Tidak semua remaja pandai jaga kulit muka dari awal. Ada ramai yang mengalami kulit bermasalah seperti berminyak, berjerawat, bintik-bintik merah dan kulit kusam sejak peringkat sekolah menengah.
Ini berlaku kerana kurangnya penjagaan rapi terhadap diri mereka selain hanya terdedah dengan pembelajaran di sekolah.
5 Langkah Jaga Kulit Wajah
Nah, ini gambaran lebih jelas apa yang wajib bila anda impikan kulit cantik walau dah berusia.
Jaga Kulit Muka Dari Remaja, Kesannya Tua Nanti Awet Muda
Tak sama seperti orang muda yang bekerja di usia 20 tahun keatas, mereka lebih cenderung menjaga kesihatan, bukan sahaja persekitaran, pakaian yang dipakai, malah rutin harian rawatan wajah adalah wajib dilakukan.
Namun, ada beberapa kajian pakar menerangkan bahawa kulit remaja apabila dijaga rapi mampu menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak, sehingga kelihatan sihat dan berseri tanpa memerlukan banyak produk perawatan kulit, termasuklah;
1. Lindungi kulit dari sinar matahari
Ads
Matahari mempunyai dua jenis sinar, iaitu UVA dan UVB. Sinar UVB menyebabkan kulit terbakar, dan sinar UVA adalah punca penuaan kulit wajah seseorang.
Salah satu cara untuk mencegah perkara ini berlaku adalah dengan menggunakan pelindung matahari dengan kerap ketika berada diluar rumah.
Malah, semasa usia remaja anda perlu menggunakan sunscreen ketika banyak terdedah dengan aktiviti sukan lasak di sekolah.
Jika tidak, kulit akan mudah berbekas, berbelang-belang, cepat kering dan kusam yang mengambil masa lama untuk cerah semula.
2. Elak mengerutkan dahi terlalu lama
Sama ada seseorang remaja itu berkulit cerah atau gelap, memiliki rupa menawan atau biasa-biasa, apabila sering mengerutkan dahi terlalu lama, ia akan menimbulkan garis halus pada kulit.
Ads
Tidak hanya kerutan dahi, ekspresi muka berulang dalam jangka panjang dibahagian lain juga boleh menimbulkan garisan halus. Ia menyebabkan otot-otot di wajah akan berkontraksi, dan jika ini terjadi berulang kali, ia akan menjadi kekal.
Namun, jangan bimbang, ada kajian mengatakan menggunakan cermin mata hitam boleh membantu mengurangkan garis halus yang disebabkan kerutan dahi yang dilakukan dan dikeringkan oleh udara sehingga membentuk garisan kekal.
3. Bersihkan wajah
Umum diketahui, remaja kadangkala ada yang suka cepat untuk bersiap ke sekolah sehingga lupa akan kepentingan bersikap lembut dengan kulit.
Pun begitu, apabila kulit wajah digosok terlalu kuat, ia menyebabkan iritasi pada kulit dan mempercepat penuaan. Malah, kulit menjadi kusam dan kering serta mudah berminyak.
Ads
Oleh kerana itu, latih diri seawal usia remaja lagi untuk mencuci wajah dengan gerakan perlahan menggunakan produk pembersih wajah bertekstur lembut di kulit yang dapat membantu menghilangkan polusi tanpa membuat kulit iritasi.
4. Pakai pelembap wajah
Remaja juga perlu mengambil perhatian dari segi pemakaian produk pelembab, apapun jenis kulit yang anda miliki atau yang berminyak sekalipun, amalkan penggunaan pelembab wajah setiap hari supaya penuaan dapat diperlambatkan ketika usia tua nanti.
Pelembap muka dapat membantu menjaga kandungan udara dalam kulit sehingga menjadikan kulit tampak kelihatan segar dan sihat.
Ingat ya, bila pakai pelembab perlulah selari dengan rutin aktiviti yang lain, seperti kerap bersenam untuk kesihatan luar dan dalaman, amalkan makanan seimbang dan banyakkan minum air.
Jadi, kalau anda betul nak kulit cantik dan awet muda bila berusia nanti, pastikan awal remaja pun dah mula jaga kulit. Ajarlah pada anak-anak anda tentang penjagaan kulit wajah sejak dari peringkat sekolah, barulah cantik!
Penyanyi, Wany Hasrita naik berat badan dan mengakui dalam fasa bermalas-malas sehingga kurang bersemangat melakukan sebarang kerja.
Menerusi satu portal hiburan, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita, 32, rasa dia terlalu mengikut perasaan sehingga duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa selain menonton televisyen sehingga memberi kesan kepada fizikal dan mentalnya.
Wany Hasrita Naik Berat Badan
“Saya dalam fasa keluar dari gua. Pernah tak rasa macam tak nak buat apa-apa, tak ada semangat, nak duduk makan coklat sambil tengok Netflix sahaja. ‘Skincare’ ke laut, berat badan pun dah naik. Ketagih manis lagi.
“Bagi seminggu sahaja tak bermotivasi macam ni, berat badan saya naik hingga 59kg. Masa dalam pantang lagi kurus daripada ini. Okey, berat tolak tepi tapi badan tak ramping.
“Entahlah nak cakap normal rasa macam ini, tak normal sangatlah sebenarnya. Melayan sangat perasaan,” ujarnya menerusi sebuah video dalam TikTok.
Mula Merancang Aktiviti Berfaedah
Enggan terus terperangkap dalam situasi sedemikian, pelantun lagu Menahan Rindu itu mengakui sudah mula merancang beberapa aktiviti berfaedah supaya masa senggang terisi dengan perkara bermanfaat.
“Jadi, dengan beribu sesalan, memulakan hidup baru, semangat baru dan rutin yang baharu. Pertama, mula kelas mengaji. Amira Othman dah lama ajak sampai dah khatam, saya baru nak mula masuk kelas. Tak apalah janji mula kan?
“Seterusnya, dari dulu lagi rancang nak bawa Aishah (anak perempuan) ke kelas renang sebab nak tunggu bapanya ajar kena balik Kuching setiap minggu la jawabnya. Ibu suka tapi akaun bank bapa dia tak.
“Lepas itu nak mula kelas tinju balik. Kali terakhir saya bertinju tiga hari sebelum nikah. Lama sungguh, maka marilah ambil kesempatan ini untuk mula balik,” tuturnya panjang lebar.
Belajar Buat Benda Baharu
Anak jati Kuala Lumpur itu turut memohon sokongan dan doa orang ramai agar segala perancangannya berjalan lancar serta membuahkan hasil.
“Pokoknya, saya rasa kena buat benda baharu. Entahlah. Doakan moga saya terus bersemangat.
“Bagi yang sedang melalui fasa-fasa terendah, tak mengapa. Asal diri masih bernafas, sentiasa ada ruang dan peluang untuk kita berubah dan menjalani kehidupan dengan sebaiknya,” ujarnya menutup bicara.
Tidak kecam dengan masalah penyanyi ini, ramai yang mmemberikan sokongan kepada ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu selain turut berkongsi mereka juga sering berdepan masalah sama.
Kalau nak kulit glowing dan bersih, jangan sesekali ada rasa malas buat semua ini ya. Elok bermula dari zaman anak dara, malah rutin kecantikan patut dilakukan dengan konsisten untuk memastikan kulit wajah terus kekal berseri dan cantik.
Nak Kulit Glowing Dan Bersih, Jangan Malas Buat Semua Ini!
Tahu tak, sinaran UV tidak bagus pada kulit. Bukan sahaja ia menyebabkan kulit menjadi kering, malah ia juga menjadikan kita tampak lebih tua. Jadi amalkan harian dengan menyapu krim perlindung matahari SPF minimum 15 hingga 30 perlindungan setiap hari.
Jika anda tidak suka mengambil masa untuk meletakkan kedua-dua pelembap dan pelindung matahari, beli sahaja pelembap yang mengandungi pelindung matahari.
Jangan Malas Cuci Muka
Ini bukan mitos ya! Ramai yang beranggapan bawaha jika sering membasuh muka, muka akan sentiasa bersih dan berseri. Salah belaka! Sebenarnya, anda disarankan untuk membasih muka 2 kali sehari.
Jangan kerap membersihkan wajah kerana kulit anda akan menjadi kering. Apabila kulit menjadi kering, maka muka akan menghasilkan lebih banyak minyak dan berkemungkinan akan menyebabkan jerawat timbul dengan mudah. Boleh jadi juga jeragat akan keluar disebabkan kulit terlalu kering!
Skrub Wajah
Antara salah satu rutin yang harus anda lakukan ialah skrub wajah anda. Gunakan skrub wajah dua kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada wajah. Tapi kalau kulit jerawat, dengar kata Doktor kulit dulu.
Banyak produk skrub dijual dipasaran dengan jenis tekstur dan fungsi yang berbeza. Jadi, pilihlah produk skrub yang betul mengikut jenis kulit anda!
Tahu Jenis Kulit
Untuk memudahkan anda membeli produk kecantikan yang berkesan pada kulit, pastikan anda memahami jenis kulit anda. Kenal pasti tentang masalah kulit anda supaya anda dapat memilih produk yang bersesuaian. Cara ini juga dapat menjimatkan kos dan masa anda dari membeli produk yang tidak sesuai dengan kulit anda.
Pilih Gaya Hidup Sihat
Bukan sekadar mengharapkan kepada produk kecantikan, tetapi gaya hidup anda juga harus sihat dan berkualiti. Berhenti merokok kerana tembakau membuatkan kulit anda menjadi kusam. Amalan diet yang sihat dengan perbanyakkan makan buahan dan sayuran. Dan jangan lupa buat senaman!
Sekali tengok pelakon dan penyanyi, Zarina Zainoordin ini macam umur 30an lagi tetapi realitinya umurnya sudah masuk 40-an. Pandai jaga penampilan dan agaknya apa rahsia kecantikannya?
Memulakan karier seni selaku bekas peserta program realiti TV Akademi Fantasia Musim kedua, walaupun kariernya ada pasang dan surutnya, Zarina kekal optimis dan sentiasa tenang dan ceria menjalani kehidupan.
Namun siapa menyangka, di usianya hampir menjengah 40-an, Zarina turut tidak menyangka yang dirinya masih solo dan berstatus bujang.
Tip Cantik Yang Zarina Zainoordin Amalkan
Menurut Zarina, dia banyak melakukan aktiviti seperti bersenam untuk mengekalkan kesihatan badan selain meminum air yang banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Ini bertujuan untuk memudahkan proses pembuangan sisa-sisa toksin yang terkumpul di dalam badan.
“Amalan meminum air yang banyak adalah petua yang paling baik dan penting untuk diamalkan. Ia juga boleh bertindak melindungi bibir supaya tidak kering,” katanya.
Pernah Bercinta Tapi Belum Masanya
Menurut sumber Harian Metro, dia pernah menjalin percintaan dari zaman sekolah lagi namun sampai sekarang masih belum mendirikan rumah tangga.
Zarina turut mendedahkan dalam kalangan ahli keluarganya, tinggal dia sahaja yang masih belum mendirikan rumah tangga.
“Adik bongsu dah ada tiga anak. Anak-anak buah pun ada yang dah bertunang. Namun saya bersyukur keluarga dan kawan-kawan okey. Saya elakkan orang yang suka kepoh hal orang. Tapi kalau orang tanya, saya jawab macam biasa. Kalau rasa sakit telan sahaja,” jelasnya.
Namun Zarina memaklumkan dia sudah mempunyai teman istimewa yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu. Pun begitu, dia dan pasangan yang berusia 52 tahun itu masih mencari waktu yang sesuai memandangkan sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Wajahnya Awet Muda
Selain soal perhubungannya, turut menarik perhatian warga maya adalah wajah Zarina yang kekal nampak awet muda walaupun sudah masuk umur 40 tahun. Rata-rata peminat Zarina turut memuji akan kecantikkan wajahnya.
Kalau tengok air wajahnya memang tak di mamah usia, nampak cantik macam umur 30-an sahaja.
Kredit foto: Instagram @zarinazainoordin
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!