Muscle woman photo created by jcomp - www.freepik.com

Meskipun konsepnya tampak ringkas, anda mungkin secara tidak sedar telah melakukan kesalahan kecil yang boleh merencatkan prestasi larian dan mengganggu kualiti larian ketika menggunakan treadmill.

Berikut 5 kesalahan yang perlu anda elak!

KASUT TAK SESUAI

Pilih kasut yang miliki lapisan dalaman yang tebal bagi melindungi tumit dan tulang kaki daripada impak hentakan yang berterusan.

IKLAN
5 Kesalahan Anda Perlu Elak Ketika Berlari Di Atas Treadmill
Treadmill photo created by senivpetro – www.freepik.com

HAYUNAN LENGAN

Sememangnya sia-sia! Hayunan lengan kiri dan kanan hendaklah selari dan seirama. Hayunan lengan juga hendaklah berlawanan irama dengan hayunan langkah kaki. Elak menghayun secara keras kerana ia hanya membuang tenaga.

KERAP TENGOK KE BAWAH

Berlari sambil melihat kaki sendiri di atas treadmill boleh menyebabkan anda kehilangan imbangan badan. Ia juga menegangkan tulang leher, seterusnya membuatkan anggota badan yang lain tidak selari. Sebaiknya, berlarilah sambil memandang ke hadapan. Pastikan paras bahu selari dengan dada bagi memastikan seluruh anggota badan lurus dari kaki hingga kepala.

IKLAN
5 Kesalahan Anda Perlu Elak Ketika Berlari Di Atas Treadmill
Muscle woman photo created by jcomp – www.freepik.com

BERLARI DENGAN BERJENGKIT KAKI 

Berlari sambil menjengkitkan kaki boleh mengakibatkan ketegangan otot betis. Berlarilah secara bebas atau setegak mana yang anda boleh. Daratkan kaki di pertengahan tapak kaki dan bukan di hujung hadapan tapak atau tumit.

IKLAN

PEGANG BAR TERLALU LAMA

Tidak salah untuk memegang bar pemegang tetapi ia menjadi kesalahan, jika anda terlalu bergantung padanya. Ini kerana ketika memegang bar pemegang, anda memindahkan bebanan berat badan menerusi pemegang tadi. Maka, ia membakar kurang kalori dari yang sepatutnya.

 

Selain itu:  Bukan Saja Penyedap Masakan, Limau Kasturi Juga Boleh Nyah Bau Badan. Semak 6 Lagi Khasiatnya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI