Anugerah MeleTOP Era yang berlangsung baru-baru ini menjadi medan fesyen untuk golongan selebriti mempertontonkan gaya masing-masing mengikut citarasa tersendiri.
Ada yang cantik, unik, sopan dan lain dari kebiasan demi bergaya cantik untuk majlis berprestij ini sementelah hampir dua tahun berada dalam fasa pandemik.
Ayuh, kita lihat beberapa gaya selebriti yang berani menggayakan fesyen luar dari kotak.
Lemak di bahagian perut adalah sesuatu yang sangat mengganggu. Ia bukan sahaja berpunca daripada faktor pemakanan, tetapi terhasil kerana kurang bersenam.
Namun begitu, ada penyelesaian yang anda boleh buat jika anda benar-benar mahu kempiskan perut.
Syaratnya, mestilah rajin dan komited melakukan senaman ringan seperti yang dicadangkan.
Cara melakukan bicycle exercise adalah anda perlu terlentang dan meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala. Angkat lutut kanan hingga ke dada dan secara serentak, kepala angkat ke hadapan dan diarahkan ke sebelah kiri. Lakukan secara berselang seli sebanyak 10 kiraan.
Senaman selanjutnya adalah vertical leg crunch. Pertama, anda harus berbaring dan letak kedua tangan di kepala. Seterusnya angkat kedua kaki lurus ke atas membentuk sudut 90 darjah. Kemudian, angkat bahu dan turunkan kembali. Ulangi hingga 10 kiraan.
Posisi awal senam lilin tidak jauh bezanya dengan vertical leg crunch. Anda harus berbaring kemudian angkat kedua kaki. Letakkan tangan di pinggang. Seterusnya angkat kedua kaki sehingga perut terangkat. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tembok untuk menyandarkan kaki.
Ini adalah gerakan senaman yang paling popular. Anda harus berbaring dan rapatkan kedua-dua lutut. Letakkan tangan di belakang kepala atau silangkan di bahu. Angkat tubuh perlahan hingga membentuk 90 darjah. Tahan posisi tersebut beberapa saat sebelum turunkan perlahan tubuh. Ulangi hingga beberapa kali.
Dengan perkongsian ini, anda tiada lagi alasan untuk kempiskan perut. Semoga senaman yang dilakukan ini akan memberikan hasil untuk anda. Yang penting, kena amalkan selalu!
Oleh kerana peningkatan kes jangkitan virus Covid-19 yang semakin tinggi, orang ramai diminta untuk terus mengamalkan SOP kendiri.
Salah satunya adalah dengan memakai double mask atau pelitup muka tambahan gred perubatan bagi membantu menyaring lebih banyak zarah kecil berbanding memakai selapis saja.
Hal ini disarankan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman twitternya.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi laman sosial Twitternya, beliau menyatakan kajian Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) menyimpulkan pemakaian double mask dapat mengurangkan pendedahan pemakai kepada jangkitan Covid-19.
“Walaupun tidak wajib dipakai bersama face shield (pelindung wajah), double mask memberikan perlindungan maksimum,” kata Dr Noor Hisham.
Jelasnya lanjut, pelitup muka tanpa ikatan menyekat 56.1 peratus zarah, pelitup muka kain menahan 51.4 peratus, pelitup muka diikat sebanyak 77 peratus manakala double mask sebanyak 85.4 peratus.
Amalkan memakai pelitup muka gred perubatan bersama pelitup muka kain berbanding pelitup muka kain sahaja.
Pada masa sama, infografik menunjukkan individu tidak perlu double mask sekiranya memakai pelitup muka jenis N95 kerana ia adalah standard tertinggi membantu menutup bahagian wajah dan menyaring 95 peratus zarah.
Jadi diharapkan kita semua dapat mematuhi saranan dinberikan beliau bagi mengelak diri daripada jangkitan terutama ketika berada di tempat awam.
Untuk pengetahuan bermula Selasa ini, seluruh negara akan dikenakan ‘total lockdown’ sementelah bagi mengekang kes jangkitan yang lebih serius.
Berikut adalah panduan ringkas daripada CDC (Centers for Disease Control) Amerika Syarikat :
1. Pihak CDC dan Dr Anthony Fauci telah menjalankan validasi ke atas pemakaian pelitup muka berganda. Ia didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain. Lihat contoh pemakaian yang ditunjukkan oleh Dr Anthony Fauci di atas.
2. Dua kaedah telah dikaji bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan pelitup muka. Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19.
3. Ikat gelung telinga ke tepian pelitup muka dan selitkan lipatan sisi pelitup muka bagi mengurangkan jurang dengan muka.
4. Sememangnya pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan ianya tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.
5. Perbandingan peratus keberkesanan pelitup muka. Pelitup muka berganda didapati memberi perlindungan 85.4 peratus.
6. Kaedah pemakaian pelitup muka berganda yang betul: Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain. Elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda. Manakala pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.
7. Pelitup muka N95 adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka. Ianya boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95% partikel (sekiranya dikenakan dengan betul). Oleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda.
Melihat penampilannya yang sentiasa ceria dan bertenaga dapat mengagak personaliti ini sememangnya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Bukan saja melihat penampilan terkini, tetapi sejak dulu ketika bergelar anak dara pemilik nama Intan Sarafina ini bukan saja dianugerahkan seraut wajah cantik, tetapi tubuh yang kecil molek.
Biarpun sudah melahirkan tiga orang anak lelaki, bekas pęserta Gegar Vaganza ini tetap maintain langsing.
Jika dilihat dari gaya hidup yang dikongsi di laman Instagram bekas pramugari ini mendedahkan amalan yang jadi rutin kegemaran untuk kekal kihat.
“Selepas kelahiran anak ketiga, Intan cuba mengamalkan gaya hidup sihat. Intan nak sihat dengan cara bersukan secara aktif. Antara sukan yang Intan sangat suka buat ialah running, HIIT workout dan indoor cycling,” katanya.
Diaju penjagaan kecantikan pula, pelantun lagu Kembali dan Duhai Malam Ini, tanpa berselindung memberitahu tidak mengamalkan sebarang petua tertentu.
“Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan workout, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang,” katanya yang sudah berusia 40 tahun Julai lalu.
Sebelum bergelar anak seni, Intan dilaporkan pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005.
Intan mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada tahun 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, 11 tahun, Megat Israfel Raez, 9 tahun dan Megat Noah, 6 tahun.