Kongsi 25 Menu Eat Clean Gerenti Sedap. Berat Turun Berkilo-Kilo Dalam Masa Seminggu. Dalam proses menurunkan berat badan, selain perlu mementingkan senaman, seseorang itu perlu memastikan pengambilan pemakanan juga perlu dititikberatkan.
Tiada guna, bersenam bermati-matian, tetapi bab makan tidak dijaga sepenuhnya. Bagi mereka yang mengamalkan diet eat clean, boleh cuba menyediakan hidangan dikongsi dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh.
Bagi mereka yang mengamalkan diet eat clean, boleh cuba menyediakan hidangan yang dikongsi dalam grup ini.
Perkongsian idea hidangan menu ini oleh Nurul Aisya Almi yang mana memberitahu konsisten mengamalkan diet clean, berjaya turunkan 9kg dalam masa sebulan.
Berat Turun Berkilo-Kilo Dalam Masa Seminggu
Menu ini termasuklah sajian untum breakfast, lunch dan dinner. kebanyakan menu adalah grill, rebus dan pelbagai menu sihat yang nampak sedap.
Muat naik gambarnya selepas kahwin tanpa solekan membuatkan ramai tertanya rahsia dia menjaga kecantikan dirinya. Malah dirinya turut mendapat pujian warganet.
Menurut Hannah dia sentiasa menjaga wajahnya agar sentiasa terpeliharan kebersihannya. Setiap kali selepas bersolek, Hannah akan terus mencucinya sebelum masuk tidur.
Selain itu pelakon cantik ini juga sentiasa menjaga pemakanannya agar lebih seimbang dan sihat.
Dia juga rajin pergi ke gym melakukan senaman yang sepatutnya untuk menjaga kecergasan tubuh.
Manakala untuk suplemen tambahan pula, Hannah mengamalkan minum vitamin C. Menurutnya pengambilannya setiap hari baik untuk kesihatan tubuh.
Dan paling penting menurut Hannah juga, seseorang itu perlu menjaga luaran dan dalaman. Jika kita boleh menjaga kedua-duanya, tidak mustahil kecantikan wajah akan terserlah secara semulajadi.
Terdapat pelbagai cara sihat untuk menurunkan berat badan. Tidak perlu menjalani pembedahan atau makan pil pelangsing, sebaliknya menggunakan cara Intermittent Fasting (IF) yang diyakini terbukti sebagai diet terbaik.
Perkongsian dari Doktor Siti Aniza Basir mengenai keberkesanan IF ini di laman sosial facebooknya dan menurutnya diet cara berpuasa ini adalah mengikut sunnah Rasulullah.
IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIeT terbaik. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins , Mediterranean etc.. tapi my personal opinion, kita ada sunnah .
Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa , dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.
Nak buat puasa Nabi Daud , macam tak mampu. Sebab iman nipis.
Setiap hari ada pasar malam , pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan.Macam 20 tahun x makan. Padahal baru minggu lepaih pi beli. Kan kan. Sapa sentap memang kita sama la.
IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12 – 14 jam. So terpulang u olls nak mula jam bape. Kalau start 630 pm, esok jam 930 am baru breakfast.
Kalau 830 malam – 1130 pagi baru start makan/breakfast.
Apa kebaikan IF??
Banyak!!
Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”
Biar betul Doktor?
Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 630 pm.
‘Berpuasa’ dalam ertikata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD” di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK Kilo!
Di dalam Journal Cell Metabolisme , kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari,
Kumpulan Pertama dibenarkan makan & makan malam dan siang (Healthy,controlled diet ) dan
Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:
“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle) dan
Kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”
Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16?jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 930 /1030pagi!
Tatacaranya banyak :
As newbie – Kak Siti advice buat 12 jam dulu . Ie kita start last dinner kul 630 pm, esok bekfes 630 pagi.
Bila dah ok ,buat 14 jam . Ie 630 pm dinner dan 830 am bekfes
Lepas tu , teruskan perjuangan 16 jam .Ie dinner 630 pm , bekfes merangkap lunch kul 1030.
Sebaiknya 14-16 jam berpuasa .
Its fleksible . Buat ikut keperluan . Cth , smlm ada kenduri makan kul 830 pm , esok tu xyah bekfes, terus lunch!
Lapar ?
In between tu , anda boleh untuk
1. Minum air masak
2. Minum air garam – garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral
3. Green Tea
4. Coffee
5. Tea
No 3,4,5 semua without sugar or susu yek. Kang Kak Siti cakap xboleh gula , boleh la pi mamak mintak teh sarbat ! Abab nanti !
Pastu , IF ni boleh la buat EOD dulu ie Alternate Day . Satu hari IF satu hari FeedDay ! Tapi No Refined Sugar and Processed Food !
Lepas dah ok buat Daily .
*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas / Craving / Ketagihan / Sifat nak mengunyah yang tak habis habis tu….
Tular cerita tentang penyanyi, Nabila Razali, 32, yang dikatakan dikatakan hamil zuriat pertama disebabkan nampak ketara pada bahagian perutnya.
Namun sama ada benar atau tidak, Nabila belum bersedia berkongsi sepenuhnya. Ini cuma tekaan netizen apabila melihat gambarnya bar-baru ini.
Spekulasi tercetus selepas ramai yang perasan ‘baby bump’ pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd. Razali itu ketika sedang menari dalam sebuah video TikTok.
“Macam ada ‘baby bump’ sahaja,” kata peminat.
“Ingatkan saya sahaja yang perasan ‘baby bump’,” ujar pengikut.
“Muka macam sedang mengandung,” tutur netizen.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan respons pelantun lagu Peluang Keduaitu gagal apabila dia tidak membalas mesej.
Sebelum ini, Nabila yang selesa disapa Bella memaklumkan lebih selesa menyimpan kemas hal peribadi terutama selepas berkahwin.
Tak mustahil kalau hamil pun tetapi memang ketara nampak makin cantik. Kalau tengok perkongsian rutin kecantikan pula, Nabila suka pakai Advance Serum dari Bougas Beauty yang buat kulit cerah dan bantu pudarkan masalah jeragat.
Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, pada 18 November 2023.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.