Sebagai seorang wanita, kita bukan saja digalakkan untuk menjaga bahagian luaran, tetapi juga dalaman.
Kebiasannya untuk dalaman kita boleh cuba petua tradisional yang berasaskan tumbuhan herba seperti kunyit, halia ataupun asam jawa untuk dibuat jamu.
Jadi apa kata anda cuba buat sendiri jamu asam kunyit yang dikongsi oleh Puan Ct Mazni untuk memantapkan bahagian dalaman supaya badan lebih bertenaga. Bukan saja berkhasiat tetapi juga selamat dan menjimatkan.
Jamu Asam Kunyit Tambah Tenaga Badan
Selamat pagi Badan rasa tidak bertenaga?
Lesu, lemau? Kerap mengantuk?
Hari ni #satuharisaturesepi kita share resepi air asam kunyit guna bahan basic.
Air asam kunyit ni banyak khasiat dan sangat senang nak buat. Boleh ulang-ulang minum kalau ikut sukatan ni.
IKLAN
Resipi Air Asam Kunyit
Bahan-bahan: – 1/2 kg Kunyit hidup (sagat/blender) – Segenggam temu kunci (ketuk) – 1/2 genggam asam jawa – 1 biji gula melaka – 4.5liter air – 1/3 sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Sagat/Kisar kunyit. Ketuk temu kunci. Masak air dan masukkan semua bahan. 2. Biarkan mendidih. Dah pekat, boleh tutup api. 3. Tapis dan simpan.
IKLAN
Cara minum: Panaskan dan boleh diminum ketika panas. Sesuai untuk lelaki, perempuan, ibu pantang bersalin, perempuan period dan keguguran.
Khasiat Air Jamu Asam Kunyit:
– Menghilangkan sakit-sakit badan – Melancarkan peredaran darah – Mengurangkan lemak dalam badan – Memberi tenaga – Membuang angin dalam badan – Melancarkan darah haid & nifas – Merawat masalah senggugut – Menghilangkan bau-bau badan – Memberi kecergasan tubuh – Melawaskan pembuangan
Untuk yang nak berniaga, boleh jadikan kos bahan untuk pengiraan margin.
Kos; Kunyit hidup (RM6/kg) Temu kunci (RM10/kg) Asam jawa (RM3.5/500g) Gula Melaka (1biji/RM0.70)
IKLAN
Info Tambahan: Temu kunci saya beli dekat Pasar Besar Klang. Bahagian sayur kampung. Rasa Air Jamu Kunyit ni sedap. Tak pahit langsung. Tapi jangan terlebih temu kunci, nanti boleh pahit.
Sikap tidak berputus asa dan mencuba sehabis baik menjadikan impiannya untuk mendapat berat badan ideal tercapai.
Biarpun pada mulanya seakan mustahil, tetapi kesungguhan dengan mengamalkan diet disarankan akhirnya berjaya menjadikan gadis ini Ku Nur Zawani mencapai berat idaman.
Melakukan Diet Suku-Suku Separuh (DSSS) perjalanan dietnya bermula sepanjang awal tahun 2019 hingga berjaya menghilangkan lebih separuh dari berat badan asal.
Jika sebelum ini beratnya 124 kg dengan ketinggian 165 cm dan Februari tahun lalu beratnya sekitar 78 kg.
Menurut gadis berusia awal 20 an ini perjalanan masih jauh dan mahu berusaha untuk menghilangkan 20 kg lagi bagi mendapat berat 62 kg.
Buat masa ini berat terkini dirinya yang masih menuntut di tahun akhir Universiti islam Antarabangsa (UIAM) adalah sekitar 68 kg -71 kg. Malah Nur Zawani juga gembira kerana kini dia boleh memakai baju saiz L/XL berbanding 5 XL dulu.
Walau apa pun, ayuh kita lihat perjalanan dietnya yang dikongsi setahun lalu untuk dijadikan inspirasi buat wanita di luar sana.
Hilang 46 KG Dalam Masa Setahun Guna DSSS
Assalamualaikum, first time post pasal diri di facebook. Minta maaf kalau tak memenuhi syarat yang diletakkan admin, tapi saya berkongsi agar dapat jadikan pembakar semangat buat sahabat yang lain dan juga buat diri untuk teruskan perjuangan.
Dan mungkin ada terjumpa di posting saya di tempat sebelah. Tapi perjalanan saya mengamalkan dssp cuma carbohidrat saya tukar kepada roti wholemeal (purple/hijau) atau saya ambik ubi keledek/sweet potato macam dalam running man tu
Doakan saya supaya berjaya capai bmi yang normal yaa demi capai cita-cita impian saya
Hasil dari saya diet calori, eat clean dan suku-suku separuh.
Berat asal : 124kg
Berat 2019(tiada gambar) :88kg
Berat sebelum pkp(feb 2020) : 88kg (naik turun sebab leka serta sibuk study dan main-main tak jaga pemakanan sgt)
Berat sekarang :78kg
Berat target : 62kg
Tinggi saya :165cm
Lebih kurang 20kg lagi. Jauh perjalanan semoga saya istiqamah, terima kasih
Minta maaf tak dapat reply semua. Terima kasih atas kata-kata semangat dan doa. Minta maaf juga baru perasan admin approve. Buat yang tanya saya kongsi cara saya. Lain badan lain penerimaan dan kadar metabolisme yang berbeza. Jenis badan saya inverted triangle shape (segi tiga terbalik)
Contoh cara pemakanan saya.
*kalau dirumah*
Pagi :air kosong + buah (slalunya apple hijau)
Tengahari : roti wholemeal 1@2 keping, apa jenis masakan sayur, protein (ayam/ikan rebus) / goreng ( goreng bagi saya lagi bagus dari sambal atau rendang sb minyak boleh lap pakai tisu, tapi skrg boleh guna airfryer)
Jagung sebagai carbo saya.
Petang merangkap malam: bergantung jugak sama ada saya makan sup sayur tadi atau buah + yogurt
** Air saya ambil 4.6liter (1liter untuk 25kg brt bdn) ini paling penting sb mmg kenyang
** wajib ada buah untuk emergency time (saya tak ambik sgt kekacang, elakkan jerawat)
Kalau di hostel:
Pagi : minum teh hijau + air kosong + jacob yg ada grain/ roti wholemeal/ instant oat
Tengah hari : buah/roti (sb xsempat kejar nk masuk kelas)
Kacang kuda (ada buah sebenanarnya tapi tak ada gmbar).
-Saya betul-betul lebihkan buah dan sayur. Protein pun dalam kadar yg diperlukan badan. Air kunci utama. Carbo jujur saya elakkan nasi. Tapi saya tak tinggal roti wholemeal. Kalau jemu saya ambik ubi keledek atau rolled oat. Mmg konsep suku² separuh
-Kadang-kadang saya suka rebus air halia dan serai.
-Sebelum exercise kalau rajin saya sapu losyen mustajab. Sebab saya rasa lemak saya kategori lemak paling degil didunia. Lambat sangat2 nak kecut
Air susu omega blend dengan apple hijau.
– Ya saya ada exercise. Awal-awal dulu saya suka zumba. Lepastu stop, saya berjinak dgn joging sikit-sikit ja. Pkp ni baru nak kenal workout. Selebihnya saya banyak aktiviti fizikal macam bergerak ke kelas.
** Semangat saya ada naik turun. Hampir give up, tapi saya cuba letak target dan azam nak capai ssuatu. InshaaAllah nak tak nak kena cuba juga usaha. Cuma perjalanan saya lambat sikit berbanding yang lain.
Terima kasih admin. Terima kasih semua ahli. Doakan saya ya
Air rendaman buah delima cukup bagus untuk melembapkan kulit, jadi mak-mak yang sibuk boleh amalkan minum setiap hari. Nak mudah, anda boleh simpan dalam peti sesiap.
Seperti yang Puan Mastura Rashid kongsikan ini, dia suka beli buah delima banyak-banyak dan leraikan, kemudian masuk botol untuk direndam. Haa… minum air rendaman buah delima ini banyak khasiatnya, lagi pun senang dan rasa fresh!
Air Rendaman Delima
Ceritanya melalui laman Facebook, “Seminggu dua ni saya perasan badan macam penat lain macam. Mungkin kurang minum air, kurang rehat dan tidur.”
“Macam betul je kurang tidur. Kadang-kadang tak perasan yang sehari saya cuma dapat tidur kurang 4 jam.”
No wonderlah kulit tangan jadi kering dan kesat. Kalau dah kurang tidur, kulit yang glowing pun boleh jadi malap macam debu.
“Bagus sangat untuk kulit kering dan badan yang lesu, jadi saya pun beli sekotak dari pak arab yang selalu jual buah depan masjid biru melawati.”
“Banyak benda boleh buat dengan sekotak buah delima ni nanti. Dari buat jus, ratah macam tu saja, tambah dalam salad, dan juga buat infused water.”
Mak Pun Minum Sama
Tidak hanya dia seorang merasa, Puan Mastura juga turut bagi air minuman ini kepada ibunya yang sakit. Hasilnya sangat memuaskan!
“Saya teringat beberapa tahun lepas, kesihatan mak merundum teruk lepas dikesan ada penyakit pulmonary fibrosis. Lepas keluar wad, nak turun tangga pun mak tak larat.”
“Kebetulan waktu tu musim delima, jadi saya bagilah mak makan buah delima ni setiap hari. Alhamdulillah mak recover dengan sangat cepat. Mak masih ada penyakit yang sama, cuma tenaga mak dah makin pulih. Turun naik tangga pun makin laju.”
Selain itu, delima juga bagus untuk kesuburan suami isteri. Kalau sedang berusaha nak dapatkan anak, boleh makan buah delima setiap hari sebagai salah satu ikhtiar. Selain itu, boleh cuba minum raspberry leaf tea.
Bantu Naikkan HB Rendah
Untuk anda yang ada anemia, makanlah buah delima. Buah yang tinggi vitamin A, C, E dan iron ni boleh boost hgb kita. InsyaAllah bagus sangat untuk mak-mak yang tengah mengandung dan ada masalah hb low setiap kali mengandung. Maka risiko tumpah darah waktu bersalin pun boleh dielakkan.
Kolestrol dan Kesihatan Jantung
Makan buah delima selalu pun boleh tingkatkan kesihatan jantung dan kurangkan kolestrol. Jadi orang yang obes, ada masalah kolestrol digalakkan sangat makan buah ni setiap hari.
Walaupun buah delima ni banyak khasiat, tapi bila anda ada makan ubat untuk penyakit tertentu, kena hati-hati takut ada kesan yang mengakibatkan tekanan darah naik. Okay, ini contoh infused water.
“Saya suka buat infused water dengan buah dan herba. Contoh buah delima, celery, halia, kayu manis, dan banyaklah lagi. Hanya masukkan bahan dalam botol air malam sebelum tidur, esok pagi terus minum.” kongsi Puan Mastura lagi.
Kulit Jadi Lembap
Air rendaman buah delima ini bagus untuk diamalkan. Kalau nak cuba boleh ikut cara ini ya.
Sediakan biji buah delima 100 gram dan Air 500 ml.
2. Masukkan biji buah delima ke dalam air, kemudian simpan di dalam botol tertutup.
3. Anda boleh masukkan botol tersebut ke dalam peti dan simpan selama 4-5 jam.
4. Kemudian, minum sedikit demi sedikit sampai habis.
Sebaiknya amal air rendaman buah delima secara rutin untuk dapat manfaatnya. Antara kesan yang kita boleh nampak daripada minum infused water ni, kulit jadi bersih dan glowing, membuang pun lawas, kulit lembap dan perut kenyang lama sikit.
Anda yang baru nak main-main atau baru nak belajar mekap tu, kena tahu langkah yang betul cara pilih yang sesuai ikut kulit supaya hasil nanti lebih kemas. Selepas itu tak ada lah bercapuk muka tu nanti.
Jadi macam mana nak mula? Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Lina Shaari ini dan cari produk apa yang anda perlu.
Ini 7 produk yang anda boleh guna untuk bagi makeup lebih flawless dan long lasting.
PELEMBAP
Pelembab penting kerana berfungsi melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar, serta melembapkan kulit.
Pilih pelembap yang sesuai dengan kulit sama ada dalam bentuk water based, oil based.
Ingat, pelembap, serum dan essence mempunyai fungsi yang berbeza ya.
SERUM & ESSENCE
Item ini depends kepada keadaan kulit anda. Kedua dua produk ni banyak fungsinya terutama dari segi merawat kulit dari dalam.
Kalau anda dah masuk 30-an, sila pakai serum, boleh elak kulit cepat tua dan berkedut.
Beza essence dengan serum, tekstur essence lagi light.
PRIMER
Primer ni antara step penting yang tak boleh skip tau kalau nak mekap anda tahan lama.
Bergantung kepada jenis primer yang anda guna, mekap akan bertahan berjam jam tanpa cair dan bercapuk.
Primer bertindak sebagai ‘base’ yang akan membuatan mekap ‘cling’ pada kulit lebih lama.
CONCEALER
Concealer ni tak wajib kalau kulit anda cantik elok je, tapi kalau dah penuh dengan segala cela macam bekas parut jerawat, mata panda haruslah pakai concealer.
Concealer ni pekat likat berbanding foundation, jadi apply sedikit jer pada tempat yang problem dan blend sehingga cela tak kelihatan.
Untuk korang yang jenis kulit cerah hingga kuning langsat boleh pilih concealer yang mempunyai tone kuning, untuk kulit sawo matang hingga gelap boleh pilih tone kemerahan.
Concealer untuk cover segala mak nenek cela dekat muka.
Primer pula untuk bagi foundation lebih sekata dan tak bercapuk.
COMPACT / LOOSE POWDER
Tujuan utama powder ini adalah untuk menghilangkan kesan lekit pada foundation khususnya foundation jenis cecair.
Ini berbeza sedikit dengan jenis two-way cake yang mana ia adalah bedak kompak yang boleh digunakan sebagai foundation dan juga loose powder.
Nak pakai ke tak nak, terpulang pada anda.
PEMILIHAN FOUNDATION
Memilih foundation yang betul salah satu langkah penting untuk bagi mekap tahan lama.
Pilih foundation yang betul berdasarkan jenis shades, coverage, dan juga finishing yang tepat.
Bagi mekap tahan lama boleh, anda kena pilih foundation yang berjenis long wearing.
Boleh pilih foundation ikut kesesuaian kulit korang dari segi pemilihan shades, finishing dan coverage.
SETTING/ MAKEUP SPRAY
Last step yang sangat penting, tapi ramai yang pandang remeh. Finishing spray ini bertindak sebagai final touch yang akan bantu ‘hold’ kesemua produk mekap yang telah diletak atas kulit.
Fungsi finishing spray buat mekap nampak lebih glowing dan fresh. Korang boleh cari finishing spray yang boleh beri kelembapan pada kulit sekali.
Untuk bagi mekap tahan lama dan tak bercapuk, yang sebaiknya kita jaga kulit dari dalam.
Step basic penjagaan kulit wajah seperti mencuci muka, pakai toner, serum, skrub dan pelembap adalah step wajib. Bila skin dah flawless automatik makeup pun lebih cantik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!