Hari ini pastinya detik paling menggembirakan buat selebriti yang juga pengacara, usahawan popular Neelofa apabila sah diijabkabulkan dengan pasangannya Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama PU Riz.
Pasangan ini dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan khutbah dan tazkirah ringkas pada hari bahagia pasangan itu.
Dapat dilihat majis berjalan cukup sempurna dengan kehadiran 200 tetamu terdiri daripada sanak saudara serta rakan terdekat kedua-dua-dua pihak.
Dekorasi dewan cukup indah ini seperti berada di sebuah taman dengan hiasan bunga segar memberi ketenangan kepada pengantin dan tetamu yang datang.
Bertemakan ala kayangan dengan rona putih menghiasi seluruh dewan yang diserikan dengan keindahan bunga segar seperti berada dalam taman.
Dikatakan sebanyak 4 tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang direka berbentuk Jabal Rahmah ini oleh Reeka Temor, yang sering dikaitkan sebagai lokasi untk memohoh jodoh.
Terdapat sekitar tujuh jenis bunga berwarna putih digunakan termasuk mawar, orkid dan baby breath.
Malah bukan itu saja tetamu yang hadir pula berpakaian baju kurung, berbaju Melayu atau jubah berwarna putih yang menjadi tema atas permintaan pihak pengantin.
Ads
Pengantin baru Neelofa juga tampil sangat antik mengenakan dress labuh warna putih ditaburi batuan indah rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.
Biarpun mengenakan niqab, namun terserlah keserian dan kejelitaan pengantin baru mendapat sentuhan jurumekap Sharman Yee, disebalik niqab dipakai. Malah turut mendapat pujian netizen.
Mengulas detik perkenalannya, Neelofa yang juga seorang usahawan berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.
“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018.
“Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Ads
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.
Rapi ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Neelofa dan Pu Riz, Moga keduanya kekal bahagia till jannah.
Pernah melalui pengalaman pahit dan memalukan apabila terkena perbuatan body shaming dek kerana bentuk fizikal yang tidak menarik.
Biarpun begitu, wanita ini tetap memilih untuk menjadikan kutukan diterima sebagai motivasi untuk menurunkan berat badan.
Meneruti perkongsian di laman twitter menggunakan nama akaun @Nadiahdidi bercerita pengalamannya yang pernah diejek gemuk.
Biarpun tidak setuju dengan perbuatan body shaming, tetapi menjadikannya sebagai motivasi untuk mendapat berat badan idaman.
Berkongsi langkah diamalkan sehingga berjaya menurunkan sehingga 21 kilogram. Mengingatkan untuk proses itu adalah dengan memotong memotong pengambilan gula dalam makanan serta minuman, dan menghentikan memakan processed food dan fast food.
Orang cakap mustahil, tapi jangan sesekali give up
Moga perkongsian dapat beri motivasi pada orang lain
Semuanya bermula dengan perbuatan body shaming, badan besar lah, tak muat kereta
Apa-apa pun sentiasalah positif
Hati kena kental & sentiasa jadikan ia motivasi
Terus stop minum air manis, fast food & process food
Jangan dibiar kulit kusam tanpa memakai set penjagaan wajah. Nak bawa wajah tanpa mekap pun rasa tak yakin, malah nak mekap pun rasa tak kena sebab hasilnya kurang kemas.
Nah, jemput baca perkongsian tip kulit cantik daripada saudari Amyra Zamri, ada 5 langkah atasi kulit kusam buat dan glowing tanpa makan supplement.
1. Jangan skip skincare routine siang & malam
Skincare adalah perkara pertama yang perlu dipandang dan tak boleh ditinggalkan.
Bergantung pada keperluan kulit, seminggu sekali pun dah cukup. Tujuan exfoliate adalah untuk membuang sel kulit mati dari permukaan kulit muka.
Produk yang diguna:
Bio Essence Bio-Renew Royal Jelly Exfoliating Gel
3. Micellar Water
Ini bukan untuk remove makeup tetapi lebih kepada menjaga kelembapan kulit.
Anda boleh pakai Micellar Water pink setiap pagi bila bangun tidur sebelum cuci muka guna cleanser dan pakai micellar water untuk remove mekap. (double cleansing)
Produk yang diguna:
Garnier Micellar Cleansing Water 6 in 1 (Pink bottle)
4. Jangan lupa face mask.
Pakai dan pilih face mask yang bersesuaian dengan kulit. Pakai face mask sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Kalau nak pakai setiap hari pun boleh cuma untuk kulit jerawat kena avoid pakai mask everyday.
Produk yang diguna:
Miguhara, Hada Labo, Bio Essence & Watson Mask
5. Pakai clay mask/smoothing mask
Sekurang-kurangnya seminggu sekali. Your skin will thank you for this. Terlalu banyak manfaat pada kulit bila pakai clay mask.
Semakin ramai artis buat pembedahan bariatrik, terbaru personaliti TV3, Anim Ezati mengakui bahawa dirinya juga salah seorang yang mengambil jalan itu untuk kurangkan berat.
Bekas pramugari Air Asia itu berkongsi, dia membuat pembedahan bariatrik untuk tujuan kesihatan sekitar tahun 2022 selepas mendapatkan nasihat dari doktor dan juga pakar.
Anim Ezati Makan Dua Tiga Sudu Pun Dah Kenyang, Yang Nak Kurus Boleh Tiru!
Namun keputusan itu dibuat kerana dia sukar untuk menurunkan badan selepas melahirkan anak sulungnya pada 2020 walaupun telah mengamalkan diet sihat.
“Lepas bersalin, berat saya hampir mencecah 100kg. Tetapi, selepas mengamalkan diet dan juga bersenam, berat saya hanya turun jadi 89 kg.”
Ujarnya lagi, pembedahan tersebut turut membantu untuk dirinya menjaga penampilan sebagai seorang personaliti TV selain meningkatkan keyakinannya untuk berada di hadapan kaca televisyen.
Pun begitu, Anim turut memberitahu bahawa kuantiti makanannya kini perlu diambil dengan sedikit kerana sebahagian perutnya telah dibuang sebagai salah satu prosedur pembedahan bariatrik.
“Bila dah buat pembedahan ni, keluasan perut tinggal dalam 20%. Jadi, saya makan dalam dua ke tiga sudu sahaja pun dah kenyang.”
Walaupun kuantiti makanan diambil dengan sedikit, pengacara Helo Doktor itu turut menegaskan bahawa dia perlu mengisi perut semula setiap dua jam agar tidak terlalu lapar.
Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan yang dirinya masih lagi mengamalkan diet sihat selain masih melakukan ‘follow up’ bersama penasihat pemakanannya untuk mengekalkan berat badan.
Sebenarnya tak salah pun buat pembedahan bariatrik jika anda mampu, sekurang-kurangnya boleh ringankan badan untuk buat aktiviti dan beribadah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!