Jika sebelum ini penjaga tidak dibenarkan untuk menemani pesakit di hospital, tetapi bermula Sabtu ini Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan untuk membenarkan pesakit di wad ditemani penjaga.
Bukan itu saja, pesakit juga boleh menerima pelawat berdasarkan kriteria-kroteria tertentu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelaksanaan polisi penjaga dan pelawat di hospital KKM tersebut berkuat kuasa pada 23 April 2022.
“Tatacara pelaksanaan arahan tersebut adalah tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.
Ads
“KKM ingin memaklumkan bahawa polisi dan garis panduan yang digunapakai dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan KKM semasa pandemik Covid-19 sentiasa disemak dan dikemaskini berdasarkan perkembangan terkini kejadian jangkitan.
“Berdasarkan analisa trend terkini kes Covid-19 kategori tiga hingga lima dan kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes Covid-19 yang rendah, KKM telah meneliti semula dan mengemaskini polisi lawatan untuk penjaga dan pelawat di hospital.
Ads
“Langkah ini diambil setelah mengambil kira kepentingan sokongan psikososial terutama daripada ahli keluarga pesakit dalam membantu proses penyembuhan pesakit,” katanya dalam satu kenyataan.
Dr Noor Hisham berkata, secara umumnya, pelawat atau penjaga yang dibenarkan untuk melawat dan menemani pesakit mestilah berumur 12 tahun dan ke atas, telah lengkap vaksinasi Covid-19, tidak tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti mempunyai pelbagai komorbiditi atau sistem imuniti yang lemah.
Beliau berkata, bagi penjaga kepada kategori pesakit tertentu yang perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri, ujian perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam sebelum ketibaan ke hospital dengan tarikh dan masa ujian beserta gambar dinyatakan sebagai bukti.
Ada pelbagai petua tradisional yang digunakan untuk terampil cantik secara semulajadi.
Tidak perlukan rawatan mahal sebaliknya hanya guna lebihan bahan yang mahu dibuang seperti kulit pisang.
Perkongsian wanita ini Rose Farra menggunakan kulit pisang berangan untuk dibuat masker untuk merawat kulit jadi lebih mulus tanpa parut dan lebih cerah.
Tidak susah untuk membuatnya hanya perlukan kulit pisang yang diadun bersama madu, kulit kayu manis dan serum.
Masker ini berupaya untuk membuang sel kulit mati yang boleh melambatkan penuaan seseorang.
MASKER RAWAT KULIT JADI MULUS, TANPA PARUT, LEBIH CERAH
Nak kulit muka sihat, cerah dan sentiasa BERSINAR, korang patut cuba. Rasa nak sentuh sentuh je pipi selalu tau.
Bahan: 1/2 pisang berangan 3 titis Serum ( untuk cepat resap dalam kulit ) 1/2 sudu kecik kulit kayu manis 1 sudu kecik madu 1 sudu air masak
Cara: 1. Lenyek pisang, campur madu, kulit kayu manis tu parut boleh tumbuk pun boleh. 2. Last letak serum untuk cepat resap masuk kulit. 3. Cuci muka dan tangan. 4. Apply kat muka. Biarkan 15-20minit kat muka. Bilas. Akan rasa best sangad muka akan lebih mulus dan cerah.
KHASIAT: – Pisang – 1. Ada vitamin A,B, E yang penting untuk kulit lebih segar dan mulus. 2. Buang sel sel kulit mati yang lambatkan pembaruan sel kulit baru. 3. Cerahkan kulit muka.
– Madu – 1. Kulit lebih halus bila di pegang lebih lagi campur dengan pisang. 2. Lembap kan kulit yang kering. 3. Cerahkan kulit dan sekatakan tona kulit. 4. Remajakan kulit dari nampak tua. ~ Kulit Kayu Manis~ 1. Menghilang garis halus. 2. Menghilangkan parut hitam atau putih. 3. Mencerahkan kulit. 4. Menghilangkan jerawat.
