
Isi Kandungan
ToggleAnda yang ada masalah kulit kering dan jerawat halus yang muncul sekitar wajah boleh cuba sapu krim yang dicadangkan oleh seorang pengguna Facebook, Si Oyen, yang mana dia ada kongsikan sebelum dan selepas pakai produk ini.
Sesuai Untuk Kulit Kering Dan Masalah Jerawat Halus
Biasanya Cool item moisturizing cream ceraVe ini untuk orang kulit kering.
Kalau konsisten pakai, krim ini akan memberi kelembapan dan dalam masa yang sama dapat merawat melindungi kulit agar kekal sihat sepanjang masa.
Jenis Sensitif Pun Digalakkan Guna
Cukup sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif, kulit mengelupas kerana cream ini mengandungi Ceramides dan Asid Hyaluronik the best dapat mengurangkan bintik hitam, menghilangkan jerawat dan menghalang pertumbuhan jerawat.
Jadi, kalau anda ada masalah kulit kering atau sensitif, boleh cuba sapu krim ini pula. Sekurang-kurangnya selamat dan mudah nak dapat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Bahan Pudarkan Parut Jerawat, Masker Kunyit Ini Cukup Bagus Kesannya

Kalau anda berniat nak pudarkan parut jerawat di wajah, boleh cuba cara selamat tanpa bahan kimia. Hanya perlu sediakan empat bahan dapur.
Menerusi perkongsian saudari Putri, kalau buat masker kunyit ini boleh tahan dalam 3 hari dalam peti sejuk.
Khas buat anda yang berusaha pudarkan parut dan masalah jerawat, cuba amalkan masker kunyit ini dalam beberapa hari.
Orang dulu-dulu pun dah biasa guna, jadi tak salah kalau anda cuba tip ini. Selamat dan membantu cantikkan kulit.
Nah, tengoklah hasilnya! Jangan lupa pakai secara konsisten masker kunyit ini. Dan jangan lama sangat, agak dah kering boleh cuci dan lap.
Semoga bermanfaat buat anda yang nak cantik!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risau Kulit Kendur dan Kusam, Kena Lah Berkawan Baik Dengan Kolagen

Isi Kandungan
ToggleRamai wanita cukup risau kulit kendur dan kusam apabila umur makin meningkat. Malah, kalau bercakap soal kecantikan, golongan wanitalah yang paling teruja. Apa sahaja produk yang tak dicuba jika iklannya menjanjikan kebaikan dan kesan terbaik.
Eh, siapa saja yang tak mahu nampak cantik kan? Ada orang kata, kalau nak kulit yang tegang dan sihat, kenalah rajin urut muka.
Cara ini dapat melancarkan perjalanan oksigen dan darah dalam kulit dan boleh menggalakkan penghasilan kolagen yang secara tidak langsung dapat mengekalkan keanjalan kulit biar pun usia sudah meningkat.
Cara urutan anda boleh mula dari dagu, tolak ke pipi naik ke atas. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali di sebelah pagi dan ulang 15-20 kali waktu malam sebelum tidur.
Bahagian atas tulang pipi dan tariknya ke atas sehingga ke sisi dahi. Lakukan langkah ini lima kali di bahagian kiri dan lima kali lagi di bahagian kanan.
Beri tekanan pada setiap penjuru wajah. Contoh, kedua sisi dahi, belakang kedua telinga, kedua penjuru bibir, kedua penjuru mata dan kedua penjuru kening di tengah dahi.
Cara Lain Lebih Mudah
Haaa… jika anda tak rajin nak buat semua langkah urutan ini, boleh terus skip dan cari produk terpilih yang paling cepat dan ada bonus untuk awet muda.
Anda tak payah pening kepala nak fikir macam mana nak mula cara jaga wajah sebab setiap set penjagaan kulit ini didatangkan dengan pencuci wajah, penyegar dan pelembap.
Tetapi biasanya, produk yang mempunyai bahan kolagen, lebih menjadi pilihan kaum hawa. Masing-masing sudah tahu kebaikan dan tahap keberkesanannya.
Tak Nak Kulit Kendur dan Kusam, Kena Lah Berkawan Baik Dengan Kolagen
Sebenarnya kolagen memainkan peranan dalam menguatkan dan meningkatkan keanjalan serta penghidratan kulit walaupun ia juga penting untuk bahagian badan yang lain seperti otot, tulang, tendon, saluran darah dan sistem penghadaman.
Kolagen inilah yang akan memastikan kulit anda lebih pejal, lembap dan sihat, sambil mencegah kedutan dan kulit mengendur. Yang best, produk ini menyokong pembaharuan dan pembaikan sel kulit lalu menjadikannya bahan yang sangat penting dalam penjagaan kulit.
Berikutan kemenangan dalam anugerah Smartest Skincare Ingredients, Cellvia Global Networks memperkenalkan rangkaian premium produk berasaskan kolagen.
Cellvia Mythology Creation Ampoules dan Scalpia Plus Ampoules diperbuat daripada ekstrak kolagen berkualiti tinggi, bahan semulajadi dan proses teknologi terkini.
Pati kolagen, pati tisu kultur dari akar ginseng liar, lava air laut Jeju, pati tremella fuciformis (cendawan), idebenone, niacinamide dan pati buah-buahan hippophoe rhamnoides adalah antara komposisi bahan-bahan aktif yang terbukti dapat menggantikan sel-sel kulit yang rosak.
Kelebihan Produk Ini
Apa yang menarik, produk ini juga mampu memulihkan kesihatan kulit dengan ketara seperti memperbaiki teksturnya, mencegah dan meminimumkan kesan cela dan parut, meningkatkan keanjalan kulit serta menyuburkan kulit dengan mineral dan vitamin.
Hah, jangan tak tahu, Cellvia juga akan melancarkan lebih banyak produk pada tahun ini dengan pelbagai produk inovasi berkaitan kesihatan kulit, rambut, suplemen kesihatan dan penyelesaian pengurusan berat badan. Menarik, bukan? Jangan lupa cuba tau, kata nak awet muda dan cantik selalu walau usia makin bertambah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Nak Putihkan Muka Dengan Tepung Beras, Buat Kiub Ais Pun Boleh

Isi Kandungan
ToggleAda banyak cara nak putihkan muka dengan cara yang selamat, salah satunya menggunakan masker tepung beras. Cukup dengan satu bahan manjakan kulit, yang penting anda kena konsisten pakai.
Petua putihkan muka ini bukan sahaja murah dan mudah, malah cepat bagi anda amalkan kerana apa yang anda perlukan cuma 1 paket tepung beras.
Kemudian anda hanya perlu campurkan tepung dengan air suam dan bahan optional lain seperti kunyit, yogurt, madu, putih telur serta lain-lain bagi kuatkan lagi fungsi kecantikan kulit.
Guna Tepung Beras Buat Masker
Selepas adunan tepung tadi siap, sapukan sahaja di muka dan biarkan sehingga kering sebelum bersihkan dengan air biasa. Kalau hendak pakai semasa sedang tidur pun tiada masalah.
Namun ada cara lain yang lebih cep untuk anda guna, dengan membuatkan adunan tepung beras yang dicampur air dan dijadikan dalam bent kiub ais.
Cara Nak Putihkan Muka Dengan Tepung Beras, Buat Kiub Ais Pun Boleh
- Campurkan tepung beras dengan air dan kacau sebati.
- Selepas itu masukkan dalam bekas kiub ais dan bekukan selama 5-6 jam.
- Bila dah beku, anda golek-golek kan pada muka.
Tips: Buat sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Kalau rajin, boleh buat selalu. 1 hari guna satu kiub ais sahaja dah cukup.
Ini antara khasiat kiub ais tepung beras:
Boleh mengecilkan liang pori muka.
Mengurangkan minyak pada muka.
Mengurangkan merah akibat jerawat.
Boleh hilangkan kulit muka hangus terbakar.
Mencerahkan kulit.
Dan kurangkan masalah mata lebam.
Senang, bukan? Selepas ini anda boleh lah cuba buat dan simpan dalam peti, bila bangun pagi ambil seketul dan gosok pada muka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI