Pernah atau tidak anda melihat mengalami sendiri masalah kecacatan pada jari kaki atau dikenali dengan nama Bunion.
Agak asing mendengarnya tetapi masalah ini juga dianggap sebagai kecacatan apabila jari kaki terkeluar.
Jika tidak diatasi masalah ini akan menjadi lebh teruk terutama apabila memakai kasut yang sempit.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad dilaman sosial Facebook menjelskan apa yang dimaksudkan dengan masalah Bunion ini.
MASALAH KECACATAN PADA JARI KAKI (BUNION)
Bunions disebut sebagai hallux valgus atau hallux abducto valgus adalah masalah jari kaki pertama yang membengkok ke dalam sehingga tulang pada pangkal jari kelihatan terkeluar dari penjajaran dan menghasilkan “bonggol” (bunion) itu.
Bunions berlaku secara beransur-ansur mengubah sudut tulang selama bertahun-tahun. Semakin lama keadaan akan menjadi lebih teruk.
Gejala biasa dialami adalah rasa sakit terutama apabila memakai kasut yang sempit.
Doktor akan mengambil x-ray untuk menentukan tahap kecacatan yang berlaku.
Ads
Jika keadaan tidak terlalu teruk atau sebelum pembedahan, doktor mungkin menyarankan:
1. Memilih kasut yang sesuai yang mempunyai pembukaan jari lebar.
2. Pelapik diletakkan pada kawasan bunion untuk mengurangkan sakit.
3. Elakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan seperti berdiri untuk jangka masa yang lama.
4. Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs seperti ibuprofen, untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Ads
5. Menuam pek ais beberapa kali sehari membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan.
6. Suntikan steroid untuk merawat keradangan bursa (kantung berisi cecair yang terletak di sekeliling sendi)
7. Dalam sesetengah kes, peranti ortotik diberikan untuk membentuk bunion di peringkat permulaan.
Jika rawatan tanpa pembedahan gagal untuk melegakan kesakitan bunion dan mengganggu aktiviti harian, doktor akan mencadangkan pembedahan untuk membuang “benjolan” tulang, membetulkan perubahan struktur tulang, dan memperbaiki perubahan tisu lembut yang mungkin juga berlaku. Matlamat pembedahan adalah mengurangkan kesakitan.
Ads
Tempoh masa pemulihan bergantung pada prosedur yang dilakukan.
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram. https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
Kejadian ngerinya yang menimpa seorang isteri yang dikelar suami sendiri serta anak sulung mereka menggemparkan negara. Keluarga menyatakan suspek individu yang baik dan mereka sama sekali tidak menyangka akan tragedi ini. Bahkan pasangan ini juga sudah bersedia mengadakan majlis persandingan pada 24 Julai ini dengan segala persiapan sudah dipersiapkan. Namun segalanya berubah dengan tragedi ini.
Apakah kemurungan dan siapa berisiko mengidapnya? Dikongsi dari booklet Kementerian Kesihatan Malaysia, dinyatakan siapa berisiko mengidapnya dan cara mengubat mereka yang mengalami depresi ini.
Apa itu kemurungan?
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutansekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu.
Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun.
Penyebab/ Punca Kemurungan
Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)
Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya
Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial
Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan
Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguanfungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan.
Corak pemikiran : terdapat corak ter tentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal.
Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakitserius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.
Kehilangan orang yang disayangi, dan
Baru melahirkan anak
Tanda-tanda dan gejala kemurungan
Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktivitilain yang biasanya mendatangkan keseronokan
Cepat rasa letih dan tidak ber tenaga
Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
Perasaan bersalah
Rasa diri tidak berguna
Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
Hilang selera makan dan penurunan berat badan
“Rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri
Rasa tidak tenteram dan mudah marah
Kurang daya tumpuan dan ingatan
Sukar membuat keputusan
Simptom fisiologi seper ti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
Kurang nafsu seksual
Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
Mudah cemas atau fobia
Siapa yang berisiko
Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas
Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hiper tensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)
Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba
Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
Perceraian
Masalah rumahtangga
Masalah keluarga
Penyalahgunaan dadah dan arak
Pengambilan ubat-ubatan ter tentu
Mangsa penderaan
Tekanan di tempat kerja
Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
Kecenderungan mudah risau atau bimbang
Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)
Krisis ekonomi
Kesan sampingan
Mulut kering : minum air yang banyak, kunyah gula-gula getah yang kurang gula, bersihkan gigi setiap hari
Sembelit : makan bijirin, buah prune, buah-buahan dan sayur-sayuran
Masalah pundi kencing
Masalah seksual
Penglihatan yang kabur
Pening
Pencegahan
Ketahui penyakit anda
Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan
Ber tenang dan sentiasa bersikap positif
Rancang kewangan anda
Amalkan gaya hidup sihat
Menyertai aktiviti yang akan membuat kita rasa gembira. Contohnya bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti keagamaan atau sosial
Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan
Rawatan
Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif
Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’
Terapi elektrokonvulsif (ECT)
Psikoterapi
Kaunseling
Apa yang perlu dibuat jika anda mengalami kemurungan
Berjumpa dengan doktor di Hospital/ Klinik Kesihatan yang terdekat
Berjumpa dengan kaunselor
Buat sesuatu yang boleh membuat anda ketawa
Rehatkan diri dari perkara rutin
Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko
Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan
Dekatkan diri kepada tuhan
Salah faham tentang kemurungan
Ianya tidak boleh dirawat
Ianya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya
Ianya sesuatu yang memalukan
Ianya petunjuk seorang yang mempunyai karektor yang lemah
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan ambil remeh apabila anda merasa sakit-sakit pada bahagian ibu jari kaki. Mungkin ini petanda awal anda menghidap penyakit gout.
Malahan, jika ditanya apakah yang dirasa ketika gout menyerang? Jawapannya, bahagian yang terkena gout membengkak, panas, berdenyut-denyut sehingga sesetengah pesakit tidak dapat berjalan.
Di samping itu, gout sering dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita.
Gout Kerana Keturunan
Perlu ketahui, penyakit ini kerap terjadi kepada seseorang yang banyak memakan daging dan makanan laut, gemar minuman beralkohol dan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Namun, tidak dinafikan, sebahagian daripada masalah gout adalah disebabkan oleh faktor genetik.
Pembawa genetik ini mempunyai masalah dengan metabolisme asid urik dalam badan. Jadi, sesiapa yang mempunyai keturunan gout berkemungkinan lebih tinggi untuk mendapat gout sepanjang hayat mereka.
Siapa Yang Berisiko?
Gout berlaku dalam 1-2% dari jumlah populasi penduduk. Pada dekad ini, kejadian gout menjadi semakin biasa di kalangan penduduk. Ini dipercayai kerana peningkatan dalam fakta risiko seperti sindrom metabolik, peningkatan jangka hayat dan pertukaran diet yang diambil.
Dikatakan LELAKI dewasa adalah pengidap gout yang kerap berlaku berbanding dengan wanita dan kanak-kanak.
Lelaki – berusia 30 tahun ke atas.kerana gemar mengambil makanan seperti daging, makanan laut berlebihan, minuman beralkohol dan minuman bergula fructose yang meningkatkan paras urik.
Wanita – berlaku pada umur 50 tahun ke atas iaitu selepas menopause.
Punca Utama – Pemakanan
Sebanyak 12% dari kes gout adalah disebabkan oleh diet. Gout mempunyai kaitan yang kuat dengan pengambilan makanan seperti daging dan makanan laut, minuman yang beralkohol dan bergula fructose. Pengambilan makanan dan minuman ini akan menyebabkan peningkatan mendadak asid urik dalam darah seterusnya menyebabkan gout.
Bahagian Badan Yang Kerap Terjadi
– Sendi Metatarso-Phalangeal – Terletak pada pangkal ibu jari kaki. Ia adalah bahagian yang paling kerap berlaku serangan gout, di mana 50% kes gout berlaku pada sendi ini. Ia juga dikenali sebagai “podagra”.
– Bahagian lain yang seringkali terlibat adalah sendi buku lali, lutut, pergelangan tangan dan sendi-sendi halus pada jari-jari tangan.
– Manakala sendi pada kaki kerap mendapat serangan gout kerana suhu pada bahagian ini yang rendah pada waktu malam menyebabkan proses pemendapan kristal asid urik meningkat lebih tinggi atau disebabkan kemungkinan trauma fizikal minor yang lebih mudah berlaku pada bahagian ini.
Tanda-Tanda Gout
Seseorang yang mengalami gout apabila sendi menjadi sakit dan ia berlaku dalam tempoh 2-4 jam. Biasanya, ia berlaku pada tengah malam. Sendi-sendi yang terlibat ini menjadi teramat sakit, bengkak, kulit kemerahan dan sukar untuk digerakkan.
Tempoh Kesakitan
Kesakitan akibat serangan gout boleh berlarutan selama 5-7 hari, sekiranya tiada rawatan diberikan. Selepas itu, bengkak dan kulit kemerahan juga berkurangan apabila sakit menghilang.
Info: Sebanyak 60% dari pesakit gout ini akan mendapat serangan gout kali kedua dalam tempoh satu tahun.
Pantang Larang Pesakit Gout
Apabila seseorang itu mengalami gout, mereka dinasihatkan menggelak atau mengurangkan pengambilan daging dan makanan laut serta tidak mengambil minuman beralkohol dan bergula fructose yang tinggi.
Rawatan Yang Perlu Dilakukan
Dapatkan rawatan dengan berjumpa doktor. Doktor akan membuat diagnosis dengan mendapatkan sejarah penyakit, membuat pemeriksaan fizikal serta membuat ujian darah dan x-ray sekiranya diperlukan.
Selain itu, doktor akan melakukan Definatif diagnosis untuk gout dengan mengenalpasti kehadiran Kristal Monosodium Urate di dalam cecair synovial atau Tophi. Setelah dikenalpasti gout, pesakit akan diberikan ubat untuk mengurangkan simptom sakit pada sendi yang terlibat.
Rawatan Pemulihan
Rawatan yang diberikan oleh doktor dapat memulihkan pesakit seperti biasa. Dengan penggunaan ubat seperti NSAIDs, steroids dan Colchicine, ia dapat mengurangkan simptom sakit dan bengkak.
Apabila serangan akut telah reda, paras asid urik selalunya menurun melalui perubahan cara hidup dan untuk mereka yang selalu dapat serangan gout berulang, allopurinol atau probenecid boleh menghalang serangan gout untuk jangka masa panjang.
Komplikasi Penyakit Gout
Paras asid urik yang sentiasa tinggi untuk tempoh yang lama boleh menimbulkan simptomatologi lain atau komplikasi termasuk pembentukan bengkak pada sendi oleh pemendapan kristal asid urik yang dipanggil Tophi.
Tophi yang terlalu teruk boleh membawa kepada kronik arthritis dan kerosakan sendi disebabkan hakisan pada tulang. Paras asid urik yang tinggi juga boleh menyebabkan pemendapan kristal ke dalam buah pinggang sehingga menyebabkan pembentukan batu karang dan seterusnya masalah urate nephropathy (kerosakan fungsi buah pinggang).
Sendi Membengkok?
Sendi yang terkena serangan gout akan membengkak, kulit kemerahan dan pergerakan terbatas. Sendi tersebut juga terasa panas dan sakit apabila disentuh. NSAIDs, adalah ubat anti radang serta penahan sakit dan Colchicine, ubat untuk mengurangkan paras asid urik di dalam darah. Ubatan ini diberikan bagi melegakan simptom-simptom tersebut.
Selepas beberapa jam pengambilan ubat-ubat tersebut simptom sakit akan berkurangan, dan selepas beberapa hari bengkak, kemerahan dan rasa panas pada sendi tersebut turut berkurangan.
Setelah sakit dan bengkak hilang, sendi akan kembali normal dan boleh digerakkan seperti biasa. Pada masa tersebut pesakit boleh berjalan seperti biasa tanpa ada rasa sakit lagi pada sendi ibu jari kaki atau lutut.
Rawatan Alternatif
Memang terdapat banyak rawatan alternatif atau tradisional seperti ubat-ubatan herba yang terdapat di pasaran tetapi keberkesanannya berbanding dengan ubat modern tidak dapat dipastikan kerana tidak ada kajian saintifik mengenai penggunaan ubat-ubat herba kepada pesakit yang dilakukan ke atas pesakit.
Tip Sihat Untuk Pesakit
– Pesakit yang mendapat serangan gout perlu banyak berehat sambil mengangkat kaki dengan meletakkan kaki di atas bantal. Ini bertujuan untuk mengurangkan bengkak dan sakit pada sendi kaki.
– Pesakit juga boleh menggunakan ais atau tuam sejuk untuk mengurangkan bengkak pada sendi.
– Pesakit juga digalakkan minum lebih banyak air kosong. Semasa serangan, elakkan dari memakan daging dan makanan laut, minum minuman beralkohol dan bergula fructose yang tinggi.
– Meminum kopi dan pengambilan vitamin c dan produk tenusu juga dipercayai dapat mengurangkan risiko serangan gout.
Tip Sihat Elak Gout
– Amalkan cara hidup dan cara pemakanan yang sihat untuk mengelakkan dari mendapat penyakit gout terutamanya bagi anda yang mempunyai risiko keturunan.
– Anda digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin untuk mengekalkan kecergasan badan dan mengekalkan berat badan yang ideal.
– Mengambil makanan yang seimbang dan tidak mengandungi daging, makanan laut dan minuman yang beralkohol.
Sumber: Dr Bazam Abdul Rani, Consultant of Sportsorthopaedic & Arthroscopic Surgery, Knee, Ankle & Shoulder Surgeon, Kelana Jaya Medical Centre
Kalau nak cerahkan kulit kusam, anda boleh cuba petua orang dulu-dulu, jimat! Kali ini hanya menggunakan beras pulut yang sememangnya diakui bukan sahaja bermanfaat untuk masakan, malah juga untuk kecantikan.
Menurut Ika Mat Bakhir, beras pulut ini sangat membantu menghilangkan bekas jerawat, jeragat, serta mendapatkan kulit yang bersih dan cantik.
Cerahkan Kulit Kusam
Tulisnya di laman facebook miliknya, “dah puas cuba produk macam-macam, yang telan atau yang sapu tapi kesan kena tunggu kadang berminggu. Nak makan suplemen sejak mengandung ni malas pun ada. Ini petua akak nak kongsi, sejam je dah cerah sikit kulit.
Tak kusam dan paling penting kulit makin lembut kalah chezeee kek uols! Ni langkah dan buktinya. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
Beras pulut
Garam sesudu
Gula sesudu
Cara membuat:
Masukkan semua bahan tadi dalam kuali dan goreng tanpa minyak dalam 5 minit biar gula garam sebati dengan beras.
Apabila beras kuning-kuning sikit terus masuk dalam pengisar, campur air panas sikit. Jangan banyak nanti cair tak best sangat nak tepek dan skrub kat kulit. Guna air panas sebab nak bagi jadi macam paste ala-ala paste tomyam lembik-lembik gitu.
Inilah hasilnya.
Mula-mula ambil secolet kemudian skrub satu muka. Tunggu biar sejuk sikit paste tadi baru sapu/skrub/buat mask kat muka tau.
Tip:
Ambil lagi paste and tempek kat muka macam mask, sapu rata-rata kat satu muka macam mask.
Biarkan sehingga kering betul-kering sampai sejam tau. Jangan terus cuci. Dah kering skrub perlahan-lahan dan peel off semua yang kering-kering kat muka tu.
Dah peel off dan skrub semua paste yang kering tu barulah basuh sisa-sisa tertinggal guna air yang bersih dan lap hingga kering.
Kalau muka anda berjerawat bermasalah akan rasa sedikit pedih-pedih manja je tak sakit pun. Macam saya kulit kering sikit, jadi rasa juga la pedih manja tapi tak membahayakan.
Cuba juga kat tangan dan celahan lain, semua saya bahan skrub dan tepek sebab memang gila nak cantik.
Nampak menarik kan petua wanita ini? Selepas ini anda pun boleh cuba buat ya. Pastikan pakai dalam masa sejam sahaja untuk hasil terbaik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!