Walaupun usia sudah melewati separuh abad, tetapi tidak menjadi alasan seseorang itu untuk malas menjaga kecantikan diri.

Malah semakin berusia, kulit wajah kita sebenarnya sangat sensitif. Jika salah penjagaan boleh menyebabkan kulit rosak dan masalah jeragat.

Namun bagi pelakon Laila Nasir, 52 tahun sangat rajin dan begitu menitik beratkan penjagaan kulit wajah.

Minum Air Suam Setiap Pagi

Menurutnya tidak ada petua tertentu diamalkan, hanya menggunakan cara biasa seperti amalkan minum air suam setiap pagi.

Rajin DIY Masker Guna Putih Telur, Cara Laila Nasir Jaga Kecantikan. Walau Usia Cecah 50an!

“Selain itu, saja juga mengamalkan minum sesudu madu yang dicampur dengen air masak setengah gelas.

“Saya juga rajin ambil jus pegaga yang dikisar sendiri. Dalam usia begini juga saya tolak terus untuk minum minuman berais dan air bergas,” ujar Laila yang masih lagi keihatan cantik dan sihat dalam usia begini.

Tambahnya lagi bagi menjaga kesihatan tubuh badan pula, dia rajin lakukan señaman ringan di rumah saja.

Kena Jaga Anugerah Allah

“Dan masuk usia 50 an ini kenalah pandai jaga kesihatan. Bagi penjagaan kulit wajah pula, akan pakai masker daripada putih telur yang dicampur dengan madu.

“Selain itu malas sekalipun janganlah sesekali kita skip mencuci wajah dan pakai pelembap. Saya juga turut mengambil suplemen seperti vitamin C dan habbatussauda.

“Bagi saya kecantikan ini adalah anugerah Allah kepada kita, jadi amanah kita menjaga kecantikan diberi sebaik mungkin.

IKLAN

“Jangan menyalah gunakan kecantikan  dan hati kita pun kena cantik maksudnya jangan ada sifat dengki dan sebagainya. Ini kerana saya percaya aura cantik seseorang itu datang dari hati yang cantik,” jelasnya memberitahu bukan semua orang ada aura cantik itu.

Rajin DIY Masker Guna Putih Telur, Cara Laila Nasir Jaga Kecantikan. Walau Usia Cecah 50an!

Laila turut mengingatkan supaya jangan rasa bangga dgn kecantikan paras rupa kerana kecantikan rupa tidak akan kekal ia akan pudar mengikut usia kita, cuma yang perlu kita jaga adalah kecantikan dari dalam.

Laila yang juga ibu tunggal kepada dua putera sejak kematian suami tercinta lapan tahun lalu berkata ia bukanlah perjalanan dan pilihan mudah. Namun bagi dirinya, menjadi kuat ibarat hanya pilihan yang tinggal.

Malah melihat dua anak di sisi membesar, pelakon watak Mona dalam drama rantaian fenomena Nur di TV3 itulah ibu dan pada masa sama bapa untuk heronya.

Anak Suntik Semangat

“Pada awalnya agak sukar sukar untuk saya membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab. Manalah nak uruskan anak dan ‘shooting’ selain berniaga.

“Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala-galanya. Tapi ketika itu saya bernasib  baik kedua anak sudah bersekolah menengah. Jadi mereka sudah pandai bawa diri. Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa.

IKLAN

“Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan ‘lost’. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat. Tambah pula perjalanan mereka masih jauh dan saya tempat bergantung,” kata wanita kelahiran Machang, Kelantan itu.

Rajin DIY Masker Guna Putih Telur, Cara Laila Nasir Jaga Kecantikan. Walau Usia Cecah 50an!

Tambah pelakon filem Bayangan Maut dan Harry Boy itu, dia sendiri akur skeptikal gelaran dirinya sebagai ibu tunggal  dengan pandangan serong mata masyarakat.

“Bukan senang nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.

“Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Maka dengan itu belajarlah buat semua sendirian.

“Keluarga saya terutama emak jadi nadi dan semangat. Mak terutamanya banyak membantu saya menjaga anak  dan bagi semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat,” katanya lagi.

Rajin DIY Masker Guna Putih Telur, Cara Laila Nasir Jaga Kecantikan. Walau Usia Cecah 50an!

IKLAN

Jadi Pemangkin Semangat

Baru menjadi antara penerima  anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember lalu yang mengangkat anak jati negeri itu yang berjaya dalam dunia keusahawanan, Laila atau nama sebenarnya Norlaila Nasir bersemangat untuk terus mengukuhkan jenama perniagaan minyak wangi dan pelbagai sambal bilis sejak 2014.

“Dengan dunia berlakon dan berniaga itulah saya dapat membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang mengusahakan T’Lasabella Perfume by Lailanasir dan T’Lasabella Kitchen by Lailanasir.

Kejayaan ini juga turut memberikan lebih semangat untuk melipat gandakan usaha untu melangkah terus  bersama T’Lasabella Perfume by Laila Nasir dan T’Lasabella Kitchen yang bermula dari bawah.

Rajin DIY Masker Guna Putih Telur, Cara Laila Nasir Jaga Kecantikan. Walau Usia Cecah 50an!

Dan ini merupakan hadiah tidak ternilai atas usaha dan kerja keras Team T’Lasabella bersama stokis dan agent.

Sebagai Founder T’LaSabella HQ, Laila turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada agent & stokis seluruh Malaysia termasuk Singapura. Tambahnya dia begitu terharu apabila dapat pegang award ini dan rasa penat lelah selama ini berbaloi.

Artikel Berkaitan:

Cantiknya ‘Dream Girl’ Heliza Helmi Di Majlis Kahwin. Penampilan Simple & Santun Dapat Pujian Ramai!

‘Simple & Classic Tapi Menyerlah’ – Uyaina Arshad Gayakan Kurung Pahang Rona Klasik Emas, Untuk Majlis Nikah

Lepas 11 Tahun Berjuang, Elyana Kongsi Berita Gembira Kini Bebas Kanser Limfoma