Jerawat merupakan musuh nombor satu wanita dalam penjagaan wajah. Pantang nampak seketul pun pasti kita akan cuba untuk menghilangkannya.
Mood juga akan jadi kacau lagi-lagi Syawal sudah tiba. Takkan nak beraya dengang muka berjerawat, pasti akan mencacatkan penampilan kala gambar selfie nanti.
Perkongsian gadis ini menggunakan nama akaun @dazzled1ni3 di twitter memberitahu apa perlu dibuat jika munculnya jerawat di saat kecemasan dan boleh dilakukan jika berhadapan masalah ini.
Ads
Step pertama kena apply mask sama ada clay mask atau rubber mask atau apa saja mask yang ada
Kemudian urut perlahan-lahan wajah dengan kiub ais. Atau kalau tak tahap, boleh balut kiub ais dengan tuala sebelum tekan perlahan-lahan di wajah.
Ads
Seterusnya pakai sheet mask lepas buat ice countour tadi untuk memberi kelegaan pada kulit wajah
Ads
Kemudian bolehlah lakukan rutin penjagaan wajah yang biasa. Anda akan dapat kulit wajah jadi lebih glowing
Manakala sapa ada jerawat yang besar, buat cara ini
Ini pula untuk tambahan bagi atasi masalah jerawat
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anda mula pakai retinol, kulit memang nampak berbeza dan lebih cantik. Tekstur kulit pun nampak lebih licin dan sihat berbanding sebelum ni. Namun anda akan hadap satu proses ni dulu iaitu fasa RETINIZATION.
Apa maksud fasa tu? Jom kita baca perkongsian ilmu tentang pemakaian retinol daripada Puan Sakinah Zaily Johari ini.
Proses yang mana kulit baru nak kenal dan terima retinol. Masa ini kulit akan sedikit ‘comot’ dulu lah. Kemudian baru jelita.
Kulit akan mengalami:
Pedih
Kering
Peeling – macro peeling (gelupas)
Redness
Gatal
Kulit akan jadi gelap sedikit
Kalau jenis berjerawat memang lagi banyak jerawat keluar dan jeragat akan nampak ketara lagi.
Nanti jeragat akan pudar bila dah pakai produk brightening. Fasa retinization ni hanya sementara sahaja. Anda akan mengalami 3 ke 4 simptom sahaja dari atas tu ikut kulit dan masalah masing-masing apa yang ada. Fasa ni NORMAL.
Nak kurangkan simptom-simptom tu, ada cara nak handle. Tak perlu gelabah. Kina ada untuk membantu. Jangan risau.
Sebelum nak buat keputusan pakai retinol dalam rutin skincare. Fikir betul-betul. Tak nak lah tangguh separuh jalan je pakai, gara-gara tewas nak hadap retinization yang kejap tu.
Pernah dengar cakap cakap orang kata begini.
“Ehhh, tak boleh pakai retinol dengan vitamin C, nanti jadi sekian sekian. Bertambah teruk.”
Ya betul la tu.
Tak boleh pakai RETINOL + VIT C dalam rutin yang sama, anda layer kan dia atau pakai bersama.
Tapi kalau RETINOL pakai sekali dengan vitamin C, jika diformulasi dalam produk dan botol yang sama. Boleh je pakai. Tak ada masalah.
Macam Retinol Overnight Booster ni, ada kandungan 2 jenis vitamin c lagi dan siap ada antioxidant seperti Ferulic Acid serta niacinamide.
1) Pakai pada waktu malam sahaja.
2) Pakai 1x seminggu. Kemudian upgrade 2x seminggu. 3x seminggu. Bila kulit dah boleh tolarate, boleh pakai tiap malam.
3) Untuk beginner perlu buat sandwich method dengan tujuan mengurangkan iritasi.
Kaedah 1 –
(Pelembap -> Retinol -> Pelembap).
Kaedah 2 –
Hydrating toner/serum -> Retinol ->Pelembap
Teknik ni buat pada 1 bulan pertama saje. Kemudian boleh direct sapu retinol kemudian baru pelembap.
4) Guna amount pea sized.
5) Dah pakai retinol hydration + moisturization perlu di jaga.
6) Ini paling penting. Pada siang hari jangan lupa pakai sunscreen.
Dah pakai RETINOL ni wajib sabar nak dapatkan hasil. Ambil masa sikit, tetapi berbaloi.
Tak perlu takut. Janji basic dan rutin skincare anda dah ok. Boleh saje pakai. Mulakan pakai 1 minggu sekali saja. Kemudian buat minggu ke 2 pakai 2x. Begitulah seterusnya up kekerapan penggunaan.
Jadi selepas ini anda boleh perlahan-lahan cuba pakai retinol, nak-nak bila umur dah masuk 30an. Boleh cuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tapai menjadi antara hidangan pencuci mulut yang agak popular terutama ketika ada kenduri kendara.
Namun perasan atau tidak ada kalanya kita dapat tapai yang telah berubah warna merah.
Ada mendakwa kerana ia dikaitkan dengan si pembuat yang sedang datang bulan atau haid.
Benarkan dakwaan ini dan logik atau tidak jika dikaitkan dengan pembuatan tapai.
Rentetan posting tular berkenaan, Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr. Fatimah Salim tampil memberi reaksi balasnya.
Tulisnya di laman Facebook, proses pembuatan tapai adalah sensitif kerana ia melibatkan fermentasi (penapaian) oleh mikroorganisma iaitu makhluk tersangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sebenarnya, terang beliau, tapai secara tradisional dihasilkan melalui penapaian yis (biasanya jenis Saccharomyces cerevisiae dan Schizosaccharomyces pombe) dengan pelbagai sumber kanji seperti beras putih, pulut, ubi kayu dan keledek.
“Proses ini bermula dengan memasak sumber kanji, disejukkan dan dicampurkan dengan ragi (sumber yis) sehingga sebati.
“Kemudiannya, ia akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun getah, daun rambai atau daun pisang. Setiap daun pembungkus ini akan menghasilkan aroma dan rasa yang berlainan disebabkan oleh kelainan bahan-bahan kimia semula jadi pada daun-daun ini,” tambah beliau.
Menurut Dr Fatimah lagi, tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam bekas besar yang ditutup rapi.
“Proses penapaian ini merupakan proses anaerobic (tanpa kehadiran gas oksigen atau udara).
“Setelah diperam selama tiga hari, barulah boleh dimakan. Pada ketika ini, tapai akan mengeluarkan air yang sangat manis,” katanya.
Apakah proses kimia yang berlaku semasa penapaian?
Jawab Dr Fatiman, yis akan menghasilkan enzim glucoamylase yang berfungsi menukarkan karbohidrat (daripada makanan berkanji tadi) kepada glukosa.
“Penghasilan glukosa ini yang menyebabkan tapai menjadi manis dan proses ini dikenali sebagai saccharification.
“Yis tadi kemudiannya menukarkan glukosa kepada ethanol dan gas karbon dioksida dan apabila dibiarkan lebih lama, rasanya akan menjadi masam disebabkan oleh pengoksidaan ethanol kepada asid etanoik (asid asitik),” jelasnya.
Pun demikian, dalam beberapa keadaan, tapai boleh menjadi pahit atau bertukar warna lain (contoh merah).
“Ini disebabkan oleh proses penapaian ini telah dikontaminasi oleh mikroorganisma lain, selain daripada yang sepatutnya terdapat dalam ragi.
“Mikroorganisa lain akan menghasilkan bahan-bahan kimia (produk penapaian) berlainan yang menyumbang kepada kepelbagaian warna, bau dan rasa tapai itu.
“Jadi, mikroorganisma ini datangnya daripada persekitaran, peralatan atau tangan kita sendiri semasa proses pengendalian dan bukan disebabkan oleh period (datang bulan) ya,” tambahnya lagi.
Kira-kira 23 tahun lalu negara digemparkan dengan kisah bagaimana seorang penderma hati, Wan Mohd Hafizam yang menjadi orang petama mendermakan sebahagian hatinya.
Biarpun tanpa pertalian darah, tetapi dia telah mendemakan hati kepada Mohd Afiq Ikmal yang ketika usia berusia 14 bulan.
Peristiwa ini telah mencatat sejarah negara apabila berjaya menjalani pembedahan pemindahan hati pertama di Malaysia di sebuah pusat perubatan swasta pada tahun 1999.
Malah kisah ini turut mendapat liputan meluas hingga membuka mata dan kesedaran seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan pendermaan organ.
Namun setelah 23 tahun menerima hati, akhirnya hari ini Mohd Afiq Ikmal telah meningal dunia setelah dilaporan kritikal sebelum ini akibat komplikasi hati.
Dalam laporan Harian Metro selepas 18 hari tidak sedarkan diri, penerima hati pertama negara itu meninggal dunia subuh tadi, setelah dimasukkan ke Hospital Selayang sejak 13 Februari lalu.
Bagi Wan Mohd Hafizam yang juga Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam (APM), dia tergamam dan tidak keruan selepas mendapat pangilan daripada bapa Mohd Afiq Ikmal mengatakan arwah sudah tiada.
“Tidak seperti kebiasaannya ketika menguruskan jenazah lain, apabila melihat Afiq, kaki saya jadi lemah dan tidak kuat menghadapi situasi itu seolah-olah saya yang sedang kaku dimandikan.
“Namun, hati saya sejuk apabila tengok wajah dan kulit Afiq berseri-seri dan suci bersih,” katanya.
“Walaupun tiada pertalian darah dengannya saya turut merasai kesedihan yang dialami keluarganya sampaikan mengalir air mata kerana saya sedar sebahagian hati saya dibawa pergi bersamanya.
“Namun, saya reda malah bersyukur Allah memberi peluang meminjamkan hati saya selama 22 tahun kepada Afiq,” katanya yang turut memberi penghormatan terakhir mengiringi jenazah Mohd Afiq yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, sekitar pukul 6 petang tadi.