Dek sebab nak bergaya cantik sempena majlis rumah terbuka lebaran ini, pasti ramai yang berhasrat untuk mewarnakan rambut.
Lebih-lebih lagi jika rambut sudah kelihatan sedikit beruban. Dek kerana malu uban sehelai habis diwarnakan semua rambut untuk menutupi kekurangan ini.
Namun tahukah kesan menggunakan pewarna daripada bahan kimia ini pada rambut anda.
Perkongsian Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim memberitahu bahanya bika anda berhasrat untuk berbuat demikian.
BAHAYA MEWARNA RAMBUT?
Pewarna rambut terdiri daripada bahan kimia yang bertujuan mencantikan warna rambut dan menutupi rambut putih/ uban. Seni mewarna rambut sebenarnya berzaman lama telah diamalkan. Antara warna yang menjadi pilihan adalah hitam, keemasan, hijau, merah, kuning dan putih. Pada ketika itu, bahan kimia pewarna rambut diperolehi dari tumbuhan seperti inai, indigo, senna, kunyit, amla, katam dan sebagainya.
Bergantung kepada warna yang dihasilkan dan ketahanan, pewarna rambut dikategorikan kepada tiga jenis iaitu sementara (temporary), separa kekal (semi-permanent) dan kekal (permanent). Pewarna rambut jenis separa kekal boleh menjadi kekal sekiranya dipakai berulang kali, contoh inai.
Sekitar tahun 1860an, pewarna rambut sintetik diperkenalkan, namun kebanyakkan adalah berasaskan logam seperti plumbum yang boleh memudaratkan kesihatan. Akhirnya, sekitar 1909an seorang ahli kimia Perancis, Eugene Schiller telah berjaya menghasilkan pewarna rambut sintetik yang selamat dan digunakan secara meluas sehingga kini iaitu bahan kimia paraphenylenediamine (PPD). PPD menjadi pilihan kerana kualiti warna hasilnya yang kelihatan seakan semulajadi dan bersifat kekal walaupun dibasuh dengan syampu berulang kali. Dan hanya dengan PPD sahaja warna rambut kelabu dapat diperolehi.
Ads
Bagaimana PPD memberikan warna kepada rambut?
Warna semula jadi rambut bergantung kepada nisbah bahan kimia protein melanin iaitu eumelanin dan phaeomelanin. Eumelanin bertanggungjawab kepada warna rona warna perang ke hitam, manakala phaeomelanin pula memberikan warna keemasan dan merah. Ketiadaan kedua jenis protein ini akan menyebabkan rambut berwarna kelabu atau putih.
Bahan kimia PPD sendiri tidak berwarna. Namun hasil tindakbalas pengoksidaan dalam keadaan beralkali akan menghasilkan warna yang pelbagai pada rambut. Bahan pengoksidaan yang biasanya digunakan adalah hydrogen peroxide dan agent alkali PPD pula biasanya ammonia.
Semasa proses mewarna rambut, bahan kimia alkali ammonia akan membantu dalam membuka struktur dalaman rambut untuk membenarkan agen pengoksida memusnahkan protein eumelanin dan phaeomelanin lalu mengantikannya dengan pewarna PPD. Semakin gelap warna yang diingini, semakin tinggi kepekatan bahan kimia PPD yang digunakan. Warna yang gelap sesuai dengan rambut individu yang lebih gelap seperti orang Asia.
Kesan sampingan PPD?
Umumnya PPD adalah selamat digunakan sebagai pewarna rambut kerana ianya diregulasi of European Cosmetics Directive, 76/768/EEC (revised No. 1223/2009). Kandungan PPD yang dibenarkan adalah hanya sehingga 2% pada rambut. Dalam kuantiti yang dibenarkan,ia lebih selamat daripada pewarna rambut sintetik lain seperti lead acetate trihydrate, dan 4-aminobiphenyl (4-ABP).
Ads
Pun begitu, bahan dan cara penyediaan yang tidak sempurna akan menyebabkan PPD yang tidak teroksida sepenuhnya. Keadaan ini boleh menyebabkan reaksi seperti iritasi, ruam kering, pedih dan gatal kepada kulit yang terdedah. Untuk mengelakan kesan sampingan disebabkan pengoksidaan PPD yang tidak sempurna, pastikan mendapatkan servis daripada pusat kecantikan yang diyakini. Untuk produk pula, pastikan beli daripada pengeluar yang punya reputasi baik dan patuhi arahan penyediaan pada label.
Pendedahan kali pertama PPD kepada individu sensetif biasanya tidak memberikan kesan, namun pendedahan berikutnya boleh menjadi lebih teruk. Antara gejala alahan PPD adalah ruam kemerahan, lecet dan bengkak pada kelopak mata atas, cuping telinga, kulit kepada, muka, leher, tangan dan kaki (lihat contoh gambar di bawah).
