Tumit kaki merekah, kaki berbau masam atau kulit kering, anda boleh buat guna cara ini. Kalau ikutkan memang orang dulu-dulu pun biasa amalkan waktu nak mandi dan cukup berkesan kalau anda rajin buat.
Menurut Puan Jijah Ayop dia hanya menggunakan dua bahan sahaja bagi hilangkan masalah tumit kaki merekah. Nah, jemput amalkan ya.
Tumit Kaki Merekah Dan Kulit Kering, Gosok Limau Dan Garam Terus Baik
Bahan-bahannya:
1) Limau nipis
2)Garam kasar
Ads
Cara-cara buat:
1)Belahkan limau nipis jadi 2 bahagian, letakkan garam kasar pada permukaan limau.
2)Basahkan kaki terdahulu (rendam dengan air suam lebih bagus).
Ads
3)Gosokkan kaki dengan limau nipis yang ada garam.
Ads
4)Gosok tumit kaki terlebih dahulu dan ratakan seluruh kaki
5)Biarkan 5 minit baru cuci dengan air paip biasa.
Hasilnya kulit kaki anda akan rasa lembut, cerah dan tiada bau masam. Orang perempuan ini bukan saja muka je nak kena jaga, tetapi dari hujung rambut sampai ke kaki semua kena jaga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkejut melihat penampilan penyanyi bersuara lantang dan lunak ini ketika melihat posting terbarunya ini di media sosial.
Jika sebelum ini, Adibah Noor mengalami masalah kenaikan badan tetapi kali ini penampilannya memang jauh berbeza.
Ketika ditanya rahsia penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini berjaya menguruskan badan hingga menjadi bualan ramai adalah disebabkan dia menjaga pemakanannya.
Dalam Harian Metro, Adibah Noor memberitahu jika dulu dia akan makan tiga bungkus nasi lemak, tetapi sekarang hanya 1 bungkus sahaja.
Bukan itu sahaja, dia juga turut memberitahu kini hanya mengehadkan untuk makan sebanyak enam suap saja setiap kali makan.
Selain itu, dia turut kurang mengambil makanan dan minuman kurang sihat selain menjauhkan minuman bergula.
“Saya jauhkan makanan berproses. Misalnya kalau saya nak makan burger, saya cari gerai yang buat burger sendiri. Bukan yang dari dalam plastik yang dah siap,” jelasnya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Adibah lagi, dia mengamalkan makanan segar yang dimasak.
“Saya cari makanan yang dimasak fresh dan tak guna makanan yang diproses atau yang dalam tin. Saya juga hadkan pengambilan yang tinggi kalori,” katanya lagi berkongsi tip.
“Sudah tiba masanya saya jaga kesihatan sebab sudah tua. Lutut pun sudah sakit, jalan jadi mengah. Jadi saya terfikir sekarang masa terbaik untuk mulakannya,” tambahnya lagi.
Adibah berkata, kesedaran itu datang daripada diri sendiri dan bukannya disebabkan dia kini mengalami masalah kesihatan. Dia mengakui mula menjaga pemakanannya selepas habis program Gegar Vaganza.
Terakhir melihat penampilan Adibah Noor ketika menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim lalu dengan perubahan yang sebelumnya.
Ramai yang telah kehilangan orang tersayang akibat virus Covid-19 ini. Malah setiap hari kes kematian juga semakin bertambah bilangannya.
Ternyata virus ini tidak mengira siapa mangsanya, mungkin insan yang paling rapat dan kita sayang.
Seperti perkongsian video seorang doktor, Dr Sakinah Kamarul Bahrin yang mana telah kehilangan ayah tersayang disebabkan virus Covid-19.
Melalui video berkenaan, melihat Dr Sakinah yang lengkap berpakaian sut PPE sempât mewudukkan ayahnya, IR Kamarul Baharin Mohamad yang juga Pengarah Unit Mekanikal & Elektrik di Jurutera Perunding Zaaba Sdn Bhd sebelum ditolak masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Siapa sangka itulah permintaan terakhir si ayah (untuk berwuduk) apabila diberitakan pesakit telah meninggal dunia selepas berjuang melawan wabak ini.
I have been called to sign all the necessary consents.
Dalam video berkenaan, menunjukkan permintaan ayahnya beberapa minit sebelum ditempatkan ke ICU yang dilihat agak lemah kerana kesukaran bernafas.
Ternyata perkongsian video yang ditonton sejuta ini menyentuh hati ramai orang dan masing-masing tidak putus memberi kata-kata semangat untuk mereka sekeluarga kembali sembuh selepas ibunya serta enam lagi adik beradik lain turut diuji positif Covid-19.
Menerusi posting itu juga, Dr Sakinah memberitahu penderitaan abahnya berakhir dengan baik.
Malah Dr Sakinah memaklumkan bahawa arwah sempat berpuasa penuh di bulan Ramadan dan masalah kesihatan hanya dikesan pada penghujung Ramadan lalu.
Flooded with wassap, DMS, phone calls, ig mentions.
Allah, ramainya sayang abah.
Alhamdulillah , thank you Allah.
Thank you semua yang take the time n effort to reach out to me.
Im ok insyaaAllah.
I know he balik dengan ringan. Abah sempat full ramadhan, hujung2 ramadhan abah dah start sakit, jadi doa abah mesti sampai.
Abah isolated since then jd insyaaAllah x ada dosa baru dengan siapa2 pun.
Sempat cakap dengan abah, abah, semua urusan abah kat dunia ni, abah jgn risau, nor take over, kami semua uruskan.
Mak, adik, aizat, jgn risau, nor jagakan, kami take over kan.
Abah, thank you sebab redha dengan nor. Nor sorry i diagnosed u with Covid19, im sorry i sent you to the ward, im sorry i sent u to the ICU, im sorry i consent u for the chest tube, im sorry i consent u for intubation. Im sorry im the only one there.
Im most sorry that i was not Stern enough in reminding u about social distancing, so that u dont contracted covid from others.
Still think covid19 is not real? Tell that to the next uncle who fights so hard just so that he can BREATH.
Beliau juga sempat bercakap dengan abahnya agar tidak perlu risau dengan apa yang berlaku dan segala urusan keluarga akan diambil sepenuh olehnya.
Dr Sakinah turut menambah beliau juga sempat memohon maaf kepada abahnya kerana membuat keputusan menghantar insan tersayang ini ke ICU.
Sebelum mengakhiri postingnya, Dr Sakinah turut berpesan agar masyarakat terus mempercayai Covid-19 itu benar-benar berlaku dan mahu orang ramai terus melakukan penjarakkan fizikal supaya tidak dijangkiti dan menjangkiti virus membunuh ini.
Tidak dinafikan, ramai kini memilih untuk aktiviti berbasikal dalam mengekalkan kecergasan tubuh.
Dilakukan secara berkumpulan atau individu, aktiviti lasak ini memberi manfaat yang sangat baik untuk menjaga kesihatan.
Jika dilakukan secara konsisten berat badan boleh turun dengan cepat dan perut lebih mudah kempis.
Malah mengayuh basikal adalah salah satu cara yang berkesan untuk membakar kalori dan membantu meningkatkan tahap kesihatan serta kekuatan fizikal tanpa perlu menyekat diet harian.
Seperti semua jenis senaman sebelum berkayuh perlu melakukan aktiviti pemanasan badan sekitar 15 minit. Pemanasan badan ini penting untuk elak sebarang kecederaan dan merangsang otot untuk bersedia untuk mengayuh.
Begitu juga selepas mengayuh perlu melakukan aktiviti penyejukan badan seperti melakukan kayuhan ringan sekitar 15 minit bagi membantu merehatkan otot dan badan.
Terdapat tiga jenis basikal yang biasa digunakan dalam aktiviti basikal ini iaitu;
Basikal jenis ini hanya boleh digunakan di jalan raya. Ia sangat ringan dan mempunyai tayar yang kecil yang direka khusus untuk menyusur di jalan raya. Boleh dikatakan basikal jenis ini berteknologi tinggi kerana sering berubah mengikut peredaran zaman terhadap aerodinamik dan materialnya.
Mungkin itu punca basikal ini mahal harganya. Namun kepuasan menunggang basikal jenis ini apabila berkayuh jarak jauh sekitar 80km hingga 160km.
Basikal jenis ini sesuai untuk kayuhan di atas jalan biasa. Ia adalah basikal pelbagai guna kerana boleh menyusur di laluan lereng bukit, gunung, sungai, jalan hutan dan taman perumahan. Basikal gunung ini terbahagi kepada dua;
i. Hard tail – mempunyai penangguhan (suspension) hanya di bahagian depan (fork) dan tidak di bahagian belakang. Biasanya digunakan untuk memanjat bukit dan offroad yang tidak mencabar.
ii. Soft tail – mempunyai penangguhan (suspension) di bahagian depan (fork) dan belakang. MTB jenis ini biasa digunakan ketika menuruni bukit yang mencabar.
Basikal jenis ini biasanya digunakan oleh pelancong untuk melawat sesuatu tempat pelancongan. Basikal jenis ini mempunyai ruang untuk meletak beg dan mengayuh dengan santai.
Apabila sudah mula mengayuh cuba pelajari teknik yang betul. Ini kerana teknik yang betul dapat membantu mengurangkan kecederaan dan kayuhan lebih berkesan. Teknik yang salah boleh menyebabkan otot menjadi lenguh dan prestasi menurun.
Gunakan gear yang paling berat dan berkayuh secara agak perlahan sekitar 50 hingga 60 rpm. Keadaan ini akan membuatkan anda menggunakan semua otot untuk mengekalkan corak pusingan kayuhan di samping menggunakan tenaga yang bersesuaian untuk mengekalkannya.
Kemudian cuba kayuhan dengan gear yang ringan dan pusingkan pedal selaju yang mampu (100, 120, 150 rpm) tanpa merasa terlambung-lambung. Ini akan memperbaiki pusingan kayuhan supaya lebih sempurna.
Memilih basikal bukan umpama membeli bola di kedai sukan. Pembelian basikal perlu bersesuain dengan penunggan dengan mengambil kira saiz tubuh. Setiap basikal mempunyai saiz yang dikira dalam inci iaitu:
Saiz XS (13inci hingga 14inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 5 kaki hingga 5 kaki 4 inci.
Saiz S (14inci hingga 16inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 4 inci hingga 5 kaki 7 inci.
Saiz M (16inci hingga 18inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 7 inci hingga 5 kaki 10 inci.
Saiz L (18inci hingga 20inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 10 inci hingga 6 kaki 1 inci.
Saiz XL (20inci hingga 22inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian lebih dari 6 kaki 1 inci.
Namun ini hanya panduan sahaja kerana bentuk tubuh manusia tidak sama. Apa yang penting sebelum membeli perlu mencuba dengan mengayuh basikal tersebut terlebih dahulu. Berbincang dahulu dengan mereka yang pakar kerana basikal yang tidak sesuai dengan tubuh memudahkan lagi kecederaan.
1. Merentas desa (cross country – XC)
2. Enduro/All mountain (AM)
3. Freeride (FR)
4. Downhill (DH)
5. Dirt jump (DJ)/ Urban and Street (DJ)
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.