– Serum – 1. Tujuan serum menambahkan penyerapan berganda dari khasiat bahan lain. 2. Remajakan kulit. 3. Khasiat bergantung atas bahan dalam serum. #Share jer untuk kulit mulus sebelom raya tiba. Amalkan tau bahan dapur jee.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa sangka dengan hanya memulakan perniagaan menjual produk mekap memberi kemenangan berganda buat diri wanita ini.
Jika orang lain memilih produk makanan atau tudung, tetapi wanita berusia 35 tahun ini memilih menceburi bidang kosmetik kala berdepan pandemik Covid-19.
Bagi Norfazlina Mohd Faozi atau mesra dipanggil Fazs Faozi tidak menyangka akan membawa pulang wang tunai RM50 ribu beserta barangan apabila dinobatkan sebagai juara untuk Pencarian Nona Superwomen.
Mengalahkan empat finalis lain di pentas akhir, wanita lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri ini begitu yakin kala membuat dua tugasan terakhir di depan juri.
Berniaga Tak Cukup Ilmu
Namun perjalanan Fazs Faozi untuk mengecap kemanisan ini bukan semudah disangka. Menurutnya kesilapan dilakukan dalam perniagaan adalah tidak cukup ilmu.
“Matlamat saya ketika mula-mula membina perniagaan adalah jual barang untuk dapat untung dan yang penting stok habis.
“Saya mengeluarkan duit poket sendiri sebanyak RM3000 sebagai modal untuk mengeluarkan produk pelembap wajah.
“Ketika itu, produk penjagaan kulit seperti pelembap wajah masih belum banyak di pasaran. Tak banyak pun, keluaran pertama kurang daripada 500 unit namun, alhamdulillah produk tersebut laris terjual.
“Saya jadi terkejut lihat pengaliran wang masuk dan dalam masa yang sama tak pandai menguruskan kewangan syarikat serta tak fokus dalam perniagaan. Banyak kesilapan yang saya lakukan sewaktu mula-mula bertapak dulu sehingga rasa putus asa nak meneruskan perniagaan.
“Justeru saya nekad tak mahu lagi meneruskan perniagaan dan mahu fokus kepada mekap artis sahaja,” tutur Fazs Faozi yang bergelar jurusolek sebelum mencebur diri dalam bisnes kosmetik.
Pandemik Covid-19 Jadi Igauan Ngeri
Namun pengalaman ketika mendepani pandemik COVID-19 sedikit sebanyak menyuntik inspirasi untuk terus pergi labih jauh dalam dunia perniagaan.
“COVID-19 sebenarnya adalah igauan ngeri bagi setiap peniaga. Banyak cabaran dan halangan yang terpaksa kami tempuh.
“Cabaran paling besar apabila kita semua tidak dapat bergerak bebas seperti dahulu. Terlalu banyak kempen yang telah kami planning tidak dapat dijalankan. Ada separuh modal yang telah dikeluarkan tapi sangkut pula. Pada PKP 1.0, saya agak lost ketika itu.
“Tak tahu apakah cara yang terbaik dilakukan untuk mengahadapi pendemik ini. Alhamdulillah, saya banyak merujuk kepada pihak yang lebih arif seperti guru bisnes dan rakan bisnes yang lain.
“Keputusan drastik saya ketika saya lihat cash flow semakin berkurangan, saya mengecilkan lialibiti syarikat dengan menutup pejabat dan mengarahkan semua staf berkerja dari rumah.
“Kemudian kami banyak melakukan “discount sale” untuk melancarkan semula aliran tunai. Selain itu, kekangan dari segi kewangan juga dapat diatasi dengan bantuan dari pihak kerajaan,” tambah ibu kepada dua cahaya mata ini.
Sejak Belajar Lagi Sudah Solek Orang
Menurutnya ketika belajar di universiti lagi dia sudah pandai menyolek rakan-rakan lain dan minat itu terus bercambah selepas habis pengajian.
Selepas 4 tahun menimba pengalaman sebagai pegawai bank dan selepas 4 tahun, dia akirnya berhenti untuk meneruskan minat dalam bidang kecantikan, iaitu solekan. Kini sudah 6 tahun dia meneruskan kerjaya sebagai seorang jurusolek atau makeup artist.
“Apabila semakin dikenali, saya mengambil langkah mengeluarkan produk pertama saya iaitu penjagaan kulit atau skincare.
“Kini, saya mempunyai lebih kurang 6 jenis produk solekan dan penjagaan kulit di bawah label Fazsbeauty,” tambahnya mengakui kejayaan diraih adalah atas usaha dan sokongan keluarga tidak berbelah bagi.
“Keluarga adalah tulang belakang saya. Tanpa keluarga, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini. Suami saya, insan paling supportive.
“Suami sentiasa menghulurkan bantuan di saat saya memerlukan dan juga ibarat pakar motivasi buat saya ketika down,” tambahnya yang berharap jenama Fazsbeauty akan semakin berkembang maju.
Bantu Wanita Terjejas Ekonomi
Program realiti yang julung kali ini telah berlangsung sejak 22 September lagi yang ditayangkan di saluran Astro Prima di mana memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik menambah ilmu perniagaan.
Majlis penuh gemilang tetapi dilakukan dalam suasana new norm itu turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima (105).
Platform Pencarian Nona Superwoman yang diperkasakan oleh USAHANITA adalah selari dalam membantu wanita terjejas ekonomi akibat pandemik Covid-19. Malah pihak penganjur, Majalah Nona melalui Ideaktiv dan juga Astro Prima memberitahu akan terus penganjurannya di musim akan datang.
Seorang pempengaruh media sosial pengamal diet sayur dan buah segar, Zhanna Samsonova,39 atau lebih dikenali Zhanna D’Art maut selepas dikatakan kebuluran.
Wanita tersebut tidak minum air kosong selama enam tahun dan hampir tidak boleh berjalan sebelum mati kerana kebuluran dan keletihan gara-gara diet pemakanan yang diamalkan.
Pempengaruh Maut Akibat Diet Ekstrem, Hidup Cuma Makan Sayur Dan Buah
Wanita kelahiran Rusia ini dilaporkan meninggal pada 21 Julai. Ibunya melaporkan kematian anak perempuannya disebabkan jangkitan bakteria kolera yang menyebabkan cirit birit.
Kebuluran & Keletihan Melampau
Namun laporan perubatan mendakwa Zhanna mengalami kekurangan zat makanan yang menyebabkan dirinya kebuluran dan keletihan melampau.
Kawannya berkata, Zhanna menderita anoreksia dan menjadi sangat lemah pada minggu-minggu terakhir sebelum kematiannya akibat diet ekstrem yang diamalkan. Dia hanya mampu terbaring dan memerlukan beberapa minit untuk dirinya berdiri dan berjalan di tangga.
Malah keadaan Zhanna juga sangat ‘lemah’ dan tetap enggan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Tetap percaya dengan amalan diet sayur dan buah segar yang diamalkan selama ini.
Diet Sayur & Buah-Buahan
Zhanna dilaporkan mengamalkan diet buah-buahan, pucuk biji bunga matahari, ‘smoothie’buah-buahan dan jus ini selama 10 tahun.
“Saya melihat badan dan minda saya berubah setiap hari. Saya suka melihat perubahan diri saya yang baru dan takkan kembali semula kepada tabiat pemakanan dahulu,” kata Zhanna.
Zhanna turut mempromosikan pendirian dalam amalan dietnya, termasuk resipi untuk orang ramai mencuba. Bagaimanapun, menurut New York Post, rakan-rakannya didakwa percaya dietnya harus dipersalahkan atas kematiannya.