Ramai yang terpegun melihat kecantikan dan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin yang mencemar duli menerima undangan istimewa sebagai daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana di Studio Wisma Berita, Angkasapuri bersempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75, 1 April lalu.
Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 2 dekad sejak tahun 1996 dan kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016.
Dan tanggal 4 Jun merupakan hari ulang tahun kelahiran DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang ke 50.
Hebahan ini dikongsi melalui laman Instagram Selangor Royal Official yang mendoakan Tuanku berada dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-50 Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat.
Daulat Tuanku!
Biarpun usia sudah mencecah separuh abad, namun kecantikan dimilki Tengku Permaisuri Norashikin membuatkan ramai yang tertawan.
Ads
Malah warganet juga turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran untuk baginda Tuanku dan memuji kecantikan dimiliki permaisuri kesayangan ramai ini.
Tengku Permaisuri Norashikin diijabkabulkan dengan Sultan Sharafuddin oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua berlangsung secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.
Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian dan penampilan baginda yang sangat menyenangkan.
Sejuk mata memandang melihat air wajah bekas pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain yang terkini dengan bertudung dan berlesung pipit di pipi. Itu jadi ‘bonus’ penyeri wajahnya.
Walau berstatus ibu kepada empat orang anak, tetapi wajahnya tetap kelihatan cantik dengan auranya tersendiri.
Nurul Syuhada Suka Hiking
Ala-ala wanita Turki pun ya! Meniti usia 38 tahun, wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu sekarang sedang menikmati momen indah seorang ibu.
Namun sesekali ibu muda ini juga dilihat rajin hiking bersama teman-temannya, ini merupakan aktiviti yang bagus untuk jaga kesihatan.
Fokus Pada Keluarga
Nurul Syuhada yang berkahwin dengan Raja Amir Shah Raja Azwa di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2012 kini dikurniakan empat cahaya mata yang comel.
Sudah lama tidak ke udara, Nurul Syuhada kini sibuk menumpukan kepada keluarga dan aktif di laman sosial Instagram berkongsi perkembangan anak-anak.
Pernah tular sekeping foto yang dimuat naik Nurul Syuhada menarik perhatian warga maya yang rata-rata memuji kecomelan anak-anaknya.
Malah ada yang terpesona dan menganggap anak-anak pengacara itu memiliki genetik menarik lantaran rupa paras yang menawan.
Disebabkan wajah si kecil persis kacukan, ada yang bertanya sekiranya juara Malaysian Top Host 2005 itu atau suaminya memiliki darah campuran Inggeris atau Arab.
Anak Mewarisi Wajah Kacukan
Rupanya telahan warga maya tepat kerana cahaya mata bekas pengacara Malaysia Hari Ini itu sememangnya mewarisi darah kacukan dari sebelah bapa mereka.
Suami Nurul Syuhada, Raja Amir berdarah kacukan Melayu-Australia dari sebelah ibunya.
Selama 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurul Syuhada dan Raja Amir dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 8, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal, setahun.
Baru melihat Datuk Seri Siti Nurhaliza bekerja tanpa henti sepanjang bulan lalu walaupun sarat mengandung, hari ini beliau sudah selamat melahirkan anak keduanya.
Penyanyi nombor satu negara ini selamat bersalin anak lelaki dan memilih kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta jam 6.21 pagi tadi.
Pihak pengurusan Siti iaitu Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd berkata, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu dan anak yang baharu dilahirkan berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Alhamdulillah, pada pagi Isnin bersamaan 7 Ramadan hari ini, Siti selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.84 kilogram. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan anak kedua mereka.
“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar.
“Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai,” katanya.
Menerusi kenyataan sama, pihak Siti merakamkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantu dalam proses bersalin.
“Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
“Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT,” katanya.
Siti dan suami yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.
Kita doakan semoga ibu dan anak sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa.
Patutlah ramai yang suka gosok ketulan ais pada muka, hasilnya memang bagus pada kulit. Nak-nak anda yang amalkan sebelum mekap dan selepas cuci muka.
Kalau nak cuba, ini petuanya. Hanya perlukan kiub ais yang ada dalam peti ais. Owh ya, tahu tak ketulan ais ini ada 7 keajaiban lain buat muka cantik, memang best sangat amalkan setiap hari.
Ambil ketulan ais dalam dua ketul pun dah cukup, kemudian masukkan dalam kain dan gosok pada wajah anda. Elok amalkan pada selepas cuci muka atau sebelum mekap.
Okay, ini kelebihan lain yang anda dapat hasil daripada amalan petua ini:
1. Kecilkan pori muka
Ais adalah ‘resepi’ paling efektif untuk kecilkan pori diwajah.
2. Kurangkan sembab mata
Biasanya, mata sembab ni disebabkan kurang tidur, stress dan mata Tak cukup rehat.
3. Mekap tahan lama
Sebelum mekap, tekapkan ais diwajah dulu. Mekap tahan lama dan cantik.
4. Kecutkan jerawat
Kalau naik jerawat, boleh gosokkan ais diwajah. Jerawat akan kecut dan kurangkan bengkak.
5. Kurangkan bulu halus diwajah
Sesetengah orang ada banyak bulu roma diwajah. Jangan tak tahu, ais boleh kurangkan bulu-bulu tu.
6. Segarkan wàjah
Apabila letakkan ais diwajah, secara automatik nya akan melancarkan pengaliran darah. Rasa sejuk ais tu membuatkan mukà rasa segar.
7. Cegah tanda penuaan
Ais sangat berkesan dalam mencegah kedutan Dan bintik-bintik hitam di mukà. Kalau korang rajin amalkannya.
Caranya boleh rujuk pada gambar, ikut langkah demi langkah mudah ini. Jimat bajet anda kalau rajin amalkan, tetapi hasilnya kulit jadi sihat dan anjal.
Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!