Pernah tak kita mengalami Mmasalah bersin berulang-ulang kali hingga menyebabkab rasa tidak selesa. Malah hidung juga berasa gatal dan terpaksa digosok hingga kemerahan.
Ini mungkin petanda awal anda mengalami masalah rendung. Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu sebab dan rawatan terbaik untuk mereka yang mengalami masalah ini.
APAKAH PENYEBAB RESDUNG (ALLERGIC RHINITIS)?
Rinitis atau selsema adalah radang pada hidung. Ia adalah keadaan di mana seseorang mengalami hidung berair atau berhingus, gatal hidung atau mata, bersin dan rasa hidung tersumbat.
Perkara ini berlaku disebabkan sistem imun badan yang terlalu sensitif. Ia berlaku apabila pesakit terdedah kepada sesuatu perkara yang menyebabkan dia alahan, maka pesakit akan menghasilkan simptom yang berlebihan.
Dalam resdung, lapisan yang menyelaputi bahagian dalam hidung sangat sensitif terhadap habuk mahupun debunga.
Resdung boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu :
1. Bermusim : Gejala bagi resdung jenis ini boleh berlaku pada musim bunga, musim panas dan awal musim gugur. Ia biasanya disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora yang terbang di udara atau debunga dari rumput atau pokok yang berbunga.
2. Berpanjangan : Pesakit akan mengalami gejala sepanjang tahun. Ia biasanya disebabkan oleh hama debu, bulu daripada binatang peliharaan, lipas atau kulat. Alergi terhadap makanan jarang menyebabkan gejala yang berkaitan dengan hidung.
Sesetengah orang mungkin mengalami kedua-dua jenis resdung, dengan gejala-gejala bagi resdung bermusim semakin teruk semasa musim debunga yang spesifik. Terdapat juga punca-punca bukan alergi bagi resdung termasuklah asap rokok atau asap lain, minyak wangi, produk pencuci dan bau lain yang kuat.
PUNCA RESDUNG
Beberapa perkara menjadi pencetus ataupun bahan allergen yang akan memulakan simptom resdung. Ianya adalah :
1. Debunga
Disebabkan Malaysia bukan negara 4 musim, rakyat Malaysia senang terdedah dengan debunga yang boleh menyebabkan mereka mengalami simptom resdung selalu. Di negara 4 musim, selalunya simptom resdung menjadi teruk ketika musim bunga kerana banyak daripada pokok akan menghasilkan debunga pada musim tersebut.
2. Kulat
Di dalam keadaan rumah yang lembab, kulat senang tumbuh dan menghasilkan spora. Spora inilah yang akan berterbangan di dalam rumah dan masuk ke dalam saluran pernafasan pesakit dan menyebabkan serangan resdung bermula.
Ads
3. Habuk, bulu haiwan peliharaan, asap, karpet
TANDA DAN GEJALA
1. Bersin
2. Hidung berair
3. Hidung tersumbat
4. Hidung gatal
5. Kurang deria bau
6. Sakit kepala
7. Sakit telinga
8. Keluar air mata
9. Mata merah
Ads
10. Mata bengkak
11. Rasa letih
12. Rasa pening kepala
KOMPLIKASI
Jika selsema ini berlarutan, komplikasi yang mungkin berlaku seperti :
1. Nasal polyps. Terdapat tumbuhan benigna yang lembut terjadi pada lapisan hidung atau sinus disebabkan radangan kronik. Polyps yang kecil tidak menyebabkan masalah tetapi yang besar akan menyekat peredaran udara melalui hidung dan susah untuk bernafas.
2. Resdung/Sinusitis: Hidung tersumbat yang berpanjangan boleh menyebabkan resdung/sinusitis – jangkitan atau radangan pada lapisan membran sinus. Pesakit mengalami sakit bahagian pipi, mata atau dahi, nafas berbau busuk dan lelehan bertukar warna kuning atau hijau. Resdung yang teruk boleh merebak ke bahagian mata dan otak dan boleh membawa maut.
3. Cecair di telinga tengah. Pesakit akan mengalami masalah kurang pendengaran.
RAWATAN
Rawatan untuk pesakit resdung terbahagi kepada 3 iaitu mengelakkan diri daripada allergen, penggunaan ubat dan juga terapi imun.
1) Mengelakkan diri daripada allergen
Beberapa perkara yang boleh dibuat di dalam rumah seperti:
1. Elakkan menggunakan perabut yang akan berhabuk seperti karpet
Ads
2. Selalu membersihkan habuk
3. Elakkan daripada membela haiwan peliharaan
4. Sarung tilam perlu selalu ditukar
5. Sentiasa memastikan keadaan di dalam rumah kering agar kulat tidak tumbuh
6. Pesakit juga boleh mengelakkan diri daripada mencium bunga kerana debunga akan menyebabkan mereka mempunyai simptom resdung
2) Penggunaan ubat
Beberapa jenis ubat boleh digunakan untuk merawat masalah resdung tersebut. Ianya adalah:
1. Ubat anti-histamine : Ia berfungsi untuk menghentikan proses yang akan menyebabakan simptom alahan. Contoh ubat adalah Chlorpheniramine, cetrizine dan loratadine.
2. Ubat untuk mengurangkan hidung berair : Ia berfungsi untuk mengecilkan saluran darah di bahagian hidung supaya penghasilan air hidung dapat dikurangkan. Contoh ubat adalah pseudoephedrine.
3. Ubat spray hidung yang berasaskan steroid : Ia berfungsi untuk mengurangkan keradangan di bahagian hidung. Kajian telah dibuat menunjukkan penggunaan spray hidung ini adalah lebih berkesan daripada penggunaan anti-histamine dan juga ubat yang mengurangkan hidung berair.
Ia bertanggungjawab mengurangkan 4 simptom resdung yang utama iaitu bersih, gatal hidung, hidung berair dan juga hidung tersumbat. Oleh itu, simptom resdung akan lebih terkawal dan aktiviti harian pesakit akan lebih tidak terganggu
3) Terapi Imun
Di dalam terapi ini, ubat akan diberikan sama ada melalui suntikan ataupun diletakkan dibawah lidah untuk mengurangkan sensitiviti sistem imun badan terhadap allergen.
Peratusan untuk sembuh dengan menggunakan terapi imun ini boleh dikatakan tinggi tetapi selalunya ia digunakan hanya untuk pesakit yang mempunyai simptom resdung yang teruk dan kerap walaupun sudah menggunakan ubat.
Ubi kentang biasanya menjadi pilihan bahan untuk ditambah dalam masakan kari atau kurma.
Namun disebabkan membelinya dalam kuantiti banyak menyebabkan ada antara ubi kentang ini yang tumbuh tunas berwarna hijau.
Adakah selamat untuk kita makan ubi kentang yang mempunyai tunas sebegini atau ada bahaya yang tidak kita ketahui.
Perkongsian Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik UiTM yang juga Pengasas Makmal Makanan (MAMA), Dr Fatimah Salim menjelaskan persoalan ini.
KENTANG BERTUNAS DAN BERWARNA HIJAU MENGANDUNGI RACUN?
Benar, ubi kentang (Solanum tuberosum) yang bertunas atau berwarna hijau menunjukkan kehadiran bahan kimia semulajadi yang bersifat toksin iaitu alkaloid glikosida seperti solanin (struktur kimia di bawah ).
Selain daripada ubi kentang, bahan kimia toksin ini juga terdapat pada tomato (Solanum lycopersicum), terung (Solanum melongena), iaitu tumbuhan dari genus Solanum.
Kehadiran bahan kimia toksin ini dapat dilihat dengan adanya warna hijau pada ubi kentang. Warna hijau ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia klorofil, namun meningkatnya klorofil ini menandakan banyaknya bahan kimia solanin terbentuk di situ.
Selain daripada warna hijau dan tunas sebagai penanda, bahagian kentang ini juga berasa pahit. Dan semakin tinggi terang warna hijau, semakin tinggi juga kandungan toksin yang wujud.
Bahan kimia toksin ini sebenarnya dihasilkan pada tunas sebagai salah satu cara (aka mekanisma) pertahanan ubi kentang untuk memastikannya tidak dimakan, serta tumbuh dan membesar dengan jayanya.
Sama seperti rebung atau pucuk sayuran lain. Boleh baca ulasan saya mengenai rebung di pautan ini
Bahan kimia toksin semulajadi ini tidak akan termusnah dengan haba memasak, namun kandungannya akan berkurangan sekiranya direbus dan air rebusan dibuang.
Antara kesan keracunan toksin ini ialah gatal pada mulut, pening, loya, muntah, cirit-birit, sakit perut… yang mana boleh berlarutan kepada radang, sakit sendi serta mampu menyebabkan lumpuh, kecatatan kepada bayi dalam kandungan dan kematian.
Pun begitu, kesan-kesan ini adalah bergantung kepada jumlah (aka dos) toksin yang wujud dan ketahanan sistem badan individu. Ada yang boleh terkesan dengan jumlah yang hanya sedikit, ada pula yang tidak. Bagi keracunan dengan simptom ringan, badan kita mampu detox sendiri.
Jadi ubi kentang ini sudah tidak boleh makan?
BOLEH, dengan membuang bahagian yang ditumbuhi tunas atau bahagian yang berwarna hijau. Ini kerana bahan kimia toksin ini hanya tertumpu pada tunas dan berhampiran kulit kentang yang berwarna hijau sahaja.
Jika seseorang itu mengalami masalah hidung tersumbat kerana selesema atau batuk menyebabkan kita rasa tidak selesa. Situasi ini boleh menganggu pernafasan dan masalah sesak dada.
Walaupun pelbagai cara dilakukan tetapi, masih belum berkesan. Sebenarnya kita boleh cuba cara alternatif untuk melegakan masalah ini dengan menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur.
Penggunaan bahan lemon, cengkih dan madu asli mampu untuk menyembuhkan hidung tersumbat dan batuk melalui perkongsian diamalkan Puan Masni Mohd.
Guna Lemon, Cengkih & Madu Atasi Masalah Hidung Sumbat
Kalau kita tak ikhtiar memang tak kan sembuh. Lama dah hidung tersumbat, batuk-batuk. Macam-macam ubat dah telan masih tak mampu membantu.
Kita cuba yg tiga benda ni, alhamdulillah,syukur. Memang padu keputusannya. Terimakasih ya Allah.
Bahan Diperlukan:
Lemon dipotong sesuka hati nak berapa keping pun boleh
6 biji cengkih dicuci
2 sudu makan madu (beli kat pasaraya biasa tu. Tak payah masuk hutan sangat.)
Cara Membuat:
– Letak kesemua bahan-bahan dalam cawan, selepas itu tuang dengan air panas. Tunggu suam-suam kuku, baru minum.
– Elakkan minum dengan ais batu ye.
– Saya buat pagi dan malam. Tapi lepas minum tak terus buang, refil dengan air panas lagi. Sayang air tu masih dapat minum lagi.Semoga kita sama-sama diberi kesembuhan oleh Allah swt. Amin
Skrub beras, ini cara bagi anda yang nak putih sampai nampak urat tetapi tak nak keluar modal. Anda yang selalu terdedah dengan cahaya matahari pun digalakkan buat.
Cukup amal sekali dua sahaja, memang payah sikit nak terus nampak urat hijau. Tetapi kalau anda jadikan scrub mandian hari-hari, kejelitaan rasmi akan jadi milik anda.
Nak Putih, Guna Skrub Beras
Ini tangan sebelum skrub ya, kusam je.
Bahan-bahan dan caranya:
1. Ambil beras dalam satu genggam serta bawang putih 3 ulas.
2. Kemudian, kisar bahan tadi. Kasar-kasar je sebab kita nak buat ala-ala scrub.
3. Guna mandian rutin kita. Saya guna sabun ni sebab buat badan kita lembut dan harum. Ramai customer yang nak jaga kulit, guna cara ini.
4. Akhir sekali, letak sedikit sabun pada ramuan tadi, sapu pada tubuh. Biarkan pada badan dalam lima minit. Cuci, bilas, sapu losyen harian.
5. Okey, nanti bancuhan dah siap, bubuh kat tangan macam ini. Dekat kuku, anda boleh sapu dengan bawang putih kisar tadi.
Sapukan secara menyeluruh pada tangan, siku atau bahagian sisi gelap ya.
Ini tangan selepas saya buat proses scrub tadi. Boleh bandingkan tangan sebelum dengan selepas ikut gambar ya.
Hah, jangan lupa cuba tau! Jimat dah tak payah pergi Spa semata-mata nak putihkan kulit anda. Buat sendiri je sambil tengok Tv, siap!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!