Roti menjadi antara hidangan simple untuk sarapan pagi. Namun biasanya jika membeli roti pasti akan diletakkan tanda tarikh luput pada bahagian pengikat.
Roti ini biasanya tahan seminggu dan jika ada lagi baki, jangan sayang untuk membuangnya terus kerana boleh membahayakan kesihatan jika dimakan lagi.
“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”
OK, walaupun dah banyak kali pesan, kita pesan lagi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!
Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.
Jangan buat macam tu.
Ads
Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Nampak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.
Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.
Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.
Jangan buat macam tu.
Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.
Ads
Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin(mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.
Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.
Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.
Ads
Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan dan Perubatan
Sekarang perkataan paling menakutkan adalah ditidurkan. Ini kerana kebanyakan mereka yang ditidurkan disebabkan jangkitan virus Covid-19 ini terus pergi meninggalkan insan kesayangan selama-lamanya.
Ada yang kita faham dengan maksud ditidurkan ini. Adakah memang sengaja doktor mengambil keputusan untuk menidurkan seseorang itu.
Perkongsian Dr. Arisman di laman sosial Facebook memberitahu kenapa seseorang itu nak ditidurkan.
𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐍𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐓𝐈𝐃𝐔𝐑𝐊𝐀𝐍?
1. Ventilator adalah sebuah mesin “bantuan pernafasan” untuk membantu paru-paru pesakit yang telah mengalami kegagalan fungsi yang kita panggil sebagai “respiratory failure”.
2. Ada dua jenis ventilation yang menggunakan mesin ventilator ini di hospital iaitu 1) Noninvasive ventilation bermaksud ventilator dengan menggunakan face mask. 2) Invasive ventilation bermaksud ventilator menggunakan tiub yang masuk ke dalam saluran pernafasan (trachea) melalui prosedur “intubation”.
3. Kegagalan pernafasan (respiratory failure) ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman paru-paru seperti Pneumonia, Covid-19, atau paru-paru severe asthma atau COPD dan kondisi selain masalah paru-paru (Misalnya Head injury, Stroke, Drug overdose, Sepsis, Spinal cord injuries, atau Sudden cardiac arrest).
Kondisi paru-paru tersebut memang sangat-sangat memerlukan bantuan alat pernafasan seperti mesin ventilator ini supaya nyawa boleh diselamatkan.
4. Terdapat keadaan lain pesakit yang memerlukan ventilator secara disengajakan iaitu mereka yang ingin melakukan pembedahan dengan ubat bius penuh (general anaesthesia). Tujuan bius untuk pesakit tidak merasa sebarang kesakitan.
Tetapi ubat bius tersebut telah melemahkan otot dan fungsi paru-paru sehingga perlu bantuan mesin pernafasan dari luar untuk sementara waktu. Selesai bedah doktor boleh bangunkan semula pesakit tersebut tanpa ada masalah.
Faham setakat ini? Ok kita sambung…
5. Keadaan paru-paru pesakit Covid-19 kategori teruk sudah hampir 100% berlaku penyebaran kuman sehinggakan kantung-kantung oksigen tidak mampu kembang seperti normal dan pertukaran oksigen juga menurun akhirnya gagal.
Lama kelamaan kandungan oksigen dalam tubuh semakin turun ke tahap paling bahaya sehingga menyebabkan sel otak mati dan jantung berhenti, akhirnya pesakit pengsan dan mati jika tiada rawatan.
6. Doktor memeriksa kadar oksigen pesakit melalui mesin vital sign/pulse oximeter dan melalui ujian darah ABG (arterial blood gas) setiap hari dan pada jam tertentu. Pemeriksaan fizikal adalah juga indikasi pertama untuk kami nilai sama ada pesakit ini perlukan ventilator sekarang atau masih boleh ditangguh dahulu.
7. Keadaan kegagalan pernafasan paling teruk adalah mereka yang terpaksa ditidurkan dan dimasukkan tiub pernafasan (endotracheal tube). Ventilator yang dipakaikan adalah untuk menggantikan paru-paru sementara waktu, iaitu dengan mengawal kandungan oksigen masuk dan karbon dioksida keluar dari dalam paru melalui tekanan (pressure) yang dikawal.
Tiub pernafasan yang dimasukkan dan tekanan udara yang diberikan adalah menyakitkan jika pesakit dalam keadaan sedar. Sangat sakit. Makanya salah satu sebab pesakit perlu dibius adalah untuk tidur dan supaya tidak merasa sakit.
8. Pesakit tidur dan mesin yang akan mengambil alih semua kerja paru-paru. Doktor terlatih akan memastikan bacaan oksigen dalam keadaan optimum. Perlu dikendalikan oleh doktor terlatih.
9. Ventilator yang dipakaikan tidak semestinya pesakit wajib ditidurkan, tetapi ada yang masih berstatus sedar kerana hanya dipakaikan face mask. Cuba lihat statistik harian KKM keluarkan pada data ICU dia selitkan disampingnya jumlah bilangan yang memerlukan bantuan pernafasan yakni mereka yang memakai tiub pernafasan.
So tak semua yang duduk ICU itu mereka ditidurkan. Apatah lagi desas-desus yang mengatakan pesakit ICU semuanya dipakaikan kain kafan. Ini salah. Tak masuk akal langsung. Kenyataan yang menampakkan diri mereka bodoh.
10. Pesakit yang terpaksa menggunakan tiub pernafasan bermaksud kegagalan paru-paru mereka sudah hampir 100% jika dibiarkan berterusan pesakit akan mati.
Jika dibiarkan menggunakan nasal prong (melalui hidung) ataupun face mask berterusan maka pesakit juga akan mati kerana bantuan itu masih tidak maksimum. Satu-satunya cara untuk selamatkan kadar oksigen pesakit kategori teruk untuk naik semula adalah dengan bantuan tiub pernafasan dan mesin ventilator bertindak sebagai paru-paru luar.
11. Selepas jangkitan kuman paru-paru berjaya diatasi maka paru-paru kembali berfungsi semula dan kemudian bantuan alat pernafasan akan ditanggalkan secara berperingkat.
Tetapi bahayanya pada jangkitan kuman Covid-19 ini adalah selepas berlaku jangkitan di paru-paru, kuman ini telah meninggalkan parut-parut yang sangat banyak dan menyebabkan paru menjadi keras berbanding paru normal sebelum jangkitan. Rehab dan physio diperlukan selepas keluar dari hospital.
Tak percaya? Cuba tanya makcik pakcik ipar biras mak teh yang pernah kena Covid stage 4 atau 5. Bagaimana kondisi pernafasan mereka sekarang?
Semoga menjawab isu ventilator ini. Kesimpulan ringkas mesin ventilator ini untuk menyelamatkan atau menyambung nyawa pesakit yang sudah mengalami kegagalan pernafasan akibat jangkitan Covid-19. Ditidurkan supaya pesakit tak rasa sakit dengan tiub yang masuk dan tekanan udara diberikan ke dalam paru-paru.
Kalau doktor tak buat bantuan ventilator ini maka itulah sebenarnya istilah doktor mematikan pesakit. Kami tidak akan buat begitu.
Makcik Mar dan yang lain bukan ahli kesihatan atau tidak faham sama sekali ilmu merawat penyakit, sila jangan menyibuk dan buat andaian ikut logik fikiran sendiri. Ilmu ventilator ini bukan dapat satu jam hasil baca dari Google.com ye.. bukan. Kami belajar, kami diajar, dan kami lakukannya.
Wajah berjerawat jangan kerap cuci muka. Pakar kulit kongsi 9 langkah rahsia kekal cantik. Banyak caranya untuk memastikan wajah kita bebas dari masalah jerawat.
Kalau satu tidak mengapa, bayangkan kalau terjadi bintik-bintik besar dan kemerahan.
Masalah jerawat ini jika muncul di wajah memang akan mengurangkan rasa keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Kalau boleh mahu pakai topeng muka setiap masa untuk mengelak ditegur orang lain.
Perkongsian Pakar Kulit, Dr Syazween memberitahu cara paling mudah untuk bebaskan wajah dari alami masalah jerawat.
1) Cuci muka.
– 2 kali sehari memadai. Elakkan minyak & kotoran dari menyumbat liang pori. Jgn cuci terlalu kerap & elakkan penggunan scrubs yg berlebihan. Boleh menyebabkan jerawat jadi merah & luka.
Jangan Kerap Cuci Muka
2) Buang mekap sebaiknya.
– Saki-baki mekap yg melekat di muka boleh menyebabkan ‘acne cosmetica’.
