Pantang cara tradisional rawat diri. Uyaina pilih berdiang cepat kecutkan rahim lepas bersalin. Bagi wanita yang baru melahirkan, penjagaan selepas bersalin memang amat dititikberatkan. Ini bagi membantu menguatkan semula tenaga yang hilang selepas melahirkan anak.
Dan dalam masyarakat kita memang amat mementing amalan berpantang sekitar dalam 30 hari hingga 44 hari. Amalan berpantang ini bukan saja dari segi makan tetapi perawatan diri yang lain.
Pantang Cara Tradisional Rawat Diri
View this post on Instagram
Artikel Lain: Amalkan Pantang Cara Tradisional Untuk 5 Anak. Rahsia Ayu Raudhah Maintain Cantik & Langsing!
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad yang baru melahirkan anak pertamanya diberi nama Raja Urhan Raja Syahiran, juga tidak terlepas melakukan amalan berpantang. Salah satu proses berpantang dilakukan adalah berdiang.
Uyaina Pilih Berdiang
Dalam posting di Instagram Uyaina memberitahu kebaikan berdiang melalui servis disediakan pihak berkenaan adalah boleh kecutkan rahim.
View this post on Instagram
Pantang things #1| BERDIANG |
Waktu nak pilih Confinement Service, Yana betul2 tengok apa antara servis pantang yang disediakan. Ada 1 servis dari @selcarenursing yang sangat2 buat Yana tertarik & tak sabar nak experience sendiri which is berdiang.
Pernah dengar tak? Kalau tanya nenek2 mak2 kita mesti dorang tahu.
Ni la proses berdiang. Arang perlu dibakar sampai jadi bara. Ibu bersalin akan baring mengiring bawah kain batik, lepas tu haba dari arang tu yang akan memberi kebaikan kepada ibu esp dekat bahagian pinggang & pinggul. Memang berpeluh2! Badan pun rasa sihat je lepas buat ni
“Kebaikan berdiang di antaranya adalah untuk
mengecutkan rahim dan mengeluarkan sisa darah yang tertinggal dalam rahim.”
Berdiang ni beza tau dengan sauna. Berdiang lebih baik, lebih berkhasiat untuk ibu
Thank you Kak @lynnordin18 & @selcarenursing sebab jaga Uyaina & Urhan sehabis baik
View this post on Instagram
Cepat Kecutkan Rahim Lepas Bersalin
Dalam ruangan komen, pengikutnya juga turut mengakui kebaikan melakukan amalan berdiang ini.
pioks.kakkabu Berdiang is the best! Ada orang panggil bersalai.. Memang syiokkkk! Nifas semua lancar laju, perut tak merengat, berpeluh, tak rasa seram sejuk.. Kurang letih.. Best! Pilihan tepat
_n0rashikin_ Tak silap ada org panggil mcm salaikan.. My mum pun pernah cerite zmn die dlu buat mcm tu.. Tp zmn skrg mmg dh susah nk buat tambahan katil semua jnis moden dh..
mumy_aisy17 Mak sy ckp Berganggang.. Dlu ad umh serambi atas.. Arwh nenek btkn bara kat bwh & mak dduk ats umh.. Smpai brpe minit..
hq.nawal Pernah berdiang masa pantang anak sulong di rumah mak di kelantan….bakar arang bawah katil, then katil jenis lubang2 besi tu ..then selimut 1 badan.. sebiji mcm uyaina buat…dia bagi panas kering..mmg berpeluh 1 badan…best kan uyaina
leeyana_mustaffa klu kg mak mertua akk plk btanggas .. bdiri ats daun yg tertentu (lupa nama daun tu) kne bakar sabut klpe dulu baru letak daun2 tu.. kita kne pkai kain batik smpai paras mne kita nk, then kluarla peluh mnitis2 tkena asap dr daun tu.. kne buat pagi dan petang selama yg boleh, dulu ank no 1 dkt 3 minggu buat mcm tu.. mmg best.. kan @zahidah_mokhtar dia pon dh mrasa ank sulung
View this post on Instagram
Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Artikel Lain: Uyaina Arshad Sedih Abang Meninggal Kena Serangan Jantung, Lepas Aktiviti Berbasikal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI