Jika anda nak hilangkan parut jerawat pada muka dengan cara yang cepat, boleh cuba tips cantik yang menggunakan bahan alami ini.
Petua cantikkan kulit ini dikongsikan oleh Teamon Malaysia dalam laman TikTok yang mana cara ini bagi membantu wanita dan lelaki yang ada masalah parut jerawat.
Hilangkan Parut Jerawat Sebelum Raya, Ini Cara Jimat Poket
Perlu ada kopi sebab bahan ini ada sifat semula jadi yang membantu hilangkan parut.
Bahan Yang Diperlukan:
2 sudu Serbuk Kopi
1 sudu Madu
3 sudu Aloevera
Cotton Pad
Ads
Cara Buat:
Nak buatnya sangat senang, mula-mula masukkan dua sudu serbuk kopi ke dalam mangkuk yang ada air panas.
Ads
Kemudian guna mangkuk yang lain, satukan tiga sudu aloevera dan satu sudu madu yang mana ini juga cukup membantu untuk mempercepatkan proses parut hilang.
Selepas itu masukkan sedikit air kopi tadi dalam mangkuk yang mengandungi aloevera dan madu. Kacau bagi semuanya sebati.
Ads
Ambil cotton pad dan potong kecil-kecil, kemudian anda boleh rendam dalam adunan tadi.
Boleh guna setiap malam, sapu manja sahaja pada bahagian muka yang ada parut dan biarkan 15 minit. Dah cukup masa, anda boleh cuci ya.
Anda boleh amalkan dengan kerap jika nak kesan yang lebih cepat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jicama tu saya dah pakai 2 botol. Sesuai untuk beginner.
Something Else tu saya baru try dalam sebulan. Minggu pertama tu purging lah juga tapi masuk minggu kedua dah slowly okay. A little bit pedih tapi still tolerable. Baunya sedap macam bunga melur.
Wardah pulak dah masuk botol kedua. Sedikit pedih masa pakai. Tapi buat masa sekarang berhenti pakai sebab nak habiskan Something Else dulu. Purging sedikit je masa minggu pertama pakai.
Ramai tak tahu bahawa toner Wardah ni bukan toner brightening biasa . Bila pakai daily, skin meragam kerana skin barrier dah rosak akibat over exfoliation.
Cara Guna Chemical Exfoliating
Kalau bahan AHA/BHA tu ada dalam pencuci, guna seperti biasa. Aturan penggunaan ada pada label, selalunya langkah penggunaan lebih kurang je untuk kebanyakan pencuci. Basahkan muka, urut guna pencuci bersihkan serata muka dan bilas.
Sama juga kalau AHA/BHA tu ada dalam toner, essence, serum, moisturizer. Guna mengikut fungsi produk tersebut. Sebabnya cleanser, toner, serum tu semua adalah vehicle untuk deliver bahan aktif tersebut kepada kulit kita.
AHA bertindak secara perlahan-lahan untuk melarutkan sel-sel kulit mati. Sebab itu untuk mendapatkan kesan exfoliation yang optimum, anda perlu menggunakan chemical exfoliation dalam leave-on product (yang popular adalah toner)
Ketiga-tiga toner ni menggunakan AHA. Types of AHA:
1. Lactic acid: derived daripada tenusu dan fermented vegetables.
2. Glycolic Acid: derived daripada tebu.
3. Malic Acid: derived daripada apples dan pears
4. Citric Acid: derived daripada buahan citrus.
5. Tartaric Acid: derived daripada anggur.
6. Mandelic Acid: derived daripada bitter almond.
Kongsi wanita ini, antara 3 toner ini, paling suka thepastelsshop Jicama Toner. Sebab itu yang paling gentle.
Owh ya, AHA selamat untuk dipakai pada waktu siang juga, yang penting kena lindung kulit dari sinaran matahari dengan pakai sunscreen.
Jadi kalau anda sedang mencari toner yang sesuai untuk wajah anda, boleh rujuk info ini dan pastikan anda tahu bahan dalam setiap produk yang anda beli.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan wajah lebih runcing.
Bukan hanya perlu jaga makan tetapi dengan urutan juga sangat membantu buat wajah anda kelihatan ada bentuk dan tidak berisi di bahagian tertentu.
Rutin Urut Wajah
Menerusi perkongsian saudari Aishah, dia cuma mengamalkan teknik yoga yang mudah dan simple untuk muka nampak lebih muda remaja.
KURANGKAN SMILE LINES
Urut dari bahagian smile lines membawa ke tulang pipi secara ke atas, buat sekurang-kurangnya 1 minit dengan menggunakan face oil.
KURANGKAN EYE BAG
Tahan jari telunjuk di hujung mata, ambil satu lagi jari telunjuk dan buat gerakan macam C dari dalam keluar mata selama seminit.
KURANGKAN DOUBLE CHIN
Pandang ke atas, letakkan tangan di dagu, gunakan kedua dua ibu jari buat urutan dari
atas ke bawah dagu. Gunakan face oil untuk urutan lebih mudah.
URUTAN TEGANGKAN MUKA
Gunakan hujung telapak tangan. Dengan menggunakan face oil, urut bahagian sisi wajah dengan menggunakan hujung tapak tangan secara menaik.
KURANGKAN NECK LINES
Gunakan buku jari. Pandang ke atas, guna kedua dua buku jari, urut bahagian leher secara menurun. Gunakan face oil.
SLIMMER FACE
Kembungkan pipi di bahagian kanan dan tahan selama 10 saat. Diikuti bahagian atas mulut, tahan selama 10 saat. Kembungkan bahagian kiri, selama 10 saat, ulang step sekurangnya seminit.
Cukup senang, tapi kena konsisten dan rajin buat, kalau tak pakai gua sha pun tak apa. Boleh guna tangan dan jari. Nak senang guna tightening face oil untuk kulit lebih anjal.
Awal-awal buat memang macam tak nampak result, tetapi percayalah kalau anda selalu amalkan dalam 3 minggu pasti nampak perubahan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang anda pakai pelembap/moisturiser tak? Tak kira apa jenis kulit sekalipun pemakaian pelembab, WAJIB bagi mengekalkan kelembapan wajah dan menangani masalah kulit seperti kusam dan jerawat.
Cara Pakai Pelembap
Jadi kali ini saudari Kyle nak share basic tekstur untuk pelembap iaitu sama ada guna jenis krim dan gel. Jom tengok apa perbezaannya?
Krim:
Tekstur- Pekat (Minyak+Air)
Tahan lama di kulit
Jenis Kulit- Kering + Kusam
Gel:
Tekstur- ringan
Tidak melekit
Jenis kulit- berminyak, kombinasi jerawat
Penting untuk anda pilih pelembap yang bersesuaian. Sebagai contoh kulit berminyak, tapi pakai krim.
Makanya shining teruk muka sampai boleh tersumbat liang pori dan menyebabkan jerawat.
Kulit kering pula kalau pakai gel memang tak cukup kelembapan pada kulit dan menyebabkan kusam.
Jadi, sekarang masing-masing boleh semak pelembap yang diguna. Sesuai dengan jenis kulit tak? Kalau sebaliknya, boleh cari lain dan tukar. Barulah kulit tak kering dan berjerawat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!