Putih lambang kesucian. Warna putih juga membawa erti tersendiri kerana kita yang bakal mencorakkan ia menjadi kanvas berwarna.
Bagi pasangan pengantin baru ini bersepakat memilih putih sebagai warna untuk menggayakan busana di majlis pernikahan.
Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tidak membatasakan pasangan Mas Aliza dan Faruq Azran untuk mendirikan rumah tangga.
Selepas dua kali ditunda kerana PKP, majlis pernikahan anak perempuan sulung Mas Anizan berlangsung jam 12 tengah hari Jumaat lalu di Pejabat Agama Shah Alam.
Dengan sekali lafaz, Mas Aliza Ali yang anggun dengan persalinan Man Kajang, sah bergelar isteri kepada juruterbang bernama Faruq Azran.
Kata pelakon era 1990-an itu, perancangan majlis dibuat sekitar seminggu lalu.
“Selepas majlis akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di negeri Selangor sejak 1 Julai lalu, saya mula memikirkan cara untuk mempercepatkan majlis ini.
Ads
“Tapi memang akur, kehadiran di pusat agama itu hanya membabitkan tiga orang saja iaitu pengantin lelaki dan wanita serta anak kedua saya, Mohd Masli Daniel Ali sebagai wali.Saya hanya menunggu di dalam kereta saja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan.
“Ikutkan majlis tunang dan nikah buat kali pertama dirancang pada 21 Mac lalu. Kemudian kedua majlis itu dianjak pula ke 12 Jun. Tapi akhirnya hanya majlis nikah saja diadakan hari ini. Kita utamakan akad nikah dulu, majlis resepsi menyusul kemudian apabila segala galanya reda selain dibenarkan penganjuran acara kahwin,” katanya.
Kata pelakon drama Sara Sajeeda itu, hanya cincin dan gelang tangan menjadi tanda termeterai majlis pernikahan.
“Selepas majlis pernikahan,pasangan pengantin balik ke rumah mereka untuk mengabadikan gambar kenangan.
Ads
“Tak apalah janji mereka sudah sah ikatan. Dengan keadaan semasa segala serbi ada kekangan memang tak dapat buat apa apa,” katanya.
Ditanya mengenai perasaannya melepaskan anak sulungnya yang mesra disapa Baby membina keluarga sendiri, pelakon kelahiran Teluk Intan, Perak itu mengakui perasaannya bercampur baur.
“Sedih ada, bahagia dan gembira pun bertandang. Sedih kerana saya sudah sah menyerahkan tanggungjawab sebagai ibu kepada menantu. Lepas ini saya yakin Faruq pula dapat menjaga Baby dengan baik.
Ads
“Paling menyeronokkan kerana bertambah ahli keluarga baru. Insya-Allah selepas setahun tiga bulan mereka kenal, saya yakin Faruq akan membahagiakan Baby,” katanya.
Selain Mas Aliza dan Mohd Masli Daniel Ali, pelakon itu turut dikurniakan anak bernama Ariana Marissa.
Ada lagi tak yang tak tahu kelebihan kopi untuk kecantikan kulit? Haaa.. jom sama-sama ambil peduli cara cantik cara jimat poket guna bahan ini.
Kopi mengandungi kafein dan antioksidan yang berguna untuk merawat kulit. Jadi cukup sesuai untuk dipakaikan pada anak-anak dara yang baru nak belajar jaga wajah. Kadang kulit terbakar dek berjemur, jadi boleh tepek kopi, ya!
Kelebihan Kopi Untuk Wanita Jadi Cantik
Cara termudah dan alami untuk mendapatkan manfaat daripada kopi adalah dengan menjadikan masker.
Tak susah, anda hanya perlu campurkan 1 sdm kopi yang sudah halus dengan air atau dengan susu cair atau anda boleh guna yougurt.
Kemudian sapu pada kulit wajah yang bersih. Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian cuci muka dengan air hangat.
Kalau amalkan secara rutin lebih kurang 3 kali dalam seminggu, banyak manfaat yang boleh anda dapat daripada masker kopi ini. Jom semak!
1. Buang Sel Kulit Mati
Jika kulit terasa kusam dan kasar, boleh memanfaatkan masker kopi ini. Hasilnya kulit akan terlihat cerah dan bersih. Selain itu, kulit akan terasa lembut dan halus.
2. Hilangkan Lingkaran Hitam di Bawah Mata
Jika sering berjaga dan kurang tidur, maka akan muncul lingkaran hitam dibawah mata atau mata panda dan ini mengganggu air wajah sewaktu menghadiri suatu acara jadi nampak kurang berseri. Hah, gunalah masker kopi, mata panda akan hilang.
3. Kecilkan Pori-pori
Jika pori-pori wajah besar, maka akan mudah sekali timbul minyak yang berlebihan pada wajah dan muncul jerawat. Gunakan masker kopi 3-4 kali dalam seminggu, maka pori-pori pada kulit wajah akan mengecil.
4. Pudarkan Bekas Jerawat
Kalau anda ada bekas jerawat, guna lah masker kopi sehingga kulit akan juga akan nampak mulus dan bersih.
5. Anjalkan Kulit
Manfaat terakhir daripada masker kopi adalah menganjalkan kulit wajah. Dengan masker kopi, ini akan melambatkan proses tua dan timbulnya kerutan pada kulit wajah.
Nah, itu lah cara nak awet muda daripada usia sebenar! Jadi, jangan lupa buat masker kopi dan amalkan secara konsisten di rumah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun usia kandungan sudah berusia 8 bulan, namun penyanyi nombor 1 negara ini dilihat sangat aktif melakukan pelbagai kerja.
Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini hamil anak kedua di temui di majlis pelancaran produk minuman jeli kesihatan Beaukids kolaborasi Beausiti X Wonder Lab di Skyglass Cyberjaya.
Siti yang tampil cukup manis dengan dress rona pink berkata dia berharap proses kelahiran anak keduanya akan berjalan lancar bulan depan.
“Alhamdulillah saya sihat. Anak dalam kandungan juga cihat. Doakan proses bersalin berjalan dengan mudah,” katanya yang sentiasa tersenyum sepanjang majlis berkenaan.
Sebelum itu, Siti turut mendedahkan dirinya tidak boleh makan pedas sejak kehamilan keduanya ini.
Terdapat perbezaan hamil bayi lelaki berbanding sewaktu hamilkan Siti Aafiyah dulu.
“Saya tidak mengidam macam-manam kerana tidak boleh ambil makanan pedas. Agak sedih kerana saya memang peminat makanan pedas. Jadi kebanyakan makanan saya hanyalah sup dan masadan kampung yang ringkas.
“Saya akan mengalami ‘heart burn’ yang terik lika mengambil makanan pedas jadi terpaksa elak makanan sebegitu.
Selain itu, perut saya juga lebih besar dan berat naik agak berbanding berbanding kehamilan pertama dulu,” jelasnya kepada Astro Gempak.
Melihat kegigihannya bekerül ini turul diakun oleh warganet yang ada antaranya sebah melihat beliau yang kuat bekerja walaupun sudah nampak sarat dan pénat.
Bakal menyambut kelahiran bulan depan, kita doakan semoga segala urusan penyanyi kesayangan ramai ini dipermudahkan.
Pada hari itu juga turut diadakan sambutan kelahiran anak sulungnya Siti Aafiyah yang ke tiga tahun.
Turut meraikan sambutan hari jadi puteri tunggal pasangan ini adalah anak-anak Datuk Khalid serta menantu dan cucu-cucunya.
Sementara itu pelancaran minuman kesihatan ini juga sangat bermakna kerana menggunakan nama Aafiyah.
Minuman jeli berkhasiat Beaukids Aafiyah ini telah diformulasi khas untuk kanak-kanak bermur dua tahun ke atas dan dijadikan monuman dan snek pilihan.
Juga boleh membantu perkembangan otak kanak-kanak dan meningkatkan sistem imun badan yang sihat.
Dalam pada itu, Siti juga turut melancarkan single dan video klip lagu kanak-kanak terbaharu. Single medley klasik Siti 1 mengandungi empat lagu berjudul Buai Laju-Laju, Tepuk Amai-Amai, Suriram dan Matahari.
Golongan berisiko tinggi terutama pesakit kronik yang bakal menerima vaksin dinasihatkan melakukan beberapa persediaan seperti memastikan mereka dalam keadaan sihat selain perlu tahu nama ubat yang diambil atau membawa ubat tersebut ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk ditunjukkan kepada petugas.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Dalaman Hospital Pakar KPJ Perlis Dr Nurazam Omar berkata, mereka juga perlu segera memaklumkan kepada petugas sekiranya mengalami sebarang gejala dijangkiti wabak Covid-19 dan turut dinasihatkan untuk membawa pen sendiri bagi mengelak risiko dijangkiti.
Justeru katanya, pesakit kronik tidak perlu takut atau risau untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana ia perlu bagi melindungi mereka daripada mendapat kesan yang teruk jika dijangkiti virus itu.
Dr Nurazam berkata, vaksin boleh diibaratkan sebagai ‘perisai’ kerana ia dapat mengurangkan risiko jangkitan bagi pesakit kronik yang merupakan antara golongan tertinggi yang mendapat jangkitan wabak berkenaan.
“Mereka yang mengambil ubat atau dalam tempoh rawatan juga tidak perlu bimbang untuk mengambil vaksin Covid-19 kerana ia selamat.
“Nisbah kadar kemungkinan mendapat kesan sampingan daripada suntikan vaksin Covid-19 antara individu sihat dan mereka yang mempunyai penyakit adalah sama, jadi pesakit kronik tidak perlu risau akan perkara ini,” katanya kepada Bernama.
Dr Nurazam berkata, antara kelebihan vaksin kepada pesakit kronik yang dijangkiti Covid-19 ialah mereka dapat mengurangkan risiko kebolehjangkitan virus tersebut kepada ahli keluarga terdekat lain terutama yang berumur 18 tahun ke bawah.