Nampaknya ramai yang tidak sabar untuk memenuhi jemputan rumah terbuka hujung minggu ini memandangkan kita masih berada dalam mood Syawal.

Setelah hampir dua tahun tidak beraya, inilah masalah bergaya sakan dengan pakaian dan solekan yang sedap mata memandang.

Maklumlah rugi pula nanti jika tidak bersefie dengan rakan-rakan setelah hampir dua tahun tidak bertemu dalam acara sebegini.

Bercakap bab solekan, antara cabaran utama adalah mengekalkannya sepanjang hari dalam keadaan cuaca negara ini yang panas.

Kongsi Tip Simple Mekap Tak Luntur & Maintain Glowing Seharian Ke Rumah Terbuka

Artikel Lain: Fasha Sandha Tak Lokek Kongsi Tutorial Solekan Ringkas 5 Minit. Hasilnya Memang Wow!

Oleh kerana cuaca ini juga, tersilap solek maka wajah boleh menjadi tambah comot bila bedak asas atau maskara mencair terkena peluh!

Bagi yang berkulit jenis berminyak pula, pembayang mata (eyeshadow) dengan mudah meluntur dan maskara bergumpal hingga buat mata merah.

IKLAN

Bagi mengatasi masalah ini, jurusolek profesional dari Los Angeles, Amerika Syarikat Sandy Linter memberikan 3 dari 5 tip berikut:

1. Mulakan Dengan Concealer

Concealer mempunyai fungsi ‘ajaib’ mampu menutup noda dan cela pada wajah terutama warna gelap pada bahagian bawah mata dan kulit wajah yang tak sekata. Ratakan concealer secukupnya pada wajah anda hingga warna nampak senada.

Cari di sini untuk belian lebih bernilai https://invol.co/claqkfr

2. Jangan Tinggalkan Pemakaian Primer

Primer atau eyebase wajib diratakan dahulu pada kelopak kerana ia adalah solusi mengelak eyeshadow mencair dalam cuaca panas apabila kulit mula berminyak. Jadi jangan malas untuk aplikasikan primer menggunakan hujung jari yang bersih sebelum merias mata anda.

IKLAN

Beli di sini https://invol.co/claqkf3 

3. Gunakan Mekap Waterproof

Terdapat banyak mekap kalis air atau waterproof yang kini berada di pasaran. Sebenarnya tak susah pun menanggalkan solekan jenis ini kecuali anda kena rajin sedikit menggunakan penanggal solekan selain air biasa. Mekap waterproof penting bagi negara beriklim panas seperti kita dan bagi riasan mata, warna terang adalah pilihan terbaik kerana ia mampu membuat pemakainya terlihat segar.

Selain itu:  Ramai Pilih Pakai Cushion Berbanding Foundation, Ini Tip Terbaik!

Untuk maskara, pilihlah dari jenis tekstur cepat menyerap untuk mengelak gumpalan maskara cair dihujung mata. Kemudian agar lebih menawan dan natural, kombinasikan dengan lipstik nude senada warna kulit.

 

IKLAN

Artikel Lain: Nak Pastikan Solekan Jadi Cantik & ‘Glowing’, Kena Pandai Pilih Bedak Asas Sesuai Dengan Kulit

4. Mekap Secara Sederhana

Anda juga diingatkan agar tidak mengenakan mekap yang terlalu tebal. Biarlah secara sederhana kerana gaya itu sebenarnya jauh lebih cantik dan menyerlah. Hanya tambahkan pemerah bibir selepas makan jika mahu bergambar kelak atau ke jemputan rumah seterusnya.

Kongsi Tip Simple Mekap Tak Luntur & Maintain Glowing Seharian Ke Rumah Terbuka

5. Sentiasa Bawa Tisu Bersama

Pastikan anda sentiasa membawa tisu basah atau kering bersama dalam beg. Jika ada solekan comot, boleh terus sapu dan ratakan semula dengan bedak yang dibawa. Dan anda juga diingatkan membawa tisu khas untuk mengelap wajah yang berminyak. Jika dibiarkan akan menyebabkan mekap terutama bawah mata jadi comot.

6. Lebih Senang Mekap Dengan Memilih CC Cream Atau BB Cream

Mekap ini lebih memberi kesan yang lebih menarik dan mantap. Tak perlu hendak menyap dua tiga layer sebaliknya gunakan salah satu dan hasilnya wajah memang nampak flawless. Mekap jenis ini juga lebih senang digunakan terutama untuk mereka yang mahu solat dan kemudian sapukan terus di wajah.

Boleh beli di sini https://invol.co/claqkee

Artikel Lain: Nak Hasil Solekan Jadi Wow, Elak Lakukan 10 Kesalahan Ini Waktu Mekap

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI