
Nak lentikkan bulu mata guna sudu, anda kena tahu langkah yang betul dengan mengetahui beberapa tips ini.
Dan sebelum anda menghabiskan wang anda untuk membeli pelbagai alat kecantikan wajah, mungkin anda boleh cuba menggunakan barang di dapur yang anda selalu gunakan.
Sebenarnya ada banyak barangan harian yang boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mencantikkan wajah. Namun pernah tak anda terfikir untuk menggunakan sudu sebagai pengganti eyelashes curler anda?
Nak Lentikkan Bulu Mata Guna Sudu, Ini Caranya!
Ya, anda boleh guna susu sahada tana mengeluarkan modal untuk lentikkan bulu mata. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
- Hangatkan sudu teh atau sudu biasa anda dengan sedikit air suam ( kerana menggunakan sudu sejuk sudah tentu tidak membuatkan anda selesa ).
- Tekan belakang sudu ke bahagian bulu mata anda dan tahan untuk beberapa saat.
- Kemudian, letakkan maskara anda seperti biasa dan bulu mata anda sudah pasti melentik sepanjang hari!.
Tips bulu mata yang sihat : Apabila anda melentikkan bulu mata dan meletakkan maskara setiap hari, anda akan melemahkan struktur bulu mata anda, jadi cuba letakkan kelapa, minyak kastor atau minyak zaitun pada bulu mata anda dengan jari sebelum tidur setiap malam. Dengan cara ini, bulu mata anda secara semulajadi akan terhidrat, subur dan kuat.
Sekarang kami nak kongsikan video mengenai kegunaan sudu untuk kecantikan wajah anda, selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Cara Buat Push Up Dengan Kedudukan Sempurna. Barulah Dapat Hasil Senaman Lebih Baik!

Isi Kandungan
ToggleJika mahu melakukan aktiviti senaman di rumah saja, ramai akan memilih senaman push up yang mudah untuk dilakukan.
Senaman push up merupakan senaman yang mungkin anda anggap sebagai rutin basic semata.
Tapi jika anda juga sudah pasti tahu bahawa push up merupakan antara bentuk senaman yang yang paling berkesan untuk membina ketahanan diri, stamina dan membesarkan otot.
Jadi tidak hairanlah mengapa push up merupakan amalan rutin senaman wajib di kalangan pasukan-pasukan keselamatan beruniform di seluruh dunia.
Menurut saintis yang melaporkan menerusi Journal of Strength and Conditioning Reserach, senaman push up dan bench press memberikan hasil yang lebih kurang sama terhadap aktiviti otot lalu meningkatkan kekuatan yang hampir sama.
Dan seperti senaman yang lain push up juga akan memberikan hasil yang betul-betul berkesan jika anda melakukannya dengan betul.
Ayuh, kita kongsikan bagaimana untuk melakukan push up dengan selamat dan efektif.
SASARAN UTAMA: Dada, tangan dan teras perut.
Melakukan Push Up Dengan Kedudukan Sempurna
Pastikan kedudukan kaki dan tangan berada dalam keadaan lurus. Bermul dari badan terus ke bahagian kepada hingga kaki. Pastikan tangan anda betul-betul selari dengan bahu. Tegapkan baodan dalam posisi ini.
Dengan meletakkan siku ke bahagian luar badan dan kepala ke bawah, rendahkan bahagian torso sehingga dada anda berada beberapa inci dari lantai.
Berhenti buat seketika kemudian angkat badan kembali ke posisi asal secepat mungkin.
Cara Push Up Senang
Letakkan kotak atau bangku kecil atau permukaan lebih tinggi kemudian letakkan tangan anda di situ. Semakin tinggi sudut badan anda berbanding lantai ia menjadi semakin senang
Cara Push Up Mencabar
Cuba lakukan ‘dead stop push up’ dengan merendahkan dada rapat ke bahagian lantai. Kemudian angkat tangan anda sedikit ke atas dan bertahan. Teknik ini lebih mencabar dan menuntut kekuatan lengan yang lebih besar.
Opsyen lain: Lakukan single-leg push up dengan sebelah kaki diangkat atau decline push up dengan kedua belah kaki diletakkan di atas kerusi atau permukaan lebih tinggi.
Tip Bonus
Tolak bahagian belakang badan anda ke atas setiap kali anda mula kembali ke posisi asal. Dengan melakukan teknik ini anda telah meningkatkan kekuatan otot serratus anterior. Mengapa ini penting?
Ini kerana otot tersebut biasanya lemah dan boleh menyebabkan shoulder impingement atau dikenali sebagai weightlifter’s shoulder. Otot serratus anterior yang kuat bukan sahaja membantu anda dapat postur badan yang etul tetapi turut memberi reaksi balas terhadap posisi humpback yang dialami ramai orang ketika berada di pejabat.
Artikel Berkaitan:
Nak Mantapkan Bahagian Perut & Lengan. Ini Cara Betul Lakukan Senaman Push Up!
Lakukan Senaman Mudah Ini Untuk 20 Minit Je, Mampu Cergaskan Badan & Minda
Turun Hampir 10 KG Tanpa Stress. Wanita Amal Diet Suku-Suku Separuh & Workout 4 Kali Seminggu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suka Kayuh Basikal, Patutlah Hanez Suraya Makin Cantik Dan Slim

Patutlah nampak Hanez Suraya makin cantik kulitnya dan tubuh badan pu maintain kurus, rupanya dia aktif kayuh basikal!
Walau seakan menyepi daripada industri seni, namun bakat dan pesona Hanez masih diingati peminat setia yang ternanti-nantikan kemunculannya di kaca televisyen.
Suka Kayuh Basikal, Patutlah Hanez Suraya Makin Cantik Dan Slim
Meninjau media sosial Hanez, dia yang meniti usia 37 tahun aktif dengan gaya hidup sihat seperti berbasikal. Meski usia bakal menghampiri 40 tahun namun stamina aktres cantik ini kuat!
Tidak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh ideal persis anak dara walau dah berstatus isteri dan ibu.
Melihat penampilan Hanez menyambut Syawal baru-baru ini, macam tak berubah bintang drama Love You Mr Arrogant tersebut. Bahkan kulit putih bersih dan mulusnya sering menarik perhatian followers.
Hanez mengakui memperlahan karier lakonan demi memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang dan memenuhi kemahuan suami tercinta.
“Of course, rindu (berlakon) sebab itu minat saya dari dulu. Tapi terpaksa berkorban, bukan husband tak bagi cuma dia takut saya tak dapat beri komitmen dekat family.
Buat masa ini tak terfikir untuk kembali. Tak kata bersara atau menghilangkan diri cuma tak nak fikir lagi,” jelasnya yang tidak menolak jika ada rezeki untuk kembali berlakon.
“Ada yang bertanya tapi tak berani bagi jawapan sebab takut tak boleh commit. Rindu sangat, kadang buka cerita-cerita lama (lakonan), ya Allah rindunya.”
Bercerita mengenai aktiviti kegemarannya iaitu berbasikal, personaliti ini memberitahu, “Memang itu aktiviti yang bukanlah setiap hari. Tapi dalam seminggu, dua ke tiga kali memang wajiblah. Mesti kayuh.”
Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin Adilha Abdul Rais pada 25 Mac 2015.
Hanez Suraya menceburi bidang seni pada tahun 2004 menerusi filem Bicara Hati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tokey Mekap Juara Pencarian Nona Superwoman. Rezeki Berganda Bawa Pulang RM50 Ribu!

Isi Kandungan
ToggleTuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa sangka dengan hanya memulakan perniagaan menjual produk mekap memberi kemenangan berganda buat diri wanita ini.
Jika orang lain memilih produk makanan atau tudung, tetapi wanita berusia 35 tahun ini memilih menceburi bidang kosmetik kala berdepan pandemik Covid-19.
Bagi Norfazlina Mohd Faozi atau mesra dipanggil Fazs Faozi tidak menyangka akan membawa pulang wang tunai RM50 ribu beserta barangan apabila dinobatkan sebagai juara untuk Pencarian Nona Superwomen.
Mengalahkan empat finalis lain di pentas akhir, wanita lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri ini begitu yakin kala membuat dua tugasan terakhir di depan juri.
Berniaga Tak Cukup Ilmu
Namun perjalanan Fazs Faozi untuk mengecap kemanisan ini bukan semudah disangka. Menurutnya kesilapan dilakukan dalam perniagaan adalah tidak cukup ilmu.
“Matlamat saya ketika mula-mula membina perniagaan adalah jual barang untuk dapat untung dan yang penting stok habis.
“Saya mengeluarkan duit poket sendiri sebanyak RM3000 sebagai modal untuk mengeluarkan produk pelembap wajah.
“Ketika itu, produk penjagaan kulit seperti pelembap wajah masih belum banyak di pasaran. Tak banyak pun, keluaran pertama kurang daripada 500 unit namun, alhamdulillah produk tersebut laris terjual.
“Saya jadi terkejut lihat pengaliran wang masuk dan dalam masa yang sama tak pandai menguruskan kewangan syarikat serta tak fokus dalam perniagaan. Banyak kesilapan yang saya lakukan sewaktu mula-mula bertapak dulu sehingga rasa putus asa nak meneruskan perniagaan.
“Justeru saya nekad tak mahu lagi meneruskan perniagaan dan mahu fokus kepada mekap artis sahaja,” tutur Fazs Faozi yang bergelar jurusolek sebelum mencebur diri dalam bisnes kosmetik.

Pandemik Covid-19 Jadi Igauan Ngeri
Namun pengalaman ketika mendepani pandemik COVID-19 sedikit sebanyak menyuntik inspirasi untuk terus pergi labih jauh dalam dunia perniagaan.
“COVID-19 sebenarnya adalah igauan ngeri bagi setiap peniaga. Banyak cabaran dan halangan yang terpaksa kami tempuh.
“Cabaran paling besar apabila kita semua tidak dapat bergerak bebas seperti dahulu. Terlalu banyak kempen yang telah kami planning tidak dapat dijalankan. Ada separuh modal yang telah dikeluarkan tapi sangkut pula. Pada PKP 1.0, saya agak lost ketika itu.
“Tak tahu apakah cara yang terbaik dilakukan untuk mengahadapi pendemik ini. Alhamdulillah, saya banyak merujuk kepada pihak yang lebih arif seperti guru bisnes dan rakan bisnes yang lain.
“Keputusan drastik saya ketika saya lihat cash flow semakin berkurangan, saya mengecilkan lialibiti syarikat dengan menutup pejabat dan mengarahkan semua staf berkerja dari rumah.
“Kemudian kami banyak melakukan “discount sale” untuk melancarkan semula aliran tunai. Selain itu, kekangan dari segi kewangan juga dapat diatasi dengan bantuan dari pihak kerajaan,” tambah ibu kepada dua cahaya mata ini.

Sejak Belajar Lagi Sudah Solek Orang
Menurutnya ketika belajar di universiti lagi dia sudah pandai menyolek rakan-rakan lain dan minat itu terus bercambah selepas habis pengajian.
Selepas 4 tahun menimba pengalaman sebagai pegawai bank dan selepas 4 tahun, dia akirnya berhenti untuk meneruskan minat dalam bidang kecantikan, iaitu solekan. Kini sudah 6 tahun dia meneruskan kerjaya sebagai seorang jurusolek atau makeup artist.
“Apabila semakin dikenali, saya mengambil langkah mengeluarkan produk pertama saya iaitu penjagaan kulit atau skincare.
“Kini, saya mempunyai lebih kurang 6 jenis produk solekan dan penjagaan kulit di bawah label Fazsbeauty,” tambahnya mengakui kejayaan diraih adalah atas usaha dan sokongan keluarga tidak berbelah bagi.
“Keluarga adalah tulang belakang saya. Tanpa keluarga, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini. Suami saya, insan paling supportive.
“Suami sentiasa menghulurkan bantuan di saat saya memerlukan dan juga ibarat pakar motivasi buat saya ketika down,” tambahnya yang berharap jenama Fazsbeauty akan semakin berkembang maju.

Bantu Wanita Terjejas Ekonomi
Program realiti yang julung kali ini telah berlangsung sejak 22 September lagi yang ditayangkan di saluran Astro Prima di mana memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik menambah ilmu perniagaan.
Majlis penuh gemilang tetapi dilakukan dalam suasana new norm itu turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima (105).
Platform Pencarian Nona Superwoman yang diperkasakan oleh USAHANITA adalah selari dalam membantu wanita terjejas ekonomi akibat pandemik Covid-19. Malah pihak penganjur, Majalah Nona melalui Ideaktiv dan juga Astro Prima memberitahu akan terus penganjurannya di musim akan datang.

Artikel Berkaitan:
Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Lenyapkan 20KG Dalam Masa 3 Bulan!
Tak Lokek Kongsi Rahsia Jaga Kecantikan. Iman Troye Dedah Rahsia Miliki Kulit Halus & Mulus!
Sangka Bebas Kanser Rahim, Tapi Dikesan Kanser Usus Tahap 4. Wanita Kental Hadapi Dugaan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI