“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”
Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal. Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.
Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.
Ads
Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:
1. SUSU: susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.
2. MINYAK: jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.
3. CUKA:capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.
Ads
4. ALKOHOL: capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.
5. LOSYEN: gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.
Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.
Ads
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, Kesihatan dan Perubatan
Nak dapatkan set penjagaan wajah untuk kulit berminyak pun bukan mudah ya, kadang kalau silap pakai muka jadi makin naik jerawat dan lagi teruk jika makin rosak skin barrier.
Jangan risau, sebab kali ini Rapi nak kongsikan tip cantik daripada Puan Nur Sumayyah yang mana dia hanya menggunakan set penjagaan wajah BOJ ( Beauty Of Joseon), sangat sesuai untuk kulit orang Asian.
Ini range produk BOJ yang sesuai untuk oily skin dari pencuci muka sehingga sunscreen.
Pencuci Muka – Radiance Cleansing balm
Kalau anda pakai makeup atau sunscreen daily, double cleansing is recommended. Ini sesuai untuk kulit sensitif dan tak pedihkan mata.
Pencuci Kedua – Green Plum Cleanser
Lembut sangat tapi has good cleansing power dan tak keringkan kulit doesn’t make the skin dry. Low pH, sangat lebut pada kulit bila pakai.
Toner – Green Plum Refreshing Toner AHA BHA
Sesuai untuk oily skin sebab texture dia memang lighweight, macam water gitu.
– Mengandungi mild AHA & BHA.
– Membantu exfoliate skin & control minyak dekat muka.
Serum – Green Tea & Panthenol
Tekstur sangat ringan dan provide just enough hydration for oily skin.
Jangan risau, tak sticky lepas absorb. Green tea is great untuk control sebum production & panthenol to help calm skin.
Pelembap – Red Bean Gel
Bagi kesan sejuk pada muka dan tekstur gel, so tak rasa berat pada muka.
Sunscreen – Mugwort Sunscreen Stick
Yang ini sangat ringan dan tak sticky pada muka. Kelebihannya membantu control minyak pada kulit.
Rapi sudah kongsikan info terbaik untuk anda yang kulit berminyak, jadi harap selepas ini anda boleh pilih bahan yang sesuai dengan masalah kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak ramai yang berani pakai lipstik merah kerana risau akan buatkan penampilannya nampak matang, tua atau terlalu menyerlah!
Lebih-lebih lagi kalau nak kenakan gincu merah pada majlis atau hari penting seperti Hari Raya. Mesti rasa kurang yakin. Tetapi kalau anda pakai baju warna lembut, lipstik wajib pakai, barulah naik seri.
Tip Pakai Lipstik Merah, Kulit Cerah Atau Gelap Tetap Sesuai!
Sebenarnya nak pakai lipstik merah, anda perlu tahu apa tona kulit dulu. Bermula dari situlah, anda boleh padankan shade apa yang sesuai mengikut tona kulit. Nak tahu apa tona dan shade yang sesuai, caranya:
Gincu merah berasaskan biru – Sesuai untuk warna kulit yang sejuk (cool) dan lebih cerah.
Gincu merah berasaskan jingga – Sesuai untuk warna kulit yang hangat (warm).
Gincu merah berasaskan coklat – Sesuai untuk tona kulit asas hangat (warm), kulit sederhana (medium) hingga gelap (darker).
Selain daripada tahu tona kulit, penting juga untuk anda tahu jenama mana yang bagus bila mencari gincu merah.
Raya nanti mesti ramai yang teruja nak makan ketupat, rendang atau hadiri rumah terbuka. Tetapi apa yang membimbangkan, bila makan-makanan berminyak pada hari Raya, gincu akan cepat hilang dan perlu di-touch up berulang kali.
Haa… cuba rujuk cara pakai lipstik merah yang dikongsikan wanita ini.
1. Mula-mula pastikan bibir tidam dalam keadaan basah ya.
2. Kemudian kalau ada cushion, dap-dap sedikit kawasan bibir. Pastikan rata elok.
3. Untuk pilihan Rapi, guna lipstik YOU Rouge Power Matte Lip Cream.
4. Sapu dulu kawasan bibir bawah sebaiknya. Kemudian pastikan jangan lagakan dulu bibir atas dan bawah.
5. Mulakan sapu dari dalam ke luar. Yang best warnanya memang pigmented.
6. Ada kandungan Manuka Honey yang tak keringkan bibir.
7. Apa hasilnya? Memang jenis transferproof, kissproof dan waterproof.
8. Non sticky formula! tahan dalam 18 jam ke atas tau!
Hah, lepas ini jangan takut nak pakai lipstik warna merah ya! Kulit cerah atau gelap, semua layak pakai.
Tak sangka, rupanya hampas kelapa pun membantu untuk lembapkan kulit wajah yang kering. Ini cukup jimat dan selamat bagi anda yang mempunyai kulit wajah yang sensitif.
Apa yang bagus, hampas kelapa boleh menghaluskan, melembapkan, mencerahkan dan menanggalkan kulit mati.
Nak tahu macam mana nak buat, jom ikuti petua di bawah ini jadikan skrub untuk muka dan seluruh badan.
Bahan bahannya:
7 sudu besar hampas kelapa
Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
2 sudu besar gula biasa atau gula perang
1 sudu besar garam halus
2 sudu tepung beras
Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
Daah siap!
Cara guna:
1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan skrub muka atau badan.
2. Kalau mahu kesan lebih elok, boleh perah sedikit air limau kasturi atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
3. Amalkan seminggu 2-3 kali.
Lebihan scrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak dicampur air.
Selamat mencuba. In Sha Allah. Akan nampak perubahan ketara.