Seperti yang kita maklum, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telahpun bermula sejak pertengahan Mac lalu.
Sebelum ini fasa vaksin pertama telah diberikan kepada frontliner di seluruh negara. Dan perkembangan terkini pemberian vaksin menyaksikan slot vaksin AstraZeneca COVID-19 bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor telah ditempah sepenuhnya hanya dalam tempoh tiga jam 20 minit, selepas pendaftaran dibuka pada 12 tengah hari tadi.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang telah berkongsi kemas kini mengenai proses pendaftaran melalui akaun Twitternya berkata, mereka yang telah berdaftar akan menerima butiran lanjut mengenai temu janji pada aplikasi MySejahtera atau SMS mereka tidak lama lagi.
“Mereka yang tidak berjaya mendapatkan slot masih berpeluang meletakkan nama mereka dalam senarai menunggu di laman web sama di http://vaksincovid.gov.my,” katanya di Twitter.
Pada Sabtu, Khairy berkata, vaksin AstraZeneca dibuka kepada 268,000 individu secara ‘siapa cepat, dia dapat’ di laman web itu bagi penduduk KL dan Selangor dan temu janji pertama bagi slot vaksinasi itu akan dijalankan pada 5 Mei di PPV yang ditetapkan.
Ads
PPV itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
Khairy juga dilaporkan berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan melancarkan inisiatif sama di negeri lain sementara menunggu penghantaran selanjutnya vaksin AstraZeneca.
Ads
Beliau berkata kerajaan juga dijadual menerima sejuta lagi dos vaksin AstraZeneca pada bulan ini melalui Akses Global Vaksin Covid-19 (COVAX).
“Kami akan memperluaskan pilihan ini di negeri-negeri lain, kecuali Sarawak yang telah menunjukkan penurunan dan akan memastikan mereka yang tidak mempunyai akses internet serta yang lain juga boleh mendaftar,” katanya.
Pernah mengalami masalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak, namun bagi pelakon dan juga usahawan Tya Arifin. Tidak pernah mengalah untuk tampil cantik.
Baginya penampilan yakin dan menyenangkan memberi aura positif setiap kali bekerja memandangkan dirinya juga seorang usahawan.
Mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kecantikan diri, Tya Ariffin tidak lokek berkongsi amalannya.
“Tiada rahsia tertentu menjaga kecantikan. Cuma saya banyak minum air kosong dan setiap pagi amalkan minum jus Mutyara. Saya juga akan sentiasa bersihkan wajah yang mekap bila sudah pulang ke rumah.
“Seawal pagi rutin haria saya akan bangun sekitar jam 5 pagi dan waktu itu saya akan terus bersemangat memulakan kerja.
“Kemudian saya akan ambil sarapan pagi sihat seperti bijiran dan sayur dan tidak dilupakan suplemen Mutyara sebagai penambah tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari,” ujarnya yang sentiasa murah dengan senyuman ini.
Menurutnya memang dia akan masuk tidur lewat sekitar jam 12 malam tetapi akan bangun awal pagi untuk memulakan rutin harian.
“Walaupun masuk tidur agak letat, tetapi alhamdulillah masih diberi tenaga berpanjangan untuk kekal cergas keesokan harinya.
“Saya masih ingat lagi ketika masih kecil lagi sudah diajar oleh ibu saya agar mengamalkan minuman herba yang dibuat olehnya. Minuman herba ini diperbuat daripada campuran halia, kunyit dan beberapa bahan lain dan rasanya memang pahit. Tetapi mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan tubuh.
“Jadi apabila suda ada produk sendiri ini,Tya jadikan ia seperti herba yang dibuat ibu tya untuk diamalkan setiap hari sehingga hari ini. Kesannya memang Tya akan kekal bertenaga sepanjang hari.
“Idola dalam menjaga kecantikan pula, adalah mereka yang berumur 50 tahun ke atas tetapi masih boleh menjaga badan dan kesihatan dalam dengan sangat baik sekali.
“Saya sangat respek dengan mereka yang pandai menjaga kecantikan diri luar dan dalam dan inilah yang Tya idamkan satu hari nanti. Jadi untuk capai impian itu inilah apa yang saya lakukan dengan menjaga kesihan diri sebiak mungkin,” jelasnya lagi.
Bercerita perihal kerja pula, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata dia bakal bergelar pengacara untuk satu program television.
Bukan tamak mahu melakukan semua cabang kerja, namun ibu kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini akan mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Malah pandemik COVID-19 yang sudah lebih setahun melanda dunia juga turut menjentik semangat Tya Arifin berkongsi hal positif dan suntikan inspirasi menerusi program berkenaan.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Terdahulu, isteri kepada Asyraf Khalid ini pernah berlakon, menyanyi dan menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepankekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” katanya.
Malah dalam membiasakan norma baharu ini juga, segala serbikerja dilakukan sendiri wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti dari Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundangnya.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Di akhir bicara, Tya tak lepas ditanya mengenai kerinduannyaterhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua.
“Bab rindu ini sebenarnya bagaisudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.
Kebanyakan perempuan cukup suka menggali ilmu tentang cerahkan kulit dengan jimat dan mudah, malah kalau tahu ada jual produk yang berkesan dijual di kedai, laju beli!
Nak-nak pula kalau berkesan untuk pudarkan masalah jeragat dan jerawat. Jadi kali ini anda boleh cuba cara orang lama dengan menggunakan masker kentang, petua daripada Puan Lelawati Lela, perlu dua bahan sahaja.
Cerahkan Kulit Dengan Masker Kentang, Pakai 20 Minit Pun Dah Nampak Beza
Kalau anda nak tahu, ubi kentang ni sangat banyak manfaatnya pada tubuh kita selain baik untuk kulit muka.
Hanya gunakan bahan alami dari dapur je, jom Kekla kongsi cara buat masker dari ubi kentang ni.
Bahan bahan :
2 biji kentang
Sedikit tepung jagung / tepung ubi
Cara buatnya :
1. Kupas kulit dan rebus dulu kentang bagi dia lembut.
2. Bila dah sejuk dan lembut, lenyekkan dia bagi hancur rata.
3. Campurkan kentang yang dah dilenyek dengan tepung jagung tadi. Gaul sebati semua bahan ttersebut.
4. Jadikan texture seperti masker tau. Sapu pada seluruh bahagian wajah dan leher, biarkan dalam 20 minit.
5. Bilas dengan air bersih atau air mineral.
Hasilnya yang anda akan dapat jika konsisten dan berterusan buat, kulit muka jadi cerah bersih, halus lembut.
Selain tu, kalau kulit muka anda jenis mudah burn, haaa boleh sangat lah cuba.
Boleh kurangkan kedutan pada wajah, atasi masalah kulit muka yang kusam dan juga kecutkan jerawat.
Khasiat Masker Kentang
Ubi kentang ni banyak khasiat untuk tubuh kita. Antaranya ada vitamin C dan B5 yang boleh jadikan kita lebih sihat, segar dan ceria.
Sebenarnya kalau kita banyak membaca dan rajin cari info kecantikan dan kesihatan, semuanya mudah dan tak perlu pun nak keluarkan belanja yang besar. Boleh jimat banyak duit poket. Salah satunya ini lah, cerahkan kulit guna masker kentang!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain senaman kardio seperti berlari, berbasikal atau hiking, senaman burpees juga dikatakan lebih cepat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Senaman yang menggunakan hampir seluruh otot mempunyai banyak manfaat dan sangat berkesan untuk membakar lemak degil terutama di bahagian perut dan paha.
Nampak mudah tetapi senaman ini sebenarnya amat memenatkan jika dilakukan tanpa henti.
Ayuh kita lihat kebaikan senaman burpess yang sangat berbaloi melakukannya di rumah saja.
5 Kebaikan Senaman Burpees
Antara kebaikan senaman burpees adalah :
1. Dapat Melatih Banyak Otot Dalam Satu Senaman
Memang berbaloi dengan kepenatan yang anda hadapi bila anda lakukan burpees. Ini kerana ia adalah antara senaman yang terbaik untuk seluruh tubuh (total body workout).
