‘Pretty Mommy’ – bukan je cantik bergaya. Dapat pula cuti bersalin setahun & 5 bulan gaji penuh. Setelah hampir setahun berkahwin, akhirnya Dr Amalina Che Bakri, 35 tahun yang merupakan seorang pakar bedah kelahiran Malaysia, kini berkhidmat dan menyambung pengajian di United Kingdom (UK), sedang hamil anak sulungnya.
Berkongsi perjalanan kehamilannya di media sosialnya, ternyata Dr Amalina begitu teruja menanti detik kelahiran si kecil hasil perkahwinan dengan suami tersayang, jejaka Inggeris, Alexander Charles.
Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, jawapan berkenaan soalan tentang berapa lama cuti bersalin yang bakal diambil oleh Dr Amalina telah mendapat perhatian netizen. Menurutnya dia akan bercuti selama 10 bulan walaupun boleh sehingga setahun.
“Cuti bersalin saya akan bermula pada minggu jangkaan bersalin, kecuali saya bersalin lebih awal.
“Saya boleh mengambil cuti bersalin sehingga setahun. Saya mungkin akan cuti bersalin selama 10 bulan supaya Alex juga boleh mengambil ‘parental leave’ bersama-sama,” titip Dr Amalina yang sedang bekerja dan dalam masa sama menyiapkan PhD (Ijazah Doktor Falsafah).
“Setiap organisasi dan syarikat ada polisi yang berbeza, jadi ia bergantung di mana anda bekerja,” ujarnya yang pernah viral disebabkan mendapat keputusan SPM 17A1 ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.
Dalam pada itu ketika ditinjau di Instagramnya, walaupun sedang hamil, Dr Amalina kelihatan begitu bergaya walaupun sedang sarat hamil anak pertamanya.
Malah rata-rata netizen memuji kecomelan gaya Dr Amalina dalam menggayakan baju mengandung. Mereka juga turut mendoakan segala urusan dipermudahkan sehingga kelahiran anak pertamanya ini.
Tak best nak ‘bawa’ kulit kusam ke mana-mana, rasa kurang yakin dan seolah-olah orang pandang wajah kita macam ada sesuatu yang tak kena. Bukan tak cantik tapi kurang berseri jadinya.
Jadi nak tak nak anda kena usahakan cara macam mana nak naikkan seri wajah yang hilang bila umur semakin meningkat.
Ini salah satunya, boleh pilih ikut kesesuaian anda ya.
Rawat Kulit Kusam
Lemon
Buah ini mengandungi vitamin C yang membantu mencerahkan kulit. Khasiat lemon juga mampu membuat kulit tampak lebih bersih dan turut membantu dalam masalah bintik hitam yang biasanya disebabkan oleh jerawat dan sinar matahari.
Cara: Potong lemon kepada dua bahagian lalu perah air jus lemon ke dalam mangkuk bersih. Celupkan kapas bersih ke dalam jus lemon dan sapukan kapas tersebut pada kulit wajah. Dinasihatkan untuk melakukan rawatan ini setiap malam sebelum tidur, biarkan jus lemon itu melekat pada kulit tanpa dibersihkan selama satu malam supaya kandungan jus lemon meresap ke kulit.
Susu
Susu antara bahan semula jadi yang dapat mencerahkan kulit wajah yang kusam, susu mengandungi bahan aktif seperti AHA dan BHA yang membantu menghilangkan bintik hitam serta membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam yang terjadi akibat sinaran matahari.
Cara: Basuh wajah dengan susu atau gunakan masker yang diperbuat daripada susu pada kulit wajah anda. Lakukan rutin ini dengan kerap untuk kesan yang lebih maksimum.
Minum air yang cukup.
Air
Bukan hanya penting untuk kesihatan tubuh kita, tetapi juga mampu membantu dalam memulihkan kulit wajah yang kusam dan kering. Dengan mengamalkan minum air secukupnya dapat membantu dalam menghidratkan kulit supaya tamapak bersinar dan tegang.
Cara: Minum 8 gelas air setiap hari untuk menjaga kelembapan kulit wajah kita.
Pisang dan Madu
Pisang mengandungi Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan zat Besi. Kandungan vitamin C dalam buah pisang dapat membantu dalam merawat kulit wajah yang kusam serta mencerahkan kulit.
Cara: Campurkan buah pisang yang telah dilumat halus dengan madu. Sapukan campuran tersebut pada kulit wajah . Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.
Yogurt
Lactic acid yang terkandung dalam yogurt merupakan natural hydroxyl acids yang membantu dalam pengelupasan, melembapkan dan melicinkan kulit wajah.
Cara: Campurkan yogurt dengan madu. Sapukan pada wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih setelah selesai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau akaun bank kena hack dengan scammer, anda patut tahu macam mana nak bertindak sebab setiap hari pasti ada sahaja cerita di internet mengenai akaun bank digodam oleh scammer. Risau!
Pastinya ini merisaukan orang ramai kerana takut duit yang disimpan untuk kegunaaan masa depan lesap dihilangkan oleh orang tidak bertanggungjawab.
Bagi yang menggunakan akaun Maybank, anda boleh menggunakan fungsi baharu yang diperkenalkan oleh Maybank iaitu Kill Switch.
Anda boleh mengaktifkan fungsi Kill Switch ini sekiranya akaun anda digodam oleh scammer atau ada transaksi yang mencurigakan.
Kalau Akaun Bank Kena Hack Dengan Scammer, Aktifkan Fungsi Ini
Cara-caranya:
1. Buka aplikasi MAE, pilih more di bahagian bawah kanan dan klik Kill Switch.
2. Pilih Deactivate M2U Access.
3. Baca terma dan klik Deactivate Now.
Setiap hari pasti ada sahaja cerita di internet mengenai akaun bank digodam oleh scammer. Itu sudah tentunya merisaukan orang ramai kerana takut duit yang disimpan untuk kegunaaan masa depan lesap dihilangkan oleh orang tidak bertanggungjawab.
Senang, bukan? Lepas ini anda bboleh cuba sekiranya akaun anda digodam oleh scammer. Dan mungkin ilmu ini anda boleh bantu rakan terdekat atau orang lain juga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah mengalami masalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak, namun bagi pelakon dan juga usahawan Tya Arifin. Tidak pernah mengalah untuk tampil cantik.
Baginya penampilan yakin dan menyenangkan memberi aura positif setiap kali bekerja memandangkan dirinya juga seorang usahawan.
Mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kecantikan diri, Tya Ariffin tidak lokek berkongsi amalannya.
“Tiada rahsia tertentu menjaga kecantikan. Cuma saya banyak minum air kosong dan setiap pagi amalkan minum jus Mutyara. Saya juga akan sentiasa bersihkan wajah yang mekap bila sudah pulang ke rumah.
“Seawal pagi rutin haria saya akan bangun sekitar jam 5 pagi dan waktu itu saya akan terus bersemangat memulakan kerja.
“Kemudian saya akan ambil sarapan pagi sihat seperti bijiran dan sayur dan tidak dilupakan suplemen Mutyara sebagai penambah tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari,” ujarnya yang sentiasa murah dengan senyuman ini.
Menurutnya memang dia akan masuk tidur lewat sekitar jam 12 malam tetapi akan bangun awal pagi untuk memulakan rutin harian.
“Walaupun masuk tidur agak letat, tetapi alhamdulillah masih diberi tenaga berpanjangan untuk kekal cergas keesokan harinya.
“Saya masih ingat lagi ketika masih kecil lagi sudah diajar oleh ibu saya agar mengamalkan minuman herba yang dibuat olehnya. Minuman herba ini diperbuat daripada campuran halia, kunyit dan beberapa bahan lain dan rasanya memang pahit. Tetapi mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan tubuh.
“Jadi apabila suda ada produk sendiri ini,Tya jadikan ia seperti herba yang dibuat ibu tya untuk diamalkan setiap hari sehingga hari ini. Kesannya memang Tya akan kekal bertenaga sepanjang hari.
“Idola dalam menjaga kecantikan pula, adalah mereka yang berumur 50 tahun ke atas tetapi masih boleh menjaga badan dan kesihatan dalam dengan sangat baik sekali.
“Saya sangat respek dengan mereka yang pandai menjaga kecantikan diri luar dan dalam dan inilah yang Tya idamkan satu hari nanti. Jadi untuk capai impian itu inilah apa yang saya lakukan dengan menjaga kesihan diri sebiak mungkin,” jelasnya lagi.
Bercerita perihal kerja pula, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata dia bakal bergelar pengacara untuk satu program television.
Bukan tamak mahu melakukan semua cabang kerja, namun ibu kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini akan mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Malah pandemik COVID-19 yang sudah lebih setahun melanda dunia juga turut menjentik semangat Tya Arifin berkongsi hal positif dan suntikan inspirasi menerusi program berkenaan.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Terdahulu, isteri kepada Asyraf Khalid ini pernah berlakon, menyanyi dan menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepankekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” katanya.
Malah dalam membiasakan norma baharu ini juga, segala serbikerja dilakukan sendiri wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti dari Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundangnya.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Di akhir bicara, Tya tak lepas ditanya mengenai kerinduannyaterhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua.
“Bab rindu ini sebenarnya bagaisudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.