Hendak turunkan berat badan bukan semata-mata sebab kita hendak sihat dan kekal fit.
Islam sendiri pun menggalakkan kita menjaga kesihatan termasuklah dalam soal mengawal berat badan.
Sebenarnya apabila berat badan terkawal, kesihatan jadi lebih baik. Badan jadi lebih ‘ringan’ dan secara tidak langsung memudahkan kita untuk melakukan amal ibadat.
Tidak dapat dinafikan bahawa memang banyak pantang larang atau petua untuk menurunkan berat badan.
Ada sesetengah mendakwa minuman berais dan nasi putih adalah punca utama kegemukan. Namun sebenarnya dakwaan itu hanyalah mitos semata-mata.
Di Facebook, coach kesihatan Sha Rini berkongsi 18 mitos diet yang masih dipercayai ramai orang. Jom semak!
Masih banyak mitos diet yang masih ada orang percaya sehingga sekarang. Hopefully by 2019 kita semua dah lebih berilmu dan boleh bezakan yang mana mitos dan yang mana benar.
1. Air ais tidak bekukan lemak. Air panas tak cairkan lemak. Air limau/lemon tak potong lemak. Kandungan lemak tetap sama walau kau minum air sejuk beku atau air mendidih terbakar tekak.
2. Buah warna kuning tidak “lebih jahat” dari buah warna hijau, merah, purple, kalerful. Kandungan gula dalam buah BUKAN bergantung pada warna buah. Asalkan dimakan ikut portion yang betul dan awak bukan diabetic, buah warna kuning bukan penyebab awak tak kurus.
3. Air detox, air greentea, chia seed tidak buat awak kurus, kalau awak tak jaga makan.
4. Air ais TIDAK MEMBUNCITKAN. Yang buat buncit tu lemak kawasan abdomen terutamanya visceral fat.
5. Walaupun sayuran dan buahan itu makanan yang sihat, makan secara berlebihan jugak boleh memudaratkan. Bersederhana.
6. Nasik BUKAN penyebab gemuk utama.
7. Makanan/minuman TANPA LEMAK TIDAK SEMESTINYA BAIK untuk ada.
8. Usus TIDAK PERLU di detox atau dicuci. Makan dengan sihat dan workout secara regular membantu kesihatan usus anda.
9. Teh detox tidak elok untuk usus. Ia memaksa usus anda bergerak, dan akhirnya nanti usus anda akan jadi malas dan tidak ada nature sendiri.
10. Epal, hijau atau merah boleh saja dimakan masa diet. Darjatnya sama walaupun rasa tak sama ? tidak semestinya yang masam itu lebih baik dari yang manis, kecuali muka yang masam memang tak elok utk semua orang.
11. Rambutan, nangka, ciku, langsat boleh saja dijadikan snacking, tak semestinya epal, jambu, blueberry, stroberi, avocado. Keypoint adalah “portion”.
12. Untuk lose weight, tak semestinya kena makan salmon, avocado, berries, oat, pasta, dada ayam sahaja. Boleh saja makan ikan kembung, nasik putih, buah rambutan, mee, bihun asalkan tau had masing-masing.
13. Kita hanya perlu minum air secukupnya mengikut keperluan badan masing2. Tak perlu buat kolam untuk pelihara ikan dalam perut ? Anggaran 30ml untuk setiap kg berat badan atau tengok warna urin jernih atau light yellow sudah memadai. Pengambilan air yang berlebihan juga boleh menggangu keseimbangan elektrolit dalam badan.
14. Minuman yang berlabel “Kurang Gula” bukan bermaksud kurang manis. Gulanya masih banyak cuma kurang dari amaun sebelumnya.
15. Makanan berlabel “Tiada Gula Tambahan” atau “No Added Sugar” bermaksud tiada gula putih “ditambah” kepada produk tersebut. Bermaksud, produk tersebut mungkin masih ada amaun gula yg sama seperti yang asal atau dia tak guna gula putih tapi ada gula tiruan seperti maltodextrine, dextrose, maltitol, xylitol, aspartame dan sebagainya.
16. Berpeluh dengan banyak semasa workout BUKAN bermaksud awak burn banyak kalori. Berpeluh atau tidak, bukan benchmark utk calories burn. Some people sweat a lot. Some dont. Kelenjar peluh kita tak sama.
17. Workout tutup kipas/aircond supaya banyak peluh is so yester-year. MOVE ON.
18. Pakai baju hujan masa jogging supaya banyak peluh is also so yester-year. Please. Its almost 2020 now. MOVE ON.
Banyak dah ni. Ada nak tambah? Boleh tambah kat bawah ye hehe
Kata orang untuk berjaya kena mencari ilmu sebanyak mungkin. Bukan itu saja, dalan misi diet juga kena ada ilmu agar tidak tersalah cara yang salah.
Seperti perkongsian wanita ini Siti Izah Acidic ZH yang berjaya lenyapkan berat badan hingga mencapai berat ideal.
