Ada kalanya kita sentiasa mengamalkan rutin senaman tetapi masih tidak dapat hasil diimpikan.
Jika kita fikirkan semula pastinya ada kesalahan yang kita lakukan sebelum melakukan senaman. Ayuh, kita lihat antara sebab jadi punca senaman gagal menampakkan hasil.
1. Makan Banyak Sebelum Bersenam
Salah jika anda anggap perut perlu terisi dan kenyang terlebih dulu sebelum bersenam kerana anggap ia membantu memberi tenaga. Hakikatnya? Anda salah. Elak makan makanan bergula sebeloum bersenam kerana ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat kemudian turun terlalu cepat.
Jangan lupa, dalam beras/nasi juga mengandungi gula tahu? Oleh itu, jika ingin mengalas perut sebelum bersenam, cukup dengann hanya mengunyah kacang atau smoothie protein.
2. Tak Cukup Tidur
Jika seseorang tak mendapatkan tidur yang cukup, kadar turun naik hormon tidak menentu. Keadaan itu kemudian akan meningkatkan selera.
Oleh itu, apabila kamu makan berlebihan kerana tidak dapat melelapkan mata, perut juga akan semakin membuncit malah menjadi sukar untuk mengempiskannya kembali.
3. Makan Terlalu Laju
Ini mungkin sebabnya mengapa Rasulullah menyuruh kita mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Menurut pakar, tidak elok sebenarnya makan secara gopoh, lebih-lebih lagi makan sambil berjalan atau berdiri.
Makanan yang dikunyah dan ditelan dengan laju akan buat badan memikirkan yang kamu sebenarnya berada dalam keadaan tertekan lalu, akan menghasilkan tindak balas tidak normal. Badan serta-merta akan berhenti menghadam makanan seterusnya menjadikan keadaan perut buncit.
Ads
4. Kunyah Gula-Gula Getah
Ada fakta memberitahu bahawa mengunyah gula-gula getah akan bantu menguruskan badan kerana perbuatan mengunyah itu sendiri akan pengaruhi otak seolah-olah anda telah makan seterusnya menjadi kenyang.
Biarpun ia mungkin benar, akan tetapi, perbuatan mengunyah gula-gula getah buat perut membengkak umpama mengepam angin ke dalam belon. Hati-hati!
5. Terlampau Tertekan
Hormon kartisol yang terhasil ketika seseorang tertekan akan mengumpul lemak yang banyak pada bahagian tengah badan. Sistem badan akan jadi terkejut seterusnya menghasilkan hormon kartisol berkenaan agar diri dapat berjaga-jaga.
Oleh itu, sila kawal emosi dan perasaan agar kadar tekanan diri dapat dikurangkan seterusnya membantu senaman jadi lebih efektif.
Ads
6. Kandungan Air Tidak Lawas
Wanita sering menjadi tidak lawas terutamanya ketika sedang datang bulan. Perut menjadi kembung dan buncit daripada biasa betul tak? Itu adalah disebabkan oleh kandungan air yang tidak lawas dan terkumpul lama dalam perut.
Ramai wanita kurang minum air ketika datang bulan namun apa yang anda tidak tahu, kita sepatutnya minum air lebih banyak supaya perut kmudian akan terasa ingin membuang air kecil. Dengan cara itu, perut akan beransur kempis dan senaman juga menjadi lebih efektif kemudian.
7. Bakteria Jahat Dalam Badan
Seperti yang kita semua tahu, sistem perut manusia sebenarnya dibina oleh gabungan bakteria jahat dan baik. Walau bagaimanapun, amalan gaya hidup kita sebenarnya merosakkan keadaan bakteria dalam usus.
Jadi, sila elak mengambil makanan yang mengandungi antibiotik, kadar gula tinggi atau sebarang alkohol. Ini kemudian akan bantu mengurangkan lemak pada bahagian perut.
8. Suka Makan Makanan Masin
Garam mengandungi sodium klorid. Sodium adalah mineral yang akan mempengaruhi kestabilan kandungan air dalam tubuh. Apabila seseorang mengambil kadar garam yang banyak, anda sebenarnya sedang membawa muatan air yang banyak di dalam tubuh lalu menyebabkan pengumpulan bendalir yang berlebihan hingga menyebabkan buncit.
Ads
9. Masih Minum Minuman Bergas
Masih minum minuman bergas? Itulah sebabnya mengapa lemak perut tidak hilang-hilang. Walau macam mana berat pun senaman yang dilakukan tetapi kamu masih meminum minuman soda, hal berkenaan tidak akan membantu mengempiskan perut. Kajian pakar mendapati, peminum soda akan mengumpul kadar lemak yang tinggi dalam perut mereka bahkan ia sukar dihapuskan.
10. Makan Makanan Segera
Tidak kisah apa jenis makanan segera yang anda masih ambil, itu adalah penyebab utama mengapa lemak di perut tidak kempis-kempis. Semua makanan yang datang dalam bentuk sudah dipek seperti keropok, air kotak, mi segera atau apa sahaja makanan dan minuman yang boleh dibeli dan dimakan terus sebenarnya akan membuatkan lemak diperut jadi tepu dan sukar dihapuskan.
Tidak sukar sebenarnya untuk seseorang itu kelihatan cantik dan maintain awet muda walaupun usia sudah mencecah 30-an.
Sebenarnya tidak perlu menggunakan produk penjagaan wajah yang mahal sebaliknya hanya memilih makanan yang bukan saja menyihatkan dalaman badan, tetapi juga menyerlahkan kecantikan semula jadi.
5 Jenis Makanan Lambatkan Proses Penuaan
Air Kelapa
Boleh dikatakan amalan meminum air kelapa sudah diterapkan sejak kecil lagi. Bukan sahaja minuman tersebut mudah didapati, tetapi ia juga seakan menu wajib sekiranya berada di kawasan tepian pantai.
Bagi yang tidak menggemari air kelapa, anda sudah boleh mula untuk meminum minuman tersebut mulai sekarang. Hal ini kerana air kelapa mengandungi harmon estrogen yang dapat membentuk kolagen dan elastin.
Kedua-duanya berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses kedutan kulit wajah. Manfaat air kelapa lain ialah mencegah daripada dehidrasi, mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan tekanan darah dan membantu meningkatkan stamina badan.
Ubi Keledek
Ubi keledek mempunyai pelbagai variasi warna seperti kuning, ungu, jingga, merah jambu dan putih. Ia juga tergolong dalam kategori tumbuhan menjalar. Kandungan ubi keledek yang kaya dengan vitamin C dan E dapat membantu mengekalkan keanjalan termasuk kelembapan kulit wajah.
Lobak Merah
Kandungan vitamin A, E dan C yang ada dalam lobak merah dipercayai dapat membantu untuk melawan sel kanser. Selain vitamin, lobak merah juga kaya dengan kandungan mineral seperti kalsium, potasium, alpha karotin dan beta-carotene.
Pengambilan lobak merah baik kerana kandungan antioksidan dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari, mengelakkan jerawat, kulit kering, kedutan pramatang dan mencerahkan kulit wajah.
Bayam
Tumbuhan ini sangat mudah untuk didapati di Malaysia dan yang popularnya ialah bayam merah dan hijau. Selain enak dimakan tumbuhna ini juga berfungsi sebagai salah satu agen anti-penuaan dan dapat melicinkan kulit wajah.
Bayam juga dapat menguatkan akar rambut manakala kandungan vitamin K boleh mengurangkan masalah keradangan dalam sel.
Kacang Badam
Sering dijadikan sebagai bahan kudapan saat membaca buku atau menonton televisyen, pengambilan kekacang juga sebenarnya baik untuk kulit wajah.
Kekacang seperti badam mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi termasuk vitamin E yang sangat baik untuk kulit seperti menghapuskan sel kulit mati dan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
Berat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet. Strict Jaga Makan & Rajin Ke Gym, Hasilnya Mantap! Semuanya bermula sewaktu zaman PKP dua tahun lalu. Ketika itu disebabkan aktiviti terhad, jadi berat badan semakin naik sehingga mencecah 100 kilogram.
Waktu itu Hisham Jejai Musa, sudah mula insaf untuk melakukan diet dan akhirnya berjaya turun sebanyak tiga kilogram.
Hajat untuk menurunkan lebih lagi kilogram agak terbatas dengan pelbagai alasan. Namun itu semua bukan alasan untuk terus melakukan diet sebenarnya bagi mengurangkan berat badan.
Berat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet
Memulakan diet pada 17 Jun lalu dan nekad melakukannya hingga betul-betul jadi. Ini kerana sebelum itu dia kecewa gambar ketika bercuti di Sabah semuanya nampak tidak cantik dan memuaskan hati.
Biarpun dihiasi dengan background dan view sudah cantik tetapi gambar subjek (dirinya) kelihatan tidak cantik. Malah dia tidak sanggup untuknya posting di mana-mana media sosial.
Ketika memulakan diet beratnya sekitar 97 kilogram dan sehingga hari ini dia sudah berjaya mengurangkan sehingga 15 kilogram menjadikan beratnya sekitar 82 kilogram.
Namun begitu tidak berpuas hati dengan penurunan itu, dia masih lagi dalam target untuk sampai ke angka 70 kilogram.
Tidak lokek berkongsi tip berjaya turunkan 15 kilogram dalam empat bulan ini dengan kebanyakan ilmu diet yang dipelajari melalui grup diet suku-suku separuh.
Antara tip diperoleh: 1. Sedut ilmu-ilmu dalam grup ini dan hadamkan 2. Korbankan rutin yang biasa kita buat. Contoh: makan bertambah kurangkan, minum manis kurangkan. 3. Selain pemakanan yang betul. Petang-petang abang ke gym.. malam lepas Maghrib.. abang berjalan 5km. Ya abg jalan jaa. Tak larat ceq aii. Lagipun kaki sakitt nak lari.. *ok tu jaa laa.. nanti dah dapat 70kg abg up lagi..la abg cuti diet.. sebab abg ada kat oversea.. balik ni sambung
Ini rahsia wanita Jepun nampak lebih muda bukan sebab mekap tebal ya, tetapi biasanya dek kerana penjagaan wajah dengan betul. Tidak menggunakan bahan kimia yang tinggi, tetapi lebih memilih bahan semula jadi dan selamat untuk kulit.
Menurut satu perkongsian daripada Puan Dea Nadya, dia pernah tanya kawan yang berasal dari Jepun tentang tips cantikkan kulit wajah.
Rahsia Wanita Jepun Nampak Lebih Muda Dari Usia, Cukup 3 Bahan Saja!
Haaa… inilah rahsia wanita Jepun nampak 10 tahun lagi muda dari umurnya.
Terkejut kalau tahu umurnya, malah sedikit cemburu melihat kecantikan kulitnya. Selain cuaca dan makan yang banyak antioksida, dia amalkan tips ini juga. Jom semak.
Anda boleh sapu dekat tangan, muka dan bawah mata. Rasa kulit tegang dan lebih segar. Cubalah, nanti anda dapat rasa perbezaan pada kulit selepas konsisten pakai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!