Nampaknya ramai yang tidak sabar untuk memenuhi jemputan rumah terbuka hujung minggu ini memandangkan kita masih berada dalam mood Syawal.
Setelah hampir dua tahun tidak beraya, inilah masalah bergaya sakan dengan pakaian dan solekan yang sedap mata memandang.
Maklumlah rugi pula nanti jika tidak bersefie dengan rakan-rakan setelah hampir dua tahun tidak bertemu dalam acara sebegini.
Bercakap bab solekan, antara cabaran utama adalah mengekalkannya sepanjang hari dalam keadaan cuaca negara ini yang panas.
Artikel Lain: Fasha Sandha Tak Lokek Kongsi Tutorial Solekan Ringkas 5 Minit. Hasilnya Memang Wow!
Oleh kerana cuaca ini juga, tersilap solek maka wajah boleh menjadi tambah comot bila bedak asas atau maskara mencair terkena peluh!
Bagi yang berkulit jenis berminyak pula, pembayang mata (eyeshadow) dengan mudah meluntur dan maskara bergumpal hingga buat mata merah.
Bagi mengatasi masalah ini, jurusolek profesional dari Los Angeles, Amerika Syarikat Sandy Linter memberikan 3 dari 5 tip berikut:
1. Mulakan Dengan Concealer
Concealer mempunyai fungsi ‘ajaib’ mampu menutup noda dan cela pada wajah terutama warna gelap pada bahagian bawah mata dan kulit wajah yang tak sekata. Ratakan concealer secukupnya pada wajah anda hingga warna nampak senada.
Cari di sini untuk belian lebih bernilai https://invol.co/claqkfr
2. Jangan Tinggalkan Pemakaian Primer
Primer atau eyebase wajib diratakan dahulu pada kelopak kerana ia adalah solusi mengelak eyeshadow mencair dalam cuaca panas apabila kulit mula berminyak. Jadi jangan malas untuk aplikasikan primer menggunakan hujung jari yang bersih sebelum merias mata anda.
Beli di sini https://invol.co/claqkf3
3. Gunakan Mekap Waterproof
Terdapat banyak mekap kalis air atau waterproof yang kini berada di pasaran. Sebenarnya tak susah pun menanggalkan solekan jenis ini kecuali anda kena rajin sedikit menggunakan penanggal solekan selain air biasa. Mekap waterproof penting bagi negara beriklim panas seperti kita dan bagi riasan mata, warna terang adalah pilihan terbaik kerana ia mampu membuat pemakainya terlihat segar.
Untuk maskara, pilihlah dari jenis tekstur cepat menyerap untuk mengelak gumpalan maskara cair dihujung mata. Kemudian agar lebih menawan dan natural, kombinasikan dengan lipstik nude senada warna kulit.
Artikel Lain: Nak Pastikan Solekan Jadi Cantik & ‘Glowing’, Kena Pandai Pilih Bedak Asas Sesuai Dengan Kulit
4. Mekap Secara Sederhana
Anda juga diingatkan agar tidak mengenakan mekap yang terlalu tebal. Biarlah secara sederhana kerana gaya itu sebenarnya jauh lebih cantik dan menyerlah. Hanya tambahkan pemerah bibir selepas makan jika mahu bergambar kelak atau ke jemputan rumah seterusnya.
5. Sentiasa Bawa Tisu Bersama
Pastikan anda sentiasa membawa tisu basah atau kering bersama dalam beg. Jika ada solekan comot, boleh terus sapu dan ratakan semula dengan bedak yang dibawa. Dan anda juga diingatkan membawa tisu khas untuk mengelap wajah yang berminyak. Jika dibiarkan akan menyebabkan mekap terutama bawah mata jadi comot.
6. Lebih Senang Mekap Dengan Memilih CC Cream Atau BB Cream
Mekap ini lebih memberi kesan yang lebih menarik dan mantap. Tak perlu hendak menyap dua tiga layer sebaliknya gunakan salah satu dan hasilnya wajah memang nampak flawless. Mekap jenis ini juga lebih senang digunakan terutama untuk mereka yang mahu solat dan kemudian sapukan terus di wajah.
Boleh beli di sini https://invol.co/claqkee
Artikel Lain: Nak Hasil Solekan Jadi Wow, Elak Lakukan 10 Kesalahan Ini Waktu Mekap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Lupa, Ini 4 Cara Nak Buat Kulit Cantik Tanpa Cela!
Siapa yang nak kulit cantik tanpa cela, anda wajib disiplin menjaga rutin penjagaan wajah pada waktu pagi dan malam.
Betul, rutin skincare pagi dan malam sangat penting dalam memastikan kulit wajah dilindungi daripada sebarang risiko pencemaran yang boleh merosakkan kulit.
Jadi untuk mendapatkan kulit cantik, memerlukan komitmen dan tanggungjawab sendiri.
Jangan Lupa, Ini 4 Cara Nak Buat Kulit Cantik Tanpa Cela!
Sebenarnya bukan payah pun untuk amalkan rutin kecantikan ini. Apatah lagi, sekarang ini banyak produk yang berkualiti serta selamat. Anda hanya perlu tahu masalah kulit dan ikuti sahaja empat langkah dibawah.
Ini adalah rutin skincare waktu pagi yang paling ringkas, dan sesuai untuk yang baru sahaja nak mengenali dunia skincare.
Anda sudah sedia?
Sila guna penyegar!
Selepas mencuci wajah dengan pembersih, ada yang terus skip dari menggunakan penyegar atau toner. Penggunaan toner tidaklah wajib tapi ia boleh membantu merangsang kulit dan membersih pori-pori lebih mendalam. Malah toner juga dapat mengekalkan keanjalan kulit serta menghilangkan saki-baki kotoran pada wajah.
Sapu serum
Jika anda sudah berusia pertengahan 20-an, anda kena tambah serum dalam rutin kecantikan. Serum sangat bagus untuk merawat secara mendalam dan berkesan terhadap masalah kulit.
Pilih apa jua bahan kandungan serum yang bersesuaia ikut masalah kulit. Sebagai contoh, serum Vitamin C yang sanagt baik mengurangkan kesan parut jerawat dan membaiki tona kulit yang tidak sekata.
Pelembab sangat penting
Gerun bila dengar ada yang tidak pernah memakai pelembab! Kulit yang kekal hidrat sebenarnya sangat baik untuk sel kulit. Ia juga mengelakkan dari kulit terlalu berminyak atau kering.
Jangan lupakan sunscreen!
Nah, ini ramai yang masih lagi anggap sunscreen hanya untuk ketika berada di pantai. Pemakaian sunscreen merupakan pelengkap dalam rutin skincare pagi. Ini bukan sahaja menambah kelembapan kulit, malah merawat kulit dari sebarang risiko halus penuaan.
Senang bukan nak kulit cantik tanpa cela? Jadi apa alasan anda lagi untuk mengelak dari mulakan rutin skincare pada waktu pagi. Jangan mengeluh atau cemburu lihat wajah orang lain yang glowing dipagi hari, sebab mereka komited dalam menjaga wajah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Betul Ke Masak Guna Air Fryer Hasilkan Bahan Kimia Punca Kanser? Dengarkan Penjelasan Pakar Kimia Ini!
Ramai antara kita kini menggunakan peralatan air fryer bagi memudahkan tugas memasak.
Malah bagi mereka yang mengamakan gaya hidup sihat juga turut menggunakan peralatan ini kerana tidak menggunakan minyak ketika memasaknya.
Namun adakah benar ianya selamat digunakan untuk kesihatan kita. Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim berkongsi mengenai keberkesaan penggunaan air fryer ini.
AIR FRYER
Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan.
Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.
Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak.
Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.
Bagaimana air fryer berfungsi?
Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.
Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam. Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa).
Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.
Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang dan membakar (biskut dan kek).
Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.
Antara kebaikkan air fryer adalah:
– Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng
– Masa memasak dapat dipendekkan
– Pelbagai guna (mini oven)
– Mudah digunakan (digital vs analog)
– Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven
– Kurang berbau masakan
– Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa
– Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas
Adakah memasak dengan air fryer adalah lebih sihat jika dibandingan dengan kaedah memasak yang lain?
Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!
Benarkah memasak dengan air fryer boleh menghasilkan bahan kimia punca kanser?
Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.
Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).
Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.
Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak. Ulasan terperinci mengenai bahan-bahan kimia ini akan saya usahakan kemudian, InsyaAllah.
Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya.
Semoga bermanfaat
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia yang suka masak
Artikel Berkaitan:
Diet Cara Sihat Guna ‘Air Fryer’, Tapi Elak 5 Kesalahan Ini Setiap Kali Gunakannya
Selain Gula, Mentega Kacang Juga Boleh Hilangkan ‘Pijar Lidah’ Sebab Makan Pedas
“Cantik Macam Puteri Raja” – Erra Fazira Dedah Rahsia Kecantikan Engku Aleesya Hingga Dipuji Netizen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Pengalaman Sebenar Kuarantin Di MAEPS, Lelaki Ini Pesan Jaga SOP Kalau Sayang Nyawa
Penularan virus Covid-19 yang semakin meningkat begitu membimbangkan negara kita.
Varian terbaru yang dikatakan tiada simptom dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja menyebabkan kes terbaru dan kematian meningkat setiap hari.
Bagi yang disahkan positif akan dinilai mengikut tahap jangkitan sebelum dibawa ke pusat kuarantin.
Bagi saudara Ainol Amriz Ismail telah menceritakan pengalaman sepanjang bergelar pesakit Covid-19 di sana sebelum dibenarkan pulang.
Catatan berdasarkan pengalaman ini adalah untuk memberi kesedarán kepada semua dan menceritakan sendiri susana sebenarnya di Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS Serdang seperti juga dokumentari khas baru-baru ini oleh Majalah Tiga.
Dia yang dikuarantin sebelum Syawal dan berpeluang menyambut lebaran di pusat kuarantin berkenaan.
SALAM AIDILFITRI DARI MAEPS
Tahun ini – sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021 sangat berharga. Berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), MAEPS bermula malam raya sehingga satu tarikh yang belum pasti, memperkenalkan saya dengan semangat insaniah.
Semua kami dikategorikan positif Covid-19 termasuk saya. Kuarantin di rumah sejak 3 Mei dan hari ini dihantar ke Maeps sebab faktor kesihatan memberi ruang untuk saya melihat sendiri suasana pusat kuarantin ini.
Saya melihat bagaimana frontliner bertugas dan terharu pada apron plastik mereka di tulis “Selamat Hari Raya”, “Nasi Impit Hari Raya”, “Kek Hari Raya”, “Raikan Hari Raya”. Ya mereka berkorban untuk rakyat Malaysia. Hari raya mereka di pusat ini.
Wajah petugas frontliner di Maeps ini sangat mesra, senyum dan hari pertama saya di sini, menyenangkan kerana merasa dijaga dan diberi perhatian.
Lebih menarik – ada dalam kalangan pesakit bersama2 memainkan peranan menyambut pesakit baru yang mendaftar masuk. Saya dibantu untuk ke katil, diberikan sarung bantal, selimut dll.
Sebentar tadi selepas solat maghrib dan Isya dialunkan Takbir Hari Raya. Sayu dan ramai yang merakamkan peristiwa ini. Sejarah kata mereka. Penyakit Covid ini mengganas di luar sana tetapi petugas frontliner menguruskannya dengan baik.
Esok, pesakit akan bersama2 mengerjakan solat sunat Aidilfitri. Sejarah lagi kata pesakit di Maeps. Banyak Hall (dewan) di Maeps. Saya yakin semuanya melaksanakan solat sunat Aidilfitri esok.
SUASANA 1 SYAWAL DI MAEPS
“Perkampungan Covid : Ceria dalam kesederhanaan dan kewaspadaan”
Seawal subuh, takbir Hari Raya sudah bergema di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Maeps ini. Solat sunat Aidilfitri berlangsung di dewan pada pukul 8 pagi dihadiri semua pesakit Covid-19 beragama Islam, manakala rakan yang lain meraikan bersama selepas selesai solat.
Ruang kaca yang memisahkan pesakit dengan petugas kesihatan (frontliner), nampak tenang.
Yang menariknya hari ini ialah seramai 160 lebih pesakit telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, selepas selesai menjalani kuarantin dan rawatan di Maeps ini.
Apa lagi yang menarik ?
Begini .. jam 7 pagi, jemaah Covid-19 sudah menyusun sejadah di ruang lapang untuk sama2 bertakbir. Jam 7.30 pagi, jemaah bertakbir dalam saf. Mereka duduk rapat kerana semuanya positif Covid. Ya, positif – kami sama di sini. Solat sunat Aidilfitri bermula jam 8 pagi dan selesai sekitar jam 8.45 pagi.
Kami bersurai ke katil masing-masing. Sebahagian yang dibenarkan pulang, sudah mula mengatur beg di laluan keluar. Yang bersamping, berbaju Melayu, kain berikat kemas, wow Raya sungguh di Maeps ini. Anak kecil pun ada di sini.
“Sejarah betullah beraya di Maeps ni. Makan bersama, sama2 bertanya kesihatan jiran sebelah katil. Siapa sangka dapat solat sunat Aidilfitri dan berjemaah dalam musim Covid,” kata Roslan, jiran sebelah katil berasal dari Jelebu.
Hari ini kan hari raya. Rupanya ada yang istimewa … dapat lontong kuah kacang, nasi impit dan rendang ayam. Perghhh … lagu raya pun dimainkan. Aduhai tak terasa sedih sebab inilah ahli keluarga kami – pelbagai kaum di perkampungan Covid-19.
Makin kuat lagu raya. Akhir lagu nyanyian Allahyarham Sudirman pun berkumandang …. oooo oooo ooo balik kampung. Tersengih 160 lebih pesakit tadi. Untunglahhhh .. heh heh heh
Dalam jam 10 pagi, ucapan Selamat Hari Raya dari frontliner untuk kami. Apa lagi, semua datang di cermin untuk “selfie” dengan petugas kesihatan.
TIPS JIKA ANDA DI ARAH KE PUSAT KUARANTIN MAEPS
“Jangan gelabah atau gabra”
Salam Jumaat, catatan 2 Syawal 1442 Hijrah di Maeps
Ramai orang tanya, takutlah hendak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Maeps. Kata mereka yang “gelabah” atau “gabra”, lokasi di Maeps itu sebagai zon gelap dan menakutkan. Hellooooo…
Di pusat kuarantin Maeps ini terutama dalam Hall C di mana saya ditempatkan adalah sangat memuaskan. Hendak minum air panas, hendak buat mee atau bubur segera, hendak basuh baju, hendak menonton televisyen, hendak main karom, eh semuanya ada dalam Hall C di pusat kuarantin ini. Sikit-sikit kekurangan itu biasalah, al maklumlah, penghuni ramai, tapi semuanya sabar dan senyum tenang. Heh heh heh.
Dalam video ini, saya kongsikan sedikit tips kalau tiba-tiba : “Encik / Puan perlu ke Maeps ya, kuarantin di sana.” Jangan pula, lepas dengar arahan Dr, terus rebah dan pengsan.
Ini adalah pengalaman saya, jadi apa yang saya berikan tips ini hanyalah sebagai panduan dan membantu anda, selebihnya ikut arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa yang hendak saya kongsikan di sini ialah, hentikanlah kesombongan kita, kononnya Covid-19 ini tidak bahaya. Saya berada di pusat kuarantin ini, saya lihat ada yang memerlukan oksigen, batuk, selsema, deman dan pelbagai simptom.
Saya nasihatkan anda di luar sana, berhenti dari mengkritik soal SOP, atau langkah kerajaan perkenal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Patuh saja, itu lebih mudah. Cara kerajaan menguruskan hal itu, perkara lain. Isunya, Covid-19 ini bahaya… kalau anda tidak melawannya maka wabak akan terus menular. Kami tidak tahu siapa pembawa, kadangkala tiada simptom, kadangkala sedikit sangat, tetapi bila melakukan swab, kami positif Covid-19.
Tolong, Covid-19 bukan cerita rekaan, data yang diberikan jangan dipersoalkan. Saya melihat yang masuk di dalam Hall C ini sahaja sentiasa ada. Kadangkala sehingga jam 2 pagi. Yang bayi, kanak-kanak, remaja dan wargaemas, semua ada.
CATATAN DARI MAEPS
Aktiviti harian pesakit Covid-19
Hari 4
video ini melebihi 4 minit. Saksikan perkongsian ini
Sebaik selesai solat subuh berjemaah, sekitar 7 pagi, kami sudah mula balik ke katil – ada yang membuat air dan mengambil oat dan biskut sebelum beratur untuk mengambil sarapan pagi yang disediakan.
Hanya jam 8 pagi sarapan diedarkan oleh sukarelawan dalam kalangan pesakit. Bagi saya, tiada yang tidak sedap, semuanya sedap untuk dimakan, kecuali yang hilang selera makan.
Pada waktu yang sama, nama pesakit sudah dipanggil oleh jururawat dan staff kesihatan untuk pemeriksaan kandungan gula dalam badan, tekanan darah dan kandungan oksigen dalam badan. Ada juga diarah bertemu doktor atau sampel darah di ambil untuk proses rawatan seterusnya.
Rutin pagi macam biasa, pesakit yang dibenarkan pulang sudah mengatur beg. Nama dimaklumkan sehari awal untuk tujuan ini.
Sekiranya anda memerlukan ubat tetapi nama tidak dipanggil, pesakit boleh sahaja ke kaunter jururawat dan maklumkan sakit apa, dirujuk pada doktor dan ubat diberikan.
Jika ada pesakit yang tidak mampu bangun, doktor dan jururawat akan membuat pemeriksaan di katil pesakit. Sama sahaja caranya seperti di hospital.
Selepas proses pagi ini selesai, maka bermulalah aktiviti harian pesakit. Ada yang berjogging, melakukan senaman, bermain karom, catur dan menonton telivesyen. Ada ke sudut bacaan dan bersembang, serta membaca al Quran. Makan biskut, kek, roti yang dibawa mereka, dikongsi bersama.
Kanak-kanak pula dibangunkan oleh atuk dan pakcik atau abang yang ada, diajak bersama makan. Urusan lain, mereka melakukan sendiri, buat air, mandi dan lain-lain. Bagi warga emas, mana yang sihat akan membantu mengambilkan makanan, minuman begitu juga jika mereka hendak mandi atau ke tandas. Jiran sebelah katil atau yang berdekatan akan bantu.
Aktiviti petang dan malam masih sama dan panggilan nama untuk pemeriksaan tidak berhenti. Jika ada masalah pernafasan, pesakit akan segera dibantu. Jika keadaan tidak berubah, mereka akan dibawa ke hospital segera dengan ambulan atau di bawa ke Hall lain, dimana segala peralatan kecemasan disediakan. Jika perlukan Xray, pesakit akan dibawa berbuat demikian. Bilik pemeriksaan dan rawatan kesihatan ada sahaja di Hall ini. Pendek kata, rawatan ada dan diberikan sebaiknya oleh staff kesihatan. Doktor pula sentiasa ada.
Waktu malam, seperti biasa riuh sebab pesakit baru akan mendaftar masuk. Masa inilah sukarelawan bersedia membantu staff kesihatan. Ya, kami berterima kasih kepada staff kesihatan, mereka penat tapi melaksanakan tanggungjawab penuh komitmen. Wajah mereka letih tetapi kekal bersemangat.
JANGAN DEGIL BOLEH TAK ?
Hari 5
(Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS)
Kenapa ? Tolonglah percaya. Saya masih di MAEPS. Memang sangat mencabar. Ramai yang masuk menerima rawatan. Pagi, petang, malam, awal pagi. Belum pernah berhenti !!! Semalam bersama rakan yang menjadi sukarelawan membantu menempatkan pesakit yang baru mendaftar masuk Hall C.
Eh, jam pada waktu itu sudah hampir 1 pagi. Wargaemas dan kanak-kanak. Yang kanak-kanak ini (2 orang), ayahnya keluar hari ini, tetapi dua anaknya baru mendaftar masuk awal pagi tadi. Aduiii, tak sanggup tengok pagi tadi anaknya lambai dan cium tangan ayah. Ya, itulah realitinya.
Percayalah !!
Simptom saya – batuk2, selsema, sakit kepala, sakit badan, cirit birit. Yang saya lihat di Hall C – berkaitan pernafasan, kurang selera makan, hilang deria rasa dan bau. Ya walaupun saya berada dalam keadaan stabil dan diperiksa petugas kesihatan, tetapi saya ada diabetes dan tekanan darah tinggi. Ia tetap berisiko.
KISAH “ALBAB” DI MAEPS
Catatan Hari 6
(Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS – 17 Mei 2021)
saya mohon sahabat share sebanyaknya catatan ini supaya khalayak tahu Covid-19 ini adalah realiti. Tolong saya. Jasa anda kami hargai
Pertamanya, saya nak ucapkan Selamat Pagi buat semua Frontliner yang banyak berkorban kepada semua pesakit Covid-19.
Tak banyak yang hendak saya kongsikan hari ini, kecuali kisah “albab” yang satu ni.
Tapi “albab” atau pintu di semua Hall dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid – 19 kini sangat menjadi tumpuan. Itulah pintu untuk masuk dan keluar Hall. Satu2nya pintu yang ceritakan kesedihan dan keceriaan.
Pintu ini hanya boleh dibuka oleh petugas kesihatan mahupun keselamatan. Untuk makluman Hall C ini boleh memuatkan sehingga 1,000 pesakit Covid-19 pada satu masa.
Apa fungsi “albab” @ pintu ini ? Sebelum anda masuk melalui pintu ini, anda akan disemak identiti oleh petugas kesihatan. Ditanya tahap kesihatan, alergi pada makanan dan dipakaikan gelang putih dimana ditulis nama anda, nombor kad pengenalan dan nombor katil.
Kemudian pesakit akan dibenarkan masuk tetapi duduk dahulu di kerusi untuk pendaftaran masuk dan semakan oleh Doktor. Disini anda akan ditanya soalan berkaitan – Bila swab, sejarah kesihatan, simptom terkini, ubatan yang sedia ada (yang pesakit makan harian) dan nama ubat yang dimakan.
Selepas proses ini selesai Doktor akan benarkan untuk penempatan ke katil. Waktu inilah sukarelawan mengambil khidmat membawakan beg, sediakan bantal, selimut, sarung katil dan bantal, serta makan malam (jika belum makan) ke katil mengikut apa yang ditulis oleh staff kesihatan pada gelang putih. Maka berehatlah pesakit untuk proses rawatan pada sebelah pagi, petang dan malam sehinggalah dibenarkan keluar.
Selepas berada dalam tempoh tertentu dan dipastikan sihat, pesakit dibenarkan pulang. Prosesnya mestilah telah melalui pemeriksaan doktor (ambilan sampel darah, tekanan darah tinggi, gula dalam darah, oksigen dalam badan dan lain-lain).
Pemakluman pulang ini dibuat sehari awal melalui senarai nama yang ditampal pada papan kenyataan. Hanya waktu malam surat pelepasan diedarkan kepada pesakit.
Hari pulang ke rumah, pesakit akan beratur dan berjalan ke kawasan menunggu pengangkutan. Sama ada menaiki bas atau kenderaan lain, mereka bebas. Selamat pulang ke pangkuan keluarga. Saya doakan semuanya sihat dan ceria.
In Syaa Allah giliran saya akan sampai juga dengan IzinNya.
Catatan Hari 7
(Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS)
ANDA YANG PILIH MENULIS NEGATIF, SAYA TIDAK !
Salam. Soalan saya, kenapa perlu laporkan hal negatif, sedangkan banyak yang positif tidak dilaporkan dalam pusat Kuarantin. Soalan saya, apakah tidak ada satu kebaikan pun yang terdapat di pusat kuarantin MAEPS ini sehingga anda melihat semua itu bala dan negatif. Kemonnn lahhh. Aaauukkkk betullahh !
“U kalau masuk pusat kurantin, otak u dah set untuk terima negatif, u akan terus mengkritik. Tapi kalau u tau, Covid ini satu penyakit, u akan rasa ada perlunya u masuk dan kuarantin di MAEPS atau u rasa cukup sihat untuk kuarantin di rumah, tidur atas katil empuk, tengok TV, mandi dalam bilik air dalam bilik, u kena tabahlah,” Ainol cakap.
Hallooo, saya pun penulis, tapi saya memilih untuk menulis yang positif supaya tak ada unsur menakutkan khalayak terhadap penempatan pesakit di pusat kuarantin ini. Saya tidak memilih untuk menulis negatif kerana saya melihat tidak ada faedah melainkan menimbulkan kemarahan khalayak terhadap pengurusan pesakit Covid-19.
Sebab itu kalau anda ada rasa kejam dan tidak kasihan dengan segala usaha frontliner, anda akan mengkritik walaupun sampah plastik yang ada di katil anda, dianggap sebagai menjijikkan dan perlu disapu segera oleh frontliner (makcik atau pakcik cleaner). Kotor ? tapi anda tidak pernah memikirkan kenapa aku tidak ambil penyapu dan bantu bersihkan.
Saya ada sahabat namanya Ben, seorang lelaki Cina bersama saya, menjadi sukarelawan dalam Hall C ini. Eh, kami bersatu bersama beberapa yang lain membantu petugas frontliner. Bukan hal perubatan tetapi kebersihan, khidmat menunjuk arah pesakit ke katil, membersihkan katil sebelum menerima kemasukan pesakit baru.
Saya puas, kerana saya melihat suasana sehari sebelum Aidilfitri, hari raya Aidilfitri, solat Jumaat di sini (teringat suasana di Mekah dan Madinah..bilalah dapat ke sana lagi, semoga dipermudahkan). Di pusat kuarantin ini kami melihat suasana cemas dan kepantasan petugas memberikan bantuan kecemasan kepada pesakit.
Saya dan Ben, pernah menolak troli yang menempatkan cadar, selimut dan sarung bantal, pernah rasa dimarah pesakit … ya kerana mereka stress sedangkan saya mahu memberikan makanan sebaik mereka mendaftar masuk jam 12.30 tengah malam. Saya kan pesakit juga … heh heh heh.
Saya dan Ben pernah memegang penyapu dan menyapu sekitar kawasan dalam dewan ini. Ben tetap tersenyum … saya ok. Saya dan Ben tidak mendaftar sebagai sukarelawan rasmi (dapat sijil) kerana bagi kami, berkhidmat itu sesuatu yang perlu dan tidak menunggu mendaftar baru berkhidmat.
Sehari dua lagi, saya dibenarkan balik. Alhamdulillah. Sebelum saya dan Ben, ada beberapa lagi insan yang menghulurkan khidmat. Ada Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Jadi, janganlah ada agenda melihat negatif sebagai keutamaan info.
Kalau pembesar suara kuat sekalipun untuk sampaikan informasi ketika anda hendak tidur atau sudah sampai ke pantai Baywatch sekali pun, insaflah ia bukan untuk merimaskan anda. Ada pesakit lain memerlukan info. Saya dan Ben tidur lampu terang benderang, rakan2 ketawa dan berbual. Bendengkur macam biasa aje
Tak apa lah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Hari ini rambut lain-lain warna, hati lagilah lain-lain.
Saya dan Ben bersama rakan yang berikan khidmat sudah menyatakan terima kasih cara kami kepada frontliner. Anda ?
Catatan Hari 8 (Akhir)
(Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS)
SAYA “ALUMNI” PESAKIT COVID-19
Assalamualaikum wbt
Hari ini adalah hari akhir saya berada di pusat kuarantin MAEPS.
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada :
1. Doktor
2. Jururawat
3. Petugas kesihatan
4. Anggota keselamatan
5. Abang dan kakak cleaner
6. Sukarelawan
7. Pemandu bas dan ambulan
8. Semua rakan FB dan sahabat serta pesakit Covid-19 khususnya di Hall C, MAEPS
9. Semua yang terlibat dengan pengurusan Covid-19
10. Yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan pesakit Covid-19
11. Keluarga
Sekarang, kita sendiri yang perlu memainkan peranan masing-masing. Jaga SOP. Saya tidak sanggup melihat derita dan kesedihan pesakit Covid. Sepanjang berada di pusat Kuarantin ini, dua berita kematian melibat orang tersayang pesakit Covid meninggal dunia di hospital. Dia berada di MAEPS tidak dapat melihat wajah akhir insan tersayang sebelum dikebumikan.
Ya, saya dibenarkan balik hari ini. Alhamdulillah dan terima kasih kepada sahabat, rakan dan saudara yang mendoakan kesejahteraan saya. Allah swt membalas kemurnian hati kalian.
Saya doakan semoga yang masih berada di pusat kuarantin dan hospital agar segera sembuh.
Buat frontliner,
Anda telah melakukan tanggungjawab yang sangat dihormati. Jika ada penghargaan pada dewasa ini, andalah selayak penerimanya.
Anda “Patriot Perang Covid” yang saya kagumi. Saya tinggalkan kalian dalam jagaan Allah swt.
Hanya mesej ini diharap memberikan sedikit kesedaran. Saya tidak peduli jika ada yang mengkritik selepas menonton video ini kerana itu hak anda, tetapi apa yang saya minta adalah jangan disakiti dan mengecewakan frontliner ketika anda ketawa menjadi perosak dalam lembah kesakitan.
Ayuh rakyat MALAYSIA. Nyatakan terima kasih kita pada semua frontliner dan PERANGI COVID-19.
Love uu allssss
Salam sayang dari saya
Alumni Pesakit Covid-19 Malaysia
19 Mei 2021
Artikel Berkaitan:
Anak & Mak Dipuji Sama Cantik & Lawa. Ini Rupanya Rahsia Jelita & Kekal Awet Muda Pelakon Noniswara!
Hand Sanitiser Tinggal Dalam Kereta, Masih Boleh Pakai Tapi Kurang Berkesan Penggunaaannya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI