Selepas tular nyanyiannya dipuji juri America’s Got Talent, Putri Ariani kini semakin aktif dalam industri hiburan Indonesia.
Menerusi portal Kosmo, gadis berusia 17 tahun itu memberitahu, dia menitikberatkan soal kepentingan merawat kulit wajah berikutan sering tampil dalam televisyen dan bertemu khalayak.
Berkongsi cara penjagaan wajah, Putri melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.
Siapa yang tidak meminati drama bersiri Friends yang cukup popular sekitar tahun 90-an.
Salah seorang pelakonnya, Jennifer Aniston diminati ramai kerana gaya rambutnya yang cantik beralun.
Setelah hampir berpuluh tahun meninggalkan drama ini, dapat dilihat penampilan Jennifer tetap maintain seperti dulu walau usianya sudan mencecah 52 tahun.
Menyelongkar kisah bagaimana dia menjaga kecantikan dan kesihatan di usia begitu, Jennifer memberitahu, sejak kecil beliau sudah diasuh oleh ibunya, Nancy Dow agar tidak terlalu mengambil hidangan manis atau makanan segera.
Katanya lagi, Dow yang juga seorang selebriti popular di Amerika Syarikat menjadi antara individu yang bertanggungjawab dalam menjaga diet pemakanannya.
“Sejak kecil ibu sudah mengajar saya untuk mengambil pemakanan sihat seperti bijirin oat, buah-buahan dan minuman jus.
“Ibu juga mengajarkan saya untuk melakukan yoga pada setiap pagi agar lebih tenang dan menyihatkan tubuh badan,” katanya yang dipetik dari media antarabangsa, E!News.
Tambah pelakon filem Murder Mystery itu lagi, beliau mengamalkan air minuman dan makanan tambahan yang turut mengggandungi kolegen.
“Selepas bersenam saya akan mengambil minuman yang mengandungi kolegen agar dapat mengekalkan kesegaran tubuh dan memberikan tenaga.
“Makanan tambahan juga penting untuk saya terutama yang mengandungi kolegen,” terangnya.
Selain itu, Aniston juga mengatakan dirinya akan berjalan kaki bersama tiga ekor anjingnya, Clyde, Sophie dan Lord Chesterfield bersiar-siar pada waktu pagi.
Bagi memberikan ketenangan dan bebas tekanan, Aniston akan melakukan yoga, meditasi dan tidak menggunakan media sosial untuk beberapa hari.
Aniston memberitahu, pengaruh media sosial secara tidak langsung dapat menjejaskan emosi dan membuatkan jiwa terganggu.
“Pelbagai perkara ada di media sosial. Jadi anda perlu bijak menggunakannya agar tidak berasa tertekan mahupun mengalami depresi gara-gara obsesi dengan media sosial.
“Cuba kalian berikan masa untuk diri sendiri dan tidak terlalu mencari kesempurnaan di media sosial. Percayalah, anda akan berasa lebih baik daripada sebelumnya,” ujar Aniston.
Gara-gara menaip 5-6 jam sehari, tangan Kebas, Sakit Menyucuk. Rupanya Sindrom Capal Tunnel!Dek kerana faktor bekerja yang perlu menggunakan tangan terutama dalam bab menaip di papan komputer menyebabkan tangan sering menjadi sakit.
Rasa sakitnya hingga menyebabkan mahu mengangkat tangan juga tidak berdaya. Terasa menyucuk di bahagian tangan yang sering digunakan untuk menaip. Situasi ini sebenarnya menunjukkan anda sedang mengalami sindorm Carpal Tunnel.
Perkongsian Dr Samhan memberitahu secara detail mengenai sindrom Carpal Tunnel ini dan cara rawatan terbaik.
“Ok, saya akan terangkan tentang penyakit encik ini”
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)
Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Terowong ini disempadani dengan tulang karpal dibahagian bawah dan ditutupi oleh tisu penghubung yang dinamakan sebagai ‘Flexor retinaculum’.
Apabila kawasan dalam terowong itu membengkak, ia akan menghimpit saraf median dan mengganggu fungsi saraf tersebut.
Pesakit pada mulanya akan mengalami rasa kebas, sakit dan rasa semut. Apabila keadaan ini berlaku secara kronik, saraf motor iaitu saraf yang melibatkan pergerakkan otot pula akan terlibat sama.
Hasilnya, kekuatan genggaman tangan semakin berkurangan dan pada tapak tangan dapat dilihat otot tersebut semakin mengecut.
SIAPA YANG BERISIKO?
1. Pekerjaan: Melibatkan pekerjaan yang menggunakan tangan yang banyak seperti menaip sepanjang hari,chef,tukang jahit. 2. Umur yang meningkat: Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas 3. Jantina perempuan: Kajian mendapati nisbah antara perempuan kepada lelaki bagi penyakit ini adalah 3-10:1 4. Berat badan yang semakin meningkat 5. Mereka yang ketinggian rendah 6. Mengandung 7. Hypotiroidisme(kurang hormon tiroid) 8. Keturunan: Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktur badan. 9. Beberapa jenis penyakit: Kencing manis, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang, tumor dalam terowong karpal, amyloidosis dan beberapa jenis penyakit lain
SIMPTOM
1. Tangan kebas 2. Sakit 3. Rasa semut-semut 4. Selalunya ketiga-tiga simptom ini akan menjadi semakin teruk apabila waktu malam. Pesakit akan tiba-tiba terbangun disebabkan kesakitan pada tangan yang terlibat. 5. Kekuatan untuk gengaman dan mencubit juga semakin berkurangan 6. Dapat dilihat perbezaan otot di antara tangan yang mengalami sindrom tersebut dengan tangan yang normal. Tangan yang mempunyai masalah tersebut mempunyai otot yang lebih kecil.
RAWATAN Selalunya para doktor akan menasihati untuk melakukan rawatan yang tidak melibatkan pembedahan terlebih dahulu. Ini kerana simptom tersebut mungkin kurang ataupun hilang apabila melakukan perkara-perkara tersebut.
Berberapa yang boleh dibuat untuk mengurangkan simptom sindrom terowong karpal adalah:
1. Penggunaan anduh pada pergelangan tangan: Ia perlulah digunakan terutamanya waktu tidur supaya kedudukan tangan pada posisi yang neutral. 2. Menjalani fisioterapi 3. Penggunaan ubat: Suntikan steroid dalam terowong karpal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut. Ia selalunya dibuat apabila rawatan lain tidak berkesan. 4. Pembedahan Pembedahan Pesakit yang masih mempunyai simptom setelah rawatan diberikan mungkin akan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.
Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut.
Selalunya, pembedahan akan melibatkan bius setempat. Iaitu bius pada bahagian tangan sahaja. Pesakit tersebut masih sedar ketika mana pembedahan tersebut dibuat. Pesakit akan dibenarkan pulang pada hari sama pembedahan kerana ia melibatkan pembedahan yang kecil sahaja
“Maksudnya, urat saya tersempit la kan?”
“Ya betul. Kita kalau kena tekan pun akan stress. Betul tak?”
Nota: saya juga banyak berkongsi ilmu kesihatan di telegram saya