Sebagai wanita kita memang perlu menjaga kebersihan bahagian alat sulit bagi mengelak dari terkena jangkitan bakteria.
Oleh kerana bahagian ini agak sensitif untuk dijaga jadi ia memerlukan penjagaan rapi terutama jika mereka ada mengalami masalah keputihan.
Namun jika ada antara mereka tidak mengalaminya, penggunaan cecair pembersih wanita yang mengandungi kimia atau herba adalah tidak perlu.
Menurut Doktor Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat, membersih dengan air biasa adalah sangat baik dan digalakkan. Menggunakan air bersih biasa adalah kaedah paling selamat.
Katanya lagi keputihan adalah berpunca daripada jangkitan kuman pada kemaluan (faraj) sekali gus kepada pintu rahim.
“Jika wanita mengalaminya adalah terbaik untuk berjumpa doktor dikhuatiri mempunyai penyakit kanser.
“Kena bersihkan, buat ‘pepsmear’, kerana ramai wanita mengalami luka pada pintu rahim. Itu mudah dijangkiti. Rawatannya juga spesifik,” ujarnya.
Dalam pada itu, ujar beliau, antara punca jangkitan kuman ini adalah cara penjagaan kebersihan diri dan boleh menjadi punca ketidaksuburan yang mengakibatkan wanita sukar untuk mendapat anak.
Ads
Rupanya jangkitan kuman pada faraj dan organ peranakkan ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengamalkan membasuh dengan air garam atau dikenali sebagai saline douching. Ia kaedah paling selamat natural dan organik kerana ia antiseptik natural yang tiada kesan sampingan.
Menurut Dr Hamid, punca yang menyebabkan jangkitan kuman dalam peranakan terjadi pada wanita adalah;
1. Keputihan
Keputihan atau lelehan yang berbau dikawasan sekitar pintu faraj mudah mendapat jangkitan kuman.
2. Tidak Menjaga Kebersihan
Tidak menjaga kebersihan setelah membuang air kecil atau air besar. Bila keadaan haid tidak menjaga kebersihan sekitar faraj.
3. Imuniti Rendah
Disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang, tidak cukup ambil vitaman. Disarankan makan vitamin C, makanan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum juga air-air yang masam seperti jus lemon, jus kranberi yang boleh meningkatkan imuniti disamping membersihkan kawasan kemaluan.
Ads
4. Kegemukan
Orang mengalami kegemukan, gula meningkat juga buat pesakit kencing manis mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
5. Memakai Alat Dalam Rahim (IUD)
Wanita yang memakai IUD juga mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
Jadi, salah satu langkah bagi membersihkan faraj bagi mengelakkan jangkitan kuman adalah menerusi kaedah air garam (saline douching).
Bahan diperlukan;
1 gelas air suam
1 sudu garam halus
Kapas
Sarung tangan (glove)
Cawan pakai buang
Vaseline
Cara-Caranya;
Ads
1. Campurkan garam ke dalam air suam dan biarkan ia larut sebati.
2. Pakai sarung tangan, ambil kapas dan celupkan ke dalam larutan air garam tersebut. Masukkan kapas tersebut kedalam kemaluan dan keluarkan kapas tersebut.
3. Ambil kapas yang baru dan ulang langkah yang sama dalam empat hingga lima kali.
*Lakukan pada mandi petang, sekurang-kurangnya jika bersama dan melakukan hubungan intim pada waktu malam, kawasan kemaluan bersih daripada jangkitan kuman dan memudahkan ia hamil.
*Vaselin bertindak sebagai pelincir untuk jari, ketika masukkan dan keluarkan kapas yang direndam air garam tadi unutk bersihkan faraj. Amalan begini sangat baik untuk menjaga kebersihan, penggunaan air garam adalah natural, tiada bahan kimia dan sangat organik.
Pada pusingan kelayakan tersebut gimnas kelahiran Subang Jaya, Selangor itu menyarungkan leotard rona jingga. Beliau mengumpul markah keseluruhan sebanyak 48.565 mata dengan berhenti pada kedudukan ke 68.
Biarpun kalah, tetapi Farah Ann tetap menang di mata kita rakyat Malaysia.
Ayuh kita lihat fakta menarik anak kedua daripada 3 beradik berasal dari Subang Jaya ini.
1. Berdarah campuran Melayu sebelah bapa dan Kanada di sebelah ibunya.
2. Beliau merupakan atlet gimnastik artistik Malaysia pertama layak ke Sukan Olimpik 2020 selepas 20 tahun.
3. Bicara Farah Ann sejak usia lapan tahun beliau sudah memasang impian bertanding pada Sukan Olimpik kerana sebelum ini ralat tidak berjaya ke Sukan Olimpik Rio di Brazil.
4. Berdasarkan rekod, Farah Ann merupakan gimnas ketiga Malaysia yang layak ke Olimpik selepas Au Li Yen pada tahun 2000 di Sydney, Australia dan Ng Shu Wai di Athens, Itali (2014).
5. Penglibatan dalam sukan gimnas berpunca daripada sikapnya yang hiperaktif dan tantrum tidak mengira masa seawal usia tiga tahun serta terlalu lincah memanjat monkey bar di taman permainan.
6. Bertitik tolak daripada situ, ibu bapanya menghantar Farah ke kelas gimnastik kerana niat asal apabila pulang ke rumah beliau akan tidur dek keletihan dan tantrum pun dapat dikurangkan.
7. Pernah meraih dua pingat emas pada Sukan SEA 2015 di Singapura dan satu pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur tahun 2017.
8. Ini termasuklah mencatat rekod cemerlang apabila merangkul tiga emas dalam acara individu keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai pada Sukan SEA 2019.
9. Farah Ann pernah cedera ligamen terkoyak pada bahu dan lutut serta ligamen pergelangan kaki kiri putus.
10. Bersekolah di Seklah Menengah Sukan Bukit Jalil sebelum menyambung pengajian dan berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera Global, Universiti Monash.
11. Individu pertama miliki model barbie edisi has yang dicipta oleh Amerika Mattel. Patung Barbie edisi khas itu juga dibuat menyerupai ikonik Farah Ann dengan berambut hitam dan berbaju merah jambu, emas, dan putih, pakaian yang sama yang dipakai pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.
Perempuan yang nak cantikkan kuku, tak perlu pun menghabiskan beratus dan tak perlu ke Spa untuk dapatkan rawatan. Anda boleh gunakan bahan yang ada di dapur sahaja.
Bahan-bahan tersebut adalah bawang putih, kulit tembikai dan juga limau atau lemon. Nak cuba cantikkan kuku? Jom kita ikut cara ini, jimat!
Cantikkan Kuku Guna 3 Bahan Dapur
1. Bawang Putih
Kupas kulit bawang putih dan bersihkan. Tumbuk lumat dan gosokkan ke atas kuku. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kuku akan jadi lebih berkilat dan dalam masa yang sama manfaat dari bawang putih ini boleh kuatkan struktur kuku juga.
2. Kulit Tembikai
Yang ini percaya tak? Kulit buah tembikai boleh berikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Cara dia, gosok kulit buah tembikai ke atas kuku. Biarkan kering kemudian cuci dengan air hingga bersih.
3. Limau Nipis/Lemon
Hiris beberapa kepingan limau nipis/lemon. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air. Amalan ini juga boleh bantu hilangkan kuku yang kuning tu. Jadinya kuku sentiasa cantik dan sihat.
Mudah sahaja kan nak cantikkan kuku. Tak perlu bayar mahal atau mendapatkan rawatan di Spa pun. Guna sahaja bahan-bahan di atas. InshaAllah menjadi!
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!