Tindakbalas sistematik badan terhadap PPD boleh membawa kepada anaphylaxis (respond berlebihan sistem imuniti badan). Antara gejala selain masalah kepada kulit adalah pening, loya dan muntah, pembengkakan pada kerongkong dan lidah, kesukaran bernafas dan pengsan. Jika tidak dirawat ianya boleh menyebabkan kematian.
Masalah pada kulit yang sensetif juga boleh berpanjangan kepada hyperpigmentasi dan parut. Walaupun jarang dilaporkan, PPD juga dipercayai boleh menyebabkan leukoderma atau vitiligo iaitu keadaan di mana kulit kehilangan sel pigmen melanocytes kepada individu yang cenderung secara genetik.
Oleh itu, produk pewarna yang mengandungi PPD dan bahan kimia terbitannya (derivatives) mempunyai label AMARAN pengesyoran agar pengguna melakukan ‘patch test’ sebelum mengaplikasikan pewarna rambut jenis ini. Pun begitu, keputusan negatif dalam ‘patch test’ ini tidak menjamin sepenuhnya individu adalah bebas daripada kesan sampingan PPD.
Tidak semestinya. Semua produk kosmetik tidak kira sintetik atau natural adalah tertakluk kepada peraturan penilaian keselematan yang sama. Badan kita tidak mampu membezakan bahan kimia natural atau sintetik. Sekiranya bahan kimia itu tidak selamat, tidak kiralah diperolehi secara semulajadi atau dihasilkan di makmal, ianya tetap akan diharamkan.
Perlu diingat, bukan semua individu alah kepada PPD sebab itu ianya dibenarkan sebagai pewarna rambut. Benar, kenali badan sendiri dan usah pukul rata. Individu sensetif dan mempunyai masalah kesihatan sedia ada berkaitan harus lebih berhati-hati.
Bagi mereka yang berkulit sensetif dan alah kepada bahan kimia PPD, boleh memilih pewarna jenis sementara atau separa-kekal seperti inai (henna). Pun begitu, berhati-hati dengan produk inai yang mungkin juga dicemarpalsu dengan bahan kimia logam (kuprum, perak, bismuth, atau plumbum), PPD, ini agar lebih kekal lama warnanya.
Nak jaga kecantikan kulit wajah bukan sahaja daripada produk penjagaan kulit yang sesuai, tetapi juga boleh menggunakan bahan dapur seperti cuka epal.
Selain sebagai salah satu bahan untuk penambah perisa makanan, sebenarnya cuka epal juga boleh bermanfaat untuk mencantikan wajah dan kekal awet muda.
Kesan Cuka Epal Untuk Kulit, Patutlah Ramai Guna Tip Ini!
Perkongsian wanita ini di laman sosial facebook Fyza Syah memberitahu tentang lima manfaat hebat cuka epal pada kulit wajah. Dan katanya lagi cuka epal ini wajib ada sebagai simpanan di rumah untuk pelbagai kegunaan.
Menurutnya, bukan sahaja berperanan sebagai penyegar wajah, tetapi juga untuk mengurangkan masalah minyak di muka dan juga turut berfungsi menghilangkan kedutan di wajah.
Selain itu, cuka epal juga boleh menjadi masker untuk menghilangkan jeragat yang ada di wajah. Tetapi hanya boleh dilakukan dua kali seminggu sahaja.
5 MANFAAT HEBAT CUKA EPAL PADA KULIT WAJAH
1. Sebagai toner wajah.
Toner penting untuk imbangkan tahap ph kulit kita. Kalau tak seimbang, jerawat senang nak naik. Kulit kita ni sedikit berasid, untuk halang kuman dari membiak.
So sepadan dengan kandungan cuka epal yang ada beta karotena dan berasid, bagus untuk seimbangkan balik ph kulit muka. Sekali gus dapat matikan kuman jerawat. Korang yang ada masalah jerawat boleh cuba buat cuka epal sebagai toner.
2. Mengurangkan masalah minyak di muka
Jerawat dan kulit berminyak sangat berkait rapat. Untuk elak jerawat suka bertandang, kulit wajibulghunnah bebas minyak yang berlebihan. Guna kapas muka lepas tu sapu je kat seluruh wajah.
Kemudian, baru bilas dengan air. Rajin amal camni, korang akan rasa minyak setangki kat muka makin kurang. Opkoz lah pakej jerawat sekali angkat kaki.
3. Menghilangkan garis kedutan
Jangan tak tau yang cuka epal ni mampu buat kulit muka kembali muda. Mana taknya, garis kedutan pon boleh hilang tau.
Tak payah dah nak spend duit beratus ratus untuk kesan awet muda. Asalkan korang rajin je sapu cuka epal kat muka. Guna kapas, pastu bilas macam biasa dengan air
4. Hilangkan racun di wajah
Kenkadang kita tak sedar ada racun yang terperangkap kat dalam kulit kita. Bila dibiar lebih lama, tu yang kulit pon tetiba meletuskan jerawat batu nanah semua tu. Sedangkan kita tak pernah amik tau yang kulit kita rupanya penuh ngan racun.
Untuk korang yang pernah salah produk ker, pernah terjebak dengan produk berkimia tinggi, kuat bermekap, haaa ni la solution nye.
Detoks kulit korang dengan cuka epal. Buat secra mingguan je. Nak campur dengan masker lumpur pon bagus jugak. Amal selalu kulit bersih dan muda.
5. Kurangkan bintik penuaan= jeragat
Jeragat ni isu kulit paling susah nak selesaikan. Ada yang guna laser, ada yang makan suplemen ada yang sapu krim yang kuat bahan dia untuk hilangkan jeragat.
Tapi korang yang ada masalah jeragat tu cuba lah juga dengan buat masker dari cuka epal ni. Guna kapas muka yang dah direndam jap dalam cuka epal, pastu tepek atau sapu kat muka. Lepas 30 minit, bilas balik dengan air. Yang ni kena rajin buat 2 kali seminggu. Dalam sebulan setengah dah boleh nampak beza.
Wajib ada tau cuka epal ni. In case tetiba kulit muka mengada naik ruam ke apa, boleh tenyeh je ngan kapas celup cuka epal ni.
Pastu bilas la balik. Memang gatal kurang taw. Alaaa, murah je seketul cuka epal ni. Lagi mahal buah epal
Okay lah, kalau suka dan bermanfaat, #SHARE je. Mana tau, ramai nak cuba kan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelebihan Limau Nipis Untuk Kecantikan & Kesihatan
Pernah tak kawan kawan terfikir bagaimanaorang dulu dulu menjaga kesihatan diri? Pos hari ini saya akan kongsikan 7 Petua Orang Lama menggunakan Limau Nipis utk menjaga kesihatan badan, dan kecantikkan.
Bahan bahan yang diperlukan sangat ringkas, mudah didapati didapurnamun berfaedah jika di praktikkan secara istiqomah. Antara rajin dan malas sahaja.
Jika kawan kawan suka akan perkongsian saya, jemputlah Subscribe ke saluran Youtube saya Amoijamu dimana saya kongsikan pelbagai petua lama, resipi Jamu dan masakan Halal Cina. Sokongan anda akan mendorong saya untuk berkongsikan lebih isi kandungan yang menarik.
Patutlah nampak Hanez Suraya makin cantik kulitnya dan tubuh badan pu maintain kurus, rupanya dia aktif kayuh basikal!
Walau seakan menyepi daripada industri seni, namun bakat dan pesona Hanez masih diingati peminat setia yang ternanti-nantikan kemunculannya di kaca televisyen.
Suka Kayuh Basikal, Patutlah Hanez Suraya Makin Cantik Dan Slim
Meninjau media sosial Hanez, dia yang meniti usia 37 tahun aktif dengan gaya hidup sihat seperti berbasikal. Meski usia bakal menghampiri 40 tahun namun stamina aktres cantik ini kuat!
Tidak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh ideal persis anak dara walau dah berstatus isteri dan ibu.
Melihat penampilan Hanez menyambut Syawal baru-baru ini, macam tak berubah bintang drama Love You Mr Arrogant tersebut. Bahkan kulit putih bersih dan mulusnya sering menarik perhatian followers.
Hanez mengakui memperlahan karier lakonan demi memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang dan memenuhi kemahuan suami tercinta.
“Of course, rindu (berlakon) sebab itu minat saya dari dulu. Tapi terpaksa berkorban, bukan husband tak bagi cuma dia takut saya tak dapat beri komitmen dekat family.
Buat masa ini tak terfikir untuk kembali. Tak kata bersara atau menghilangkan diri cuma tak nak fikir lagi,” jelasnya yang tidak menolak jika ada rezeki untuk kembali berlakon.
“Ada yang bertanya tapi tak berani bagi jawapan sebab takut tak boleh commit. Rindu sangat, kadang buka cerita-cerita lama (lakonan), ya Allah rindunya.”
Bercerita mengenai aktiviti kegemarannya iaitu berbasikal, personaliti ini memberitahu, “Memang itu aktiviti yang bukanlah setiap hari. Tapi dalam seminggu, dua ke tiga kali memang wajiblah. Mesti kayuh.”
Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin Adilha Abdul Rais pada 25 Mac 2015.
Hanez Suraya menceburi bidang seni pada tahun 2004 menerusi filem Bicara Hati.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!