Setelah melalui pelbagai dugaan, akhirnya pasangan penyanyi popular Ernie Zakri dan Syamel sah disatukan sebagai suami isteri pagi tadi.

Pada majlis yang diadakan secara tertutup itu, Syamel atau nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, dan Ernie Zakri dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Puncak Alam, Abidin Sulaiman berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad di Masjid Puncak Alam.

Dan pastinya paling menjadi tumpuan pada majlis ini adalah pengantin perempuan Ernie Zakri yang dilihat sangat cantik dan manis di hari bahagianya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Pada majlis pernikahannya itu Ernie Zakri yang baru saja menang vokal terbaik di Anugerah Juala Lagu ke 35 kelihatan sangat anggun menggayakan kurung moden dari Amaze.

Persalinan ini dipanggil Kirana Kurung Kemanten. Dalam perkongsian dari Instagram AMAZE ini memberitahu keistimewaan busana digayakan Ernie hari ini.

KIRANA KURUNG KEMANTEN

Kurung berpanel beserta godet di sisi untuk potongan kembang lebih ‘seamless’. Kombinasi sulam tebuk dan diinspirasikan oleh Sulam Tekat yang lebih ‘3-dimensional’ menjadi perincian utama gaya kali ini. Tidak perlu sarat renda, hanya sekadar memaniskan rupa.

IKLAN

Rona putih polos dipilih, beserta sulaman perak kusam, untuk gaya lebih klasik. Layah juga disulam motif lekuk yang sama, agar tampil lebih senada.

Sementara itu wajah polos Ernie pula mendapat sentuhan jurusolek terkenal, Sahirsabri yang sebelum ini banyak menata rias wajah selebriti popular seperti Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Wany Hasrita dan beberapa lagi nama lain.

Menonjolkan imej fresh look menggunakan @yslbeauty menjadikan wajah Ernie sangat cantik dan berseri-seri sepanjang majlis pernikahannya. Ditambah dengan senyuman yang yang lekang dari bibirnya.

Malah mekap Ernie turut dipuji warganet yang memberitahu wajahnya sangat cantik dengan pilihan mekap cukup sempurna.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAHIRSABRI (@sahirsabri)

hzqlkn Tq sahir cantik sgttt

fiqahafizi love!! cantik naik seriiiiii

akhmaall make up lawoooooo

raddiarahim Cantiknya… 

bysya_je So pretty

leeyaa____ LOVE SANGAT!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Kombinasi busana yang anggun serta sentuhan mekap cantik membuatkan Ernie adalah pengantin paling cantik hari ini.

Pastinya majlis yang berlangsung sederhana dengan pematuhan SOP akan dlikenang sebagai hari paling bersejarah buat keduanya.

Syamel dan Ernie akan mengadakan majlis resepsi bertemakan ‘black tie’ akan dianjurkan pada 3 April depan bagi meraikan rakan artis dan media.

IKLAN

Rapi ucapkan selamat pengantin baru dan semoga pasangan ini akan kekal hingga ke jannah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Kredit Foto: Instagram Ernie Zakri

Artikel Berkaitan:

“Dulu Saiz Baju XXL Kini Jadi M” – Melly Goeslaw Dedah Rahsia Jadi Kurus Tanpa Guna Produk

Selain Gula, Mentega Kacang Juga Boleh Hilangkan ‘Pijar Lidah’ Sebab Makan Pedas

“Cantik Macam Puteri Raja” – Erra Fazira Dedah Rahsia Kecantikan Engku Aleesya Hingga Dipuji Netizen