Semalam pengacara dan pelakon popular Uyaina Arshad Selamat diijabkabulkan bersama pilihan hati yang juga seorang selebriti Raja Syahiran.

Uyaina yang cantik mengenakan persalinan nikah RIZMAN RUZAINI BRIDAL COUTURE rekaan Kurung Pahang diberi sentuhan moden dengan RR signature pointy shoulder dan disulam indan dengan perincian rona klasik emas.

Gaya ratu sehari turut diserikan dengan penggunaan french lace yang di penuhi perincian dari sulaman tangan khas Uyaina Arshad menyerlahkan lagi penampilan Juara Puteri Muslimah Asia 2018 (Indisiar) dan Juara Pencarian Nona Manis 2015 (TV3) ini.

Pasagan sama cantik sama padan ini turut mendapat pujian daripada warga net. Masing-masing suka dengan persalinan Uyaina yang simple tetapi lebih pada classy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)

cuna_sue Jika bj penganti drp RizmanRuzaini mmg bajunya sgt istimewa dan entahlh nk ckp mcm mane yg ptg menjadi pujaan semua

fiandahilma masyaAllah cantiknyaa tahniah #URS

syikina.fahami Cantiknyer..simple yet elegant 

maisarahabdullah Lawa simple je baju dgn rantai labuh…

schaaamzah_ Cantikkkk white and gold

IKLAN

husna_razak_ Ringkas but elegen

norhafizah_85 Simple je tapi tetap cantik

norsilah.maskan Classic sederhana tp menyerlah

Uyaina Arshad, 29, selamat bernikah dengan penyanyi Raja Syahiran, 28, pada jam 9.03 pagi di Colony Star Boulevard, di sini, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang kandung, Uyaina iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua saksi.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah berjalan dengan lancar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)

IKLAN

“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pagi ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.

“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.

yahiran atau nama penuhnya Raja Azhanrianshah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina.

Tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran di atas persetujuan kedua belah keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)

IKLAN

Menurut Uyaina, dia dan Syahiran memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu namun terpaksa menangguhkan hasrat itu disebabkan varian baharu Covid-19.

“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” katanya yang memilih #URS sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka yang turut membawa makna “Yours’.

Untuk majlis pernikahan ini juga wajah Uyaina mendapat sentuhan Mekap Artist Yna Sakinah yang bertanggung jawab menata rias menjadikan dirinya pengantin paling cantik penutup tirai tahun 2021 ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makeup Artist (@ynasakinah)

Kredit Foto: Instagram Rizman Ruzaini

Artikel Berkaitan:

Cantik Berseri Di Hari Pernikahan. Ini Rahsia Saida Kekal Aktif & Sihat Cecah Usia 45 Tahun!

Alami Kram Waktu Datang Haid, Ini 4 Sebab Lain Akibatkan Sakit Jadi Makin Teruk

Cipta Kelainan Pakai Pelitup Muka Bertatah Berlian. Penampilan Che Ta Di KLFA Curi Tumpuan Ramai!