Kata orang malang itu tidak berbau. Bila-bila masa saja boleh terkena kemalangan kecil walaupun berada dalam rumah.

Antara kemalangan kecil yang sering berlaku di rumah adalah anggota badan melecur akibat kena minyak atau air panas.

Kalau zaman mak-mak kita dulu akah suruh letak ubat gigi untuk tempoh penyembuhan. namun sebenarnya cara itu salah dan tidak bagus untuk kesihatan.

Menurut posting yang dikongsi oleh Public Health Malaysia, meletakkan ubat gigi pada luka melecur adalah tidak bagus.

Menurut PHM lagi, kulit bukan sahaja tidak dapat diselamatkan tetapi juga menyebabkan komplikasi kepada kulit dan boleh merebak ke tempat lain. Lebih-lebih lagi jika yang terkena adalah anak kecil.

Jangan Letak Ubat Gigi Pada Luka Melecur. Terus Buat 4 Perkara Ini Elak Jangkitan Kuman!

 

Kasihan. Kulit tersebut bukan sahaja tidak dapat diselamatkan. Ianya menyebabkan komplikasi kepada kulit dan merebak ke tempat lain. Si kecil dapat jangkitan kuman selepas seluruh tangannya melecur terkena air panas. Ini kerana rawatan awal yang diberikan si ibu adalah salah.

Masih terdapat nasihat di media sosial memberikan maklumat yang salah. Berhenti guna gamat, ubat gigi pada luka melecur. Ianya salah. Hanya perlu lalukan air dan balut dengan plastik pembungkus. Bawa terus pesakit ke hospital. Lebih awal pesakit dirawat lebih tinggi peluangnya untuk sembuh.

IKLAN

Kalau luka melecur selain jangan letak ubat gigi elakkan letak ini:

1. Madu

2. Mentega

3. Gamat

4. Kicap

IKLAN

5 Telur

Jangan Letak Ubat Gigi Pada Luka Melecur. Terus Buat 4 Perkara Ini Elak Jangkitan Kuman!

Sebenarnya bagi mengatasi masalah ini, 4 perkara yang perlu anda lakukan:

1. Jauhkkan diri daripada api

2. alirkan air paip di luka selama 20 minit

IKLAN

3. balut dengan plastik  pembungkus

4. Bawa jumpa doktor

Jangan Letak Ubat Gigi Pada Luka Melecur. Terus Buat 4 Perkara Ini Elak Jangkitan Kuman!

Artikel Berkaitan:

“Jangan Skip Sahur” – Kevin Zahri Kongsi Tip Kekal Cergas & Langsing Sepanjang Berpuasa

Selain itu:  Petua Buat Air Rendaman Guna Bahan Dapur Legakan Sakit Kaki. Kesannya Macam Pergi Spa!

“Jangan Gelojoh Makan, Tip Elak Kembung Perut Lepas Berbuka Puasa” – Dr Zubaidi

Diserang Rheumatoid Arthritis Sejak Kecil, Wanita Akui Sukar Buat Kerja Rumah. Mohon Diberi Kesembuhan!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI