Sebagai seorang wanita, kita bukan saja digalakkan untuk menjaga bahagian luaran, tetapi juga dalaman.

Kebiasannya untuk dalaman kita boleh cuba petua tradisional yang berasaskan tumbuhan herba seperti kunyit, halia ataupun asam jawa untuk dibuat jamu.

Jadi apa kata anda cuba buat sendiri jamu asam kunyit yang dikongsi oleh Puan Ct Mazni untuk memantapkan bahagian dalaman supaya badan lebih bertenaga. Bukan saja berkhasiat tetapi juga selamat dan menjimatkan.

Jamu Asam Kunyit Tambah Tenaga Badan

Selamat pagi Badan rasa tidak bertenaga?

Lesu, lemau?
Kerap mengantuk?

Hari ni #satuharisaturesepi kita share resepi air asam kunyit guna bahan basic.

Air asam kunyit ni banyak khasiat dan sangat senang nak buat. Boleh ulang-ulang minum kalau ikut sukatan ni.

IKLAN

Resipi Air Asam Kunyit

Bahan-bahan:
– 1/2 kg Kunyit hidup (sagat/blender)
– Segenggam temu kunci (ketuk)
– 1/2 genggam asam jawa
– 1 biji gula melaka
– 4.5liter air
– 1/3 sudu kecil garam

Cara Membuat:

1. Sagat/Kisar kunyit. Ketuk temu kunci. Masak air dan masukkan semua bahan.
2. Biarkan mendidih. Dah pekat, boleh tutup api.
3. Tapis dan simpan.

IKLAN

Cara minum:
Panaskan dan boleh diminum ketika panas. Sesuai untuk lelaki, perempuan, ibu pantang bersalin, perempuan period dan keguguran.

Khasiat Air Jamu Asam Kunyit:

– Menghilangkan sakit-sakit badan
– Melancarkan peredaran darah
– Mengurangkan lemak dalam badan
– Memberi tenaga
– Membuang angin dalam badan
– Melancarkan darah haid & nifas
– Merawat masalah senggugut
– Menghilangkan bau-bau badan
– Memberi kecergasan tubuh
– Melawaskan pembuangan

Untuk yang nak berniaga, boleh jadikan kos bahan untuk pengiraan margin.

Kos;
Kunyit hidup (RM6/kg)
Temu kunci (RM10/kg)
Asam jawa (RM3.5/500g)
Gula Melaka (1biji/RM0.70)

IKLAN

Info Tambahan:
Temu kunci saya beli dekat Pasar Besar Klang. Bahagian sayur kampung. Rasa Air Jamu Kunyit ni sedap. Tak pahit langsung. Tapi jangan terlebih temu kunci, nanti boleh pahit.

Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan:

Wanita Kongsi Caranya Maintain Berat Badan, Lepas Berjaya Hilangkan 28 KG Dalam Masa Setahun

Anak & Mak Dipuji Sama Cantik & Lawa. Ini Rupanya Rahsia Jelita & Kekal Awet Muda Pelakon Noniswara!

KKM Kesan Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Sebabkan Kulit Muka Nipis & Risiko Kanser