Antara kawasan otot yang dapat dilatih dalam senaman burpees adalah bahu, lengan, abdomen, hamstring, gluteus dan quadriceps.
2. Dapat Membakar Kalori dan Lemak Secara Berkesan
Antara kelebihan senaman burpees ialah ia merupakan latihan kardio dan kekuatan dalam satu rutin.
Ini menjadikan senaman ini sesuai bagi membakar kalori dan lemak. Dalam satu minit, senaman burpess berupaya untuk membakar lemak kira-kira 15 kalori!
3. Baik Untuk Melatih Kekuatan Abdomen
Ramai yang inginkan bahagian perut yang lebih kempis dan abdomen yang lebih berotot. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan rupa fizikal yang menarik semata-mata, malah kekuatan abdomen sebenarnya sangat penting bagi meningkatkan kestabilan badan dan mengurangkan risiko kecederaan.
Jika anda mencari senaman yang dapat fokus pada abdomen, anda bolehlah mencuba burpees!
4. Dapat Membaiki Postur dan Fleksibiliti Badan
Burpees bukan sahaja dapat melatih otot abdomen bagi meningkatkan kestabilan badan, malah ia juga baik bagi membaiki postur badan.
Pergerakannya yang menggunakan banyak otot pada satu masa juga dapat melatih badan untuk lebih fleksibel.
Bila anda lakukan burpees secara konsisten, anda pasti akan rasa badan lebih kuat dan fleksibel serta kesihatan anda lebih meningkat.
5. Baik Untuk Kesihatan Jantung
Senaman burpees merupakan antara senaman intensiti tinggi yang paling baik bagi meningkatkan kesihatan jantung.
Senaman ini memerlukan kadar oksigen yang tinggi berbanding senaman lain.
Ketika anda melakukan burpees, jantung anda akan berfungsi dengan lebih kuat bagi membekalkan tenaga pada pelbagai otot.
Para saintis juga sering menggunakan burpees bagi mengukur tahap kesihatan kardiovaskular seseorang.
CARA MELAKUKAN SENAMAN BURPEES
1. Berdiri dengan keadaan tangan di sisi.
2. Lakukan squat sehingga tangan mencecah lantai.
3. Gunakan tangan bagi menyokong badan. Lompatkan kedua-dua kaki ke belakang. Pastikan kaki anda landing dengan keadaan badan dalam posisi plank.
4. Lakukan 1 push up kemudian kembali pada posisi plank.
5. Lompatkan kaki semula ke hadapan menghampiri tangan. Posisi anda perlulah kembali pada keadaan squat.
6. Bangkit daripada lantai dan lompat ke udara. Posisi terakhir anda mestilah dalam keadaan berdiri tegak.
7. Ulangi pergerakan mengikut kemampuan fizikal masing-masing.
TIPS PENTING UNTUK BEGINNER
Seperti senaman lain, keberkesanan senaman burpees akan anda dapati jika anda lakukan dengan betul. Ini juga penting bagi mengelakkan kecederaan.
Antara tips penting bagi yang ingin mulakan senaman burpees ialah :
1. Jangan paksa diri. Mulakan dengan perlahan dan ulangan yang sedikit dahulu. Bila badan sudah biasa, barulah tambah lagi ulangan.
2. Untuk beginner, anda bolehlah mulakan dengan 8 ke 10 kali ulangan dalam 1 set. Berhenti sebentar untuk berehat jika mahu ulangi set.
3. Jangan lakukan pergerakan terlalu cepat. Disebabkan senaman ini memerlukan badan anda untuk turun lakukan push up, burpees dapat mengakibatkan tekanan pada pergelangan tangan dan bahu. Hati-hati dengan kelajuan senaman supaya otot tak cedera.
Kalau anda nak kulit cerah dan tak kusam, ketahui cara skrub badan yang betul dulu. Ramai yang tak begitu rajin nak skrub tetapi sabun sahaja tak cukup sebenarnya ya.