Sebelum ini kita mendengar pengalaman selebriti lain yang turut disahkan positif Covid-19.
Namun bagi Marsha, pengalamannya menjentik rasa sebak kerana sebelum itu dalam kesedihan disebabkan kehilangan bapa mertua Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman, 60 tahun pada 10 Syawal lalu.
Walaupun dikatakan bapa mertua meninggal dunia disebabkan Covid-19 tetapi menurut Marsha pula sebaliknya.
Malah dia masih lagi sensitif kerana baru saja kehilangan arwah turut berkongsi bahawa ayah mertuadisahkan bebas jangkitan Covid-19 sebelum meninggal dunia.
Bagaimanapun, kesan virus tersebut telah merosakkan organ-organ di dalam badan arwah sehingga menyebabkan beliau tidak dapat survive.
Tambah Marsha lagi buat masa ini dia masih lagi dalam fasa mengembalikan semula semangat dan emosi yang hilang setelah disahkan positif Covid-19.
“Bagi melawan jangkitan berkenaan prosesnya memerlukan semangat dan pemikiran yang positif memandangkan virus ini tidak mempunyai ubat khusus.
“Mengenai keadaan kesihatan suami dan ahli keluarga yang lain juga ok. Kami banyak mengisi masa dengan aktiviti kelas mengaji dan tahlil bersama ahli keluarga sahaja.
“Begitu juga diri saya sendiri yang mana semakin hari semakin baik berbanding hari pertama dimaklumkan positif Covid-19 dan fasa ‘bertarung’ dengan virus terbabit.
Ads
“Mental pun okey cuma kini saya ekstra berhati-hati dan menjaga SOP kerana difahamkan sekiranya bekas pesakit Covid-19 terkena jangkitan kali kedua, maka berganda risikonya.
“Saya dah lalui situasi itu dan ia amat sengsara. Sukar untuk saya menterjemahkan dengan kata-kata kerana lain orang, lain simptomnya.
“Pengalaman peribadi, Covid-19 telah menganggu paru-paru dan sistem pernafasan saya termasuk mengalami batuk teruk tanpa henti,” katanya yang turut sebak melihat frontliner yang memakai sut PPE tetap tersenyum walaupun dalam keadaan keletihan.
Itu antara pengalaman sepanjang menjalani rawatan di hospital selain melihat keadaan di sana begitu padat hingga katil tidak mencukupi manakala jumlah pesakit di ICU (Unit Rawatan Rapi) pun penuh.
Lebih menyayat hati melihat bayi berusia 40 hari juga dimasukkan ke wad.
Dan kini walaupun telah sembuh namun bagi Marsha tiada istilah pasca Covid-19 selepas dijangkiti virus ini.
Ads
“Segelintir indvidu mungkin berpendapat selepas sihat, maka saya sudah bebas sepenuhnya.
“Jawapan, tidak. Tubuh badan tidak akan sama seperti sebelum ini. Saya mudah penat, apatah lagi ketika menyanyi rasa tersangkut-sangkut.
“Doktor pun sarankan supaya mengawal paru-paru agar tidak bekerja berlebihan dan menangguh sebarang aktiviti nyanyian buat masa ini sehingga badan stabil.
“Mungkin proses penyembuhan mengambil masa antara satu hingga tiga bulan bergantung pada antibodi.
“Alhamdullilah, setakat ini saya dah boleh ke sana dan ke sini. Bahkan, turut melakukan senaman dan menjalani fisioterapi dua kali seminggu bagi memastikan badan khususnya paru-paru bertambah baik,” jelasnya lagi.
Sebagai bekas pesakit Covid-19, Marsha juga turut mengambil tanggungjawab untuk memberikan kesedaran.
“Jangan ambil ringan apabila mengalami simptom tertentu. Semasa bergejala, saya ingatkan anxiety kerana dada berasa terlalu sakit umpama ditindih manakala bahagian kaki dan tangan pula kebas.
“Maka, saya segera bertindak mengasingkan diri dan menjalani ujian calitan Covid-19. Sekali lagi, jangan bersikap sambil lewa apabila mengalami gejala.
“Segera rujuk doktor. Pada masa sama, terus kekal menjaga SOP,” pesannya sebelum mengakhiri temubual bersama SinarPlus.
Jangan main-main, hanya sebab tak cukup tidur kesannya boleh membawa kepada masalah perut buncit. Macam pelik tetapi ini benar.
Ya, da orang memiliki tubuh yang kecil tetapi bahagian perut kelihatan sedikit buncit. Apatah lagi bagi wanita yang sudah melahirkan beberapa orang anak.
Ada juga masalah ini disebabkan faktor pengambilan makanan seperti bergoreng atau makanan segera yang banyak dijual sekarang ini.
Masalah perut buncit ini memang sukar untuk diatasi memandangkan pelbagai cara telah dibuat ia tetap tidak berhasil.
Namun begitu, walau apa juga faktor terjadinya masalah ini jika tidak diatasi akan mencacatkan penampilan seseorang.
Tak Cukup Tidur 5 Jam Punca Perut Buncit, Doktor Kongsi Cara Cepat Kempiskannya!
Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar memberitahu penyebab sebenar masalah ini dan turut dikongsi 7 cara boleh dipraktikkan untuk hilangkan buncit tersebut.
7 CARA KEMPISKAN PERUT
Uish bukan senang nak kempiskan perut. Nak naik kejap jer. Bila nak turun bukan main susah.
Susah bukan kerana kompleks sangat. Tapi sebab cara tak kena. Apakata cuba 7 cara di bawah. Untung untung mengempis jadinya.
1. Makan makanan tinggi protein. Protein akan lepaskan hormon PYY. Hormon ini akan hantar isyarat ke otak. Katanya “bro/sis engkau dah kenyang. Udah udahlah tu” Kita pun sebut “ oh ye ke, ok ok saya berhenti sekarang.”
2. Kena bijak urus stres. Stres ni akan keluarkan hormon kortisol. Hormon ini hobi dia ialah kumpulkan lemak. Mau tak membesar perut jadinya. Happy sungguh kortisol buat kerja kerja yang kita tak suka. Macam orang letak simen pada batu bata masa buat rumah. Ditempek tempek.
Dia juga dengan bangganya bantu naikkan selera makan. Tahap melahap dan membantai makanan memuncak. Semua nampak sedap.
3. Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.”
Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni. Bila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem. Seronok dia kumpulkan lmak juga.
4. Senaman – angkat berat, aerobik dapat cepatkan misi kempiskan perut.
5. Tidur – kajian selama 16 tahun dapati wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan alami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita tidur 7 jam. Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup? Cuba usap perut dan sebut “alahai besar juga engkau ye”
6. Ambil lemak ikan – jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda. Ambil 2000mg sehari. Cari yang anti reflux. No mercury.
7. Ambil makanan tinggi serat – serat dari sayur dan buahan akan bentuk gel di saluran pencernaan. Makan lambat nak lepasi saluran ini. Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa nak berjajan. Perut terisi fokus meninggi.
Ada banyak lagi tips. 7 ni pun dah cukup kalau buat dengan konsisten. Soal pada diri, sayang sangat ke dengan “baby bump” tu?
Kalau tak, bila mahu bertindak? Ini adalah pesanan khidmat masyarakat. Tidak ada binatang atau serangga yang mati semasa penulisan ini dilakukan.
Amalan minum teh hijau memang banyak manfaatnya kerana miliki antioksidan yang amat bagus terutamanya dalam membantu menurunkan berat badan.
Banyak kajian menunjukkan bahawa kandungan flavonoid dan kafein yang ada pada teh hijau mampu meningkatkan metabolisme, membakar lemak dan meningkatkan kadar penggunaan tenaga.
Namun, impian untuk menurunkan berat badan akan lebih lancar dan berkesan jika anda mengamalkan minuman menyihatkan ini dengan cara yang betul.
Jika anda ingin mendapatkan manfaat teh hijau untuk tubuh badan, pastikan anda menikmatinya pada waktu yang sesuai agar badan anda dapat menyerap setiap kebaikan yang dibekalkan oleh teh ini.
Jenis-jenis teh hijau yang terbaik
Selain memilih teh hijau yang tidak mempunyai rasa sebagai pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan.
The Beauty Gyspy pula menyarankan anda menggunakan dua jenis teh hijau daripada jenis matcha dan hojicha.
a. Matcha – mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Ia merupakan daun teh hijau yang telah digiling halus menjadi serbuk.
b. Hojicha – pula diperbuat daripada daun teh hijau yang dipanggang sehingga berwarna coklat gelap. Kandungan kafein pada hojicha cukup rendah kerana daunnya dipetik pada akhir musim menuai dan dipanggang pada suhu yang jauh lebih tinggi daripada daun teh yang lain.
Waktu terbaik minum teh hijau
1. Elak minum ketika perut kosong di awal pagi
Jangan minum teh hijau di awal pagi ketika perut anda kosong kerana kandungan kafein yang ada di dalamnya boleh menyebabkan dehidrasi dan perut berangin akibat rembesan asid gastrik.
2. Selepas sarapan
Waktu terbaik untuk mengamalkannya adalah 30 minit selepas sarapan. Minum pada waktu ini dapat menyegarkan tubuh dan fikiran untuk anda memulakan aktiviti sepanjang hari. Seelok-eloknya ambillah minuman ini antara jam 10 hingga 11 pagi.
3. Sebelum bersenam
Minum teh hijau 30 minit sebelum bersenam dapat meningkatkan tenaga supaya anda dapat bersenam dengan lebih lama, sekali gus membakar lemak. Ini kerana kandungan kafein yang ada dalam teh ini dapat membantu meningkatkan stamina.
4. Selepas makan
Teh hijau juga boleh memberikan manfaat terbaik jika anda mengamalkannya selepas makan. Cara ini berguna untuk mereka yang mengalami perut sensitif. Ini kerana teh hijau bersifat alkali dan merangsang rembesan zat asid gastrik lebih banyak. Elak mengambil teh hijau ketika sedang makan kerana ia boleh mengurangkan penyerapan thiamin (vitamin B1).
5. Elak minum dua jam sebelum tidur
Jangan ambil teh hijau kurang dua jam sebelum tidur kerana kandungan kafein yang ada di dalamnya akan membuatkan anda susah tidur. Apabila anda kurang tidur, ia akan mengganggu proses metabolisme tubuh sehingga pembakaran lemak di dalam tubuh tidak optimal. Sebaiknya, minumlah teh hijau setelah makan malam iaitu empat jam sebelum anda masuk tidur.
Bagi anda yang kulit sensitif, penjagaan wajah boleh dikatakan agak mencabar. Tak boleh salah produk atau terdedah kepada habuk, mesti kulit akan gatal dan naik kemerahan.
Masa ini lah, jerawat pun berpusu-pusu timbul di setiap sudut wajah. Tetapi jangan susah hati, dalam perkongsian kali ini, ketahui tip merawat kulit sensitif dengan mudah.
Cari produk yang sesuai
Perkara paling penting yang anda kena ambil tahu adalah mengenai kondisi kulit. Jangan main sebat sahaja, pastikan cari produk yang hypoallergenic atau sensitiveskin-friendly. Bahan-bahan dalam penjagaan kulit sensitif ini bebas daripada bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
Uji dulu produk baru
Bila dah beli, jangan pakai dulu. Anda kena pastikan produk diuji dengan cara sapu sikit di belakang tangan atau bahagian kecil kulit yang tak nampak. Kalau ok, baru lah sapu di muka.
Jangan selalu guna produk berbau kuat
Produk dengan bau wangi memang menggoda hati. Tapi sangat tak digalakkan untuk anda yang berkulit sensitif. Ini kerana produk yang berbau kuat kadang kala mengandungi bahan kimia yang buat kulit terasa pedih atau kemerahan. Pilih lah produk yang lebih neutral atau tanpa wangian.
Gunakan SPF tinggi
Harus diingatkan, sunscreen adalah sangat penting setiap kali keluar rumah. Wajib guna sunscreen dengan SPF tinggi kerana kulit sensitif lagi mudah merah dan terbakar dek pancaran UV.
Pemakaian sunscreen bergantung kepada keadaan cuaca. Sekiranya kita terdedah pada cuaca yang sangat panas, disarankan untuk kerap reapply sunscreen bagi dapatkan perlindungan maksimum. Begitu juga sekiranya kita kuat berpeluh.
Perlindungan sunscreen boleh berkurangan akibat peluh jadi pada masa itu kita perlu reapply sunscreen.
Contoh mudah, kalau anda suri rumah, pakai sunscreen pada jam 8 pagi dan reapply pada jam 12 tengahari sebelum ambil anak-anak balik daripada sekolah.
Jangan gosok kuat-kuat
Elakkan memakai scrub kasar yang boleh merosakkan kulit. Pastikan kulit digosok secara perlahan dan lembut je masa membersihkan wajah. Jangan sental macam lap lantai pula!
Jaga diet
Jangan tak tahu, makanan juga menjadi faktor kepada masalah kulit sensitif. Jadi, anda kenalah elak makanan pedas, berlemak dan bersantan.
Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar termasuklah air kosong untuk kulit yang lebih sihat.
Pakai baju bersih dan kain lembut
Jangan pakai baju yang dah lama tak basuh, nanti kulit jadi meradang. Pastikan guna baju bersih dan kain yang lembut, elakkan daripada bahan yang kasar dan menyebabkan gatal-gatal.
Nampak macam leceh kan? Tapi itulah antara tip yang anda boleh jadikan panduan. Apa yang penting kenalah usaha dan disiplin dalam penjagaan kulit wajah dan badan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!