3) Tukar mask selalu.
– Elakkan penggunaan mask sama melebihi 3 hari. Sebelum pakai mask, sapu dulu pelembab utk kurangkan geseran mask pada kulit (acne mechanica/maskne). Pastikan pelembab ada tulis non comedogenic (tidak sumbat liang pori).
4) Berhenti merokok!
– Orang merokok 2x ganda lebih berisiko utk dpt jerawat.
– Berat bdn berlebihan & obesity mempunyai perkaitan sgt rapat dgn jerawat.
6) Kurangkan stress!
– Need I say more? Lain org lain stress. Kenalpasti apa stress anda, & cuba utk kawal ya.
Langkah Rahsia Kekal Cantik
7) Control diet!
– Kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi (high glycaemic load diet) & susu. Setakat ini, makanan berminyak belum terbukti secara kukuh boleh menerukkan jerawat. Sy selalu nasihatkan amalkan pemakanan yg sihat saja terus, kan senang? =)
8) Yg paling penting, rawat jerawat awal!
– Masa jerawat tgh kecil & tidak teruk, respond kpd ubat bagus. Jgn tunggu jerawat batu dan nanah baru dtg jumpa dr. Lagi lambat rawat, lagi tinggi risiko utk parut hitam & parut dalam.
Kisah Gita Savitri menjadi tular dek kerana pendapatnya di media sosial yang membuatkan netizen marah.
Dia yang merupakan seorang influencer yang tinggal di Jerman, membuat kenyataan hidup tanpa anak menjadi salah satu cara untuk terus hidup awet muda.
Bagi Gita, dengan tidak memiliki anak, dia mampu cukupkan tidur sekali gus terhindar daripada masalah stres menjaga anak-anak.
“Tidak punya anak memang salah satu anti penuaan secara alami. Anda boleh tidur selama 8 jam setiap hari, tidak stres mendengar teriakan anak-anak. Dan ketika wajah anda sudah berkedut, anda ada duit untuk membayar botoks,” kata Gita.
Gita Savitri Pilih Hidup Tanpa Anak Untuk Terus Awet Muda
Kenyataan itu membuatkan nama Gita Savitri menjadi viral hingga trending di media sosial.
Ternyata keputusan Gita Savitri untuk childfree juga tak dipersetujui oleh ibu mertuanya.
Hal itu dikongsikan oleh Paul Partohap, suaminya ketika acara Kick Andy Show pada bulan Ogos tahun 2022.
Paul menjelaskan bahawa kedua orang tuanya selalu bertanyakan soal kehadiran cucu sejak menikah.
“Sebenarnya dulu sebelum ayah meninggal, dia selalu tanya dari awal kita berkahwin seperti, ‘bila? bila, nak? Gita sudah mengandung belum?’ Cuma aku belum sempat menjelaskan kerana ayah meninggal dunia pada tahun kedua kami berkahwin,” kata Paul.
“Akhirnya aku memberitahu pilihan hidup kepada ibu, cuma dia nampaknya sampai sekarang masih belum boleh menerima dan selalu bertanya ‘bila?’,” sambungnya.
Malahan ibu Paul sempat memohon untuk minta diberikan seorang cucu demi menjadi penyambung nama keluarga.
“Aku cakap pada ibu ‘Paul dan Gita tidak merancang ada anak’. Terus dia cakap, ‘satu je satu’ sebab mungkin dia masih dengan pemikiran orang Batak untuk ada penyambung nama keluarga,” luahnya.
“Aku boleh faham bahawa tekanannya memang cukup besar, apatah aku ini anak pertama dan cucu pertama juga,” katanya.
“Aku ada dua adik yang terangkan kepada orang tua ku bahawa kebahagiaan Paul dan Gita hanya mereka yang tahu,” luahnya.
“Jadi, mereka membantu aku membuat ibuku akhirnya perlahan-lahan lebih menerima situasi kami,” ceritanya.
Untuk info, hubungan Gita dan Paul terjalin sejak mereka berdua sama-sama menuntut ilmu di Jerman, Bunda. Hingga akhirnya, YouTuber dan penulis tersebut menjalinkan hubungan lebih serius dengan Paul walau keduanya lahir daripada keyakinan yang berbeza dan selamat menjadi pasangan suami isteri pada tahun 2018.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!