Berjalan kaki adalah senaman yang tidak memerlukan banyak modal dan memberi banyak manfaat kepada kesihatan anggota badan.
Lebih seronok jika dilakukan secara berkumpulan bersama teman-teman lain atau pasangan kita.
Tidak perlu masa lama, cukup hanya 30 minit atau satu jam berjalan keliling kawasan perumahan sebelum melakukan rutian kerja harian.
Fakta Berjalan Kaki Harus Anda Tahu
– Berjalan 10,000 langkah bersamaan 6.5 kilometer membakar 380 kalori.
– Berjalan satu kilometer bersamaan 1,200 langkah kaki.
– Secara purata seminit berjalan bersamaan 100 langkah kaki.
Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64 gram lemak dalam badan.
– Untuk membakar nilai kalori untuk sekeping roti canai anda harus berjalan selama 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer. Anggaran ini untuk individu yang mempunyai berat badan 70 kg.
Ads
Faedah Berjalan Kaki
Mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
1. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
2. Mengurangkan stres. Ketika berjalan ia boleh merangsang penghasilan hormon endorfin dan membuatkan anda berasa lebih ceria serta sihat.
3. Menyihatkan jantung dan merendahkan paras kolesterol.
4. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan melancarkan aliran darah.
Ads
5. Mengekalkan kekuatan otot.
Teknik Berjalan Dengan Betul
Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan dengan lebih optimum lagi.
– Tegakkan postur badan
Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
– Hayunkan tangan
Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan
Ads
– Luruskan bahagian belakang badan
Untuk memastikan anda berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan dan pandang ke hadapan.
– Kawal pernafasan
Semasa berjalan pastikan pernafasan sentiasa teratur. Sekiranya berasa nafas semakin tercungap-cungap, anda perlu mengurangkan kelajuan dan berhenti berjalan.
– Tetapkan sasaran
Untuk membuatkan aktiviti berjalan anda seronok tetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
– Gunakan pedometer
Alat ini untuk mengukur langkah kaki yang diayun. Alat ini diletakkan pada bahagian pinggang dan ia akan mengira berapa langkah kaki diayun pada setiap hari.
Apabila kita rasa tidak selesa bergerak dengan saiz badan timbul keinsafan untuk cuba mencari titik penyelesaian.
Salah satunya adalah berusaha menurunkan berat badan cara sihat, bukan bergantung pada sebarang produk.
Biarpun latihan fizikal agak mencabar, namun keazaman untuk menurunkan mendapat berat ideal mengatasi segalanya.
Perkongsian wanita ini Leny Adam yang mengalami kenaikan berat badan mendadak selepas PKP pertama dulu dan terus menjadi-jadi disebabkan tidak menjaga badan.
Tidak mahu berterusan, dia akhirnya memilih untuk menurunkan beratnya dengan mengikuti kelas latihan fizikal bersama jurulatih dipercayai. Selain turut menjaga pemakanan dengan memilih cara Intermittent Fasting (IF).
Akhirnya setelah berbulan-bulan mengikuti kelas latihan fizikal mencabar (sejak bulan Ogos tahun lalu), dia berjaya menghilangkan lebih 16 kg, iaitu dari berat asal 81 kg ke 65 kg.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang boleh dijadikan panduan kepada mereka yang turut mengalami masalah sama.
Ketika PKP 1.0, berat menjadi-jadi.
Mula timbang badan mencecah angka 81 kg. Pelbagai usaha dilakukan tetapi tidak berhasil. Lagi satu pantang nampak masakan sedap selera bertambah
Fatlossprogram2.0
Ini kenangan 1st day datang training selepas timbang.
Kira hilang akal jugak lah malam tu bila ikut routine workout yang coach @najib113116 bagi..menyesal tak sudah datang. Dah la kenal sorang je dan yang lain tu kira stranger la malam tu..macam training askar pulak aku tengok..aku tahu tak nak datang kalau macam ni.
Tapi sebab timbang pun dah cecah 81kg dan macam macam dah ikhtihar tapi tak berhasil, tapi sebenarnya selera sedap tu yang masalah dia..masalah pantang nampak..mesti nak rasa.dah rasa membawa pulak tambah sikit lagi dan akhirnya habiskan lah..kesian membazir..begitu la hari hari seterusnya..
Yang lagi stress bila nak pergi shopping.selalu rasa badan kecik je..ambik size kecik sebab ukur ukur kat luar mcm muat..macam ye je tapi sebenarnya indah khabar dari rupa..dari size M dulu skrg size XXL atau mungkin XXXL .menakutkan..itu pun kalau ada plus size la..kalau size biasa jangan harap la.tengok je la patung pakai.
Bila dah semua baju nk cuba tak muat, alamat dia memang kena insaf la..
Mula-mula latihan banyak cuti tulang dan lebih kepada pemerhatian. Semua aktiviti fizikal yang memang betul-betul tough. Malah cakap dalam hati tak akan datang latihan lagi
Berbalik pada latihan pertama, banyak kepada curi tulang dan look look see see je. Gila disuruh buat burpees, langers, mobility segala..memang pandang muka coach masa tu mengutuk je dalam hati..dia suruh buat sepuluh, satu je pun terkial kial. Siap cakap dalam hati, next training memang aku tak datang lagi la ni.
Coach ini buat kerja gila ni..tu belum lagi dia bagi tugas lari 3km untuk minggu berikutnya. Seminggu walaupun training dia 2 kali tapi sakit badan lepas training tu biasanya membawa ke seminggu jugak..Jalan macam orang pantang dah. Itu belum lagi naik tangga..macam baru belajar berjalan rasanya..hahaha
Tadi ada cakap menyesal datang kaan? Tapi minggu berikut dia aku ni looking forward pulak..ialah orang kata no pain no gain..tetap serah diri dan tetap la habiskan larian 3km yang coach suruh..bangga sangat rasa..tapi bila datang training ada gang workout lain siap cakap dorang lari 10km.
Ehh dorang ni biar betul..macam mana dorang boleh lari 10km tu..biasa jugak aku masuk run 10km tapi aku bukan lari atau jogging pun..aku lenggang lenggang kangkung je pun..kalau ada kesempatan akau mengelat gak..sakit perut la.haha..kita bayar kot..
Selepas join group work out ini, aktiviti hujung minggu bertukar 360 darjah. Buat masa sekarang lebih kepada jogging
Bila dah join group work out coach @najib113116 dan @saifulonefitnessunitedkl, aktiviti harian dan weekend semua dan bertukar 360 darjah. Kalau tak ada training biasa aku akan jogging sendiri dan sekarang dah boleh lepas jogging 10km ke 12.5km ..kalau tak run macam pening pulak sekarang…adehhhh
Sekarang weekend bangun pagi lepas subuh mmg tak sambung tidur dah..terus siap siap tuk pergi work out.coach kadang kadang macam kena sampuk pun ada..jangan kan muntah hijo, terduduk terlentang tu dah biasa..
Ada gak yang datang sekali minggu depan dah tak nampak muka pun ada.itu biasa ..tapi aku yang asyik menyesal datang tetap menyerah diri. Gila tak serah diri..baju baju size M & S dulu tu nk simpan sampai bila
Alang alang dah terjebak..kita buat sampai jadi
Bila PKP 2.0 PKP 3.0 bermula, pening juga memikir macamana nak workout lagi ni..tapi nk tak nk Sekarang kena belajar buat sendiri dah. Kena ingat la apa yg coach dah ajar dan praktik kan beberapa bulan lalu.
Biasa jogging dan briskwalk adalah aktiviti kegemaran selain hiking. Kalau tak dapat jogging kt trek jogging, padang bola pun jadi..nk elak dari tempat yang ramai orang kaan?
Mula-mula dulu buat sekitar 5km, kemudian jadi 7-8km dan sekarang boleh pergi ke 10-14 km. Daripada tak biasa, dah jadi aktiviti rutin menyeronokkan
Mula mula dulu cuba la 5km, lepas tu 7-8km, sekarang dah boleh pergi 10-14km..selagi tak lenjun peluh kt baju selagi tu tak nak balik. Kaki jogging je paham perasaan tu. kalau tak lari sehari dua dah mula gelisah.. biasa kalau lari padang bola mesti ada yang akan tegur..berapa round dah tu? 15 pakcik?
Geleng kepala pakcik tu..nnt ada lagi tegur berapa dah ? 20 round makcik..gelak dia tengok aku..mesti dia fikir sakit budak ni..hahaha..tapi itu lah kadang kadang sebab dah suka kaan? Buat je la..lagipun nk buat tuk virtual run yg dah register.bukan sikit tapi sampai 500km dengan group 5 orang.kena la paksa diri nk habiskan run tu kaan?
Selain dah pandai makan salad sekarang jumlah portion makan pun dah bertambah kecik jugak,,ialah dah penat2 berjogging mmg tak la makan ikut perasaan dah..makan nasi ke? Ehh makan , at least sekali sehari sebab dah jenis makan nasi kaan? Tak tidur pulak nanti..
Apa pun buat exercise ni bukan lah nk kurus semata, nak sihat dan segar sebenarnya..kalau kurus tu bonus la..tapi biasa mmg akan turun la berat badan. Paling best bila baju lama dah muat balik dan ada jugak yang longgar dan kena beli size lebih kecik
Pada bulan pertama anda seronok apabila mula mendapat hasil selepas melakukan rutin senaman dengan kerap dan konsisten. Namun dalam tempoh beberapa minggu seterusnya anda mula kecewa disebabkan hasil yang didapati tidak seperti dijangka.
Bukan kata anda, kami di RAPI juga pernah berdepan masalah sama. Tapi mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Di mana silapnya?
Berikut RAPI kongsikan beberapa ‘musuh’ dan punca utama mengapa hasil senaman tidak seperti dijangkakan!
Terlalu kerap latihan kardio
Latihan kardiovaskular juga penting dalam membina otot kerana ia membantu menguatkan otot pada jantung (cardiac muscle). Melakukannya seminggu 2 kali selama 30 minit adalah masa yang optimal.
Sekiranya matlamat anda adalah untuk membina otot dan kekuatan, latihan kardio tidak perlu mendominasi program latihan. Ini bermaksud anda perlu banyakkan latihan kekuatan di gim dengan kekerapan 3 hingga 4 kali seminggu.
Tidak catatkan perkembangan
Anda juga perlu catatkan perkembangan setiap kali berlatih. Anda digalakkan mencatatkan jumlah berat (load) yang diangkat, pengulangan, dan set. Mungkin bagi anda ia tidak berguna sekarang, tapi ia amat penting untuk tujuan analisis pada masa akan datang.
Anda memerlukan perancangan teliti dengan mempunyai program latihan teratur dan terperinci. Program yang dibuat perlulah mempunyai beberapa info penting seperti kekerapan atau beberapa kali seminggu anda akan berlatih, jumlah intensiti pada minggu atau bulan tersebut, jenis latihan yang akan dilakukan dan tempoh masa latihan, sama ada pagi atau petang.
Diet tidak sesuai
Matlamat anda untuk membina otot. Jadi, anda perlukan protein yang cukup. Bukan makan salad yang banyak, melainkan anda ingin mengurangkan berat badan. Cuba dapatkan daging segar berbanding makan di restoran makanan segera.
Latihan tidak berasas
Anda perlu kukuhkan latihan dengan mengetahui tujuan latihan, sama ada untuk membina otot atau membuang lemak. Adakah anda yakin latihan yang dilakukan itu sesuai dengan matlamat dan sasaran latihan?
Oleh itu anda disarankan agar serasikan dan memperbetulkan struktur latihan. Jangan ikut dan lihat orang lain buat, anda seharusnya tahu apa yang perlu anda lakukan.
Tidur tidak cukup
Adakah anda tahu bahawa 90 peratus tubuh badan kita diperbaiki semasa tidur? Apa akan jadi sekiranya tidur anda tidak mencukupi? Tumbesaran anda akan terbantut dan otot sukar untuk membesar ke tahap optimal.
Anda perlukan 7 hingga 8 jam sehari untuk tidur bagi seorang yang melakukan latihan di gim.
Anda menipu dalam latihan
Faktor ini biasa berlaku apabila anda sudah penat semasa berlatih. Mungkin kerana anda kekurangan feul. Jadi, anda perlukan sokongan untuk membantu supaya dapat berlatih lebih daripada kebolehan anda.
Sekiranya anda masih di takuk yang sama, setiap kali datang anda akan buat berat beban dan pengulangan yang sama sahaja. Anda akan kekal seperti itu sepanjang tahun. Sebab itu anda perlukan sokongan dan tenaga (preworkout drink/bar) sebelum berlatih.
Ada juga yang tidak habiskan pengulangan kerana takut untuk berasa penat dan sakit (burned) semasa latihan. Sebenarnya apa yang anda rasa sukar semasa bersenam, itu yang akan mengubah tubuh anda menjadi lebih baik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penggunaan masker kulit kayu manis ini sebenarnya sangat membantu anda yang ada masalah jerawat.
Namun tidak tertumpu kepada kulit berjerawat, masker ini juga dikatakan boleh hilangkan masalah kulit kusam. Tidaklah pakai setiap hari, tetapi cuma bila perlu.
Jadi bagi anda yang mahu pulihkan kulit yang bermasalah gatal-gatal, dijemput amalkan tip yang dikongsikan oleh Puan Noriza Rahman ini.
Masker Kulit Kayu Manis
Apa kata, sebelum tidur malam ni, pakai masker dari kayu manis ceylon dan madu dulu.
Ada tak 2 bahan ini di rumah? Kalau ada, terus buat malam ni.
Masker ni bagus untuk bersihkan sisa kotoran kulit yang kita dah kumpul dari pagi.
Walau duduk dalam rumah pun banyak habuk dan debu juga. Kulit dah kusam macam cendawan tiram daaa.
Petua ni sangat berkesan ok, dan sesuai untuk anda yang dah menjejaki umur 40-an dan untuk anda yang ada kesan hitam kat muka akibat tersalah guna produk atau tak jaga kulit muka sejak muda.
Bahan-bahan:
2 sdb serbuk kayu manis ceylon
2-3 sdb makan madu asli
Cara nak buat masker:
Ambil 2 sudu besar serbuk kayu manis dan 2 sudu besar madu asli.
Kacau dalam mangkuk. Sebelum pakai, wapkan muka dengan air panas supaya pori-pori kulit terbuka.
Lepas tu, lap muka, dan sapu masker tadi. Biarkan 20-30 minit. Bilas bersih.
KENAPA GUNA KAYU MANIS CEYLON?
Nak guna kayu manis biasa pun boleh. Tapi nanti kalau muka rasa terbakar, pedih dan merah, jangan pula terpekik terlolong minta tolong.
Ramai dah cuba sapu di muka, langsung tak pedih. Masker kayu manis Ceylon dengan madu ni bukan setakat bagus untuk kulit jerawat tau. Untuk yang ada masalah resdung pun sesuai sangat.
Biasa yang ada resdung mesti hidung gatal-gatal pastu rasa ada benda jalan kat muka kan. Bila pakai masker kayu manis Ceylon ni, insyaAllah rasa benda merayap tu kurang sebab kayu manis Ceylon ni bersifat anti bakteria.
Jangan tak tahu, ramai bagi feedback kulit makin lembut, berseri. Dah macam baru buat facial.
Biasanya lepas pakai masker ni muka jadi pinkish sebab reaction dari kayu manis Ceylon ni. Kayu manis Ceylon ni boleh lancarkan darah kat muka kita.
Pastu yang best, kayu manis ceylon dengan madu ni boleh bersihkan liang pori yang tersumbat. Jadi siapa yang ada blackhead halus-halus kat dagu atau hidung tu, sangat rekemen 200% try masker ni.
BETUL KE BOLEH HILANG KESAN NI SEMUA?
Mestilah. Tapi sapu setiap hari, mesti konsisten ok? Masker dari kayu manis ceylon ni mampu tegangkan kulit muka, kecikkan pori, hilangkan jerawat, jeragat dan jugak parut.
Ni cara natural.
Kena faham ya, benda natural, memang ambil masa untuk nampakkan kesan.
Bagi masa untuk kulit, tengok muka jadi macam mana selepas 14 hari tempoh berkurung nanti. Confirm berseri!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!