Tak Skip Pakai Pelembap Muka & Pelindung Matahari. Rahsia Kulit Eyka Farhana Cantik & Flawless! Antara pelakon muda yang selalu tampil cantik dan mempesona tanpa sebarang solekan adalah Eyka Farhana.
Biarpun sibuk dengan rutin harian melakukan pelbagai aktiviti, namun pelakon ini sangat menjaga kecantikan wajah.
Apatah lagi dalam usia masih muda, Eyka Farhana begitu prihatin dan sentiasa memastikan kulit wajah dijaga sempurna.
Nasib orang yang kena body shaming, penyanyi, Amylea salah seorang mangsa yang dikritik tentang kekurangan paras rupa.
Apa yang menarik perhatian, penyanyi dan penyampai radio Dina Nadzir juga mengalami nasib yang sama dengan Amylea Azizan.
Body Shaming Amylea
Berkongsi pandangan sama, Amylea, 37, memberitahu sehingga kini masih ramai yang menganggap dirinya bukan seorang penyanyi yang berjaya disebabkan tidak memiliki paras rupa cantik.
“Sehingga hari ini orang masih bercakap tentang paras rupa saya dan anggap saya tidak berjaya kerana tak cantik,” luahnya menerusi Instagram miliknya.
Bersama kapsyen tesebut, dia turut berkongsi paparan skrin perkongsian Dina mengenai hal itu.
Zaman Kanak-kanak Lagi Kena Ejek
Sebelum itu, Dina mengimbau kembali memori ketika zaman kanak-kanak apabila ada yang mempersendakan warna kulitnya yang terlihat sedikit gelap.
Malah selepas dia bergear artis, ada pula yang mempertikaikan mengenai rupa parasnya.
“Ketika usia lapan tahun, kanak-kanak di sekolah beritahu nama saya sepatutnya Hitam dan bukan Dina. Apabila menjadi penyanyi pada umur 19 tahun, seorang lelaki bertanya kepada pasukan saya sudah tidak ada penyanyi lebih cantik ke?” ceritanya lagi.
Tidak Ambil Pusing Kata Orang
Dalam perkongsiannya itu, Dina berkata dia selalu ingat pesanan penyanyi Allahyarham Adibah Noor agar tidak ambil pusing setiap kata-kata negatif itu.
“Cuba hargai orang penting dalam hidup anda terutama apabila tahu kesukaran yang dilalui. Penghargaan anda sungguh bermakna buat mereka.”
Jadi kepada anda di luar sana, jangan biasakan diri mengukur kekurangan orang lain walau hanya bergurau. Isu ini sangat sensitif dan kadang boleh makan dalam sampai bila-bila. Nak bahagia, jaga hati dan perasaan orang lain.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan semua pesakit yang positif Covid-19 ditempatkan di pusat kuarantin. Jika keadaan pesakit tidak terlalu serius mereka hanya dinasihatkan untuk kuarantin sendiri di rumah selama 10 hari.
Oleh kerana kuarantin sendiri di rumah menyebabkan masa yang ada dihabiskan untuk menonton TV sambil mengunyah makanan.
Keadaan ini pastinya akan menyebabkan pertambahan berat badan mendadak dek disebabkan makan tanpa henti sepanjang kuarantin. Bimbang penyakit lain pula yang datang disebabkan masalah ini.
Justeru perkongsian Pakar Pemakanan Syaza Nutritionist memberi tip pemakanan semasa kuarantin agar kekal sihat dan bertenaga. Boleh juga dipraktikkan di pusat kuarantin.