Kalau dulu beratnya sekitar 72 kg dan kini mampu tersenyum kerana memiliki berat ideal iaitu 41.6 kg. Berjaya hilangkan 31 kg dalam masa 4 bulan saja.
Ketika mula mengamalkan diet dia hanya follow cara orang melalui grup Diet Suku-Suku Separuh.
Dan bila PKP dan bekerja dari rumah secara tidak engaja mengikut live coach Izi Yahaya dari VistaFitt di Facebook.
Dan dengan usaha cuba cara diet mengikut saranan diberikan, dia berjaya capat berat 56 kg. Tetapi kemudian berat stuck pada angka berkenaan sebelum Coach sarankan pula join kelas lain.
Kemudian dia masuk kelas Nak Ubah Badan & Advance Ilmu Kurus dan tuntut ilmu diet yang betul.
Menurutnya perkara utama sebenarnya adalah menuntut ilmu diet dengan betul. Kedua kena bijak kuasai mindset dan terakhir kena disiplin betul-betul.
Jika ketiga-tiga dapat dicapai, insya-Allah baru boleh fokus diet pemakanan.
Siapa sangka berkat pembelajaran ilmu diet, dia berjaya mendapat berat diidamkan iaitu sekitar 41.6 kg dalam masa hanya 4 bulan.
Apabila tercapai, terasa macam mimpi mendapat BMI yang ideal. Ternyata berbaloi apa yang telah diusahakan selama ini.
Baginya memang berbaloi join kelas coach Izi Yahaya VistaFitt.
Ini kerana Coach ajar cara diet makan apa saja. Makanan real food 5 kali sehari ikut sukatan keperluan kalori harian kita tanpa ubat produk dan juga suplemen.
Menurutnya juga diet diamalkan ini diet yang sangat enjoy dan sustainable. Jadi bagi sesiapa pun boleh capai impian bila ada ilmu.
Seperti mimpi bila kurus tanpa sedar.
Dulu pun gemuk tak sedar. Sakit tumit, asyik la terpelecok bila berjalan. Bangun pagi terhencot-hencot berjalan. Solat pun macam-macam kesulitan.
Paling sadis, orang kutuk macam-macam… Gemuk, hodoh tak sedar diri
Bila hati sedih, nekad ubah diri.
Dari 72kg dahulu ke 41.6kg sekarang.
Memang momentum personality.
Solat pun mudah. Sakit tumit, sakit lutut pun tiada lagi.
Seronok toksah habaq la.
Sesiapa pun pasti boleh capai impian. Kuasai mindset dan disiplin betul-betul.
Oleh kerana pandemik yang melanda sekarang, kebanyakan dari kita perlu bekerja dari rumah atau istilahnya WFH.
Walaupun bekerja dari rumah, tetapi tanggung jawab pada kerja sama seperti bekerja dari pejabat (WFO).
Dan kita juga akan terdedah dengan masalah stres. Apatah lagi dalam masa sama perlu menguruskan kerja-kerja rumah.
Situasi ini sebenarnya menyebabkan minda tidak sihat kerana perlu bekerja 24 jam. Jika tidak dibendung boleh membawa kepada fenomena emosi ‘burnout’.
Antara gejala burnout ini adalah seperti sentiasa berasa penat, ada masalah tidur, tidak bermotivasi untuk bekerja, sering marah-marah dan juga sakit badan dan sendi.
Perkongsian Doktor Redza Zainol ini di laman sosial twitter memberitahu bagaimana isterinya menangani masalah burnout ini.
Saya perhati je dari pagi.
Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.
“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.
Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Masuk waktu tengahari, dia pergi ke meja dan mula baca buku kegemaran dia sampai ke petang.
Serius dulu saya ingat aktiviti berehat ini sia-sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius. Saya cuma fikir kalau ada masa, baik kita buat kerja. Masa tu pada pendapat saya, berehat ni hanya untuk orang yang malas.
Itu dulu.
Sampailah beberapa tahun yang lepas isteri saya tak sihat waktu berpantang.
Saya kena jaga anak, kena melayan kehendak anak sepanjang hari.
Mengadap perkara yang sama setiap hari buat saya jadi letih. Penat pada fizikal dan paling ketara ialah penat pada emosi.
Waktu tu, kalau saya dapat keluar rumah sekejap pun dah rasa gembira.
Kalau dapat buat perkara lain selain dari menjaga anak, rasa lega sangat.
Masa tu baru saya sedar pengorbanan isteri saya. Banyak kali dia mengadu penat dan saya cakap rehatlah.
Saya silap.
Selama ni saya ingatkan dia penat fizikal, rupanya dia penat pada emosi. Penat pada emosi itu tak boleh hilang dengan tidur atau rehat semata-mata.
Sebenarnya, selama ni isteri saya ambil masa berehat hanya untuk dia keluar dari “Emotional burnout”.
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Percayalah, bila isteri dapat cukup rehat begini, dia akan mula bekerja keras semula untuk keluarga.
Sebab waktu tu, emosi dan psikologinya jadi segar dan terjaga semula.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai suami isteri yang tahu. Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan anggota badan yang lain