nourul depp

Nourul Depp, 45, yang aktif sebagai jurulatih dan penasihat rangkaian kesihatan Herbalife, memaklumkan dia tidak mahu membuat sebarang reviu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihataan pengguna.

Tulisnya menerusi ruangan kapsyen Instagram, dia juga tidak memandang kepada jumlah wang yang ditawarkan.

“Maaf ya, saya pilih produk terbaik saja, yang dijamin tidak meninggalkan kesan sampingan.

“Sebelum ini saya pengguna steroid dan juga klien kepada beberapa klinik untuk buat khidmat reviu dan akibatnya saya terkena kesan buruk.

“Saya tak nak buat lagi terutamanya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengikut, peminat termasuk keluarga saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Bagi pendapat pelantun lagu Kerana Terluka itu, segelintir orang mempromosikan produk demi kepentingan diri tanpa menghiraukan kesan buruk produk tersebut.

IKLAN

“Pilih untuk jadi pengguna yang bijak, buat kajian siapa pengusaha produk dan bahan-bahannya itu. Siapa pengedar dan syarikat dah wujud sejak berapa lama termasuklah asal dari mana?

Nourul Depp Pilih Jadi Pengguna Yang Bijak, “Jangan Nak Cepat Hasil Tapi Kesihatan Tergadai!”

“Pastikan juga ada kenyataan produk, ada dalam perundangan Megadose. Hati-hati dan jadilah pengguna yang bijak.

IKLAN

“Jangan fikir nak cepat dapat hasil tetapi kesihatan dan nyawa tergadai. Ini hanyalah peringatan bersama daripada saya untuk semua,” jelasnya.

Tips Makan Sihat
Memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat, Nourul juga tidak lokek berkongsi tip makanan sihat buat pengikutnya.
Makan kena jaga. Elakkan gorengan dan lebihkan sayuran! 

Penting juga minum air kosong banyak setiap hari, elakkan air manis.
Kedua, pastikan makan protein yang secukupnya. Pilih lemak bagus untuk kita, elakkan guna mentega atau marjerin terlalu banyak. Pilih cara masak yang sihat untuk kita.

Kita ni mak-mak problem perut. Dua perkara jika nak perut cantik:

Selain itu:  Kecilkan Liang Pori Terbuka, Wanita Ini Guna Kiub Ais Saja

1. Makanan harus makanan yang betul

IKLAN

2. Kena aktif dan buat senaman perut

Macam mana dan apa sekali pun alasan, dua ni kena buat.

“Nak kecilkan perut kena buat consistently. Setiap hari. Boleh aih. Kami anak 4 kami boleh dapat. InsyaAllah hangpa pun.” Kongsinya lagi.

Nourul Depp Pilih Jadi Pengguna Yang Bijak, “Jangan Nak Cepat Hasil Tapi Kesihatan Tergadai!”

Jadi bagaimana pula dengan kita, masih belasah produk dan makanan yang nampak best atau nak ikut cara Nourul ini?
Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella,3.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI