PE). Setiap hari Dr akan maklumkn bacaan platlet dan hemoglobin. Ada hari naik, ada hari turun sikit.
Pada peringkat awal PE, daripada 9 platelet dah mencapai 200.
Tiba2 20 Okt, Dr kata platelet saya menurun hingga jadi 17. Jadi Konsultan maklumkan kena buat PE setiap hari sampai 1 Nov, lepas tu rest untuk tengok perkembangan platelet. Keseluruhannya saya jalani 19 kali PE menggunakan 396 pack plasma darah. (Kurang 4 ja daripada Mus May)
Pesakit TTP juga diberikan Rituximab, saya mendapat 4 dose, 3 dose diberikan melalui drip dan satu dose disuntik terus (pedih oooo rasa ubat tu mengalir). Setiap satu dose melalui drip mengambil masa lebih kurang 5-6 jam utk habis.
Pernah diberikan lebih kurang 5 ptg, ditambah dengan suntikan allergi, saya hanya tersedar jam 11 malam. Hampir 12 tghmlm baru kuat untuk bangun solat. Selain itu, saya diberikan 2 dose vaksin tambahan utk pesakit yg ambik Ritux utk prevent covid.
Sekarang ni berehat di rumah, makan ubat, makan macam biasa, cuma lebih memilih. Buat senaman ringan untuk kuatkan tangan dan kaki, senaman untuk pernafasan kerana mudah semput.
Kaki masih tak boleh jalan jauh mungkin disebabkan sebelum ini port femoral untuk PE dipasang pada paha kanan selama 1 bulan dan pada paha kiri pula kesan port yg tak jadi dipasang.
Alhamdulillah setakat ini belum ada kesan-kesan sampingan lain akibat ubat seperti yg saya baca dalam support group TTP luar negara.
Semoga Allah permudah segala rawatan yg saya jalani dan kembali kuat dan bertenaga. Terima kasih kepada penderma plasma darah, mungkin plasma darah anda antara yang berada dalam badan saya.
Terima kasih atas doa dan ingatan keluarga dan sahabat2 semua. #terimaksihatasdoasemua
Siapa tidak mengenali selebriti yang juga seorang usahawan, Tya Arifin. Beliau juga merupakan menantu kepada penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Walaupun sibuk menguruskan perniagaan berasaskan kesihatan, wanita kelahiran tanah seberang ini sangat menjaga penjagaan dan kecantikan diri.
Figura hebat ini sentiasa tampil cantik setiap kali berada di khalayak, malah keanggunan lebih terserlah selepas mengenakan hijab.
Walaupun begitu, Tya Ariffin juga tidak terlepas dari mengalami masalah pertambahan berat badan mendadak terutama sepanjang tempoh kehamilannya.
Namun berkat disiplin dan kesabaran, wanita cantik ini berjaya mendapat berat ideal. Tidak lokek berkongsi tip jadi kurus dan cantik lepas, bersalin, Tya berkongsi amalannya.
Berat Badan Naik Mendadak Setelah MelahirkanTya yakin ramai IbuHebat yang menghadapi masalah ini kan?
Apa yang perlu kita buat apabila berat badan naik? Apa caranya nak kurus? Kalau dulu beli baju saiznya kecil, sekarang harus beli yang lebih besar. Pernah tak anda rasa bila pakai baju tu kelihatan tak cantik.
Biasanya bila berat badan naik, automatik kita akan kurang kepercayaan kepada diri sendiri dan keyakinan diri menurun. Rasa malu mahu keluar rumah dan bertemu dengan orang ramai.
IbuHebat jangan bimbang. Setiap permasalahan ada cara penyelesaiannya. Hari ini Tya akan share tips dari Tya sendiri dengan IbuHebat kerana Tya sendiri pernah gemuk. Mungkin tips ini boleh berkesan dan membantu anda ya.
Buat anda yang sukakan makanan manis seperti snek, chocolate, biskut, please STOP! Jangan ambil makanan dan minuman yang manis. Yang biasa minum minuman dalam tin, kalau nak kurus kalian harus cut terus. Banyakkan minum air putih, air jus, air lemon atau honey lemon. Seperti Tya sendiri, Tya suka air honey lemon, rasanya manis masam tapi manis yang natural.
Apa itu karbohidrat? Karbohidrat adalah makanan yang sering kalian ambil harian. Contohnya nasi, roti, pizza, spagetti/pasta. Tukar! Tukar pengambilan karbo iaitu nasi putih menjadi nasi merah( Beras Perang/Brown Rice).
Seperti yang anda tahu nasi putih sukar untuk dicerna jadinya nasi merah lebih banyak serat dan senang untuk kurangkan berat badan. Kalau IbuHebat mahu cepat kurus, cut karbo dan gantikan dengan karbo yang lebih bagus seperti jagung, potato. Cuba untuk lakukan secara berperingkat.
Seterusnya, IbuHebat boleh gantikan nasi dengan lauk. Perbanyakkan makan sayuran karna sayuran mempunyai kandungan serat yang tinggi, serat pemakanan yang menyerap toksin justeru dapat membantu untuk melancarkan pencernaan.
Yang terakhir adalah exercise. IbuHebat boleh mulai dengan senaman yang ringan. Tidak perlu ke gym, IbuHebat semua boleh mula dengan joging, jalan di sekeliling rumah. Cuba untuk joging 1 hari sekali atau seminggu 3 kali minima. Selain itu pemakanan juga perlu dijaga. Pasti akan kelihatan hasilnya.
Tya harap tips yang Tya share kali ini akan memberi manfaat buat semua IbuHebat yang mengalami masalah berat badan. Tya faham bila kita hilang keyakinan diri dan selalu merasa diri tidak cantik.
Jadinya IbuHebat harus konsisten. Cuba untuk kekal konsisten selama 2 minggu. In Shaa Allah akan nampak hasilnya.
Gara-gara stres sampai muntah & sesak nafas. Elfira Loy akhirnya serah diri ke hospital. Siapa sangka dek kerana terlalu penat bekerja hingga mengalami tekanan menyebabkan pelakon Elfira Loy terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, 28 tahun memberitahu keadaan dirinya kurang stabil sejak kebelakangan ini sehingga perlu mendapatkan rawatan doktor.
Malah menurut pelakon ini, dia dipercayai berdepan simptom Vertigo atau hilang kestabilan tubuh.
Sebelum itu dia mengalami gejala awal ketika sedang menaiki kenderaan apabila rasa tidak stabil setiap lima hingga 10 minit.
Sehari selepas itu dia berasa keadaan dirinya jadi lebih baik tetapi turut terlanggar cermin sisi sebuah kenderaan ketika sedang memandu. Namun ddia bernasib baik kerana sempat menarik dan tidak sedar bagaiman kejadian ini boleh berlaku.
Dalam perkongsian di laman Instagramnya, Elfira mengakui keadaannya bertambah teruk apabila turut mengalami cirit-birit dan muntah.
“Selepas mesyuarat, saya pulang ke rumah dan berehat. Kemudian, saya pulang ke rumah ibu dan beritahu dia.
“Semasa waktu Isyak, saya macam sakit perut. Selepas itu, cirit-birit. Saya ambil wuduk cepat-cepat dan solat, kemudian, ketika solat saya rasa susah nak bernafas dan sakit di bahagian abdomen. Tiba-tiba saya muntah. Dua kali.
“Saya minum banyak air, kemudian terus tidur saja. Semasa tidur, saya rasa dunia berputar dan seperti dilanda ombak serta rasa nak terjatuh. Takut sangat sebab saya masih pegang Aria. Saya berpeluh pada malam itu. Itu yang saya terus pergi ke hospital,” tulisnya.
Elfira bagaimanapun bersyukur dengan keputusan perubatan daripada pihak hospital.
“Nasib baik semua keputusan pemeriksaan okay. Alhamdulillah. Saya cuma perlukan rehat dan minum banyak air. Tapi, kalau berterusan lagi dalam dua hari, saya perlu lakukan imbasan CT (CT Scan), yang mana, saya nak elakkan. Jadi, mohon doakan saya,” tulisnya yang menambah inilah masa untuk berehat.
Malah hantaran yang dibuatnya adalah untuk mengingatkan diri bahawa tubuh badan perlukan rehat bila diperlukan dan terlalu banyak berfikir juga sebenarnya mampu menyakitkan dirinya.