‘Kawal sakit untuk badan terus sihat’ – Ahli Farmasi jelaskan ada ubat kena makan sampai mati. Tidak dinafikan rupanya ada sesetengah ubat yang kita peroleh di farmasi perlu dimakan sehingga akhir hayat. Namun tahukah kenapa perlu berbuat demikian walaupun tidak ada sakit melampau.
Apakah akan ada kesan sampingan jika ubat berkenaan tidak dimakan mengikut arahan ditetapkan.
Kebiasaannya, ubat mengawal ini adalah untuk penyakit penyakit tidak berjangkit. Contohnya kencing manis, masalah jantung, darah tinggi dll.
Ahli Farmasi Jelaskan Ada Ubat
Ubatan bagi penyakit ini perlu dimakan sepanjang hayat. Jika diambil konsisten mengikut dos, komplikasi buruk kesihatan dapat dicegah.
Ads
Ada juga ubat yang boleh merawat penyakit. Contohnya antibiotik untuk membunuh jangkitan kuman.
Atau ubatan untuk melegakan sakit akibat inflamasi. Ia dapat menghilangkan kesakitan dengan mengurangkan inflamasi.
Namun begitu, ubatan seperti ini kadangkala adalah bersifat melegakan simptom. Rawatan lain, sama ada bentuk ubat atau bukan, diperlukan untuk menyembuhkan punca masalah.
Sejenis lagi ubat adalah untuk mencegah penyakit. Yang paling popular sudah pasti vaksin. Kita ambil sebelum virus menjangkiti kita.
Kena Makan Sampai Mati
Selain itu, satu contoh lagi kombinasi ubat untuk menghalang HIV. Ia dipanggil Pre Exposure Prophylaxis atau ringkasnya PrEP.
Ads
Kombinasi ini diambil oleh golongan yang tidak menghidap HIV tetapi mengamalkan gaya hidup berisiko, atau mempunyai pasangan yang dijangkiti HIV.
Namun begitu ubat ini juga perlu diambil setiap hari secara berpanjangan selagi mana risiko jangkitan masih ada.
Secara ringkas, begitulah cerita ubat untuk mengawal, merawat dan juga mengelakkan penyakit.
Apa pun ubat yang anda dapat, ia hanya berkesan pada dos dan aturan yang betul.
Jadi, jangan abaikan kepatuhan terhadap pengambilan ubat!
Saiz bijiran ini memang kecil tetapi ia sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan, terutama untuk mereka yang ada masalah kencing kotor atau tidak lawas.
Inilah keistimewaan barli yang mana perlu direbus untuk diminum airnya sama ada ketika sejuk atas panas.
Selain itu air rebusan barli ini juga dapat menyejukkan badan terutama bagi mereka yang mengalami demam panas.
Sebenarnya bijirin barli juga merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.
Untuk yang mahukan cara lebih jimat, selamat & mudah boleh cuba buat sendiri air Barli home made seperti yang dikongsikan oleh Puan Azrina Ien ini.
Semalam ada yang share buat air barli. Hari ni saya try buat panas-panas, ni rasa segar je dapat air barli homemade.Air ni juga bagus untuk mereka yang ada masalah kencing kotor dan kencing tak lawas.
Bahan-Bahan:
Barli
Gula kundur
Kismis
Gula batu
Daun pandan
Cara Membuat:
1. Rendam barli 5 minit untuk buang kotoran.
2. Cuci bersih barli dan masukkan ke dalam periuk.
3. Tambah air dan daun pandan.
4. Masak sampai barli kembang baru masukkan kismis, gula batu dan buah kundur.
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
Sebaik muncul di khalayak, ternyata penampilan selebriti ini tampak kembali langsing selepas melahirkan anak keduanya.
Proses menurunkan berat badan sangat cepat dan masuk bulan ketiga selepas melahirkan, pelakon dan pengacara Scha Alyahya berjaya mendapatkan berat ideal.
Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir memberitahu dia tidak mempunyai rahsia tertentu bagi mendapatkan berat ideal selepas lahirkan anak kedua 12 Februari lalu.
Sebaliknya hanya menamalkan pemakanan yang sihat selepas berpantang.
“Mungkin juga sebab saya tinggi, jadi orang nampak kurus. Tetapi sebenarnya bahagian seperti perut nampak lagi sebab kita manusia biasa.
“Memang saya dah dapat berat badan yang dulu, dan mungkin sebab saya breastfeeding. Tetapi apa yang pening adalah fokus pada kesihatan dulu, “katanya yang belum bersedia untuk bekerja kerana mash menyusukan anak keduanya Lyla.
Untuk info, Scha berkahwin dengan pengacara Awal Ashaari pada 4 Mei 2021 dan dikurniakan dua anak perempuan, Lara Alana 7 tahun dan Lyla Amina berusia sebulan lebih.
Siapa sangka ketika perjalanan dari Kuantan Ke Tanjung Karang, Selangor memberi satu pengalaman menakutkan pada empunya diri.
Apa tidaknya, dalam kegembiraan berbual dan bergurau senda dalam kereta, ketika itu tanpa disangka, masing-masing sudah semakin lemah akibat mengalami keracunan gas.
Saat itu nyawa hampr melayang gara-gara terhidup gas monoksida di dalam kereta akibat kebocoran pada bahagian ekzos.
Perkongsian wanita ini Nur Jalilah Leyla menceritakan semula detik menakutkan itu yang berlaku pada mereka sekeluarga.
Menurutnya keracunan gas monoksida ini bukan saja berlaku ketika kereta berhenti atai tidur di hentian saja.
Tetapi ia juga boleh berlaku dalam kereta ketika tengah bergerak dan boleh bahayakan penumpang yang tidur.
Ayuh, ikuti perkongsian yang dimuat naik di media sosial laman Facebooknya.
3 Anak Hampir Hilang Nyawa Akibat Hidu Gas Monoksida
Detik pengalaman yang takkan pernah umi lupa. Saat-saat kami semua termasuk (mak ayah mertua) opah dan atok keracunan gas monoxide dalam kereta. PEMBUNUH DALAM DIAM.
Pada 19 May 2022. Umi dan anak-anak ikut mak ayah mertua balik ke Tanjung Karang Selangor untuk beberapa hari je plannye sebab mak masih ade urusan di Kuantan jadi kami jadi peneman balik ke sana 3/4 hari.
Dalam perjalanan semuanya ok tak ada apa-apa. Anak-anak seronok dok berbual dan teman atok dan opah diorang. Siap singgah makan tengahari di Temerloh kami teruskan perjalanan.
Masa tu Umi send gambar pada suami anak-anak tengah tidur. Rupanye suami ada tegur muka si abang Eijaz nampak pucat dan kesian. Dia tanya anak-anak ok tak tu. Umie balas ok. Tengah tidur kepenatan agaknya. Tak sangka sebenarnye diorang dah lain macam masa ini. Deeja pulak senyap je tak ceria mana dan tido. Pikiran Umie maybe sebaab cuaca panas.
Jam sekitar 1 tengahari lebih, sampai la tiba lepas dari hentian Bentong dalam perjalanan, tiba-tiba Deeja bangun terjaga merengek sikit tapi mata tak buka. Umi pujuk-pujuk tiba-tiba dia lembik. Naluri seorang ibu, rasa sesuatu tapi tak tau kenapa. Umi kejutkan Deeja untuk bangun. Tapi tak ada respon. Umi masa ini terus jadi panik. Dia tak sedar. Lembik selembik2nya. Terus Umi menjerit pada mertua bagi tau Deeja tak sedar tak tau kenapa.
Buka baju seluar tepuk-tepuk dan sapu air kejutkan tetap tak respon. Tapi pernafasan makin lemah. Kami berhenti tepi highway. Umi terus turun tahan kereta sambil masa itu dukung Deeja sama. Memang masa itu tak tahu nak cakap apa nyawa ini dah macam nak tercabut. Umi hany pikir. Ya Allah anak-anak aku kenapa ni… Ya Allah jangan ambil anak ku.
Zara dan Eijaz meraung-raung dalam kereta sebab takut tengok kami panik dan riuh kejutkan Deeja. Masa menahan minta bantuan satu kereta Chinese family ( Mr Richard) berhenti dann bertanyakan kenapa keadaan. Dan dia minta kami follow dia untuk terus ke hospital bdekatan. Masa itu dia dah syak maybe ada problem gas ke apa. Dia pesan supaya buka tingkap.
On the way ke hospital Deeja masih tak respon. Luruh rasa jantung Umi sebab tak tau punca. Tiba-tiba Zara dan Eijaz diam. Mereka pulak tak sedar. Eijaz tertirap di bahagian bawah kaki dengan muka ke bawah carpet . Zara separuh badan atas kerusi kaki ke bawah. Meniarap juga. Ya Allah dugaan apakah pada kami.
Ayah mertua teruskan drive follow kereta Mr Richard. Mak mertua bantu kejutkan Eijaz dan Zara, alhamdulillah diorang cepat sedar semula dan menangis. Eijaz ketara pucat dan lesu. Umi pulak dah mula muntah-muntah pening nak pitam. Tapi sebab kan anak-anak tiga-tiga tak sedar Umi gagah bertahan sambil muntah-muntah dan kejutkan Zara, Eijaz dan Deeja.. Sampai di hospital orang asli Gombak terus ke kecemasan. Deeja disambut dan terus diberi bantuan oksigen.
Umi sesak nafas dan stil muntah-muntah yang tak mengeluarkan apa-apa. Mak mertua pengsan lepas sampai di hospital ayah mertua dan Zara Eijaz terus diberi bantuan oksigen juga. Lepas semua dah dapat oksigen semua kembli ok dan stabil tapi masih keadaan lemah. Suami masa ini dah bersiap on the way dari Kuantan.
Kes kami di refer ke hospital Selayang. Jam 8 malam kami semua dihantar ke hspital Selayang menaiki ambulance. Kereta kena tinggal sebab doc tak berani berisiko.
Dari situ doc mengesahkan kami keracunan gas monoxide. Yang berpunca ada kebocoran pada bahagian ekzos. Kami semua 3 dewasa 3 kanak-kanak dipantau sehingga betul-betul dah stabil. Doc kata kalau la Umi tak tau yang anak tak sedar itu beranggapan anak-anak tido lena, kemungkinan memang akan mengancam nyawa anak-anak. Ya Allah… sebab ia memang attack pada orang yang tidur. Tidur dan terus tak sedar-sedar sampailah kekurangan oksigen pada otak.
Syukur ya Allah, Allah berikan naluri yang tepat pada umi dan pantas sedar bila Deeja lain macam lembik dan tak sedar masa itu. Jam 3 pagi baru la doc lepaskan kami balik. alhamdulillah umur kami semua masih panjang..
Ibarat mimpi ngeri semua tu, Allah… memang tak terkata lembik lutut, nak tercabut jantung mengenangkan anak-anak tak sedar time itu. Keracunan gas monoxide ni tak bermakna time kita berhenti dan tidur di hentian saja. Boleh berlaku juga dalam keadaan kereta tengah bergerak. Tapi lebih membahayakan pada penumpang yang tidur.
Sesungguhnya apa yang berlaku tu adalah ujian dan teguran dr Allah. Dan segala kesembuhan juga Dari-Nya dan keizinanNya.
Allah jentikkan kami ikut sekali. Kalau la mertua bedua je balik time itu lagi la tak tahu apa jadi kat diorang. Lagi bahaya sebab berdua dan tak sedar kebocoran gas itu. Patut la Sabtu hari sebelum itu mak mertua masa perjalanan ke Kuantan dia dah pengsan sekali dalam kereta muntah tanpa sedar. Kebocoran gas dalam kereta dah mula time tu.
Syukur ya Allah jauhkan kami dari segala perkara-perkara bahaya. Semua sudah dalam keadaan baik-baik. Alhamdulilah.
Beringat-ingat la. Sebelum perjalanan yang jauh, check semua keadaan kenderaan, baik kereta lama maupun kerta baru. Pantau sama penumpang yang tidur. Berhentilah seketika setiap 2 jam perjalanan atau buka tingkap sekejap. Ingatlah.. benda nak jadi tanpa tanda dan diduga. Kita kena sentiasa peka dengan keadaan keliling terutamanya anak-anak.
To Mr Richard sekeluarga, kami ucapkan jutaan terima kasih dan ibarat terhutang budi. kalau tak kerana Mr Richard berhenti dan tenangkan kami serta bawa kami ke hospital tau la keadaan masa itu risau dan panik sangat-sangat sampai tak boleh nak pikir apa-apa.
Walau berlainan agama tapi Mr Richard yang terawal berhenti dan bagi bantuan. Umi pun tak tanya Mr Richard ini asal mana duduk dimana. Tapi dia ada sebut masa kat hspital itu sama ada dia nak ke shah alam atau tinggal di Shah Alam. Seandainya posting ini sampai kepada Mr Richard sekeluarga. Kami sangat-sangat hargai dan terhutang budi. Semoga Tuhan sentiasa merahmati Mr Richard sekeluarga.