Jennifer Lopez atau Jlo yang kini berusia 53 tahun baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Ben Affleck, 50 pada Sabtu yang lalu.

Kekal Cantik Di Usia 50-an, Ini Tip Jennifer Lopez Kekal Awet Muda!
photo: Yahoo News Singapore

Masih kekal cantik walaupun pada usia 53 tahun, Ini antara tip yang menjadikan wanita ini kekal awet muda.

  1. Tidur yang cukup

Walaupun jadual persembahan yang sibuk, J.Lo selalu meluangkan masa untuk berehat. Dia selalu berusaha untuk mendapatkan tidur yang cukup, tidak kira betapa sibuknya dia.

“Saya mahu tidur sembilan atau 10 jam, tetapi bagaimanapun, saya selalu memastikaN saya cukup tidur. Sekurang-kurangnya lapan jam sehari,” kata J.Lo.

  1. Minum Air Banyak

Selain itu, J. Lo amalkan minum air yang mencukupi. Dia merasa, ketika minum air, tubuhnya akan terasa lebih baik.

“Saya merasakan bahawa minum air dan makan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat menjadikan tubuh lebih sihat terutama untuk masalah kulit,” tambahnya.

Kekal Cantik Di Usia 50-an, Ini Tip Jennifer Lopez Kekal Awet Muda!

  1. Tak Minum Alkohol dan Merokok

Kita sering menganggap bahawa selebriti Hollywood ini tak lepas dari minuman alkohol, tetapi berbeza dengan J.Lo. Dia sebenarnya tidak mengambil alkohol atau merokok.

  1. Menghindari Kafein
  2. Lo selalu menikmati kopi di pagi hari, tetapi dia minum kopi tanpa kafein.

“Saya sudah lama tidak mengambil kafein,” katanya kepada Us Weekly pada 2016.

IKLAN
  1. Mewarisi Kecantikan Dari Keluarga

Nampaknya, rahsia lain J. Lo adalah salah satunya kerana dia mempunyai gen yang baik. Dalam keluarganya, hampir semua ahli keluarganya mempunyai kulit yang baik walaupun mereka tidak lagi muda.

“Ibu dan nenek saya mempunyai kulit yang cantik, jadi saya mewarisinya. Saya bernasib baik,” tambahnya.

Kekal Cantik Di Usia 50-an, Ini Tip Jennifer Lopez Kekal Awet Muda!

  1. Meditasi

Untuk menjaga fikirannya tenang dan menjauhkan diri dari tekanan, J. Lo selalu meluangkan masa untuk bermeditasi. Bukan hanya fikirannya, dia juga ingin menenangkan jiwa sepanjang hidupnya dalam dunia muzik. Itu untuk membuat dirinya bahagia.

Selain itu:  Tip Kulit Glowing Cara Jimat, Tak Perlu Mahal Tapi Cari Yang Berkesan!

7. Bersihkan wajah selepas bersenam

IKLAN

Semasa bersenam, sudah pastinya wajah menjadi berpeluh dan lebih berminyak. J. Lo tidak pernah menangguhkan membersihkan wajahnya agar segar kembali.

Ramai orang yang merasa letih ingin segera berehat, terutamanya jika anda telah memasuki bilik tidur. Walaupun sisa solek sepanjang hari masih menempel di wajah, jika tidak dibersihkan akan menyebabkan masalah kulit seperti jerawat.

Nah, untuk mengelakkannya, J. Lo selalu melakukan rutin membersihkan wajah setiap kali sebelum berehat. Dia juga menggunakan produk penjagaan kulit untuk menjaga kesihatan kulitnya.

Kekal Cantik Di Usia 50-an, Ini Tip Jennifer Lopez Kekal Awet Muda!

  1. Pakai Krim Pelindung Cahaya

Penting bagi kita untuk menggunakan pelindung cahaya matahari ketika keluar dari rumah. Itu juga dilakukan oleh J.Lo. Dia selalu melindungi kulitnya dari terkena cahaya matahari.

IKLAN
  1. Menggunakan Produk Penjagaan Kulit Mengandungi Asid Glikolik

Untuk menjaga kulit yang bersinar, dia selalu memperhatikan isi setiap perawatan kulit yang digunakan. J. Lo menggunakan perawatan kulit yang mengandungi asid glikolik untuk menjaga kulitnya bersinar dan juga mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

“Saya tidak begitu peduli dengan rutin kecantikan harian saya. Saya harus memakai banyak solek untuk bekerja, jadi ketika saya tidak bekerja, saya cenderung tidak terlalu kerap memakai alat solek,”-katanya

Sumber gambar: Instagram Jennifer Lopez

 

 

 

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI