Langsung tak ambil gula, makan nasi separuh. Rahsia Zaidi Omar kekal sihat di usia 64 tahun. Jika orang lain dilewat usia 60 tahun ke atas pasti akan berdepan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau masalah urat saraf.
Tetapi bagi pelakon berpengalaman, Zaidi Omar diihat masih kekal fit dan bertenaga walau usia lewat 64 tahun.
Tidak lokek berkongsi rahsianya, menurut Zaidi dia memberitahu tidak langsung mengambil gula dan hanya minum air kosong.
Inilah amalan dilakukan selama ini untuk membantu dirinya sentiasa sihat dan bertenaga dalam usia begitu.
Kata Zaidi, dia amat menjaga pemakanan dan tidak menyentuh minuman manis sejak dahulu lagi. Malah katanya di rumah memang tidak ada stok gula. Selain mengamalkan diet pemakanan suku-suku separuh.
“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong.
Ads
“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis.
“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” katanya yang juga mengamalkan senaman di gimnasium setiap hari.
Putih lambang kesucian. Warna putih juga membawa erti tersendiri kerana kita yang bakal mencorakkan ia menjadi kanvas berwarna.
Bagi pasangan pengantin baru ini bersepakat memilih putih sebagai warna untuk menggayakan busana di majlis pernikahan.
Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tidak membatasakan pasangan Mas Aliza dan Faruq Azran untuk mendirikan rumah tangga.
Selepas dua kali ditunda kerana PKP, majlis pernikahan anak perempuan sulung Mas Anizan berlangsung jam 12 tengah hari Jumaat lalu di Pejabat Agama Shah Alam.
Dengan sekali lafaz, Mas Aliza Ali yang anggun dengan persalinan Man Kajang, sah bergelar isteri kepada juruterbang bernama Faruq Azran.
Kata pelakon era 1990-an itu, perancangan majlis dibuat sekitar seminggu lalu.
“Selepas majlis akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di negeri Selangor sejak 1 Julai lalu, saya mula memikirkan cara untuk mempercepatkan majlis ini.
“Tapi memang akur, kehadiran di pusat agama itu hanya membabitkan tiga orang saja iaitu pengantin lelaki dan wanita serta anak kedua saya, Mohd Masli Daniel Ali sebagai wali.Saya hanya menunggu di dalam kereta saja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan.
“Ikutkan majlis tunang dan nikah buat kali pertama dirancang pada 21 Mac lalu. Kemudian kedua majlis itu dianjak pula ke 12 Jun. Tapi akhirnya hanya majlis nikah saja diadakan hari ini. Kita utamakan akad nikah dulu, majlis resepsi menyusul kemudian apabila segala galanya reda selain dibenarkan penganjuran acara kahwin,” katanya.
Kata pelakon drama Sara Sajeeda itu, hanya cincin dan gelang tangan menjadi tanda termeterai majlis pernikahan.
“Selepas majlis pernikahan,pasangan pengantin balik ke rumah mereka untuk mengabadikan gambar kenangan.
“Tak apalah janji mereka sudah sah ikatan. Dengan keadaan semasa segala serbi ada kekangan memang tak dapat buat apa apa,” katanya.
Ditanya mengenai perasaannya melepaskan anak sulungnya yang mesra disapa Baby membina keluarga sendiri, pelakon kelahiran Teluk Intan, Perak itu mengakui perasaannya bercampur baur.
“Sedih ada, bahagia dan gembira pun bertandang. Sedih kerana saya sudah sah menyerahkan tanggungjawab sebagai ibu kepada menantu. Lepas ini saya yakin Faruq pula dapat menjaga Baby dengan baik.
“Paling menyeronokkan kerana bertambah ahli keluarga baru. Insya-Allah selepas setahun tiga bulan mereka kenal, saya yakin Faruq akan membahagiakan Baby,” katanya.
Selain Mas Aliza dan Mohd Masli Daniel Ali, pelakon itu turut dikurniakan anak bernama Ariana Marissa.
Selain senaman, cara untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengambil pemakanan sihat atau diet eat clean.
Walaupun begitu bukan mudah untuk mencari makanan rendah kalori memandangkan banyak pilihan lain di jual di pasaran.
Perkongsian di laman sosial Facebook Anis Shakirah clam Grup Diet Suku-Suku Separuh memberitahu beberapa jenis makanan rendah kalori yang mudah didapati di mana-mana hipermarket berdekatan.
Hari ni Anis nak share barang diet yang boleh beli kat Jaya Grocer atau mana² shopping mall. Cari barang sambil baca label kandungan, ingredients dan nutrition facts. Anis ringkaskan.
Anis akui makan organic dan sihat agak mahal. So, anis pilih barang² dalam gambar. Moga bermanfaat untuk semua.
– Wheat – Low GI – Value 50 – RM3.60 – Sommerset cottage – GI Value 52 – Roti wholemeal – GI Value 55
– 10 calories per 2 tbsp – 355 ml – RM14.95 – Regular syrup 110 calories per serving – Total fat 0g – Total Carb 4g – Total sugar 0g – Added sugar 0g
– 100% Natural Unsweetened – 10 calories per 1 tbsp serving – Fat 0g – Sodium 0mg – Total Sugars 0g – Total Carbohydrates 3g – 226g RM22.85
– 355 ml RM30.90 – 1 tbsp 14g – 100 calories per serving – Total Fat 11g – Sodium 90mg – Total Carb 0g – Total sugars 0g – Added sugars 0g – Protein 0g – Contain Egg – Keto and Paleo Approved – Soy Oil and Canola Oil Free
– 60 ml RM9.20 – Spicy garlic taste – Splash it on pizza, pasta and all things Italian. – 1 teaspoon 5 ml – 1 calories – Sodium 35mg – Total Sugars less than 1g
Harga RM16.89 untuk 15 sachets x 20g (300g) Susu ni dari New Zealand Susu tepung skim – tanpa bahan pengawet – rendah kolestrol – less than 1% milk fat – high calcium
– RM20.90 – 946 ml – Zero calories – Total fat 0% – Organic – Gluten free
– RM10.80 (6 wraps – 270g) – Only 8g net carbs per wrap – Total sugars 2.5g per 100g – High source of fibre and protein
– RM15.50 – Lighter than light mayo – 11 cals per tablespoon – Fat 0.5g – Sugars 0.6g – Salt 0.26 g
– Sesame Soy Sauce (Japan recipe) – RM 1.15 – 25 ml – Calories paling rendah – 45 kcal
– RM7.50 – 750 g – Sugar 0.7 g per 100g
– RM2.10
– Multi grain & Seed – GI Value 52 – Lebih baik dari roti wholegrain purple dan roti wholemeal hijau tua Gardenia. – Harga RM4.30
– Bijian Campuran boleh cari kat area beras. – Kandungan : Beras Perang, Sekoi, Barli, – Gandum Kuda dan Isi Bunga Matahari. – Serat : 1.7g – Protein : 13g – Iron : 21.2 mg
– Serat : 0.7g – Protein : 7.8g – Iron : 16.1 mg – Harga 1kg RM16.05
– Infusion Lemon and Ginger – Harga RM10.70 (20 sachets) – Ketua nurse ada share, dia cakap kalau craving manis, – Minum tea letak halia. – Lemon pun elok dengan chia seed
1. Chia seed 2. Cili merah – increase metabolisme 3. Buah pear
– 0 calories (0 kcal) – Harga RM13.50 (40 sticks) – Lebih baik dari equal gold dan equal warna biru tu. – Carbohydrates 1.1g is as sweet as 1 teaspoon of sugar (16 kcal)
– No sugar – Premium Tea Leaves – No preservatives – Harga RM5.90
– Harga RM3.90 (450g – 3 batang)
– RM4
– unsalted nuts – bihun perang – kopi essenso pink or blue – garam pink himalayan
– Roti sommerset cottage (GI Value 52) – Roti wholegrain 50 – Roti wholemeal 55 – Tembikai 100g (30 kcal) – Organic tomatoes – Pineapples – Strawberry – Kiwi 100g (61 kcal) – 2x vitamins of oranges – 5x nutrients of apples – Vitamins C
Low GI Folate – Guava – Baby carrot (ready to eat) – Himalayan pink salt
Masih ramai yang selesa menggunakan cara orang lama untuk hilangkan parut sebab berkesan dan cukup jimat poket.
Malah menggunakan tip cantik orang dulu-dulu juga sesuai untuk anak-anak dara amalkan pada peringkat awal. Salah satunya limau purut, popular merawat kelemumur tetapi turut bagus untuk kulit wajah.
Bersihkan kulit dengan menggunakan air suam yang diperah dengan sedikit lemon. Urut wajah dengan lembut menggunakan hampas atau kulit lemon. Anda juga boleh menggantikan dengan limau purut.
Limau purut dijadikan skrub wajah dan tubuh. Cara ini mampu menghaluskan kulit dan merawat luka kecil akibat gigitan serangga, kudis dan jerawat.
Orang dulu-dulu guna limau purut sebagai pencuci semula jadi kerana kandungan antiseptik dan antibakteria yang ada padanya.
Selepas membersihkan wajah, bilas muka dengan air sejuk dan lap kering.
Pilih masker atau skrub berikut untuk rawatan wajah selama 15 minit dan bilas. Rasai perbezaan sebelum dan selepas merawat wajah.
3 sudu bubur nasi (suhu bilik)
3 sudu jus limau purut
1.Campurkan kedua-dua bahan dan gaul sekata.
2.Sapu nipis ke wajah dalam gerakan jam.
3.Biarkan kering selama 15 minit.
4.Tanggalkan pupur yang kering dan bilas dengan air sejuk.
1 sudu jus lemon
1 sudu gula
1 camca madu
1.Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul.
2.Sental pada kulit wajah perlahan-lahan.
3.Bilas dengan air suam, diikuti air sejuk.
Jadi, tiada sebab untuk rasa malas jaga kulit sebab ada banyak pilihan yang anda boleh amalkan dalam rutin kecantikan. Ingat, kalau langsung tak jaga kulit, sel kulit mati yang melekat buat wajah nampak kusam dan tak cerah. Jangan lupa cuba, tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.