Umum sudah mengetahui penyanyı cantik Elyana dilihat sangat kuat melawan penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.
Dan terbaru dia memuat naik perkembangan terkini dirinya yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Menerusi ruangan Insta Story, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu berkenaan berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari.
Biarpun berada dalam keadaan lemah, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal masih dilihat positif dengan keadaan yang menimpa dirinya.
Melalui beberapa siri Insta Story, Elyana bercerita tentang proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.
Menurut bintang drama Misi Dania Cun itu, badannya perlu dimasukkan 2 pek darah serta susu memandangkan berat badannya hanya seberat 35 kilogram.
Ads
“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.
“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.
Ads
Di samping itu, dalam video lain Elyana berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan semoga segala urusan berjalan lancar.
“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” tutur penyanyi berusia 34 tahun itu.
Dia juga turut berterima kasih kepada suami, anak dan seluruh ahli keluarga serta rakan-rakannya yang sentiasa memberi semagat dan mendoakan kesihatan dirinya.
Ads
Selain di ruangan komen ramai yang mendoakan kesejahteraan dirinya dan terus kuat melawan penyakit yang dideritanya itu sejak sekian lama. Sebelum itu juga rupanya sel kanser sudah merebak ke bahagian rahim, hati dan pangkal paha.
Melihat pada susuk tubuh dan wajah tidak mengagak personaliti ini sudah pun menginjak usia 59 tahun.
Jika orang lain seusia dengannya, pasti seronok duduk di rumah saja atau melakukan aktiviti senggang bersama keluarga seperti bercucuk tanam atau berehat saja.
Tetapi bagi Datuk Aznil Haji Nawawi ini seorang insan yang tidak betah duduk diam. Beliau kelihatannya masih aktif terbabit dalam kerja seni yang sudah sekian lama diceburinya.
Malah dia juga dilihat sangat sihat, aktif, bertenaga dan mempunyai kulit wajah yang kelihatan awet muda.
Amalkan Rutin Penjagaan Wajah 3 Step
Ketika bertemu dalam satu majlis, Datuk Aznil atau mesti dipanggil Pak Nil tidak kekok bercerita dirinya yang kekal sihat dan aktif melakukan pelbagai perkara disukai.
Menurut Pak Nil seperti orang lain, beliau juga turut mengamalkan penjagaan kulit wajah mengikut aturanya.
“Alhamdulillah syukur dengan Tuhan kerana masih diberikan kesihatan yang baik lewat usia begini. Saya sejak dulu memang sangat menjaga kebersihan kulit wajah.
“Saya mengamalkan rutin membasuh wajah yang lengkap bermula cleaner, toner dan moistirzer. Berkat penjagaan wajah teratur, kulit wajah kekal sihat dan tidak kusam. Saya juga tidak mengamalkan filter untuk tampil menarik.
Selain itu saya turut mengamalkan waktu tidur mencukupi iaitu 6 jam setiap malam. Tidur yang cukup memastikan saya bangun cergas keesokan harinya,” jelasnya yang turut mengamalkan pengambilan minum air tanpa gula.
Buat Latihan Cardio
Pak Nil juga bagi memastikan fizkal sentiasa fit, beliau akan buat latiha cardio berlari atas threadmill 1 jam sehari dan boleh bakar sehingga 600 kcal.
Menyingkap sisi lain kehidupannya, bapa tunggal lebih 25 tahun sudah terbiasa dengan rutin harian dilakukan.
Malah saban tahun melalui fasa hidup solo tanpa insan bernama isteri di sisi, Pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 itu tidak menjadikan soal jodoh sebagai keutamaan untuk dipertimbangkan.
Baginya apa yang lebih utama ialah meneruskan kehidupan dan survival yang dimulakan sejak lebih tiga dekad lalu dengan meletakkan kerja seni dan tanggungjawabnya kepada masyarakat.
Malah sedari dulu, selebritiyang bakal genap 60 tahun pada November depan itu juga memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada tiga anaknya,Fildza Haifa 32, Fariq Haizen, 27 dan Firdaus Hariz,13.
Jaga Privasi Anak
Cuma prinsipnya sejak dulu dan diketahui ramai memang memilih untuk menjaga privasi anaknya.
“Anak saya pun tak pernah tanya fasal jodoh. Mereka pun tahu dan selalu nampak papa (diri saya) asyik sibuk tak habis habis.
“Anak sulung saya sendiri pun jenis wanita bekerjaya. Soal kahwin bukan keutamaan.
“Namun hubungan mereka dengan mama (bekas isteri) terus terjalin baik biarpun duduk dengan saya,” katanya yang ditemui pada majlis santai memperkenalkannya sebagai duta produk jenama Nakada di ibu kota baru baru ini.
Bersama Pengarah Urusan Datuk Yap Kok Siang
Pengacara Paling Lama Berkhidmat
Figura kelahiran Kampung Datuk Keramat KL yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (Kategori Pengacara Paling Lama Berkhidmat) itu sendiri juga mengakui mempunyai skil memasak yang terus diasah saban hari.
“Apabila jadi bapa tunggal kenalah belajar memasak. Dulu masa zaman bujang, skil itu mungkin terbatas. Tapi sekarang kalau diminta masak menu itu, ini… mungkin saya boleh siapkan.
“Tambah pula, memasak sekarang tak perlu skil. Konsep letak bahan dan campur diperlukan dalam mesin, siap dan boleh dimakan.
“Sejak Mei tahun lalu saya dilantik jadi duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, lagi tambah senang kerja dan hidup ini,”katanya yang mengikat kontrak jenama tempatan itu selama dua tahun.
Bagi selebriti yang aktif dengan kerja kebajikan itu, pembabitannya sebagai duta bukan sekadar melobi dan meningkatkan kesedaran ramai terhadap jenama itu.
Sehubungan itu menurut Pak Nil setiap minggu atas kapasiti sebagai duta, saya akan buat satu jam sesi siaran langsung di media sosial termasuk Facebook, Instagram dan TikTok.
Dalam tempoh itu belian harga dutamembolehkan pengikut media sosial membeli barangan jenama itu dengan potongan diskaun hingga 70 peratus.
Tak Skip Pakai Pelembap Muka & Pelindung Matahari. Rahsia Kulit Eyka Farhana Cantik & Flawless! Antara pelakon muda yang selalu tampil cantik dan mempesona tanpa sebarang solekan adalah Eyka Farhana.
Biarpun sibuk dengan rutin harian melakukan pelbagai aktiviti, namun pelakon ini sangat menjaga kecantikan wajah.
Apatah lagi dalam usia masih muda, Eyka Farhana begitu prihatin dan sentiasa memastikan kulit wajah dijaga sempurna.
Bagi mereka yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah akibat positif Covid-19 sangat digalakkan untuk memiliki pulse oximeter.
Ini adalah untuk mengukur kadar oksigen dalam darah dan berjaga-jaga jika berada dl bawah paras tidak sepatutnya.
Terutama bagi mereka sudah positif Covid-19 dan mempunyai gejala seperti batuk, demam dan sesak nafas.
Namun begitu ramai yang sudah memilki tetapi keliru dan tidak tahu cara untuk menggunakan alat ini dengan betul.
Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM), pengukuran dan hasil bacaan pada pulse oximeter perlu dicatat tiga kali sehari dan mesti dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Cara Penggunaannya Oximeter Yang Betul
1. Pertama, tanggalkan pewarna kuku atau kuku palsu (jika memakainya) dan panaskan tangan dengan cara menggosokkan kedua-dua belah tapak tangan jika berasa sejuk.
2. Kedua, berehat sebentar sekurang-kurangnya limat minit sebelum melakukan pengukuran.
3. Ketiga, letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
4. Seterusnya hidupkan pulse oximeter dan pasang di jari tengah (hantu) atau telunjuk pada tangan yang berada di dada anda.
5. Kelima Kekalkan posisi tangan anda dengan pulse oximeter sekurang-kurangnya satu minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
6. Dan akhir sekali, anda hanya perlu mencatatkan bacaan tertinggi sahaja jika bacaan tidak berubah selama lima saat.
Untuk mengetahhi bagaimana pulse oximeter berfungsi apabila bacán tapa oksigen dalam darah diambil dengan cara menyepit hujung jari tangan menggunakan alatan ini.
Tahap kepekatan oksigen darah diukur dengan menggunakan proses melibatkan lintasan sinaran cahaya kecil ke dalam darah.
Bergantung kepada model pulse oximeter ini, bacaan paras oksigen antara 95% hingga 97% adalah dianggap normal.
Tetapi perlu membuat pemeriksaan secara agar tahap oksigen tidk menurun, terutama bagi pesakit Covid.
Sekiranya bacaan kurang dari 94% anda dinasihat untuk tmendapatkan nasihat doktor, tetapi mika bacadan jatuh kepada 90% ke bawah teruslan mendapatkan bantuan kecemasan di hospital berhampiran.