Semalam pengacara dan pelakon popular Uyaina Arshad Selamat diijabkabulkan bersama pilihan hati yang juga seorang selebriti Raja Syahiran.
Uyaina yang cantik mengenakan persalinan nikah RIZMAN RUZAINI BRIDAL COUTURE rekaan Kurung Pahang diberi sentuhan moden dengan RR signature pointy shoulder dan disulam indan dengan perincian rona klasik emas.
Gaya ratu sehari turut diserikan dengan penggunaan french lace yang di penuhi perincian dari sulaman tangan khas Uyaina Arshad menyerlahkan lagi penampilan Juara Puteri Muslimah Asia 2018 (Indisiar) dan Juara Pencarian Nona Manis 2015 (TV3) ini.
Pasagan sama cantik sama padan ini turut mendapat pujian daripada warga net. Masing-masing suka dengan persalinan Uyaina yang simple tetapi lebih pada classy.
Uyaina Arshad, 29, selamat bernikah dengan penyanyi Raja Syahiran, 28, pada jam 9.03 pagi di Colony Star Boulevard, di sini, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan oleh abang kandung, Uyaina iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua saksi.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pagi ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.
yahiran atau nama penuhnya Raja Azhanrianshah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina.
Tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran di atas persetujuan kedua belah keluarga.
Menurut Uyaina, dia dan Syahiran memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu namun terpaksa menangguhkan hasrat itu disebabkan varian baharu Covid-19.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” katanya yang memilih #URS sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka yang turut membawa makna “Yours’.
Untuk majlis pernikahan ini juga wajah Uyaina mendapat sentuhan Mekap Artist Yna Sakinah yang bertanggung jawab menata rias menjadikan dirinya pengantin paling cantik penutup tirai tahun 2021 ini.
Ini cara Hanis Zalikha jaga badan, hasilnya memang langsing walau berstatus ibu anak dua. Ya, kebanyakan wanita nak tubuh cantik walau sudah punya anak. Namun tak mudah dan perlukan usaha yang keras.
Seperti Hanis sendiri, banyak amalan yang dicuba untuk maintain. Ternyata ibu jelita ini cukup disiplin dan konsisten melakukan amalan ketika berpantang. Patutlah Hanis selalu nampak cantik dan berseri.
Cara Hanis Zalikha Padang Badan
Antara yang dikongsikan Hanis ialah amalan pemakanan seimbang, sitz bath untuk membantu penyembuhan luka serta amalan memakai bengkung semasa proses berpantang.
JAGA PEMAKANAN & PAKAI STOKING KETIKA DI HOSPITAL
Hanis berada selama seminggu di hospital selepas bersalin. Apa yang dilakukan Hanis semasa di hospital sepanjang tempoh tersebut ialah menjaga pemakanan dan memakai stoking.
AMAL SUSU KURMA
Semasa berpantang, Hanis juga mengamalkan meminum susu kurma dan jus kranberi selain minuman lain. Jus kranberi adalah kegemaran selebriti ini. Minuman diminum panas-panas.
Bengkung Memang Wajib Pakai
Berbengkung diamalkan oleh Hanis. Hanis memakai bengkung yang ditempah khas berserta minyak.
PAKAI TIGA BENGKUNG SEMASA PANTANG
Hanis memakai tiga jenis bengkung ketika berpantang. Sebab itu perutnya cepat kempis.
GUNA KHIDMAT PERAWAT PANTANG
Menggunakan perkhidmatan perawat pantang amat membantu Hanis dalam tempoh ini. Perawat membantu menguruskan hal berpantang dan menjaga Alisa pada sebelah siang.
AMBIL MENU SEIMBANG, PILIH IKAN
Hanis juga berkongsi dia mengambil sajian berpantang yang sama setiap hari. Cuma hanya dua hingga tiga kali sahaja dia bertukar kepada ayam dan daging. Selain dari itu, ikan menjadi pilihan Hanis sepanjang tempoh berpantang.
SITZ BATH 2 MINGGU PERTAMA BANTU LUKA SEMBUH CEPAT
Hanis yang bersalin secara normal berkongsi caranya menjaga luka bersalin. Dia mengikut saranan doktor iaitu dengan membuat rendaman garam (sitz bath) setiap hari selama dua minggu pertama.
Kata Hanis, ia mudah dilakukan dengan menggunakan air suam dan 2 hingga 3 sudu garam dan larutkan.
MANDIAN HERBA
Hanis juga mengamalkan mandi herba. Air mandian herba pula disiramkan ke tubuh.
PAM SUSU
Hanis juga turut berkongsi dia turut mengepam susu badan semasa tempoh berpantang. Tetap sediakan stok untuk kecemasan.
TIDAK AMAL SEMUA, RUJUK DOKTOR
Adat berpantang tidaklah diamalkan secara total oleh Hanis. Ibu dua cahaya mata ini mengamalkan pantang yang sesuai dan banyak merujuk doktor sebelum mula berurutm bertungku, bertangas dan sebagainya.
SAUNA UNTUK BERPELUH
Antara amalan pantang yang kurang digemari Hanis ialah bertangas. Dia bagaimana pun tetap bersauna bagi memastikan diri berpeluh.
TIP SEMASA BENGKAK SUSU IALAH TUAM PANAS
Tuam panas menggunakan botol susu lembut bantu Hanis semasa bengkak susu. Warm compress dilakukan Hanis dengan menggelekkan botol pada dada sebelum urut kemudian baru pam.
RASA STRES CEPAT CIUM BAYI
Hanis mengakui semasa berpantang adakalanya emosi tidak stabil. Justeru untuk mengawal perubahan emosi, Hanis akan memandang Alisa dan mengucapkan kesyukuran kemudian akan mencium anak keduanya itu.
Ramai orang kata lelaki belah Kelantan kebanyakannya kacak dan sedap dipandang. Manakala jenis lelaki kelakar pula banyak datang dari Kedah. Ini fakta atau auta?
Okay, jom kita baca kejap kenapa kenyataan ini wujud. Sejauh mana buktinya untuk menyatakan dua perkara ini tepat.
Lelaki Belah Kelantan Kacak
Memetik laporan Kosmo!, rata-rata pengguna media sosial berpandangan bahawa lelaki kelahiran negeri Kelantan mempunyai paras rupa yang kacak. Manakala, lelaki Kedah sinonim dengan perwatakan seorang pelawak.
Di mana, pemilik Facebook Adham baru-baru ini bertanya kepada orang ramai, negeri manakah mempunyai kaum lelaki yang handsome (tampan) dan kelakar untuk dijadikan pasangan.
Komen netizen yang bersependapat!
Pertanyaan lelaki tersebut mendapat lebih 12,000 komen dan separuh daripadanya mengatakan, lelaki Kelantan paling tampan disebabkan ramai di antara mereka mempunyai kacukan Melayu-Siam.
“Aku yang lelaki pun suka tengok geng Pantai Timur. Kalau ada campuran Kelantan-Siam memang lagi segak. Putih-putih kulit pun. Lelaki paling kelakar sudah pasti orang Kedah macam aku. Tak percaya hampa (kalian) datang Kedah, mesti kering gusi banyak gelak,” kata Amirul Asyrik.
“Bagi aku lelaki Kelantan memang paling ada rupa. Dekat uni (universiti) aku pun memang geng Kelantan ini yang paling nampak segak siap pakej comel. Kalau bab lelaki yang kelakar, aku rasa orang utara. Dialek mereka pun aku dah rasa terhibur,” ujar Nurul Ain.
“Orang Kelantan paling elok (kacak) sebab ada yang kacukan Siam. Memang kalau pandang tu ramai wanita ‘cair’. Tetapi orang Kedah paling ‘sempoi’, kelakar. Tengok la siapa YB (Yang Berhormat) Menteri Kedah,” kata Asyikin.
“Kelantan, Perak ramai lelaki handsome. Orang Kedah paling kelakar, kalau orang Johor, Kuala Lumpur pandai bergaya,” kata Balqish.
Haa… sebenarnya ini semua atas faktor kacuk dengan mana-mana negara lah ya. Ada juga lelaki kacak yang datang belah negeri lain. Cuma kebanyakan ‘pakej’ kacak ala pelakon Thai, boleh lah cari belah Pantai Timur sebab nenek moyang diaorang banyak datang dari sana.
Seperti yang kita maklum, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telahpun bermula sejak pertengahan Mac lalu.
Sebelum ini fasa vaksin pertama telah diberikan kepada frontliner di seluruh negara. Dan perkembangan terkini pemberian vaksin menyaksikan slot vaksin AstraZeneca COVID-19 bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor telah ditempah sepenuhnya hanya dalam tempoh tiga jam 20 minit, selepas pendaftaran dibuka pada 12 tengah hari tadi.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang telah berkongsi kemas kini mengenai proses pendaftaran melalui akaun Twitternya berkata, mereka yang telah berdaftar akan menerima butiran lanjut mengenai temu janji pada aplikasi MySejahtera atau SMS mereka tidak lama lagi.
“Mereka yang tidak berjaya mendapatkan slot masih berpeluang meletakkan nama mereka dalam senarai menunggu di laman web sama di http://vaksincovid.gov.my,” katanya di Twitter.
Pada Sabtu, Khairy berkata, vaksin AstraZeneca dibuka kepada 268,000 individu secara ‘siapa cepat, dia dapat’ di laman web itu bagi penduduk KL dan Selangor dan temu janji pertama bagi slot vaksinasi itu akan dijalankan pada 5 Mei di PPV yang ditetapkan.
PPV itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
Khairy juga dilaporkan berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan melancarkan inisiatif sama di negeri lain sementara menunggu penghantaran selanjutnya vaksin AstraZeneca.
Beliau berkata kerajaan juga dijadual menerima sejuta lagi dos vaksin AstraZeneca pada bulan ini melalui Akses Global Vaksin Covid-19 (COVAX).
“Kami akan memperluaskan pilihan ini di negeri-negeri lain, kecuali Sarawak yang telah menunjukkan penurunan dan akan memastikan mereka yang tidak mempunyai akses internet serta yang lain juga boleh mendaftar,” katanya.