Tip Pemakanan Semasa Kuarantin
Pastikan ada jadual makan
Pilih snacking yang lebih sihat seperti buahan atau kekacang
Lebih elok dipotong dengan saiz lebih kecil
Jika buat pesanan makanan, pilih yang lebih berkhasiat seperti ayam bakar atau sandwich
Buat simpanan stok makanan lebih sihat untuk dimasak bagi kuarantin di rumah
Apa pun jangan lupa lakukan senaman untuk menjamin kesihatan tubuh badan
Amalkan juga diet suku-suku separuh yang lebih sihat
Tidur yang cukup dan bijak kawal stress supaya elak berlakunya masalah kemurungan
Salah satu faktor mereka yang melakukan senaman adalah untuk mengeluarkan peluh jika dilakukan secara agresif.
Kebiasaannya selepas bersenam pasti kita akan berehat seketika sebelum mandi atau melakukan aktiviti lain.
Namun tahukah kita bahawa bakteria dan fungus boleh datang bila-bila masa sahaja dan kedua-dua musuh kulit ini sangatlah gemar kepada kawasan lembab.
Begitu juga dengan bahagian pada badan anda! Salah satu ancaman buat kulit di kawasan badan dan juga wajah ialah masalah panau.
Dari segi definisi perubatan panau merupakan jangkitan berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis dikenali sebagai ‘Malassezia’.
Ia biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan hanya menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.
Jadi amat penting apabila mengeluarkan berpelub berlebihan selepas bersenam untuk anda jaga kebersihan diri sebaiknya.
Ayuh, ikuti beberapa tip jaga kebersihan kulit selepas melakukan senaman.
Produk Kulit Sesuai
Tahukah anda bahawa produk kulit yang anda guna setiap hari mempunyai dua fungsi utama? Pertama membantu untuk membersihkan kotoran dan kedua memberikan perlindungan. Begitu juga produk yang anda gunakan untuk bersihkan diri selepas bersenam di gym. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kalau tersilap produk ia boleh menyebabkan berlakunya alahan dan juga masalah jerawat lebih teruk.
Mandi Selepas Bersenam
Ada sebab mengapa kebanyakan gym menyediakan ruang mandi di dalam bilik air. Mandi selepas bersenam bukan sahaja boleh mengembalikan kesegaran badan malah boleh membuang segala kotoran, minyak, kulit mati dan menyingkirkan pelbagai bakteria dari badan.
Guna Body Wipes
Jika anda tak selesa untuk mandi di gym, anda boleh membersihkan wajah dan badan dengan menggunakan body wipes. Jika anda biarkan peluh kering sendiri ia boleh menyebabkan bakteria masuk kepada pori-pori lantas menyebabkan masalah kulit seperti jerawat badan, panau dan sebagainya.
Sentiasa Guna Tuala Bersih
Anda sendiri sudah tahu bahawa bakteria dan fungus amat suka kawasan lembap. Jadi bayangkan tuala anda yang basah dan dibiar begitu sahaja. Disebabkan itulah anda harus pastikan tuala yang digunakan di gym juga sentiasa bersih. Menggunakan tuala yang kerap digunakan hanya memburukkan kesihatan kulit anda.
Tuala Berbeza Untuk Fungsi Berbeza
Lain tuala lain fungsinya Sebolehnya asingkan jenis tuala turutamanya untuk wajah dan badan. Menggunakan tuala berbeza boleh membantu kulit anda bebas dari sebarang penyebaran bakteria ke bahagian kukit sensitif.
Bersihkan Peralatan Gym
Sebelum menggunakan mana-mana perlatan gym sebaiknya anda bersihkannya terlebih dahalu. Pihak gym kebiasaannya akan sentiasa memastikan kebersihan perlatan senaman namun sebagai langkah lebih selamat anda boleh bersihkan sendiri. Sebagai contoh jika anda nak guna dumbbell lebih elok bersihkan dahulu pemegangnya dengan kain atau tisu basah.
Jangan Berkaki Ayam
Kadangkala bila berada di bilik persalinan dan juga bilik air ramai yang kononnya lebih selesa berkaki ayam. Cara terbaik mengelakkan fungus melekat pada kaki daripada lantai kotor ialah dengan memakai selipar. Menyentuh kulit kepada lantai secara terus boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kulit berjangkit.