pakai masker kunyit

Kalau anda suka pakai masker kunyit, inilah salah satu cara yang anda boleh amalkan setiap malam. Banyak kelebihan masker ini, terutama kulit muka tegang semula dan segala jenis jeragat ke pigmentasi semua pudar.

Bak kata seorang wanita yang bekerja sebagai cikgu, Afy Al Habibi, “kulit ni kalau tak putih pun takpa. Licin dah cukup. Atas dahi pulak tak nak jerawat kecik halus tumbuh melata.”

Sambungnya lagi, “nak tak nak kena rajin tepek maskerlah untuk dapatkan kulit idaman cikgu tu. Main tepek-tepek masker cara murah ni cikgu dah pernah amalkan dulu-dulu.”

Menurutnya, bukan secara tetiba dia membuka cerita. Berkesan tu memang terbukti ada hasilnya. Cuma biasalah, nak cantik dengan bahan murah makan masa sikit. Bahan pun cari kat dapur  saja.

Segala campuran bahan kimia tak ada. Jadi inilah cabaran utamanya. Kena konsisten jadikan rutin harian.

Ada Perubahan Pada Kulit

Setakat ini nak masuk dua minggu dah dapat rasa perubahan kulit muka. Empat bahan je guna. Kesannya, licin sikit kulit sendiri.

Jerawat pun dah segan nak naik sebab cikgu perasan lepas bangun tidur kurang sikit kulit berminyak.

Paling best kita boleh rasa kulit makin jadi lembap sangat. Itu yang macam konfiden tepek gambar muka cikgu tak pakai pondation.

IKLAN

Cara Pakai Masker Kunyit

Masa tepek masker ni kena basahkan dulu muka. Lepas tu tepek rata. Tebalkan pun takpa. Biar sampai mengering. Masa awal tepek, masker warna kuning terang macam kat pipi cikgu tu.

Dah mengering sepenuhnya, muka tak boleh senyum dah. Nak bercakap lagilah payah.

Suka Pakai Masker Kunyit, Habis Segala Jeragat Jadi Pudar!

Kulit rasa tegang. Haa inilah fungsinya. Jadi biar dalam 15-20 minit ya.

IKLAN
Selain itu:  Jangan Malas Pakai Pelembap Muka. Antara 4 Cara Cegah Penuaan Seawal Usia 20an!

Nak Buat Masker Cantik, Ini Bahannya:

Suka Pakai Masker Kunyit, Habis Segala Jeragat Jadi Pudar!

1 sudu besar tepung pulut
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil madu
Sedikit air suam

Kacau rata semua bahan. Campuran air jangan banyak ya. Cuba dulu tambah 2 sudu. Kalau cair masker tak berapa nak lekat.

Yang ini muka selepas dicuci dari pemakaian masker. Tertiba dia mari feeling macam ‘Waa syoknyaaa. Kulit muka rasa licin dan anjal.’

IKLAN

Suka Pakai Masker Kunyit, Habis Segala Jeragat Jadi Pudar!

 

Kemudian cikgu sapukan toner dan pelembap. Urut-urut muka masa proses pemakaian ni.
Cikgu suka sebab baru cuba jenama tu. Tapi rasa macam serasi je dengan kulit.

Tak melekit. Sejuk je. Takda macam kulit rasa panas terbakar pun.

Suka Pakai Masker Kunyit, Habis Segala Jeragat Jadi Pudar!

Haa walaupun lain sikit muka tak mekap, yang penting cikgu konfiden nak tunjuk kulit rasa segar lepas buat rutin setiap pagi. Petua murah tapi berkesan.

Tak putih takpa. Janji kulit makin sihat.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI